Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, February 15, 2011

KEKASIH ALLAH.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Islam tersebar dek kerana pencipta fenomena yang agong di suatu zaman Jahiliah, di mana
Jahiliah yang terkenal dengan sifat jahil dan bodoh dari faktor agama.
Belum lagi diturunkan al-Quran, belum lagi punya Nabi utusan Allah, belum lagi punya tamadun.
Bayangkan.
Dulu-dulu anak/bayi perempuan ditanam hidup-hidup, kaum wanita diseksa menjadi hamba abdi, mereka menyembah berhala/patung yang dianggap Tuhan mereka, animisme berlaku di mana-mana, marabahaya kepada hamba yang dijadikan pusat pemuasan nafsu, arak diteguk sampai mabuk, judi, menikah dengan ibu bapa sendiri, serta merendah-rendahkan kaum wanita itu normal bagi mereka. Di mana maruah??? Tiada pengetahuan kriminolgi. Sudah pasti, kerana membaca dan menulis sahaja tidak mampu.


Sehingga.......


Lahirnya kekasih utusan Allah ke dunia, menyelamatkan umat sejagat, dari becana, dari malapetaka, membawa seribu berkah, mukjizat!  Muhammad Bin Abdullah. Lahir dengan kerdipan bin tang tersenyum. Aku memang tidak wujud lagi pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah pada waktu Baginda dilahirkan. Namun, aku tahu sejarah kehidupannya. Aku menangis. 
 Baginda hidup tanpa seorang bapa yang telah mangkat ketika baginda masih bayi, disusukan pula oleh ibu susuan, membesar dengan kakek dan kemudian bapa saudara. 
Kecil-kecil sudah menjadi pengembala kambing!
Waktu aku di bangku sekolah rendah aku berfikir, memangnya di negara Arab juga ada kambing? Bukan di tempat kita sahaja. Fikirku mereka-mereka di sana hanya membela unta. 
Aku menangis lagi kerana Baginda.
Menangis kerana pahit hidupnya, sukar gambarnnya ketika di usia remaja sahaja, beliau masih susah. Harus bekerja keras. Walhal kakek neneknya orang ternama di negara Arab!
 Mungkin nasib an rezekinya murah di hari tuanya.
Lihat saja, baginda dipinang isterinya yang jauh lebih kaya, lebih tua!
Siti Khadijah yang ketika itu 40 tahun mengahwini suaminya , Muhammad, i usia baru 25 tahun.
Masha-Allah. Siti Khadijah seorang dermawan yang jutawan! Terkenal sebagai usahawanita yang suka menderma dan memberi kebajikan kepaa segenap umat!
Alhamdulillah, sudah jodoh.
Perjuangannya memang tidak dapat ditandingi dengan sesiapa.
 Bayangkan lagi.
Perjuangan dalam sulit.
Itupun keluarga juga menghina.
Sedih bukan? Tapi Baginda kuat. Dia dengar Tuhan. Baginya cukuplah seberapa keratpun yang percayakan Baginda, yang penting SERUAN ALLAH itu dijalankan.
Beliau terus menyebar ajaran Islam.
Secara terang-terangan.
Walaupun dibaling dengan tahi unta, walaupun ditindih dengan batu besar, walaupun diheret dengan besi keras, walaupun, dijemur di tengah panas, walaupun dicaci, dhina, dicela segala macam! Kekuatan dan Nur-dari jiwa Baginda sendiri yang membuatkan Baginda begitu tabah!
Melalui cerita Baginda, aku dapat mengenali sosok nama besar manusia-manusia agung yang lain, Siti khadijah isteri baginda, Abi Thalib, Syaidina Ali, Syaidina Umar Al-Khattab,  Syaidina Uthman Bin Affan, Syaidina Abu Bakar As-siddiq, Khalid Al-Walid, Syaidina Hamzah, Sumaiyyah, Abdul Mutallib( Kakenda Baginda), dan banyak lagi nama besar yang lainnya yang memperjuangkan Islam.



Itu yang aku pelajari, telusuri. Penceritaan guru Pendidikan Islam dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, sehingga ke Institut pengajian tinggi, membuatkan aku makin ligat mencari nur Muhammad. Siapa Muhammad itu, kenapa di Mekah sahaja wujudnya? Kenapa bukan di tempat kita-kita? Ahhh, sepertinya soalan anak kecil jalanan sahaja aku persoalkan. Itu dulu. Sekarang aku suah dewasa, sudah mengerti jalan cerita. Rahsia Tuhan tetap rahsia Tuhan! Apapun, aliran air mataku mengalir makin deras, adalah kerana Baginda. Aku begitu seru mendengar cerita-cerita Baginda, walhal aku tidak hidup di zaman itu. Aku tahu aku insan biasa, yang memerlukan nur untuk lebih sempurna. Aku merangkak mencari sesuatu yang belum ku temui. Setiap tanggal 20 April bersamaan 12 Rabiulawal tanggal Islam, pasti ramai muda-mudi berarak, mengucap Salawat ke atas junjungan besar Muhammad! Zat, sifat, syafaatmu kami butuhkan!Auramu, namamu, cerita keagunganmu, terpahat sehingga kini dan buat selama-lamanya!



Aku masih ingat di zaman aku kanak-kanak, sebelum aku tidur pasti diulik dengan zikir munajat, salawat syifa, kalau tidak pun pasti disebut semua anak-anak Nabi. Liriknya aku hafal! Aku rindu mengalunkannya lagi. Begini bunyinya: "Anak nabi kita ada 7 orang, 3 laki-laki, 4 perempuan,  Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kathom, Siti Ruqayyah." Alhamdulillah.
Zikir munajat pula pelbagai rentak bunyi dan sungguh merdu alunannya! Setiap kali setelah selesai solat, pasti teralun zikir ini.


Melalui zikir kita bisa memuhasabah diri, melalui zikir kita bisa tenangkan diri, jiwa dan raga, melalui zikir kita dapat melapangkan segala dosa, melalui zikir pengubat sengsara, melalui zikir bermulanya sesuatu naluri nurani manusia!


Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai


Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah


Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah



Aku mengenangmu dengan nama Muhammad, aku mengenalimu dengan penyelusuran ceritamu, aku membayangkanmu di dalam solatku, di dalam mimpiku, aku menghargaimu melalui syairmu, melalui jasamu, melalui sumbanganmu, melalui baktimu, melalui agama yang diajarkanmu, segenap ruang nafas, segenap syahdu kalimat, segenap rundum masalah, segenap gelap kadangkala tak bersuluh, pasti ada namamu yang kami laungkan, yang kami sebutkan, yang kami rindukan, yang terujakan, yang kami agungkan! Semoga sahaja aku mengenalimu, meghidu zatmu, meneliti ilmumu, mencari dirimu-wahai kekasih Allah.........



 SALAM MAULIDUR RASUL,




23 comments:

Anisa Hang Tuah said...

salam maulid
(:

specky gurlz said...

salam maulid juga fifiey..LOL

soffea said...

salam maulidur rasul fifiey :)


suka lagu wali band tu. insaf~

af3b_p!LaH said...

selawat dan salam ke atas baginda.

A.s.t.i.n.a said...

Solawat jom sayang...

Semoga hari ini dirahmati..

Nurzy said...

salam maulid dik fifi..semoga Allah melindungi fifi dan keluarga dengan rahmat dan kasih sayangNya

JIJI YU said...

dasat r fifiey salam maulid

nelly said...

SALAM MAULIDUR RASUL =)

Sunah Mohammad said...

salam fifiey..

akak selalu sayu je dengar lagu wali band tu...T_T

salam maulidur rasul..

Sollu...Sollu...Sollu...

nama.aku.lynn said...

love this post!;p
salam maulidur rasul fifiey~

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

salam mulidr rasul...

hiro said...

pengisian yang bermakna.

HEROICzero said...

=)

Salam ya Rasulullah saw.

Pirate said...

salam Maulidur rasul fifiey :)

Sophie Al-yahya said...

salam maulidur rasul fifiey.. sayu baca entry ni.. =(

Sephi Sephia said...

Syukur, Fifi. Kerana kita umat sang kekasih.

Salam Maulidur Rasul.

Solihin Zubir said...

begitu besar pengorbanan Rasululla.. Alangkah hinanya umat yang tidak dapat menuruti ajarannya..

Moga2 kita akan mendapat syafaat darinya di kahirat kelah..

Salam Maulidur Rasul..

E.d.Y said...

salam maulidur rasul..:)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Ucap shalawat ke atas Nabi Junjungan besar Muhammad serta kaum kerabat.

Salam maulidur Rasul buat seluruh muslimin muslimat seluruh isi sejagat!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

dari Allah kita datang..kepada Allah juga kita akan kembali. Semua yang hidup pasti akan merasa mati....tapi turn kita ntah bila.

nelly said...

Salam maulidur rasul ...

prob dah 2 minggu ? alamak ..risaulah nelly . .

SYARIFF HAIKAL said...

TUMPANG MKN PISANG GORENG KT CNI..

SYARIFF HAIKAL said...

TUMPANG MKN PISANG GORENG..

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails