Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, February 11, 2011

Beza Lelaki Hensem Dengan Lelaki Tak Hensem. Kesian-,-

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "Woow, cool giler....mesti suara dia lelaki habiss kan?!"
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "Eh, patutlah tak cakap, gigi jongang, nampak mulut dah tahu. Bajet bagus pulak tu sopan-sopan tak mahu cakap!"



Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: "Nobody's perfect...maafkan je lah dia, tak sengaja tu."
Kalau lelaki tak handsome buat jahat
Perempuan akan cakap: " Memang spesies muka pun dah tahu pecah rumah orang nombor satu!"


Kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: "Wah..macho nya. Kalau cemtu, hari-hari aku nak diganggu atau pura-pura diganggu. Aku leh bayar pelakon...!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap: "Eh, yang ganggu tadi kawan you lah kan? Ni pehal tiba2 acting nak tolong bagai? Nak tunjuk hero kaa apa? Pergi sana, jangan dekat-dekat i, busuk tau!"



Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap: "Alahai abang handsome, saya kan ada, ta' moo sedih-sedih tauu..."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap: " Terdiam sambil telunjuknya leang liuk dari atas ke bawah, dan dalam hati bermonolog, patutlah kena tinggal, tengok pun tak daa selera...Cemna lah pompuan tu boleh couple dengan mamat spesis ni sebelum ni? Buta kahh apa?"



Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap: "Sepadan sangat, korang memang bagai pinang dibelah dua, bagai merpati terbang seiring, cute tau cute sangat...!"
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap: " Menjadi jugak dia bomohkan si pompuan tu, Nasib lah pompuan tu dapat laki udoh..."



Kalau lelaki handsome sayangkan binatang
Perempuan akan cakap: "Sweetnya... Kalau binatang pun dia sayang, pasti aku yang cantik ni apatah lagi kan. Perasaan yang sungguh halus dan penuh cinta serta kasih sayang. Loike seribu kali lah."
Kalau lelaki tak handsome sayangkan binatang
Perempuan akan cakap: "Manusia taknak bekawan dengan dia, pandang pun tak selera, tu kawan ngan binatang..."



Kalau lelaki handsome pandu pecut MERC:
Perempuan akan cakap: "Cool gilaaaaaa. Perghh, so perfect dengan gayanya. Hebat!Perfect package. Aku nak tackle dia lah!"
Kalau lelaki tak handsomepandu pecut MERC
Perempuan akan cakap: "Tak padan dengan pemandu, acu cuba bawak sopan sikit, majikan kat belakang tu mesti semput naik kereta dengan orang yang macamni..."



Kalau lelaki handsome tak mau bergambar:
Perempuan akan cakap: "Takut gambar-gambar hensem awak tersebar ye sayang?"
Kalau lelaki tak handsometak mau bergambar:
Perempuan akan cakap: " Memang patut kau tak mahu bergambar, aku pun tak ajak, sebab aku tak sanggup tengok hasil dia buruk nanti!"



Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan:
Perempuan akan cakap: "Dup dap dup dap(heartbeats)...you ni memang gentleman lah. Sebab tu i suka you!"
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: "Naluri seorang pembantu rumah. Lain kali buat kerja lebih cakna dari kali ni ye..."



Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: "Let me be your shoulder to cry on..don't sad baby"
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: " Kau ni manja sangat kalah BABI hidung pink meleleh hingus. Kau lelaki ke pompuan ni?"



Jangan marah Fifiey sekalipun Fifiey kata manusia kadangkala KEJAM. Terutama dalam menilai. Jangan, jangan! Sungguh tidak baik. Sedangkan semut halus yang boleh dipijak-pijak itu boleh dinilai baiknya mereka bersatu padu angkat keju bersama-sama seperti lagenda, inikan kita manusia yang punya naluri jiwa raga yang termaktub untuk harus dan wajib melakukan sesuatu kebaikan tanpa berprasangka yang bukan-bukan!Insaf manusia insaf! Apa yang kau dapat dengan rupa paras cantik dan menilai rupa paras yang buruk itu suatu kelemahan untuk mereka meneruskan kelebihan yang ada tanpa ada sifat yang terlalu rendah diri sampaikan melunturkan perasaan seseorang itu? Allah hanya mencipta sesuatu kejadian dengan sebaik-baik kejadian. Tiada cacat cela. Jadi, janganah berkata buruk kalau kita tidak mampu melontarkan kata baik. Sekalipun kalian tidak menyukainya, so please, jangan bertindak begitu kejam dengan menghina, mencaci segala! Ingat, yang di atas, boleh berada di bawah dan yang di bawah usahalah ke arah yang lebih baik sedaya mampu, supaya tidak ada siapapun yang mampu untuk mengkeji anda lagi. Teman-teman, perempuan cantik mahupun lelaki kacak, anda bukan sejelek yang disangka, namun cubalah untuk berketrampilan dengan lebih baik, jaga rambut jangan kusut masai, jaga bau badan, jangan masyam-masyam, jaga pakaian, jangan hapak malaun, jaga seluruh tubuh badan, jangan kurap merapu, jaga segala-gala yang ada, kerana itulah satu-satunya aset yang diberi oleh Allah setelah lahirnya kita dan dicampak ke bumi ini melalui benih ayah dan ibu! Jangan jadikan lumrah sifat anda untuk terlalu memilih, sikit-sikit nak yang lawa, habis yang lain nak campak ke mana? Ingatlah kita semua tak sesempurna yang disangka dari sifat luaran, namun, telitilah sifat dalaman, dan anda akan mengetahui yang mana hak dan yang mana bathil.



Dream as what you want to goal, achieve as what you want to make it real, once you succeed you will smile and monolouged, it's all beginned from a DREAM. -RTP FARHANIS SHAFIFI



P/s: Psssttt people, it looks like too many blues, and red and black here. Dull. Babai, petang ni nak dating. Siapa nak ikut? Meh meh, bawak satu kampung ikut ye;) Fifiey beres je. Jum kita ramai-ramai mamam bakso. Kalau sakit perut, sakit perut ramai-ramai. Baru fair kan? Haha...Pictures of the day? Tak ada, tunggu malam nanti Fifiey update lagi! Don't despair and never lose hope- InsyaAllah:)

23 comments:

iwan_dextrous said...

hihi..dh nasib badan..hahaa

Princess Nur said...

tak sempat knur nk ucap gudbye kt fifiey semalam..akak pegi outstation..huhu

Ieda Al-Habsyi said...

hehehhe! kesian laki tak ensem :)
APA ITU HEARTBEAT.MY? BARU PASANG SEJAM DAH DAPAT 8 SEN

Ayeem Jemain said...

kami laki ensem teraniaya. iskk x'(

LIPISLADY said...

Sallam,
Alangkah tidak adilnya perempuan yang bercakap begitu.

shukrin farahdiba @ ceklala said...

dunia tak adil...:(

APi said...

kejam giler statement..
tau la kami tak hensem fizikal..
mental kami hensem oh..

penaberkala said...

DISKRIMINASI, arghhhhh
kerana apa?
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina
x boleh wooo
bersyukur lah,haha

miszlullaby said...

Hahahaha..lawak la fifiey..tapi takpe,yang penting tu hati kan.=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@iwan_dextrous:
nasib nasib jugak, tapi klo ye pun pompuan tu jangan lah duk mengata itu ini.. kan dh tambah dosa tuu...:(

@kak nur:
outstation mana? it's ok kak nur:) lain kali smbut kepulangan fifiey dengan nasi minyak takpo. teringin nak mkn nasi minyak. haha

@kak ieda:
jangan haha.. sedih fifiey dengar:( tak baik dibanding2kan mcmtu kan?

@ayeem:
teraniaya... ujian Tuhan. Tak apa, as long as hatinya baik, akalnya waras!

@kak lipislady:
yes, sgt unfair.. dan tidak ada sopan santun sudahh.. tak baik kan?

@shukrin farahdiba @ ceklala:
sygg, bukan dunia tidak adil, tapi manusia sendiri tidak adil dlm menilai. sedih ah camni..

@Encik APi :
encik api. jangan2, hati kena hensem, akal pun hensem bru seimbang!

@penaberkala:
manusia menjatuhkan org melalui cacian dan diskriminasi tak tentu hala. Bukan inilai dari sudut yang sepantasnya kan? sedih ada segolongan manusia yang berbaur perasaan suka menghina sebegini.

btw it's a song right? my fevret one, ingat lagi seni katanya, rasa keji bila dihinaa.....

@miszlullaby:
it's demmmm cruel statement sis..:( yes, hati adalah segala2nya!

ima miszu said...

laki hensem ke laki ta hensem ke semuanya sebenarnya tak mendatangkan pape pun sebenarnya.
credit to laki nsem la mesty ramai minat ryte?
but actually hati yg penting.
hati lah yg mempamerkan segale galenya.
hee
:D
i lovee ur entry akk.
:))

ymn said...

FYI , aku dlm kategori hensem (seriyes) ;P

ymn said...

FYI , akau dlm kategori hensem !! hehehe

ria said...

:D biasa la tu. .

ria said...

:D biasa la tu. .

fakrul_roslan said...

tiada yg sempurna..interesting entry..=)

JIJI YU said...

mueheh..naseb le ek sape yang tak hensem tu..macam aku ni..sederhana je kot..ahah..pasan

Bally Da Shoe said...

hmmm... nasib bdan... ^^,

Hanis MY said...

bestnyaa bakso me want tooo hehe..betul tu stuju dgn post fifiey ni.. tapi kelakr pun ada tak pernah terfikir nk ckp mcm tu kat lelaki hensem/tak hensem..nice one dear...

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

kesah aku ni...
sedih gile..

teeet..

Linda Musa said...

discrimination selalu tejadi...huhu

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@ymn:
angkat bakul sendiri ? Bagus, it is so called percaya diri..:)

@ria :
tapi tetap tak menyokong kalau sampai dihina...:(

@fakrul_roslan:
tiada sempurna, tapi mulut kena jaga bukan? jangan main kata sehingga aa yg terguris..

@JIJI YU:
anda ada rupa;) ok lah tu. haha

@Bally Da Shoe :
nasib badan? huhuhu.. sadis dengar...

@Hanis MY:
kak nis memang tak terpikir nak wat cemtuu, tapi ada jugak manusia kejam yg main cakap je, wuhuhuhu..

@LinE PuTih LiNe HiTaM :
FH, anda jangan berkata begitu. tak baik. terima ap aanya lah! n enjoy ur life well!

@Linda Musa:
itu yang kita tidak mahu. disskriminasi..:(

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

me x berapa tgk wajah tp lebih kpd personaliti..kdg² personaliti yg best buat seorang lelaki itu nampak hensem..kalau muka hensem tp personalitinya tiada yg menarik terus nampak x hensem..apa pon yg penting bg me sedap mata memandang cukup..tp kalau ada rupa+personaliti memang itu perempuan sgt bertuah! (kalau perempuan itu kurang rupa mesti perempuan tu pulak kena kutuk)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails