Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, February 2, 2011

Semalam mendapat utusan tentang bumi anbiya' dari teman di Bahrain.

Coretan di mukabuku dan blog seorang sahabat yang menuntut di Mesir:

Tinta Muka Bumi Anbiya'

By Amirah Farhana Roslan on Tuesday, 01 February 2011 at 18:01
assalamualaikum..

ana tahu ramai yang cuba mintak update dari ana tapi ama mohon maaf sebab skarang ny ana baru ada peluang untuk mencoret sedikit sebanyak keadaan yang berlaku di bumi anbiya' mesir..

ana cerita sekadar yang ana tahu..

ana berada di tanta mesir selama seminggu..tujuan ana ramai yang tahu..untuk pergi menyambung pelajaran di sana..tapi baru beberapa hari ana di sana, terjadi beberapa rusuhan di sana sini..di tempat ana sendiri, tanta tak berapa teruk..rusushan kecil2 tapi malam2 memang nampak la pakcik2 arab protek kami dengan pegang parang n kayu sebab takut ada pencuri yang ganggu rumah2..siang2 memang aman..tapi bila malam kami kene perintah berkurung from 4pm to 8am..

ana masih ingat bile ada seorang sahabat ana bagi amaran pada ana dan kawan2 selepas solat jumaat pada jumaat lepas (28/1/2011),jngn keluar kerana mereka akan buat riot di seluruh negeri..nah!petang itu kami dikenakan perintah berkurung..still, kami teruskan juga sebuah program pada malam itu...pagi esoknya,akhawat dari cairo datang ke rumah kami..di situ kami dapat berita perintah berkurung diawalkan dr 6-8 kepada 4 to 8..akhawat cairo ny semua da risau sebab tak boleh keluar..jadi mereka bermalam la di rumah kami..

malam itu,program diadakan oleh akhawat2 ini..ana serta seorang lagi housemate anak seedang masak makan malam ketika itu..serta merta kami dengar kekecohan berlaku di luar..kami jenguk ke luar tingkap..nyata ade aksi kejar mengejar dengan parang dan kayu di tangan..kami takut..program di dewan bawah rumah kami di hentikan..semua akhawat cairo naik ke atas rumah kami ..lampu kami padamkan..takut rasanya..dan tibe2 kami dengar seperti tembakan di lepaskan..mungkin gas  yang dilepaskan..malam itu ade kami tak boleh tidur..mana taknya..terdengar bunyi gun shot n macam ade letupan yang sangat kuat sebanyak tiga kali..kami hanya mampu beristighfar panjang.takut rasanya..hati mahu menangis sebab jauh dri keluarga..tapi di tahan..sebab tahu orang di mesir sangat kuat

esoknya akhawat dari cairo pulang..mereka ada menelefon..kata mereka mereka nampak kereta kebal di kiri dan kanan jalan sepanjang menuju ke cairo..dan bermacam ura2 kami dengar..sampai tak tahu yang mana hendak dipercayai atau tidak..

sejauh yang ana tahu, melalui maklumat2 yang ana dengar dan alami sendiri,internet kami di sekat,penggunaan telefon kami di sekat hingga menyusahkan kami untuk menghubungi keluarga di malaysia..hanya telefon yang  boleh..mesej pula hanya certain2 number yang dapat..cemas juga bila tak dapat nak cntact family..kemudian harga barang naik mendadak,sehingga topup 10 LE boleh cecah 40 LE ...

isnin(31/1/2011), kami dapat arahan untuk ready packing2 barang sebab malaysia da keluarkan kod warna oren menandakan tahap bejaga2..hanya tunggu kad merah je untuk evacuate..tapi,Allah nak bantu ana,ana dapat tiket untuk pulang ke Malaysia lebih awal..alhamdulillah...

ye,seperti yang diberitahu,dengan mata ana sendiri,kiri kanan jalan ana nampak kereta kebal..tentera semua siap pegang senjata..tunggu masa nak tembak je mungkin..alhamdulillah.,Allah jauhkan kami dari pandangan yang menakutkan sepanjang perjalanan kami..

namun dugaan tak berhenti disitu..sampai di airport,ramai rupanya yang stranded sebab fly banyak cancel and delayed..kami sendiri duduk satu hari di airport..hundreds jugak rakyat malaysia yang stranded di airport..ade yang sampai da 3 hari tak makan..

orang begitu ramai nak keluar dari egypt..ana sempat berborak dengan seorang sister dari alexendria..bliau mengatakan keadaan di alex sendiri sangat menakutkan..banyak kedai2,rumah2 yang dibakar dan di bomb,kereta kebal lalu lalang depan rumah,universiti,sekolah ditutup..sehingga beliau mengambil keputusan untuk pulang ke london..

ana dengar juga yang letrik dipotong di beberapa bahagian..wallahu'alam..

ini la ape yang ana tahu..maaf ana mungkin tak dapat cerita secara lanjut..ana  sendiri berkurung di dalam rumah..takut salah langkah keluar..lagipon tu la pesan ayah bonda ana..

skarang waktu ana coretkan titipan ini ana berada di bahrain untuk transit pulang ke malaysia..mngkin ini yang terbaik insyaAllah..

ana seru,doakanlah yang terbaik untuk rakyat Malaysia di sana dan doakan juga untuk hak rakyat mesir..mereka bukan saja2 buat riot..mereka buat riot sebab da lama hak mereka di rampas..dan ana rase semua pemimpin2 patut ambik iktibar tentang perkara ini..moga Allah merahmati yang berhak dan memberi balasan kepada pihak yang berada di jalan batil..

salam dari ana..



 *************************************************



Sepi. Malam berkunjung tiba. Waktu Indonesia Barat menunjukkan tepat jam 11 malam. Di dinding jam tergantung kaku. Fifiey belum mengantuk. Lantas, dibuka ruangan Facebook, santai berchit chat dengan sahabat-sahabat. Aktiviti riadah malam, memang harus menenagkan fikiran. Lantas, membuka info-info terkini. Terfikir, bagaimana keaaan sahabat-sahabat kita di Mesir sana. Prihatin terhadap mereka. Mataku tiba-tiba membulat di saat seorang senior MRSM QBER yang kini menuntut pelajaran di Mesir, tiba-tiba mengucap khabar bahawa beliau selamat. Transit di Bahrain katanya. Alhamdulillah. Maka, tanpa bermenung, lantas jari terus menyapa halus kepada Kak Amira dan langsung bertanyakan kedudukan sebenar keadaan dan kegusaran bagaimanakah yang sebenar-benarnya dialami di sana? Atau mungkin berita yang disebarkan konspirasi politik semata-semata sampaikan ada yang menyebar berita palsu?


Klik imej tersebut supaya lebih besar dan anda boleh baca lebih jelas.


Lanjut bicara, bertanya khabar itu yang lebih penting. mereka selamat. Konspirasi seorang gadis Malaysia dirogol itu tidak berlaku. Katanya kejadian itu hampir berlaku, namun, alhamdulillah, Allah mendengar doa supaya mereka semua terselamat dari bencana. Ditanya lanjut. Untung beliau punya kesempatan untuk bercerita panjang mumpung keadaan dan situasi tidak menjengkelkan. Beliau di Airport Bahrain ketika itu. Sempat berutus khabar buat semua melalui laman Facebook. Berkemungkinan sampai petang ini waktu Malaysia. Bilangnya, lebih jujur, Cairo dan Alexandria memang parah. Teringat pula seorang teman blogger kita, mungkin anda kenal Encik Asada Ryutaro, pemilik blog AKU BUDAK MALAYSIA, dan terbayang wajah kakak senior yang seorang lagi yang kini berada di Alexandria, Kak Shahanizan. Di dua wilayah terbabit, kereta kebal merata-rata katanya. Bayangkan, kereta kebal yang biasa dijadikan mainan adik-adik kini beraa jelas di hadapan mata. Andai sahaja meletup. Nauzubillah, apa yang Fifiey bayangkan ini? Tuhan pasti dengar doa kita semua. Sila doakan keselamatan mereka!


Baru seminggu keberadaan Kak Mira di sana untuk menuntut ilmu, dan kini terpaksa kembali ke tanah air Malaysia. Itu pun persendirian. Bagaimana nasib pelajar lain yang tidak berkemampuan? Ya Tuhan, amankanlah bumi Anbiya'! Pelajar Indonesia yang berada di sana telah dihantar pesawat buat mereka. Namun, bagaimana nasib pelajar Malaysia? Lebih mengerikan perintah berkurung. bagaimnakah mahu menjalani hidup dengan aman dengan keadaan berkurung. Petang aman. Jam 4 hingga 8 malam setiaphari diperintahkan berkurung? Kereta kebal di haapan universiti? Yang berada, pulang persendirian. Airport memang sesak, dan akan ditutup. Untung Kak Amirah cepat-cepat ambil tindakan, transit di Bahrain merupakan nafas lega sudah buat beliau. Yang terbaru katanya koneksi elektrik diputuskan. Bagaimana dengan nasib yang lain? Cerita Kak Amirah, mereka yang lain tunggu "red button" untuk ke Jeddah. Diasingkan di sana. Semuanya sudah siap berkemas. Kesian. Bangunan banyak hancur, tiada lagi yang gah mungkin. Namun, semua pelajar kita selamat. Teruskan berdoa. Itu amanat daripada seluruh warga Malaysia di sana.



Dalam fikiran saya, apa fungsi kedutaan di sana? Mungkin mereka akan mengambil tindakan evakuasi sahaja? Ataupun akan membawa semua rakyat Malaysia di sana pulang? Mungkin mengambil waktu untuk meguruskan berpuluh ribuan rakyat Malaysia di sana. Tindakan pemerintah yang bijak dan adil amat-amat diperlukan dalam keadaan darurat seperti itu. Lebih baik darurat di negeri sendiri berbanding di negara asing. Teruskanlah berdoa!




Lots of love,

26 comments:

ymn said...

semoga mereka selamat

nisa said...

Najib umum hari ni rakyat Msia di Mesir akan dibawa pulang dan ada yg dipindahkan ke Jeddah..bukan setakat itu, Malaysia adalah negara terakhir yg membawa pulang rakyatnya setelah dikecam teruk oleh rakyat kita dan beberapa lain kerana tak prihatin dgn keselamatan rakyat Msia di sana..ish3x

y-A-n-A said...

terok betul krisis kt sana sekarang.. harap semua selamat..

A.s.t.i.n.a said...

Semoga selamat semuanya.. Ya Allah..

sue. said...

sygku....kite same2 doakan untuk kesejahteraan mereka ya....T_T

<3,
sue

cikceriacorner said...

moga mereka semua selamat..

kite doakan utk mereka dan kerajaan akan mengambil tindakan..:)

TunTeja said...

tulah.memang risau sangat2 dengan keadaan kawan2 kat sane.harap semua selamat.amin.

aLya said...

hope seme akan selamat pulang.. keadaan da makin teruk..sama2 la kite doakan mereka..

fathiah said...

moga semuanya selamat... keadaan makin terok je

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Kerajaan perlu bertindak lebih cepat dari yang sepantasnya!


apapun, harap mereka SEMUA selamat pulang ke tanah air.

Hanisah Safian said...

moga segalanya selamat! amin :)

eja said...

Eja baca sampai abis, takut, sedih, gembira kerana selamat dan bercampur baur perasaan, kita doakanlah untuk mereka di sana..

khaizarien said...

moga mereka semua selamat... dan alhamdulillah penerbangan pertama juga sudah tiba

Amirrah Zawani said...

sama2 lah kita doakan keselamatan mereka.. harap2 semuanya baik2 saja.. insya Allah :)

EJA said...

smoga semua kembali selamat..

Achiq said...

ermm itulah masalahnya bila keselamatan dipolitikkan..thn nie kerajaan sibuk dgn persiapan p/raya...tp xkan laa spai nak pertaruhkan nyawa rakyat yg membayar cukai n seterusnya membayar gaji pemerintah..bagus jugak ada pembangkan..utk sntsa mengejutkan pemimpin yg sdg tdo...semoga rakyat malaysia di sana dpt dibawa pulang secepatnya..mmg proses tu akan ambil masa sbb berbelas ribu pelajar malaysia di seluruh mesir...good job, fie..

applemasam said...

smoge mereke baek baek hendaknye...

Mira Hana said...

malu

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Kak Mira, selamat kembali ke tanah air, Malaysia!!!

Terima kasih buat respond para blogger semua. Mungkin tanpa jaringan dunia tanpa sempadan ini, Kerajaan belum terbuka mata untuk mengambil sebarang tindakan. Usaha anda melalui laman blog dan pelbagai lagi jaringan sosial telah banyak membantu bukan sekadar buat info kepada pihak atasan, malah sumbangan doa itu sendiri penting buat mereka yang dalam darurat!

Sama-sama kita doakan yang lain juga turut terselamat!

af3b_p!LaH said...

semoga diorg selamat.

btw, nice blog!

fAiRy PrInCesS said...

takut dengar pasal ape yang dah jadi kat sane. cian kat dorang

Aqilah :) said...

Semoga mereka semua dilindungi Allah . AMIN ~

Aqilah :) said...

btw , totally nice blog :D and thanks for dropping by and comment my entry :)

Plankton Seksii said...

fifey..sy nak mintak izin share link kat fb eh..bia tebukak sikit mata rakyat mesia ni..hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

amin, semoga mereka semua berada di bawah lindungan Yang Berkuasa.

Yes, u can share it:)

ijam ismail said...

yup..smoga mrk baik2 j...
amin~~
da slmt kan...dy owg da blik mlysia dah...

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails