Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, February 5, 2011

BERDATING RAMAI-RAMAI BERSAMA JIJI YU and Princess Nur. It sounds familiar? Alahai, yang pernah jumpa Encik Ben Ashaari tu lah!

Assalamualaikum and hi....


Mewakili budak-budak comel di bawah, saya sebagai urusetia acara, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Jiji Yu, yang sudi beramah mesra, bersuai kenal dengan kami. Begitu juga, yang amat kami hormati, Kak Nur yang kami gelarkan ataupun yang mungkin mengenali beliau melalui blog dengan gelaran Princess Nur. 


Eh, kenapa pulak terasa macam nak rasmi je bahasa Fifiey pakai ni? Almaklum edit blog dalam mamai, letih kot seharian bejalan je. Dah lah semalam, sampai-sampai, dalam mamai jugak, terus pergi makan sate. Sate pulak banyak lemak. Dari pagi sampai ke petang, dari petang sampai ke malam. Bukan berjalan tak tentu hala, namun berhala tuju ok:) Bersama adik-adik and abang-abang. Biasalah kalau ada di Kelantan pasti ada sahaja aktiviti tak rasmi mahupun rasmi dijalankan, secara beramai-beramai. 
 

Buat Kak Lyaa Suriyani yang kini berada di KL, tak dapat nak balik Kelantan for CNY, jangan sodih-sodih ok, next time, kalau Fifiey ada lagi di sini, Fifiey promise info akak tau! Nak jumpa akak manis bergaya sorang ni. Buat Kak Liyani Rusdi, Kak Bulan@Kak Nazifa, so, how's the wedding? Occay? Hope we can meet another time ya. Really hope. Cuz kalian sangat-sangat sporting to me i thought. Kak Liyana yang sering bertegur sapa di FB, and Kak Bulan  bermata bulat chumel, yang rajin mengomen blog picisan ini, sangat-sangat berterima kasih. Nanti kita buat meet up for next time ok. Ok, for Kak Mas atau dikenali oleh para blogger dengan gelaran Cik Mas, mungkin kalian kenal, InsyaAllah, nanti kita buat meet up di lain waktu ye, sebelum Kak Mas dipostingkan ke Johor next year. Wish you best of luck wherever you are, whatever u you do. I will pray the best for you. Baca-baca komen Kak Mas rupanya beliau baru tahu meet up tak rasmi ni berlangsung. Takpe, dah rancang dengan Kak Mas nak buat meet up for blogger2 wanita di sini. Insyallah jadi dalam tahun ni jugak. Kalau pria2 nak join, lain gathering lah mungkin. hehe. Hajat di hati, kalau boleh, nak lah ketemu blogger-blogger yang ada di Kelantan ni, bukan? Al-kisah penyudahnya, tak apalah, buat hari ini dapat kenal dengan seorang blogger Melayu Malaya Kelate, Cikgu Jiji Yu, and Blogger Melayu Wanita Kelate iaitu Kak Nur. Hehe, happy enough:) Quantity is not important, the rules of something must be QUALITY and today i got the quality of meet up for personally:)


For the rest yang Fifiey dapat responds from the comments di blog ni, alahai, ramai yang jauh-jauh lah akak2 and abang2 semua. Tak apa, one time, ada rezeki, Insyallah diundang semua. Ceh, bajet  nak jemput kawen je. Haha. Appaun, memang teringin nak jumpa si comel-comel and si hensem-hensem blogger tanah air ni semua. Yang pandai mengarang, menulis, berceloteh, yang boleh buat Fifiey ketawa dan menangis, dan teruja, dan menakutkan walau sekadar membaca melalui papan skrin yang tak bernyawa ini:) Terharu. (Sobbing mood):')


Ok, 4 Februari punya kisah cerita di sebalik kejadian.  Kejadian? Layan je la. Hehe


Actually mula-mula sampai ke Pacific dulu, padahal baru lebih kurang sebulantak datang sini, tapi rasa dah berubah some part? Atau khayalan semata-mata ingin mengubahkannya seperti Pavvilion? Lol;D How could. Back to the stories, masuk paciific nak beli cemilan@snacks for Abby. As usual, Abby tak boleh tak aa snacks segala macam, rasa tak lengkap hidupnya tanpa itu semua, and to buy some fruits and drink for boboy, anak Kak Nur untuk dibawa ke KBMC nanti. Mak eden ajar, kalau nak pi rumah orang ka, nak pi melawat org sakit ka, nak g imana-mana yang nak jumpa orang secara baik-baik, kena lah bawak buah tangan. Paling-paling JANGAN berlenggang saja. Tu yang sampai je terus pergi beli takut tak sempat. Haha. Siap-siap belanja, dapat sms kot. Tak dengar tapi vibrate. Tak dilayan sebab berhenti tengok seusatu. Sempat lagi tengok tarian naga cina. Tak sempat ambik gambar. Almaklum, Fifiey sebenarnya alahan dengan tempat ramai dan agak brisik@bising terlampau amat. Rasa macam nak pitam. Haha. Tapi overall persembahan tu best. Tak boleh tengok lama-lama. Kerana to treat time wisely. Masa itu emas dan berharga. Jadi sayangi masa ok? -tak ada kaitan, sekadar peringatan-Dapat call and jawab, sila sms, sebab Fifiey tak dengar! Simple je cakap. Memang dah sahih-sahih Fifiey ni ada sound trouble. haha.

Lokasi yang dituju seperti biasa, mesti ke kedai buku kalau ke Mall. Di Indonesia memang syok beli buku di Gramedia. Tak sah kalau tak beli buku di situ, tapi aklau di Malaysia ni ada dua tempat yang Fifiey suka, POPULAR and sudah wajiblah MUDA OSMAN? Pernah kawan Indonesia tanya, "emanknya Osman itu muda ya?" Masa tu ada sebuah kotak yang berisi buku lama kandungan Muda Osman plastiknya. Perghh, soalan. Habis, Fifiey tanya balik, "Emank Mas Joko di Jowo itu emas jokong?"-Bereglak tawalah kami bersama, sampai kini teringin panggil beliau Mas Joko sahaja. Cisss, memorii tajam semacam menaip malam-malam ni. Eh, dah pagi. Jam 3 mungkin atau lebih, Harusnya tunggu ke Subuh langsung. Atau harus sambung edit pagi besok?  Badan cape belum abis.Butuh istirahat secukupnya. Namun, asyik juga bercerita dingin ssepi begini. Macam ada yang sedang mengintai, jangan terjadi seperti dalam filem-filem seram sudah. Tiba-tiba. duppppppppppppppppp, bola ping pong turun ke lantai bawah. Ceh, lari topik sungguh. Hehe. Ok, kali ini kami membawa anda di sekitar POPULAR dalam Kb Mall Je-,- Nanti buat review tentang Gramedia ok? Besok lusa ye.


Belum sempat kaki melangkah masuk, ada lah budak dari siam beberapa orang, nak suruh beli Yassin. Abby bermurah hati nak sumbangkan duit dia. Biarkanlah. Katanya Rm 2, tapi dh tengok duit tebal lam poket dak Abby ni, kakak dia said Rm 5 pulak. Hermmm, bayar je lah. Abby kalau boleh orang mintak 10, 20 pun dia nak kasi. Haishhh, budak2. Apapun halalkan. Moga berkat Yassin yang dibaca dapat disedekahkan kepada nenek moyang dn kaum kerabat yang meninggal.  Biar roh mereka tenang di sisi-Nya.


Jenis Fifiey tak suka pegang handphone time bejalan, dan suka biarkan telefon berbunyi walaupun beberapa kali panggilan masuk. Sebab dah sahih2 tak dengar dalam shopping complex. Tapi harini different happened. Kena pegang phone lah takut si ditemujanji nak call tak dapat kan? Haha, akhirnya, jejak je Popular. Masuk-masuk ada yang pandang-pandang, tapi tak pegang-pegang. dia kelih-kelih, lihat-lihat macam kenal semacam, eh rupanya disapa, "Fifiey". And i said, "Yes, Cikgu?" Ceh, memang panggil cikgu, iaitu Cikgu Jiji Yu. Meh nak tanya, camna kenal? I said i'll be in pink, tapi sebenarnya warna warni. haha. After say hello, Fifiey suruh Cikgu tunggu kami di food court je. Sebab takut lama pulak duk memilih storybooks , sifir, or whatever untuk dak Abby ni. Sempatlah beliau besalam ngan Abby. Abby shocked sebab tak kenal, tapi untung dia ni mudah adapt dengan sesiapa yang baik:) So, bertemu and sapa menyapalah kami di kedai buku POPULAR buat kali pertama. haha.


Ceh, Abby bajet silibus sama ke yang di Indonesia punya? Tak ok tak! So, dia nak jugak, terpaksa beli yang advanced setahun punya. she's 9 so beli yang 10 years old punya. cisssss, zaman Fifiey dulu belajo sekolah rendah takdok ehh advanced2 tapi memikiran tetap advanced. haha. Di sono lain pulok silibus, sekolah canggih amat kot-,- Kanak2 ribena bergantung kepada keaktifan mereka berfikir, and since abby cukup zat, so, dia super duper otak kiri and kanan cepat dan ligat aktif berfikir. Orang kata sepatah, jawab sepuluh patah. Kakak dia tak, sopan-,- Angkat bakul sendiri, yeayyy, yeayy! hahahaha.






Ok, tiba di food court setelah dapat buku yang dia nak. Apa2 je lah kan Yang penting order minum, and makan. Abby memang makan banyak. Kakak dia memang pening semacam di dalam mall seperti itu. Dan kakak-kakaknya minum air dan mencubit sedikit french fries, and coleslow di dalam hidangan. Malas nak beratur panjang Encik Jiji Yu telah beratur untuk kami. Gentleman di situ. Ceh, haha. Fifiey datang ramai lah, dengan sedara-sepapat sekali. so kami berenam minum-minumlah. Banyak jugak Fifiey duk story mory dengan Si Cikgu Jiji ni. Talk about families, studies, careers, and dah nama blogger kan, so cakap tentang blogs yang best-best and banyak lagi lah, yang penting bermanfaat buat kami-kami.




Abby looks so "lahap". haha. Ye lah, apa tak nya, makan pagi nasi lemak fevret dia tu mana cukup, kena ada ayam. Masuk je Foodcourt cakap cemni, "Kak pie, kak pie, adik nak ayam. Makan chicken chop lah, chicken chop ok". Ye lah kan sja, selagi dia punya nafsu makan yang terkawal. Kata bonda, anak orang lain kena suruh makan vitamin nak selera makan, nak gemukkan badan, nak berisi segala macam, tapi Abby tak! Cukup dengan makan, badannya boleh berotot macam  Encik.Ben Ashaari. -Kedengaran hiperbola. yes. it's true. haha. 


Cakap pasal Encik Ben, omaigoshhh, sempat Cikgu Jji menceritakan pengalaman beliau bertemu kak Evagurlz dan Encik Ben tempoh hari. Rugi Fifiey tidak ada di Kelantan pada ketika itu. Katanya banyak ilmu berblogging yang Encik Ben turunkan dan nasihatkan. Bagus-bagus, blogger otai haruslah menasihati dan saling mengingatkan sekiranya ada kesalahan para-para new blogger. Otai bermaksud senior yang telah mahir dan pakar serta cukup bijaksana dalam dunia websites segala macam seperti ini. Yang tahu apa itu nuffnnag, mengendalikan, serta memasukkan input-input terkini selaras engan pengetahuan semasa serta dicampur dengan aktiviti mereka sendiri. Memang cukup ramai blogger-blogger otai di Malaysia ni, dari sudut apa yang anda cari? entertainment, Isu semasa? Atau mungkin blog peribadi tentang seseorang tokoh, tempat ataupun mungkin orang biasa yang gemar menulis. Semuanya ada di laman sesawang. Tinggal taip daln cari dalam sumber pencarian. Mungkin ada yang berkata tiada hak, kau siapa, and macam-macam lagi, tapi bagi Fifiey nasihat dan kutukan membina menjadi peransang buat kita lebih berjaya. Diingatkan jangan jadikan kutukan, sumbang saran membina itu sebagai suatu yang boleh melemahkan anda daripada berindak ke arah kebaikan, malah membaiki segala yang berunsur  ke arah kejahatan. Mungkin tidak tampak pada tulisan aslinya, walhal telah dicampak dan terselit-selit antara kabur dan nyata unsur-unsur nasihat dalam penulisan tersebut.



  

Nak story morry banyak macam lagi tapi, u know, masa begitu mencemburui kami. Jam tangan menunjukkan tepat jam 5. Eh tak tepat sangat lebih sikit ah, lebih kurang jam 5.10 waktu Malaysia. Haha. Eh, masa ni, jeles je tengok kami semua berdating lama-lama kan? Tu lah orang kata, hargai masa, hargai. Memang hargai pun. So, tanpa berlengah-lengah, kami pun, menuju keluar food court, eh tak ketinggalan sebelum pulang, ambil peluang untuk foto beramai-ramai.


Lokasi yang paling sesuai, di luar food court.


Ok, everyone looks so greatin the picturs. sorry caca(arisha) u have to be our camerawoman. Next will be ur turn occay!:)





Paling suka gambar ni, Tu yang tanpa dipotong-potong, dikerat-kerat, diedit-edit, terus uploadkan ke blog:) Nak tahu kenapa suka? semua orang look so perfect with their sweet smile. Abby, Cikgu Jiji, and Arisha.Comel, macho and ayu enough! Omaigoshhh u look Abby, tengok dia buat muka jelek camtuuu.. haha. It's totally funny.


Setelah usai meet up, dating beramai-ramai tersebut, dengan Cikgu yang sopan dikelilingi ramai sand dara, haha, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Ceh, tak tu melankolik semata-mata. Kami dengan tertib memohon untuk mengundur diri, since kami perlu ke KBMC pulak. Yes, kuar awal dari Kb Mall, sebab adik Kak Ana nak guna kereta, so kena rushing lah ke KBMc terus. Terima kasih for ur spending time bersama kami semua:) toce, toce.





Dah macam wakil rakyat dah mungkin versi remaja, golongan prososial ke arah kerjasama amal, melawat orang-orang sakit. Haha, tak ada lah. Ni waktu ke KBMC, setelah ke Kb Mall, kami ke KBMC untuk melawat boboy, anak kepada Kak Nur. memang dah janji awal-awal, kalau Fifiey ada di Kelantan nak jumpa beliau, tp tup jumpa di Hospital, kira beres lah, sambil melawat anak beliau jugak. Tengok twitter beliau malam tu, dah fikir dalam otak, balik kali ini nak surprisekan Kak Nur lah. Tak nak gitau awal-awal balik, nak gi jenguk kat Hospital. Yeay, rancangan menjadi apabila pagi semalam walaupun dalam keadaan yang masih letih, tapi saya tetap cergas and hyperactive in actions and speak, saya meancang untuk bertemu dengan blogger-blogger, dan salah satunya Kak Nur. 


Alhamdulillah dapat jumpa jugak walau dalam keadaan di hospital. Itu sebenarnya pengalaman dan memori tak dapat dilupakan! Sebab di situ, bukan Fifiey kenal Kak Nur je, Boleh kenal beliau punya hubby, mek mentua, mak, anak-anak dan juga anak sedara beliau. Memang fun sangat. Tapi kesian boboy, sakit perutnya belum sembuh tatkala kami melawatnya semalam. Disapu pelbagai minyak. Kata Kak Nur, Doktor dah x-tray tapi tak tahu apa. It's quite weird, probably most to keracunan. Kak Nur ni ada dua orang anak je, berpasang. Seorang perempuan, seorang lelaki. Best dapat kenal boboy and gegurl yang comel-comel. Nanti chit chat dengan Abby ye kalau ada facebook. Kan dah kenal Abby kan? Hehe, dapat kawan baru lagi. Abby dekat hospital dia diam, kalau tempat public area yang lain, dia keypoo semacam. Haha, mungkin dia tahu privacy pesakit, so tak boleh taruh mulut bising dia tu. Abby memang pandai letakkan diri dia dalam sesuatu keadaan. 
 


Tengok tu, kesian kan Boboy. Tak bleh nak tahan dah dia sakit perut. Kak Nur sapu kan dia minyak. Kalau budak-buak sakit mesti tak tega tengok. Sampai dicocok-cocok, pastu dengan keadaan masih budak-budak kan, sakit perut segala macam lagi. Harap boboy cepat sembuh.

Sempat jugak, ifiey bagi petua orang Indonseia buat macam mana kalau sakit perut tak hlang, loya-loya, muntah. Biasanya mereka guna cara "kerok". We called that so, tak tahu lah kalau kalian panggil itu sebagai apa. we use coins(duit syiling) tak kiralah yang 20 sen ke, 50 sen, lepas tu sediakan minyak beserta dengan hirisan bawang. Jadi, sapukan sedikit minyak tersebut di bahagian belakang badan, kemudian buat urutan menggunakan syiling, lebih tekan, lebih banyak angin yang keluar, lebih sihat badan. Cara urutnya mengikut dua-dua belah rusuk tulang. Eh, payah pulak nak explain dalam ni. Tapi harap kalian dapat guna cara yang sama, kerana cara itu sanga alami untuk membuang angin dalaman badan. Begitu juga dengan pengamalan teh jahe, teh yang rasanya agak pedas-pedas sikit tu. Jahe tu maksudnya halia. Dan satu lagi pengamalan yang bagus untuk buang racun dalam perut secara alami. Fifiey pernah cuba minum Jus lobak putih yang pedas. Jangan di blend, kisar guna parut secara alami. Diambil airnya sahaja. Tak perlu banyak cukup segelas. Tapi it seriously pedas lah. Alhamdulillah pengambilan dan pengamalan secara berterusan boleh menyembuhkan penyakit barah juga. Banyak yang saya pelajari daripada masyarakat Indonesia, tentang ubat-ubatan dan akar kayu yang dijadikan ubat secara alami, mudah dan nyata berhasil. Itu untungnya Tuhan ciptakan alam, kerana yang terseratnya juga penciptaan akal supaya kita dapat berfikir bagaimana menyempurnakan hidup tanpa bersusah payah. Hanya perlu menggunakan akal dan tumbuhan sebagai aset penting!
 

 

Pas bersuai kenal dengan keluarga Kak Nur dan juga Fifiey pun memperkenalkan adik-adik dan saudara kepada beliau, chit chat sebentar maka kami minta untuk unur diri. Sebab dah jam 6++ . Tak puas lagi duk bercerita, tapi mungkin boleh sambung next meet up. Mungkin boleh makan-makan sekali for next time dalam keadaan semua sihat walafiat and of course temujanji dengan Kak Nur yang seterusnya bukan di rumah sakit lagi @ hospital. hehe.


Keluar je dari ward, Kak Nur hantar, so sempat snap gambar dengan beliau sekeping untuk kenang-kenangan. Masa tu jugak, emak beliau muncul. So dikelkanlah Fifiey kepada emak beliau. Alhamdulillah satu lagi keluarga baik-baik yang boleh Fifiey jadikan saudara:) Terima kasih semua atas layanan anda. Dah rasa macam VVIP pulak. Hehe.Asyik-asyik bonda, ayahanda, Kak Putri, and abang-abang je jadi tamu VVIP, Fifiey pun nak rasa jugak. Muahahahaha. Apapun, seriusly, inilah pengalaman berharga kerana bukan sahaja dapat bertemu, bertatap mata secara tidak rasmi, malah lebih kenal secara personal dan yang penting jalinan persaudaraan dan ukhawah yang lancar terjalin antara kita hendaknya.


Boboy, semoga cepat sembuh ye dan boleh belajar dengan keadaan pulih seperti sediakala. Tumbuh dewasa kelak jadi anak soleh solehah ye buat boboy dan adik. Tolong ibu and ayah. Dapat nombor satu lam kelas Kak Fifiey bagi hadiah dari Indonesia nanti:) Nanti kalau nak gi jalan-jalan ancol boleh Abby temankan sama. Ancol lebih best dari Sunway Lagoon tau. Cepat sembuh ok, biar boleh jalan-jalan, makan-makan, belajar rajin-rajin dan semua aktiviti boboy dan adik jalan lancar! Amin, Kak Fifiey doakan tau!



P/s to Cikgu Jiji And Kak Nur. So ini adalah semulajadinya Fifiey Lychee Maration yang anda kenal semalam. Takde tutup-tupup. haha. Seorang banyak cakap tapi tetap sopan. Ceh, angkat bakul sendiri lagi. haha. Apapun yang buruk datangnya dari Fifiey, yang baik datangnya dari Allah S.W.T. Semoga ukhwah terjalin lancar sesama kita. Apapun, memang best jumpa kalian semua! Semuanya baik-baik sampai Fifiey teruja. Nanti jumpa lagi ok di lain waktu dalam keadaan yang lebih harmonis!


P/s buat yang lain: Harap dapat jumpa yang lain jugak. Kakak, adik-adik, abang-abang semua yang comel-comel, saya juga ingin bertemu anda semua. Banyak responds yang nak jumpa dari negeri luar. Insyallah, dah sampai waktu, bertemulah kita semua dalam keadaan meriah:) Buat ore kelate sendiri, nanti kita set lain waktu pulak deh jumpa:) Appaun, anda semua masih dalam mood Raya Cina kan? Tak ketinggalan rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina:)Semoga anda mendapat rezeki yang banyak dan membuat amal yang banyak di Tahun ini.Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan. Terima kasih buat semua yang sudi membaca. Tehee=B


Lots of love,

21 comments:

LehaMY said...

best bila gathering sesama blogger kan ~ :D bestnya! ^__^

A.s.t.i.n.a said...

Abby juga secomel fifi... uhhh

Hanis MY said...

nice post fifiey...

p/s: love ur flats..akak balik nanti jum jumpa! jeles fifiey g jumpa bloggers lain haha...

JIJI YU said...

mueheh..macam familiar je muke tersebut

Bulan said...

uwaaa.sedey x dpt jupe u dear.
so sorry ye.next time ok.

fathiahRAIHANA said...

wahhh Fifi kita bile lagik ? haha
best maa tengok orang gathering ^^

TunTeja said...

bestnyeee!! nak jumpe fifiey jugak ;)

d_LA said...

tingin nak join tp takut jam..smlm kuar pun jammed..huhu..lgpun dla baru je follow fifiey, segan lak rs..hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@lehaMY: alhamdulillah. boleh mengenali lebih rapat :) Insyallah. jum join, if u can for the next time:0

@Sis Astina:
haha, abby ebot but but, sbb makan banyak. kakak dia pun dh tambah gemuk nihh. aishh keno diet nampaknya.

@Kak Hanis:
kak haniss.. tu lah. ore kelate jugok ehh> bakpo lah fifiey baru tahu. haishh, rupanya ramai blogger kelate yg fifiey belom kenal rapat ni. bereh bereh, nnt kalau sma2 available, tak ada aral melintang kita g date pulok deh ramai2;)

@cikgu jiji:
haha, familiar familio oreo:)kembar tom cruise familiar sokmo mano2 pun:p

@kak bulan:
haha.. tu laah pasal, takpe takpe, akak mesti kenyang makan di bekwoh tuu. heee;) next time, bereh, insyaAllah.

@sis fathiahRAIHANA:
kita? bila2 msa.. fifiey ada di kelate smpai khamis. best kan? boleh kenal2 di dunia realiti. hihi.

@kak tun teja:
bereh, nnti fifiey turun johor, anytime buleh jumpa:) InsyaAllah:) nak jumpa akak manis ni jugak..!

@kak d_la:
masa fifiey pegi tu tak jammed sgt pun... it just normal. alhamdulillah lancar. ehehehe, lain kali jangan segan2 tauu.. add je fifiey d fb, lebih senang bercontact kalau fifiey blik. sebab not all details i'll put on this blog:) ok dear? Hope we can meet. di KB ke tinggal?

Princess Nur said...

seorang yang banyak cakap tetapi sopan... ya betul! knur akuinya dan suka sgt2 dengan perwatakan fifiey..dan abby sooo comel ^_^

sky said...

acara gathering lagi ya...

APi said...

comel jek abby tuh..^__^








harap suatu hari nanti kita dapat ketemu..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak nur: abby debab sengeh2 baca komen ni. perasan dh dia semua puji comell. hahhaha... apapun, happy for us sebab semakin mengenali antara satu sama lain. salam buat yang lain tau. n hope boboy cepat sembuh!

@sky: ya sky, ntar kita bikin gathering blogger indonseia d jakarta ya. lol;D bisa turun ke jakarta ga?

@api: semua puji abby.. kakak dia, kakak dia? haha.. oh yes encik api, hoping so!!!:D

Solihin Zubir said...

sronoknya dpt hang out..

hhmm.. smoga adik tu cepat sembuh.. amin...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke langsir baru fiefiey ni...

*hamboii..penat bc,,panjang wooo entry...

alexa yussida said...

mmg betol la fifiey ckp,skali kwn terus bersaudara..cant wait to meet up with u too..august..tgu kami:D

af3b_p!LaH said...

hari yg syok kan?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@encik solihin:
amin semoga adik cepat sembuh:)

@A.F.A:
hehe, langsir baru putih, fiifey kan rabun, so putih lah senang nak nmpak tulisan:) pjg? next entry dipendekkan:)

@kak yuss:
shhhhh.... jeng jeng jeng. rahsia rahsia:) ok beres kak yuss, i'll wait for u. u balik, then i ikut u terbang ke moscow gak. nk melencong ke sna;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@af3b_p!LaH
for sure, sbb boleh mengeratkan silaturahmi satu sama lain:)

ummiarissa said...

nanti set awal-awal sikit..akak okay je sama ada di kelate atau di kuala lumpur..nak dekat lagi kuala lipis...dekat ngan umah akak..he he he...biar akak lak puji..."eeee comei nya kakak dia.."..

ijam ismail said...

xdpt nk focus yg lain..mata tertumpu kat ayam tu..heeeeeeeeee...nyum3...
=D

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails