Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, January 25, 2011

Percaya atau tidak, UFO ganggu Fifiey makan!!!


 Assalamualaikum and hi......



Kecoh, gempar sebentar, sampai ke luar tingkap Fifiey hadap, mana tahu UFO datang tiba-tiba, ada rezeki boleh tengok, masuk dalam sejarah dunia, tak pun muka depan Jakarta Post jadilah. Terkejut juga berita bumi Indonesia dikejutkan dengan penemuan crop circle di Sleman, Yogyakarta. Tahu pun melalui berita. Jakarta-Yogya jauh, 2 jam naik pesawat, 12 jam naik kereta. Jadi tak tercapai hajat Fifiey nak pergi rakam live, lagipun Fifiey ketinggalan zaman, antara lambat yang mengetahui berita ini. Ceh, kenapa lah UFO tu pilih sawah padi untuk tempat ia mendarat? Kenapa tak pilih US ke, Afrika ke, paling tak landing lah kat KLCC, lebih cool kan? Boleh rakyat Malaysia tengok. Mesti teruja dan mengalu-alukan pelbagai spesies makhluk asing turun ke bumi. Amacam? Ada rasa tergugat?



Berita ni memang buat Fifiey rasa tercekik nak makan, kerana apa? Takut. Takut ada gempa lagi ke, takut dengan kewujudan mahkluk asing tiba-tiba muncul dan ganggu ketenteraman manusia dengan muka hudoh mereka, tapi it will be so fun kalau mereka bijak dalam mencipta formula-formula yang kita tak tahu. Dah sahih-sahih kita jadi cerdik cam diorang yang mana boleh survive hidup dalam planet lain. Tak payah dah nak hafal fomula chemistry, physics, bio and all those killer fun subjects, confirm waktu exam, kenyit mata sebelah, makan kacang garuda Indonesia pun dah boleh jawab. Amma rite? Ok, fine, imaginasi Fifiey dah terlalu tinggi akibat berita-berita aneh yang digempurkan kepada dunia. Tu lah dunia, terlalu canggih berfikir, kan dah berjangkit ni, ish dah sesat, terpesong dah. Eh u know what? KIta suka sangat makan tau.



Hobi Fifiey selain membaca, main-main dengan adik, chit chat di facebook dan yang terbaru di SAHABAT BLOGGER ,then jawab soalan Formspring (gara-gara lembap, tak pandai main twitter walaupun antara terawal yang register), then belajar seni mempertahankan diri, pastu belajar nyanyi di dapur sambil main masak-masak, pastu dah tentulah hobi kita makan. Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut bahawasanya "happy thoughts come out of happy stomach." Jadi jum sama-sama menghayati kisah Fifiey dan Wong Solo. Eh, bukan bercinta dengan dia, tapi bercinta dengan makan dan seni ukir restorannya yang mewah lagi unik! Thousand times liking it!
 
 





U know what, Wong Solo ini ada banyak cawangan.  getaqq lutut weihh, banyak sangat, nak tahu berapa? 27 cawangan kecik, besar, semua ada terletak di Jakarta,  Surabaya, Aceh, Bali, D.I Yogyakarta,  dan banyak lagi di provinsi lainnya. Dalam Mall, Supermarket, semua ada outlet-outletnya. Walaweh, di Malaysia dan Singapore pun ada tau. Perghh, bagi sesiapa yang duduk di sekitar Ampang dan Kampung Bharu, ha, anda semua berpeluang makan ayam bakarnya yang mantab lagi hebat. Dia bukak banyak cawangan rumah makan(restoran), bukan restoran je banyak cawangan, cawangan bini pun banyak. Tapi takdelah sampai berpuluh-puluh sebab kota sampai 4 je kan? Kecuali cerai-kawen-cerai-kawen sampailah dikumpul sehingga beratus. Eh, itu lebih had maksima dah tu.  Biarlah beliau dengan kerjaya usaha niga beliau dan kehidupan peribadi beliau sendiri, Kita sebagai manusia alangkah lebih baik, berdoa  untuk kebaikan  sesama muslim bukan menjatuhkan sesama sendiri. Sokseh-sokseh saya dapat tahu, yang bahawasanya, wanita-wanita di sini, yang bersifat anti terhadap poligami akan menghindar dari makan di Restoran ini. Namun, itu sekadar mitos barangkali yang tidak semuanya sebegitu, Orang hari ini saya percaya, mereka cukup pandai dalam menerapkan nilai-nilai tatasusila serta peradaban dan open minded dalam berfikir. Seperti bekerja juga, jangan campur-adukkan kehidupan peribai dengan urusan kerja. Positiflah. Kalau saya, saya sentiasa positif, yang penting, apa dijual halal untuk dimakan dan dimasukkan ke dalam perut serta menikmatinya untuk hari ini. Alhamdulillah. Itu persepsi saya, pendapat anda bagaimana? Lebih baik, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan:)




Sebelum melangkah lebih jauh ke dalam segenap ruangan yang unik ini, eloklah berfoto kenang-kenangan, bukan untuk kenangan juga, mana tahu nak bukak bisnes besok-besok, boleh curi idea dari sini. Itu untungnya merantau, idea dan pengetahuan ada di sekitar anda, cuma tinggal anda untuk bijaksana menggunakan segenap ruang yang ada itu menjadi lebih kreatif dalam suut pandang dan fikiran anda, jangan mudah tekongkong dalam satu keadaan spesifik sahaja. Ekstr dan gandakan kotak fikiran supaya boleh melayang ke mana-mana dan menjana ilmu yang lumayan setimpan dengan pengetahuan dan pengalaman:)




Menginjak je kaki ke dalam ruangan terbeliak mata. Mewah dengan senibina lama.  Walhal kota jawa merupakan kota yang tiada hutannya. Ia bukan seperti di Kalimantan,, dan sekiranya sesebuah rumah yang mempunyai ukiran kayu di Tanah Jawa pastinya diimport dari Sumatera. Pasti nilainya lebih mahal dengan ukiran yang sangat-sangat berseni.Tertawan bukan? uh ukiran senibinanya yang mantap berjaya memukau hati dan minda saya seolah-olah di istana, Balai Pengadapan sepertinya. Luas juga kawasannya. Oh lupa saya nyatakan, bahawasanya ini adalah Rumah Makan Wong Solo di Daerah Istimewa Yogyakarta. Cukup luas bukan? Ruangan makannya yang bagi saya memuatkan beratus orang, dengan corak ruangan yang unik, ada ruangan yang boleh duduk bersila, ada ruangan yang seperti makan beradab seperti putri-putri keraton, dan juga ada ruangan yang boleh duduk di kerusi seperti ruangan untuk pasangan dan juga berkeluarga.





Ini ruangan tengah yang mana kita boleh melihat para pekerja sibuk dengan tugasan masing-masing. Setelah hidangan yang dipesan masak, pekerja akan mengambil makanan di sini dan dihantar ke rungan kita. Di papan tanda besar itu menunjukkan beberapa menu spesial yang ada di RM WONG SOLO YOGYAKARTA. Eh comel pulak wallpaper petak hitam putih, nak buat cafe tema tu lah nanti  ada banyak duit. Jum sama, sama kumpul duit. Siapa nak jadi biness partner Fifiey? Angkat tangan tinggi-tinggi sambil cakap, Saya, saya, saya. :D





Bercerita ditangguh oleh kerana pengacara anda yang pot pet pot pet ini mahu stop makan terlebih dahulu oleh kerana hidangan yang dipesan sudah sampai. Makhluk asing yang turun dari planet angkasa lepas, jangan ganggu Fifiey makan ok!:D Btw, the pictures abvve showed us Terung balado which is the most i love. Terung balado di sini saya fikir paling mantap yang pernah saya rasa and so with ayam bakar madu, tempe berempah yang ada sausnya sekali, yang sangat saya suka rempahnya dan juga tomyam campur ala-ala di siam. Semua di atas antara menu spesial yang terdapat di sini. Jus macam-macam jus segar pun ada. But sorry, i'm not the pro photographer so, inilah antara-antara hidangan yang sempat saya rakamkan. Banyak lagi yang lain yang best-best.







Oleh kerana perut sudah kenyangm hati riang gembira, jiwa pun sudah tenang, menikmati malam-malam yang terang dalam kehidupan. Ayat putis sat na. Tak apa kan? As usual, macam tak kenal sosok seorang Fifiey pulak kalian ni. This is so me, yang selalu menjiwai setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya! Ok, kenapa i choose bergambar di ruangan ini? Sebabnya dalam banyak-banyak ruangan Fifiey tertarik dengan ruangan yang satu ini. Besar, simple, unik dan juga lain dari yang lain yang penting ada lambang nama empunya kedai, WONG SOLO tertera di ruangan  ini.Besau kan? Makan bersila lebih best kan? It's more to traditional. And that's what i chose. Last but not least, tahu tak apa maksud wong? Wong tu maksudnya orang. So, ertinya Rumah Makan Orang Solo. Solo tu lain pulak tempatnya. Nanti Fifiey ceritakan budaya, kulineri, dan juga masyarakat setempat di sana pulak di lain waktu. Teringin nak main di sawah di Solo, mana tahu boleh tengok UFO landing baik punya. Hihi.








P/s: Ok babai awak semua, kita dah letih nak menaip panjang-panjang, Nak membebel dalam bahasa Jawa pun tak pandai, belajar sikit-sikit je, bahasa Jawa susah. grrrrrrrrrrrrrrrr, fail! haha. Belajar bahasa planet pulak lah, mana tahu senang nak pi melawat planet asing dah tak perlu buat persediaan segala macam belajar bahasa, terus-terus dah boleh cakap pot pet pot pet macam biasa. Hebat tak?  Selamat petang buat semua, nikmatilah hari-hari anda seperti hari-hari sebelumnya malah lebih hebat daripada itu:)  Eh wait, gambar kat sebelah ni lah tempat UFO tu landing, toyol jelmaan manusia ataupun makhluk asing sunggoh yang buat lingkaran tu naaaaa? Waalahualam. Tak habis-habis lagi orang ok cakap pasal ni. Kenapa tak suruh pakar astronomi dari Amerika je suruh kaji tentang benda ni? Pelik sungguh.Terima kasih dengar leteran Fifiey:)


  
Lots of love,

42 comments:

A.S.T.I.N.A said...

Tengok tuuu FIfi..
UFO pun terpikat.. siyes comel..

sky said...

itu buatan manusia

Biela Sapine said...

UFO tu apa ? Kahkahkah
Macam hodoh nau binyi nya tu Fi

Princess Nur said...

okeh..nanti k'nor pi JAkarta fifiey blanja kt wongsolo tu ek..hehe

Biela Sapine said...

UFO tu apa ? Kahkah
Dengar macam hodoh nau je bunyi nya fi. Ahakz

NOOR FATIN said...

cantik tempatnya. huhu teringin nak pergi..

Nadhirah-chan said...

wahh macam2 makanan . terasa lapar sampai nak terpengsan lak nih . ishh =='

Arief Arf said...

abes laa nanti UFO tu datang pastu kidnap..
aahahhaha

deAnza-wAnda said...

wohoo.... ufo...takot ah...

ria said...

best nyer g tmpt tu. . :)

Sasa Al-Sharif said...

ufo itu kini sudah berubah menjadi piring2 yg berisi makanan. cintailah makanan. hehe..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, okeh okeh.. nanti kita buat bbq bakar ayam madu mcm di wong solo, best jugak kn? pastu kan, kita makan ramai2, oh heaven:)

wahh, kalau diculik ufo, fifiey org pertama yg say, "nak". haha. sebab fifiey suka explore;) nak jadi macam dora.lol;D

in this case, yes, piring ufo, dh jd piring yg penuh makanan untuk fifiey:)

Ogy said...

bestnyaa tempat makan tu..lawo leh snap2 gambar sambil menikmati keenakan makanan....

ishiko said...

lapaaa la pulak..

APi said...

nasib baik tak bercinta dengan dia..^^

yatie's EPISODE said...

seronoknyee.. nak g situ jugak! :D

JIJI YU said...

muahah tak ingat suh kirim budu kat alien tu

Gadis.. said...

hahahaha.... bila bace entry awak kan fifiy kite dah tersenyum.. :)
bestnya pergi indon.. :OO

aLya said...

cantinye tempat yg fifiey pegi tu..makan sedap lak tu.hehehe
ish..seme duk cite sal UFO nie..betol2 ke nie?ngeee

Hairil Rizal said...

Wong Solo...pernah makan di Shah Alam tapi tak seunik tempatnya mcm yg ada dalam foto Fifiey tu.

BTW, fenomena tempat landing UFO yg diperkatakan itu namanya Crop Circle.

Masih hangat diperdebatkan sama ada ianya buatan manusia atau sebaliknya...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

tempat ni memang best;) kalau in Indonesia mungkin lebih merasai nilai seni jawanya:) hehe.
btw, fifiey nak rasa yang di ampang punya nnt bila balik malaysia. hehe.

ehehhe, nk memperkenalkan restoran khas kelantan di indonesia ni. mesti laku. tunggu modall masyukk. haha.. nk memperkenalkan budu, haha, msa bwk tourist to kelantan hritu, diorg suka jugak dgn budu. smbil tu boleh lah perkenalkan budaya melayu bolehlah terangkan bahawasanya kita semua tak ada satu pun cilok mencilok, mungkin masa dan usia yang menentukannya, yang mana org zaman dulu hijrah menghijrah tu sebab banyak persamaan kita dalam satu rumpun:)

fyna said...

nanti nak pegi ajak i tau! hehe

nunui Joe said...

wahh mcm best saja jalan2 kt situ :D

mohd zhafri said...

UFO nak membuat onar d muka bumi ni...haha

Mr. Swift said...

Haha. Betul ke?
UFO tu -_-'

sissyira said...

salam

ufo benar-benar wujud ni..hihihi

ARJUNA.Inc said...

haha..sbb u cun sgat kot..sbb 2 ufo dtag nk culik u kot..hhaha

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

dah follow sini...
wow!! kamu memang nampak cantik la..i like your header....

cikceriacorner said...

fifi..

bestnye tgk makanan2 tu..

xpe ufo dtg pon xpe..sebab akak da teruja tgk makann tu..best,,heheh

AngahSayang2314 said...

tadi fifiey kata nak sapa nak jadi ahli partner fifiey kan??angah nak leh.. tapi tak nak kuar modal leh..hehehe..acah jer gurau..
oo pasal ufo tue angah tak tahu sangat cita nie..nak kena kaji la...

p/s:thanks fifiey ucapkan & doa

ASaDa RyutaRo said...

tengok menu ni buat rasa nak makan ayam bakar kuah kacang kat restoren indonesia. kat sini ada banyak restoren indonesia. sedap! satu je yang kurang sedap : restoren ampera. mungkin tuan punya kedai perlu cari chef lain untuk dapat lebih ramai pengunjung.

tempat yang fifiey pegi ni lawa! cam duk makan kat dalam istana lama. nasib baik dia tak letak hulubalang kat tepi pintu masuk! hehe ;P

UFO hinggap datang bumi? macamana fifiey tahu alien tak hensem?? entah-entah ada je yang macam aamer khan! ;P

biskut said...

tenang aja fiey...kalo bener ada UFO koch bisa diajak nongkrong dan makan2 di wong solo...keren!

Cik Jari said...

wah..bestnye makan-makan-makan-makan... fifiey,nak ikut jalan2 Cari makan!!!

LiFe KaMi said...

UFO..hehe
wah byknyer makanan rasa lapar la plak..:)

puteri ain said...

seronok la tempat tu..

Sca Ndx said...

UFO dgn makan mana lagi best?
mesti makan. hee

Heidi Shafiq said...

sedap giler mknan tu.. uh.. meleleh!

aish♥ said...

wah!mcm seronok jew mkn kt c2 (^_^)
btw nice blog!(>_^)

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Fifie cam familiar je nama tempat makan tu kat Malaysia.Petang ni rasa lapar plak , tengok makanan tu semua.

~eZmALiZa~ said...

siryes??bia btol dear...hahhaa.. :D u have a such beautiful place dear!! :D

mahirahnazlim said...

wahaha UFO eah ? haha mcm best3 je kt sana

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ha'ah, wong solo ada jugak di ampang n kampung bharu:) hehe.

ok ok, nanti kita makan ayam bakar madu semua ye:)

tak tau lah, ufo buatan manusia ataupun alien.

alien mcm muka hrithik roshan? sahih2 ffiiey suka! lol;D

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails