Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, January 29, 2011

GADIS REMAJA.

Bau ayam crispy di dapur dan suasana petang Sabtu yang masing-masing sibuk untuk berlibur  di sana sini tidak sesekali menganggu Fifiey untuk terus menulis di laman ini. Alhamdulillah. Sedar dan masih gagah dalam keadaan sihat walafiat. Teruja membiasakan tubuh dan mata menghendap cerita-cerita menarik yang ada di dunia maya ini kadangkala membuatkan masa terisi dengan begitu sempurna seimbang dengan aktivitas di luar sana yang kadangkala memeningkan kepala. Berbicara tentang gadis dan remaja, sebuah topik yang telah menjadi perbualan bukan sekadar hari ini, malah lapuk mungkin bagi yang sudah terisi sekian banyaknya pengetahuan dan lambunan bahan bacaan yang begitu meluas dari jangkauan prestasi akal untuk menerima.



Gadis bermakud dara. Bukan janda, bukan isteri dan bukanlah kanak-kanak yang belum akil baligh. Mungkin hiperbola kalau didengar bahawasanya gadis adalah ibarat bunga mekar kalau disiram setiap hari, dicambah dengan sempurna, dilukis dengan retak seni, kerana ia terlahir dengan sebaik-baik dan sesempurna sifat kejadian yang agung dengan akal dan harus seimbang dengan budi serta naluri biar rentak yang mengawal keadaan tidak terbabas dari garisan luar petak yang dikerumuni banyak anasir-anasir gelap.



Remaja. Remaja bermula daripada usia antara 9 hingga 20 tahun. Di zaman dan era usia inilah yang kita perlu perhatikan ke atas diri kita atas dasar keselamatan dan keharmonian hidup yang bakal memberi impak pada masa hadapan adakah positif atau negatif impaknya. Seperti hiperbola yang saya maksudkan sebentar tadi, dalam lingkungan usia sebeginilah anak remaja bsa lalai, leka dan tidak cakna untuk menjaga keharuman wangian yang dimegahkan oleh kaum wanita.




Ligaran otak yang sentiasa mengenangkan peristiwa-peristiwa manis mahupun pahit dalam hidup membuatkan kita terus berfikir dengan ligat apa yang baik dan apa yang buruk buat diri ini samping pengalaman dan pengetahuan yang telah bercambah dari hari ke hari seimbang dengan kematangan yang bukan diukur dari segi usia semata-mata.


Teman: Fifiey, semalam saya jumpa awak di pasar malam. Wah, hot eh awak kat luar macam minah salleh, dengan tak berjilbab, kat sekolah skema je saya nampak awak.

Fifiey (saya): Lah, jumpa ke? Kenapa tak tegur?  Lain kali jumpa tegurlah Fifiey. Di sekolah, di luar memang macam ni lah saya. Takkan kenal tak sampai setahun dah pandai nak nilai baik buruk orang? Haishh, awak ni. (dalam hati menangis kerana tegurannya tadi agak pedih kerana menegur secara umum.)

Teman: Ye lah, bukan apa, tak sangka je, best student macam awak jumpa kat luar dengan keadaan yang agak berbeza dengan di sekolah. Cikgu pun sanjung-sanjung awak. Tapi tak apalah, itu memang awak. 

Fifiey:  Alah, mana ada. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Awak pun sama. Hope kita semua boleh score baik dalam exam nanti.


Fifiey jawab ringkas. Sangat ringkas seadanya yang mungkin. Tidak mahu berbaur kata terlampau banyak sedangkan kita juga belum sempurna. Ambil yang positif, negatif kita buangkan jauh-jauh. Dialog yang masih terimbau sampai kini. Memang 6 tahun lepas sudah berlalu. Fifiey terkenangkan si teman dimaksudkan. Alhamdulillah jumpa beliau di dalam laman facebook. Teman sekolah di usia baru meningkat 13 tahun pada ketika itu, memang Fifiey kenal rapat dia. Namun, seperti yang Fifiey cakap sebelumnya, kuantiti tidak penting, yang penting kualiti. Oleh yang demikian, teman baik Fifiey adalah seluruh sahabat handai yang mengenali diri ini, yang penting mempunyai nilai-nilai yang boleh kita kagumi. Baik hati, dalaman dan luaran sangat penting.



Dan baru-baru ini. Seperti biasa, semuanya bermula dari internet yang menghubungkan dunia yang terpisah daripada alam nyata. Mata terus segar daripada kelesuan memori lama. Terkejut dengan bunyi buzz YM dari teman akrab, seakrab dengan teman-teman di alam remaja menengah bawah.


Fifiey (saya): Hye, awak apa khabar sekarang? Lamanya kita tak jumpa. Rindu. Teringat waktu zaman sekolah dulu. Dah 3 tahun ye tak jumpa. Lepas PMR masing-masing bawa diri. Ye lah, masing-masing dapat result bagus.


Teman2: Salam Fifiey. OMG! Masih ingat saya? Terima kasih sangat-sangat. Ingatkan dah lupa kawan lama dah. Saya khabar baik. Awak macam mana? Ok?


Fifiey: Fifiey pun ok lah, macam yang awak tengok kat profile picture tu lah. Sihat walaafiat. Makin comel. haha. Apa cerita terbaru awak sekarang?


Teman2: Baik je. Teringat lah waktu kita sekelas dulu. Rindu zaman tu. Awak ingat lagi tak "Si Y" yang ada je tak puas hati dengan awak dulu?


Fifiey: Uhhu, kenapa? Nak bergosip lah tu. haha



Teman2: Ye lah, saya ingat lagi waktu tu awak nak menangis kan masa dia tegur awak pasal jilbab lah, apa lah, padahal saya tahu macam mana awak. Awak baik.


Fifiey: Dah dah puji. Bodek nak apa ni? Cekelat dalam peti ais banyak. Nanti balik Malaysia saya bagi awak. Kita berdating ok.


Teman2: Bukan puji la. Awak tahu tak yang "Si Y" kena gantung sekolah hari tu. Dia yang pernah tegur awak, tup tup dia yang kena tangkap berdua-duaan dengan pakwe dia dekat rumah si jantan tu. Bodoh kan?


Fifiey: Ye ke? OMG! (dengan nada yang terkejut, terkaku, terduduk.) Kenapa dia jadi macamtu? Dulu tak macamtu kan? Tapi memang nampak perubahan masa dia dah mulai naik tingkatan 3 Agak berani bergaul tak seperti biasanya, tapi tak sangka pulak keadaan jadi lebih teruk macamtu.


Teman2: Semua orang terkejut. Tapi biasalah. Budak-budak baru nak naik. Tak pandai jaga mulut dan diri, last2 terjadi kat diri sendiri. Culture shock. Kerana mulut badan binasa.


Fifiey: Biarlah dia. Doakan semoga dia berubah seperti sediakala. Jangan kita pulak yang terjangkit sifat kata-mengata dari sifat azali dia pulak, kan terkena dekat batang hidung sendiri. (Sambil meleraikan suasana yang tidak aman bagi Fifiey untuk teruskan perbualan tentang "Si Y" itu.)


Teman2: Tu lah awak, orang makin kata, makin awak bebal kan? Dengar telinga kanan, buang telinga kiri. Eh, betul ke pepatah ni? Adik-adik awak sihat? Rindu kat diorang jugak.


Fifiey: Diorang baik. saya pun baik, semuanya baik-baik:)



*Perbualan selanjutnya dirahsiakan demi menjaga tataetika perbualan secara peribadi. Perbualan sebelumnya itu hanya peringatan kepada kita semua untuk menjaga mulut, ingatlah kerana mulut badan binasa, dan berdoalah buat kebaikan sesama sendiri, bukan mengaibkan dan berkata buruk terhadap orang lain.




Mengakui yang Fifiey juga tak sesempurna manusia yang sempurnya diciptakan oleh Allah terhadap sifat dan zat yang diberi, namun bersyukurlah kita apa adanya kebaikan yang diperlakukan oleh orang lain. Fifiey sentiasa mensyukuri kerana dikurnai keluarga yang sangat mendukung dan mendidik Fifiey dengan begitu baik. Menuju ke arah kesempurnaan bukanlah semudah mulut mahupun kata-kata yang dipertuturkan semata-mata. 



Fifiey bersyukur kerana bonda dan ayahanda sering memperingati daripda kelalaian diri ini, memberi nasihat dan didikan yang begitu selaras dengan kewajiban sebagai orang tua, serta mengawal Fifiey dengan begitu rapi. Tiak mengongkong, tetapi mengawal. Harus kita perhatikan perbezaan antara mengongkong dan mengawal. Ramai di antara anak remaja yang berasa kawal itu kongkong. Anda sangat salah. Kawal adalah didik, didik adalah menjaga, jaga adalah meletakkan tara-tara seorang remaja bertindak, berfikir, serta berkelakuan dalam kehidupan sehari-harian. Seperti yang Fifiey nyatakan di perenggan yang sebelumnya, Fifiey bukan seorang yang sempurna, namun menjaga identiti, nama, serta kelakuan dalam kehidupan adalah penting bagi Fifiey untuk menyesuaikan diri dengan nama seseorang GADIS untuk melahirkan sosok seorang yang hebat dan ke arah kesempurnaan yang hakiki.

  

Radioaktif dalam diri sentiasa berlegar-legar untuk memacu kita ke arah keburukan, namun bukankah akal yang waras yang dikurnakan kepada kita begitu cukup untuk kita seimbangkan dengan nafsu dalaman yang sentiasa menginginkan itu dan ini.  Buat gadis remaja di luar sana, jangan sampai anugerah yang dikurniakan kepada anda hancur musnah, dek kerana akal ditinggal, nafsu terlebih guna. Cas positif harus diterap, dan cas negatif harus dibuang. Jangan sentiasa mendongak ke langit, tunduklah ke bumi supaya keseimbangan dapat dikecapi seutuhnya. Kalau hari ini anda seorang yang hebat, kekalkan kehebatan anda, namun, kalau hari ini anda seorang yang gagal, kecapilah kejayaan pada saat ini dan seterusnya pada masa hadapan.


 "Jika anda tidak dapat berkata baik terhadap seseorang, jangan sesekali berkata buruk terhadap orang itu "

"Kata-kata orang terpilih adalah doa, dan setiap doa orang terpilih adalah sebaik-baik doa yang baik untuk berlaku secara nyata! "



(Image: Detik ketika berkunjung ke Lost World Of Tambun, Perak ketika Januari 2009.)


Lots of love,


56 comments:

oshin said...

nice entry dear . hehe .. suka gambar fify ;)

Ujang9897 said...

sy pun masih remaja..best2

penaberkala said...

duk kat perak nak masuk 5 tahun tapi tak pernah plak smpai kat tambun lost wrold tuh,adoi

pernah ke bukit merah lake town resort je 2 kali
kena gi ni final year study sini,haha

yatie's EPISODE said...

sy remaja jugak! hehe.

fify, i pn ade kwn mcm tu jgk. dlu tgur, skg dye wat jgk. paku dulang, paku serpih, ckp org, skg dye yg lebih kan? (;

sri juju said...

superb ! love this :)

Freaky said...

nice entry.. saya remaja :)

biskut said...

benar,kematangan tidak akan dapat diukur dengan nilai usia yang bertambah..

teguran serupa itu pernah dinikmati dengan hati yang kering kerna saja berpegang pada satu hal..setiap orang itu pasti punya cermin sisi yang lain dari karakter yang sebenar yang kalau dilihat dari segi pengaruh ade perbedaan yang nyata.

menguruskan diri dengan segala anasir yang berlumba merasuk diri tetap perlukan pendirian yang kukuh.mempunyai prasangka yang baik dan punya nilai pandangan yang positif.

be ur self.

Sca Ndx said...

berubah jadi remaja. yeah :)

Myra Arshad (: said...

alahai. gambaq. sweet2 gitu. hehe

Hanisah Safian said...

nice one babe! :)

N A N a t O said...

fifie...kita pernah jg kena tegur cm fifie..pasal jilbab n pakaian kita..then, dia yg makin truk. trus off tudung..n lg sosial..drr..

A.s.t.i.n.a said...

Saya tidak suka zaman remaja.. piyed sgt sakit...

Raji berkata said...

ala ak dh xremaja dh ker ni @@
oh balik Malaysia nnti bawak skali cekelat utk aku xD

JIJI YU said...

fifie..alos la..sedak baco entry dio..panjea pon takpo la..haha..bilo kelik kelatea nyo

eT said...

gadis remaja = yg masih mencari identiti

KERTAS A4 BLOG said...

Elllooo... Waah!.. nice blog name :p
Tenkiu datang melawat blog Kertas A4 + comment skalik... meh join contest, takleh ringan, join paling berat punye hehehehhehe :p

AKu datang, AKu bace, Aku Follow :p

APi said...

duhai gadis remaja..
indah nya bicara..
tidak pada rupa saja..
tapi terletak pada akal mu jua..^^

HonEyBuNNy said...

ku juga gadis remaja yg masih mencari2 arah tuju kehidupan yg lebih sempurna...;-)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

gile ar API.. masyuk pantun mu itu..

haha.. terjuling jap membace ni..
hehe.. kene la sll pesangke baik..
erkk.. tibe2 lak..

sy masih mude remaje..

Hairil Rizal said...

Maka siapa bilang yang berkata-kata itu mudah?

Bisa ribut kehidupan hanya kerna kata-kata... :)

MataHati @ MH said...

nice entry..
siapakah gadis dlm gambar itu? ;p

zaman sekarang ramai gadis tak sebenar-benarnya gadis

Ati Masrif said...

salam kenal fify

TQ sudi dtg komen blog kak ati..

very nice n3

tertanya2 fify ni tinggal di indonesia kah?
dressing pun dah mcm org sana

ingatkan ana rafali dtg blog kak ati ..hihi

kak ati FLW fify ..^_^

hiro said...

fuhh..sihat sungguh..karang panjang betei.

zety said...

very nice.

jiwa sastera meresap dlm diri bile baca entri ni.saya juga remaja walaupun msudah 22 ngeee..

ampun patik tuanku.=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dalam proses penghijrahan kedewasaan....jangan sampai tergelincir kasut, terseluk kaki sudah. i bet u got it:)

biarkan manusia menegur, itu pahala bagi mereka dan pahala juga bagi kita mendengar. dosa pahala, syariat. manusia hanya mengetahui itu, tidak pula diselidiki sebab dan musabab hakikat diri terjadi. kita semua khalifah Allah yang diturunkan di bumi dengan tugas masing2. Alangkah caknanya tugas terbabit jika tidak diantara kita mengambil tugas org lain? Tugas apa? Tepuk dada tanya selera.

foto tersebut ketika fifiey berusia 16 tahun. dan sekarang dh nak masuk 18:)sesiapa yang belum berkunjung ke sana silalah berkunjung. tempatnya cantik, buat destinasi pelancongan anda yang seterusnya mungkin.


sy balik insyallah bulan 3. bg yg nak date dgn sy, sila buat temujanji. haha:D


p/s: kalau kita tidak dapat berkata baik terhaap seseorang, jangan sesekali menuturkan kata buruk terhadap org itu.

syAfA said...

salam perkenalan fify..:))
tengs sudi komen kat blog syafa

fotogenik la muka awak..:D

Heidi Shafiq said...

ko cantik.. :)

syafiQakarim said...

aww..fifiey,
kak iqa pun remaja lg. ;p
ahak..teguran yg agak pedas.
tp diam kan je laa kan.
fifiey ni gila matang bila pk.
tak sangka .tabik..!! ;D

ayulunera said...

ala...saya dah tak remaje...dah 20++..ehehe....
fifi org kacuk kelantan ngan aceh ea...
ade entri khas tuk org kelantan...rajin singgah ea..
http://ayulunalunera.blogspot.com/2011/01/bangge-la-ko-kan-orang-kelantan.html

Panglima Muda said...

macam cerita aku masih dara

ijam ismail said...

canteknye gmbr 2..heeeeee
sy xbpe nk remaja sgt..hohoho

aLya said...

waaa..k.alya da tak remaja ke?hahaha

betul apa yg fifiey cakap tu. dalam dunia nie, tak ada yg sempurna tapi kita berusaha jadi yg terbaik. kan?
lebih baek ape yg kita buat dalam pengetahuan keluarga drp jadi sang puteri di mata keluarga hakikatnya diluar kene culture shock.
my mom ustazah, tapi mama juz control n nasihat. tak pernah konkong :)

best of luck dear..apa pon org cakap yg penting fifiey tahu siapa fifiey n sntiasa ada keluarga & kawan2 bersama kita :)

EJA said...

wow...very telented..follow u!..macam anna rafalli..

mr.syazwan said...

F
U
U
Y
O
O
O

NICE ENTRY..

fifiey gadis remaja yg menawan..

=_=

PendekarPetai said...

perghh ayat ko tersusun jer... leh jadik cikgu bm nie...

Yuni Aisyah said...

ye yuni setuju dgn fifiey..:)
jgn nilai seseorg dr luarannya...hati n budi perketi yg baik adalah nilai yg tinggi yg perlu kita semai...

Ogy said...

fifiey peduli je dgn ckp2 org..org yg menegur tu belum tentu lebih baik dr kita...maksud mama bukanlah tak boleh ditegur..tp nk menegur org pun kenalah ada caranyaa kan...

takpelah kita ambil yg positif je dr teguran tersebut k...

TunTeja said...

fifey..jgn sedih2 ye dengan ape yang orang cakap..biarkan je.sebab mulut orang takleh nak ditutup...hope kamu kuat semangat.yang penting hati kan? :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Terharu dengan rakan-rakan alam maya dan alam nyata dengan kalian punya concern, care, and love:) sob sob:')
Thanks all.


well, Fifiey suk kutukan dari pujian, makin org mengata makin kita usaha ke arah kebaikan. dan makin tinggi derjat kita terangkat!


Yes, people selagi ada perasaan hasad dan dengki memang ada alasan dan suara2 sumbang yang bertegur tak sopan, kita sebagai manusia makin melatah, makin kita nampak macam litah merayap. Maka jadilah kita si kancil yang bijaksana yang sentiasa berfikiran beribu batu jauh ke hadapan apa yang berlaku di hari kemudian. Hidup bukan makin mengundur, tapi makin maju seribu tapak, jadi kalau tersungkur gara2 kita menoleh apa yg org cakap, tak akan kita berganjak ke mana2 tanpa kita bangkit dan usaha untuk 'berhijrah'.

Best of luck of me myself and to all of u!:D

E.d.Y said...

edy remaja jugak..sama umur dgn fifiey..:p

sissyira said...

salam malam isnin =)

kamu memang cantik...

erk,,saya masih remaja...

dna ayat kamu yang last tu,,sy suka..

p/s: maaf lama tak jejak sini, internet probelm ;(

Saybee said...

NICEee! :D saye remaje ! HAHA *tetibe =='

* nk pergi lost world of Tambun jugakkkk ! T___T

Farhan Zulhusmi said...

tidak semestinya muka yang matang berpandukan pada usia...
so...benda ini sukar diukur...
nice entry.......

Achiq said...

nice syg...like da way ur writing style...urmm sori dh lama xjengah..akak sgt bz..keterbatasan waktu menyempitkan ruang utk bertukar2 pendapat..namun, fifie tetap di hati..love u =)

Miss Yaty said...

itulah dunia remaja...kadang kita lalai tak sedar kita mengutuk lepas tu terkena pada diri sendiri...

tapi mitak2 lah di jauhkan...

thanks sebab sudi memperingati ssesama remaja :)

AIMAN said...

teenagers la zaman paling banyak belajar.. n paling byk buat pilihan sama ada baik atau buruk
;)

TiKa LEh said...

setiap org tak sempurna tp kena brusaha ke arah kesempurnaan..

nisa said...

Saya suka zaman remaja..rasa seronok sangat..tp apa pun kita kena bersyukur dgn setiap pengalaman yg kita lalui, kerana itu yg akan mendewasakan dan mematangkan kita..insyaallah

Softtouch [Hanim] said...

akak xboleh dikategorikan dara n remaja..hehehhee...

yg mana baik kita ikutlah n mana yg xelok tu jgn ikut..masing2 ada pemikiran ikutlah mana yg elok pd diri kita..

FarEast said...

1st time masuk blog ni ... hai! :D

Encik Psychopath said...

nobody perfect :)

Amirrah Zawani said...

zaman remaja yg paling best sebenarnya.. apa2 pun pandai2 lah jaga diri :)

FATIN SYAFIQA said...

Oh Fifiey, baiknya Fifiey. :D
Sesuai dgn muka Fifiey yg comel!
Tu la balasan si Y tu. Hurm

Nurulbadiah Lai said...

fifi sgt cntik..setiap org ade kelemahan dan kelebihan
semua org xsempurna..kakak pon xsempurna..tapi apapon..kita adalah diri kita sendiri..kita yng berhak merubah diri kita ..kita jgn berubah demi org lain atau hanya kerana mahu memuaskan hati org lain..

cik bahulu oren said...

tak semua manusia yg tidak baik,xde pengakhiran hidup yg baik dan mcm tu jgk sebalinya :)

HEROICzero said...

alahai. manusia. terlalu mudah menilai. biarkan saja. =)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails