Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, February 8, 2011

HELLO, SIAPA DI SANA, AWAK SIAPA, EH SIAPA NI, BOLEH TAHU SIAPA NI?


Image: Telefon dah beberapa kali ganti, sebab memang sosok seorang Fifiey tak bertahan menggunakan handphone for a long period, pasti rosak di tangan Fifiey Saya dan barang elektronik boleh diibaratkan sepertidaya magnetik yang masing-masing menolak arus. Adakah handphone suatu yang parasit atau saprofit? Jawapan anda?


Ini paling menjengkelkan. Ini paling menyedihkan,. Ini paling membengangkan tanpa menyebut damn Fifiey tetap menyebut, "WHATTAHELL". INi bukan entry emosi, ini entry luahan perasaan. Oleh yang demikian saya menngambil keputusan untuk menjadi seorang yang kuno, tidak mengapa untuk hal yang remeh seperti itu. Kuno kadangkala membawa kita ke arah yang lebih klasik dan memikirkan suatu yang lebih kreatif menggantikan kekunooan itu tanpa menjengkelkan kejengkelan teknologi yang diagung-agungkan. Teknologi yang masih lagi bersempadan cuma jarak memisahkan.
 

All infections, of whatever type, with no exceptions, are products of parasitic beings; that is, by living organisms that enter in other living organisms, in which they find nourishment, that is, food that suits them, here they hatch, grow and reproduce themselves.
— Agostino Bassi



Itu tergantung diri kita semua bagaimana untuk mengawal diri anda supaya tidak melayan kerenah-kerenah perlakuan melalui perbualan/ sms melalui  telefon sedemikian. Telefon dicipta untuk kegunaan atau kemudahan komunikasi perhubungan dunia sebelum tercipatanya jaringan internet. Jadi mengikut fungsi awal telefon adalah hanya untuk berkomunikasi, namun setelah revolusi berlaku, terciplah telefon bimbit yang pada zaman dahulu siapa yang memilikinya adalah suatu yang membanggakan kehulu kehilir pasti digenggam rapi. Bergaya dengan handphone juga menjadi trend kegilaan remaja di zaman millenium. Lihat saja sekarang, anak-anak sekolahan yang belum lagi kerja, sudah bisa memakai blackberry, iPhone serta banyak lagi telefon bimbit yang bertaraf dunia.


Dengan terjadinya revolusi zaman moden yang mempunyai dan diisi dengan pelbagai teknologi canggih di muka bumi ini membuatkan makin ramai yang berani untuk bertindak di luar jangkauan. Ah, yang lebih parah, ada juga tipe handphone yang boleh "Scan body"? Mungkin tidak wujud di Malaysia, namun kalau di negara taklukan dunia seperti Amerika Syarikat, sudah pasti ada yang memilikinya. Itu dunia punya cerita.


Kalau di Malaysia, kebanyakan yang kajian mengatakan bahawasanya ramai anak remaja yang terlalu taksub dengan peredaran semasa. Tidak boleh wujud atau terciptanya sesuatu yang baru, pasti rasa ingin memiliki, ingin mencapai, ingin menggenggam. Penggunaan teknologi moden banyak disalah ertikan, disalah gunakan. Fungisnya yang bukan sebegitu jadinya sebegitu. Ouhh, sangat-sangat merosakkan fungsi!


Benci dan tidak suka akan sifat segolongan manusia-manusia ataupun lalat-lalat penghinggap sebegini. Makanya saya mempunyai alasan -alasan yang kukuh dengan ketidakgunaan handphone! Ini semua gara-gara kejadian yang sama. Hayati situasi-situasi berikut. Hajatnya ingin menyedarkan semua melalui v-log, but you know people, i don't have time to edit the video, lol;D And the most valid reasons for not creating new v-log is i don't creative enough -,- sigh deeply.


Back to the stories.  For the:





CALLER: CR
MY RESPONSE: MR


Situation 1:
CR: Assalamualaikum. Ini siapa? Boleh nak cakap dengan Ell.
MR: Waalaikummussalam, Maaf ini bukan Ell, mungkin anda salah nombor. Maaf ye.
CR: Saya nak cakap dengan Ell, awk ni siapa haa?


OK kedengaran bagus bermula dengan ucapan salam terlebih dahulu. But, here i wanna told u, please lah, kalau nak give people a call, tolong kenalpasti adakah betul ataupun tidak nombornya. Ok, sekalipun tersilap dial, itu mungkin kesalahan biasa, mungkin tersalah, mungkin rabun, mungkin nak test, dan banyak lagi kemungkinan. imaafkan atas kesilapan kecil tersebut, Namun yang tidak  dapat imaafkan adalah agak kurang sopan di situ kerana anda yang menelefon, anda yang bertanyakan dan menafikan akan kenyataan yang itu bukan teman yang anda cari! Dah orang kata bukan, and salah nombor, terima je lah. Cuba cari kesalahan anda, mungkin anda tersilap dial atau apakah alasan anda yang lain. Dan jangan cuba mendesak orang yang anda dial untuk memberitahu sebarang info tentang mereka serta apa sekalipunkerana itu adalah privasi mereka. Cukup dengan mendengar kata maaf kerana orang yang anda cari tiada di situ, sudah mencukupi sopan! Makin melayan, makin rosak akidahnya. Eh, bagi menjawab persoalan di atas, geram je nak jawa, "kau budek ke pekak ke, deaf, ke tuli ke hapee haa?" Tapi agak tidak sopan di situ, jadi lebih baik letak terus panggilan. Jangan lupa pincit butang merah di hp ye-,-



Siatuasi 2:
CR: Eh, siapa ni? (terdengar suara anak lalat dibelakang, sokseh sokseh seolah-olah mereka beramai-ramai sedang berbicara untuk mendengar suara si penerima panggilan mungkin.)
MR: Assalamulaikum, maaf anda siapa?
CR: Eh, orang tanya dia, dia tanya orang.
MR: I have my own right to ask u, because u r the one who call me and it's rude enough for u to say that! (Tanpa ucap salam, terus letak telefon, bukan letak, campak mungkin)


Dah tahu nombor tak kenal, jangan angkat, haa, kan dah kena padah marah-marah meroyan gara-gara orang cakap kurang ajar macamtu. Kalau dah tak angkat, entah-entah itu emergency call macamna? Senang je, terserah aura anda. Jika anda rasa ada sesuatu berlaku, pasti anda punya aura mengangkat telefon terbabit, namun kalau ternyata aura anda salah, dan pemanggil tersebut hanya ingin memainkan anda, anda haruslah segera mengucap salam dan menyatakan anda tidak kenal orang tersebut dan tanpa menunggu lebih lama, dan lebih banyak kata emas terkeluar, lebih baik anda meletakkan panggilan tersebut!

 
Ataupun mungkin ada sesetengah golongan yang sakit jiwa ingin menjejaki hidup anda sehingga mencabuli privasi penggunaan telefon bimbit anda, dengan melakukan panggilan misteri semata-mata ingin tahu kehidupan anda sekarang. Berhati-hati. Manusia sekarang pelbagai jenis topeng manusia. Belajarlah 5 cara senyum dan anda akan mengenali tanda-tanda "SENYUM" terbabit dan apa arti di sebaliknya. Tak perlu stampai menelefon seolah-olah anda polis menanya itu menanya ini kalau anda tidak kenal siapa yang anda menelefon tersebut.



Ha, bagi situasi ni pulak macam nak hentam je dengan sekelompok yang sokseh2. Apa lah tujuan telefon kalau gayanya macam nak stalker orang je. Jangan la weii, saya tak ganggu pakwe orang, tunang orang, apatah lagi laki orang. Eh, simpang malaikat 44 lah kalau bonda tahu saya melayan golongan2 terbabit. hahahaha. Haa, kalau lah ni terjadi dengan fifiey, dah sahih2 memang marah, di ayang telefon, dia yang tanya kita siapa. Kang bagi ayah jawab kang baru getaqq lutut:p



Situasi 3:
 CR: Boleh tahu siapa ni?
MR:Talian diputuskan serta merta


Yang ni bab paling lelah nak menjawab. Tu dah babil , terus letak. Bukan kurang ajar, Assalamualikum tak, Hello tak, Hi tak, apa lagi greetings yang ada di muka bumi ni semua tidak digunakan. Buat apa bahasa itu wujud, kalau tak guna? Nak letak dalam poket biar tukar jadi emas? Takkan berlaku sampai ke kiamat tidak akan. Dah lah tu, tak kenalkan diri siapa, then main tanya kita siapa pulak. Apa salah, kenalkan diri dulu, cakap nak cakap dengan siapa makan respond kita akan menjadi secakna penanya itu juga. Maka dengan itu anda boleh jawab, "ini nenek tua. Kenapa? Nak berkenalan?Mai sini cu mai". 


Mungkin berbicara dengan orang yang tidak anda kenali boleh mengundang padah kepada diri anda sendiri. Mula-mula hanya berbicara melalui telefon, dan kemudian, berani bertindak di luar batas, berkata-kata beransur lucah melalui panggilan dan juga sms, dan lemudian langkah untuk keluar bersama mula mula sekali dua, dan apabila itu berlaku beberapa kali dengan ketidaksedaran seolah mata pitam berpinar mula maksiat terjadi. Mula dari situ mungkin anda boleh menyebabkan diri anda menjadi salah satu faktor penceraian/ putusnya kepada sesebuah binaan keluarga ataupun tali pertunangan/percintaan seseorang. Makanya hati-hati dalam penggunaan teknologi serba canggih ini.


Weihh, situasi di atas dah gaya macam polis gerak khas kan? Siap tanya2 macam kita disyaki buat jenayah dunia je. Apapun,  cukup-cukuplah menelefon orang tak kenal. Yang ditelefon pun janganlah melayan sangat. Kalau lah orang tu kenal hang pun, kalau tak de hal penting, lebih baik beundur diri. Bagi lah alasan-alasan munasabah. Kecualilah tu laki hang ka, tunang hang ka, buah hati hang kaa, nak bergayut sampai ke malam pun tarak kesah. Sebab itu kredit hang, tapi kalau dah melayan orang yang belum kenal itu bukankah namanya sakit mental? Desperate kah? Jangan, jangan malukan kaum wanita! Yang dah berbini tu, jangan lah kacau si dara-dara tang tang nihhh, kesian bini kat rumah yang baik tu naaa. -,-


"Sesungguhnya situasi tersebut pasti telah banyak berlaku dalam hidup sehari-hari kalian. Oleh yang demikian, harus saya pertegaskan, kawallah hak dan privasi anda supaya tidak terkoyak, terobek di mana-mana dan ianya terjaga seperti asal-muasal. Jangan terlalu dan mudah sebarkan sebarang yang berkaitan dengan privasi, alamatnya merundum juga prestasi dek tertganggu dengan hal-hal yang tidak sepantasnya berlaku. Lebih mudah, jangan dekati STRANGERS kalau itu mencurigakan anda."





Pesanan ikhlas dari:
Fifiey Lychee Maration





*Sebarang nama dan situasi yang dinyatakan di atas, tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Seandainya ada persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja.  Saya petik cerita ini berdasarkan kisah penceritaan di dalam majalah, luahan teman, serta situasi sekitar. Terima kasih.





Lots of love,

40 comments:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

2 nme nye cra nk mengorat kot..hehehe

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

akceli patik nk tya laaa...fiey ni asal mne ek????nmpk gaya bukan org malaysia ek???

af3b_p!LaH said...

same lah.
aku nset pn tgh rosak ni.
masok ni da 3 kali tukar.
lepas ni pkai public phone saja la..
haha!XD

APi said...

pengalaman sendiri tak de ke?

JIJI YU said...

mueheh..kalo ade tel yang nak dbuang saye nak..

penaberkala said...

kah3, cam situasi fifiy eh?
cakap mcm byk pengalaman je
biasa la tuh, adat org yg ada hp
macam2 ragam ada

situasi latest
A : Hello. Kedai Dobi ke ni?
me : bukan. salah nombor kot
A : Ooo, bkn no kak blablabla kedai dobi eh?
me : bukan2. silap no ni
A : Ok (terus letak)

selang beberapa minit lepas tu, si A kol balik

A : hello. kedai dobi?
me : eh, bukan2..ni no tadi, silap no kot
A : terus letak

haha, skali pikir klakor gak
nape la smp kol dua kali,adoi
tp tu la asal-garam sbg pengguna telefon
seb baik tak ckp nk ngorat,haha

Hairil Rizal said...

Mmg harus jgn dilayan pemanggil seperti tu. Jelasnya ada tujuan yg tidak elok disebalik panggilan itu.

~AmyLiana8886~ said...

jangan layan dik..hehe

HEROICzero said...

slalu kalau ade nombor x dikenali yg tepon, jarang sangat nak angkat. bukan sombong, tapi x selesa. nanti end up, bertekak plak dalam tepon. HAHA!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@AFA:
haha, cara kuno. sy tak terpikat mengorat dgn cara hp. something unique la. fifiey kn classic. haha..
haha, org mana? cuba tekaa....;)

@af3b_p!LaH:
hahaha, tu lah pasal, fiiey tak ikut sgt perkembangan telefon ni. public phone? idea yg bgus. nk guna jugak lah.

@APi :
Malu nak cakap pengalaman sendiri, ckp pengalaman org, ehhh, kantooiii. haha-,-

@JIJI YU :
cikgu, segan lah nak bg bekas punyaa. haha..

@penaberkala:
haa, betul sgt. bru je terkena hal mcm ni. geram rasanya. tu lah pasal, tangan pun menggatal nk angkat. ahahaha.. yg pelik, dh ckp sekali bukan, telefon lg sekali tu apa kes kan? haha

@Hairil Rizal :
excatly true.. mmg tak dilayan sebab itu dikira privacy:)

@~AmyLiana8886~ :
Tq kak amy:) hehe.. siip, akan diingat pesan akak:)

@HEROICzero:
bab bertekak dlm hp tu, mmg fifiey pernah pun. dh org kata sekali tak, dua kali tak nak dgr, tiga kali, haa, off terus. haha. agak kurang ajar di situ perlakuan fifiey, namun bagaimana lagi kalau dia memaksa untuk bilang ia....OMG.

ARJUNA.Inc said...

uhuhu..ati2 la k..kalo de no yg x dknali ni kdag2..sjeje nk mngambil ksmptan..nk plak kt org pmpuan..huhu..

ummiarissa said...

akak pun penah dapat call bentuk-bentuk gitu..dah kali ke 3 dia still call tanya lagi..akak tinggi sikit je suara..bolehlak lagi dia call balik.cakap..apsal nak tinggi suara..betullah..dah kita kata salah nombor..dia call gak lagi...tak tengok betul2 ke waktu dial..yang call tu bkn Melayu..dah dengar orang bagi salam letak je lah..

miszlullaby said...

btul tu fifiey..sakit hati dgn sikap org pelik2 ni kdg.paling ml geram klo dah kate die salah nombo die tetap jugak kol 4-5 kali.xletih nk mnjawabnye.ml klo number x kenal, mmg xkn jawab.senang cerita.

A.s.t.i.n.a said...

Alkisahhh...

Si pemanggil ingin mengetahui no telefon yang tertera pada history hp kekasihnya .. as simple as that.. wat derk jer k beauty...

YanaMIB said...

ai pn br terpk nk buat entry ala ala mcm ni..hihi..annoying kn dpt ayt² mcm tu..hehh~ =_=

poyaty said...

awk len kali war derk je and end dat call. org gatal lah tu wak :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@ARJUNA.Inc :
women selalu jd mangsa, tapi sy takkan pernah biarkan diri dibuli. haha

@ummiarissa:
tu lah pasal, ckp sekali taknak dgr, dua kali halus lagi, dh msuk 3 kali tanya soalan yg sma, tu yg naik berang jugak tu.. haha

@miszlullaby :
mmg, the easiest way memang tak perlu angkat lgsg lah. lgpun nombor yg dipanggil takde dlm save contact kan.

@kak astina:
mungkin itu niatnya... mmg tak dilayan pun. haha

@kak yana:
we have the same instinct then.. haha.. annoying sgt. kalau betul2 nk ckp, sopan takpelah, ni siap ckp itu ini, org ckp tidak, takmo didengarnya..

@poyati:
haha..so true.. sgt2..

AIMAN said...

hanset ni banyak functions.. yang utamanya untuk ngorat kot.. hee
=)

Arief Arf said...

handphone slalu rosak ke?
beli 3310 je la senang. hahaha
X)

tikuzza said...

how about gotcha call and panggilan hangit......haha
just jawab jer....bukan kita yang bayar bil telefon...
kalo rase nak bagi segala nasihat atau amaran berjam-berjam pon takpe.....maybe nanti orang tu sendiri akan bosan..

cikceriacorner said...

heheheh..tu ada org nak ngorat fifiey tu..ehhehe

taktik aje tu..heheh

AngahSayang2314 said...

ohh beli lagi ye hp baru...oo pasal call tue kan??kan?/ tue mesti ayat nak ngorat la tue... mula2 mcm gini lepas tue gini ermm angah dulu selalu kena sekarang jer tak..hehehe

aDieyZa said...

zana paling pantang kalau orang telefon zana tapi dia yg tanya zana ni sape..

dulu zana mmg jenis yg x angkat telefon kalau nombor yg x kenal..

tapi skrg dah berubah sbb zana menyesal dulu pernah x angkat telefon bila nombor x dikenali telefon sedangkan tu kecemasan dari family..

but if org tu mula nak ngarut2, zana letak jer tepon terus..

sue. said...

ecehhhh....nice entry larh..mesti ade pape ni syg...kannnn..hee

gadisBunga said...

lain kali nampak nombor yg tak dikenali je tak payah angkat....lalala~

ghost writer said...

tapi kadang-kadang buat kira rasa tak puas hati jer kalau tak tahu sapa dia...walaupun tak suka dengan perkara sebegitu tapi terwujud di hati..malaun mana lak nih?

malas nak layan..boleh jer.ingore!

eszol raar said...

been there done that

chill

Robot | Sakti said...

panjang nya fifiey taip..






dorang nak ngorat fifiey kut.
dorang malu-malu la tu.


hihihi

Hanis MY said...

ee tensinya dpt caller mcm tu huhu... sabar ye fifiey... ntah2 tu peminat fifiey tapi dia malu...

hans said...

saya suka entry nih
siap tekan LIKE lagi
yups
betul2
ketiga2 situasi tu saya dah pernah rasa
kadang2 rasa sangat2 sakit hati tapi kalau mood baik memang ketawa jer
hehehehe
kadang2 ada yang call tu konon2 berlakon kenal kita n last2 saya yang kenakan diorang balik
hahahahah

Jom Ramai - Ramai Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda (Update Terkini)

wahida said...

salam dear...thanks drop by my blog...baru berkesempatan jengah sini...awat x follow, x pe, biar saya yg follow dulu...saya tunggu tau...
nice blog...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@aiman:
haha, nawaitu anda guna hp begitukahhh??

@arief arf:
it will be great if.....TAK PAKAI LANGSUNG. AMAN. haha

@tikuzza:
smpai letih dia nk dgr? haha, then it will waste our time;( tak bgus tak bgus. hehe

@cikceriacorner:
TAK ADA MAKNA;) hahahaha...

@angahsyg:
bukan beli hp bru, tak pakai hp. hehe, angahh zaman mudaaaa moddy ramai peminat ler tuu;) alhamdulillah kalau pas kawen takde org kacau!

@zana:
the emergency call lah yg kita khuatirkan. apapun, have to be more careful lah kan:)

@kak sue:
ada apa2 dgn kak sue laah.. haha..

@gadisBunga:
I will.. tq for advice..

@ghost writer:
I will choose to IGNORE:) cehh, sombong kan? haha. hati2..

@eszol raar:
uuuuuuuuuuuuuu???????? lol;D

@robot sakti:
ada entry lama yg lebih pjg. haha. ni kira pendek nii.. wuuwuwuwu..
malu tapi mahu kah? tak ada makna dan isitilah MENGORAT occay;) haha

@Kak Hanis:
secret admire? malu? haha.. kalau yg macamtu takpe, jgn sampai kes yg lebih berat sdhh... ngerii..

@hans:
haha, tu yg harus hati2, jangan smpai diperboohkan. kena jual mahal.. haha..

@wahida:
done. followed.

shah-kayrul said...

paling tak suka situasi 1...klu kena terus off kan jer hp tue...

Yuni Aisyah said...

haha...dorang tu nak pikat fifiey tu...dpt dgr sore pon jd la...nikmat bg mereka..hahaha...

d_LA said...

mmg geram kalo ade caller camtu kan..tak beretika..cheewahhh...dla sng je, letak terus sbb mcm nak main2 je kan..

man yusoef said...

itu salah satu method utk mengorat mungkin..sila berhati2..haha...oh ganas btol gune hp..saya pernah guna hp dekat 3 tahun okeh..haha..

~eZmALiZa~ said...

ezma mmg xminat nak agkat nombor yg xdikenali..kalo byk kalo dye kol, ezma block tros number dye..haha.. :D

Imtikhan said...

salam persahabatan
salam kenal n sekalian izin follow ya

Tip Trik Facebook said...

kunjungan perdana kawan
salam kenal ya

Syariniey Amran said...

banyak kali jugak kak sya kena macam ni memang geram
dah la salah call, kita pulak di marahnyer
aihh
seakrang ni kalau nombor tak dikenali terus tak angkat..hehe

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails