Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, January 27, 2011

Kalau aku lychee, dia durian.


Assalamualaikum and hi.....





Adakah anda tahu akan sejarah nama laici? Kalau tahu angguk, kalau tak tahu geleng. Fifiey geleng sebab Fifiey tak tahu tapi nama saintifiknya memang Litchi chinensis. Itu pun tahu secara tak sengaja tadi google tentang asal usul buah laici ni. Puas bila tahu asal-usul mengenai sesuatu hal keajaiban alam. Memang manis buahnya. Seperti yang dirujuk kepada gambar di atas, memang laici boleh dibuat bahan untuk masakan dan kulineri seperti puding laici dan juga jus laici yang berzat. Namun apa kaitannya dengan entry kali ini? Berkaitan dengan laici memang tak banyak, tapi cukup bersejarah bagi Fifiey. Itu adalah sejarah nama FIFIEY LYCHEE MARATION yang mana ada perkataan "Lychee' di tengahnya. Kenapa pilih Lychee? kenapa tak epal macam Cik Epal? Ataupun tak manggis, durian, mangga, salak ataupun buah-buah lain? 




Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa laici, dan sememangnya sudah banyak yang bertanya akan hal terbabit. Cerita alkisah mengulang sejarah nama ditangguh setelah blog Fifiey cukup umurnya setahun ok. Biar ada suspennya:)  





*****************************************************************************




Hari ini niatnya nak cerita tentang durian. Durian. Seperti yang anda tahu ia adalah raja segala buah. Kalau kita punya raja untuk memerintah, buah juga ada rajanya. Itulah kelebihan durian yang mempunyai nama dan pangkat yang serba gah. Durian singkatan daripada duri+an. Maksudnya di sini, nama dipetik daripada kejadian hakikat sesebuah durian itu sendiri yang sememangnya berduri. Kenapa ramai yang suka durian walaupun badannya dilingkari engan duri-duri tajam yang boleh mencederakan tangan malah makin sukar durian tersebut untuk dikopek, semakin berusaha orang-orang untuk membukanya. Itu lah aura durian yang juga mempunyai bau yang amat kuat. Bau bagaimana yang dimaksudkan? Ramai yang tidak menggemari durian hanya kerana bau dan begitulah sebaliknya. Itulah harum aura semulajadi yang mempunyai banyak tanggapan daripada manusia-manusia sekeliling.



Sambil merenung menatap tajam foto terpapar di bawah tulisan-tulisan di layar skrin ini, setiap apa yang dicipta Tuhan pasti ada maksud tersirat di sebalik yang tersurat dan durian juga sebegitu. Kenapa ciri-cirinya sebegitu? Berkehendakkah dia begitu? Banyak persoalan yang tidak tercapai dek akal sekarang ini sedang berligar-ligar di kepala yang hanya mampu bertanya dan bertanya, namun jawapannya masih tergantung di suatu ruangan yang tiada pasti di mana.




 Image: Sumber dari Google.




Short notes:  Buat ketika ini, saat ini, memang teliur nak makan durian, apatah lagi pulut durian. Do u know how the pulut durian look like? Pulut yang dicampur dengan santan then campur gula sikit dan makanlah dengan durian yang kuning tu:) Nikmat sangat.  Tapi ini bukan musim durian. Di supermarket ada, tapi yang dah di packing. Tak nak yang tu. Nak yang fresh dari pokok. Mengaku, saya cerewet kalah preggy mummy. lol;D Mungkin dapat dalam mimpi makan pulut durian malam ni. Jadilah. Syukurilah.





Lots of love,


31 comments:

syAzAnA said...

sedapnya pulut duriann. dah lama xmakan. yummmyyy!

Aifaa (; said...

Fifiey! Aifaa pon suke durian jugak! Durian rocks, kita orang melayu kan. mestilah makan buah tempatan :D

penaberkala said...

adoi, terliur terus bila sebut pulut durian,haha
bubuh nisey sedak jugok

laici? suko make buoh laici ko guano tu?

A.s.t.i.n.a said...

Fifi manggis.... comey gak..

fifi langsat.. tetttt cmo ><
Fifi melon... mcm gebu sgt..
fifi anggur.. haaaa best!

hiro said...

lama xmakan durian. sob3.

epaa chenta said...

suka durian sgt3 (:

biskut said...

kerna sebiji durian maka terhasil persoalan2 yang masih menjadi tanda tanya bagi fiffey...

mungkin saja kerna ingin menjaga isi di dalamnya saat ia gugur dari pohon yg tinggi maka diciptakan duri dan kulit yg sangat tebal...

mungkin lar...

APi said...

jika kau laici ku hanya buah keranji..

JaMaL Arif Rosman said...

hahaha x suka durian... ^_^ hahaha

HEROICzero said...

aissshhh. ni yg buat terasa nak mencari durian neh~ =)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

blur seribu bahasa.. hehe
aku nak tempoyak, gulai durian,
huuh... kene tunggu musim la ni...

YanaMIB said...

alaa ai xsuka mkn durian..sbb bau dia and rasanya..hihi~ =)

JIJI YU said...

ahah..keno pulut deghiye hok kelatea jugok baru nyekok molek..eheh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

nak durian, nak durian nak durian. wuhuhuhu, nak pulut durian:'(

:: noremy anak rahmat :: said...

folo & BW...

mehla jenguk belog ai..

slaam kenal!(^_^)

sickchild said...

damn aku dah la diet ko leh bantai paste gambo durian wuaaAAAAAAAAAA KEJAM DOHH KEJAM WUUUAAAA T___T

HonEyBuNNy said...

ila pun suka pulut durian...;-)

aLya said...

waa..bestnye lau dapat makan pulut durian..ngeee
fifiey da wat k.alya ngidam gak..hikhik

cikceriacorner said...

saya suka DURIAN..best sgt2..heheh

aleen aiden said...

homaigod..die sebut pulut durian mula la kan akak nih duk membayangkan.haish!Hu3

ANATI SOKI said...

durian itu best!! tp anat tak mkn. hehe. anat de dusun durian. hehehe.. kalau makan.. belehak pun leyh bau durian hehehe

zacky ~786~ said...

hehe..` tula psl...
so kesimpulanya... jgn la derhaka kpd raja.. nanti kna baling ngn raja buah sia2 jerr hidup.. :P

bukan photographer said...

nak durian fresh dari pokok?? nak petik buah durian ke??hehee

kakchik@ella said...

rindu durian sbnrnya fifiey ni. hihi

Gieyana said...

wahh sedapnya durian..Nureen lately asyik tnya psl durian jer..:)

Pinky Pixie said...

musim durian nnti, nnti la uma yatie. hihi.

Amirrah Zawani said...

tertanya2 jugak kenapa lychee.. nak kena tunggu blog stahun dulu ka?? adehhh.. btw, i tak suka durian..

TunTeja said...

durian itu sangat sedappp :)

nisa said...

masa pregnant dulu mengidam sangat nk makan durian...kene plak masa tu bukan musim durian..nak nangis hubby mencari durian merata2...lastly pergi thailand jumpa durian..terus ngap!hehehe

misshoho said...

hye fifiey..misshoho dtg sni nk tggal kn comment..;))..pulut tu sedappp..:)

nub said...

nak durian..hihihi

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails