Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Friday, January 14, 2011

Fifiey Lychee Maration berbunga-bunga hatinya apabila.......




Everytime I look into your eyes,
I see my paradise
The stars are shining right up in the sky, painting words or designs
Can this be real, are you the one for me
You have captured my mind, my heart, my soul on earth
You are the one waiting for...



Sebelum mengulas lanjut tentang topik yang ingin Fifiey bicarakan pada hari ini, eloklah kiranya, untuk Fifiey mengucap salam terlebih dahulu.  Lebih sopan dan afdal kan? Assalamualaikum semua, sihat tak? Makan apa tadi? Tidur jam berapa semalam? Tadi buat apa? Awak pakai baju apa hari ni? Family awak sihat tak? Awak tak contact ex awak kan? Sorry sorry, tertanya lebih-lebih pulak kat ruangan umum ni. Ini soalan tak rasmi dari Fifiey untuk kalian semua since nak tanya kekasih hati pun belom ada lagi. Ceh, Fifiey komain lagi kan tanya soalan privacy korang!  Redha je lah jawab dalam hati pun tak apa ceq tak kesah;) Awak semua jangan terkejut tau, Fifiey petik ayat puitis letak kat atas, Ye lah, sebelum ni, tak da pun lagi entry jiwang-jiwang, cintan cintun, macam zaman retro, nenek atok bercinta dulu, hidup single membujang memanglah story nya tak de part2 tu semua, so terpaksalah ambil peluang untuk bercerita bab tu melalui.............. nak tau, sambung lagi baca kat bawah. Fair? lol;D



Awak semua, tahu tak Fifiey nak bercerita apa hari ni? Nak tahu tak? Bilang sampai 3...1, 2, 3..angguk kepala kalau nak!!!! Angguk bukan  geleng tau. Angguk ertinya agree, agrree ertinya setuju, setuju dalam konteks ayat ni, kalian awak semua nak dengar lah cerita Fifiey. Apabila awak semua nak dengar cerita Fifiey, maka Fifey bermulalah untuk menceritakan segala-galanya. Apabila cerita segala-galanya, maka awak semua pun  tahulah rahsia Fifiey, nanti malulah. You see, malu . Tahu tak malu tu apa? Malu tu macam kucing tunduk-tunduk, jalan sopan, pastu senyum senyum, comel sangat kan? Tapi ni versi malu tak comel, sebab tetiba je malu, pastu menangis, pastu mulalah tisu pun abis. Lepastu yang tak tahannya kalau menangis sorang-sorang tak apa, ni seluruh isi alam dapat tengok Fifiey menangis. Dan ada sesetengah part tu, boleh pulak tersengih-sengih, bab-bab sengeh ni, kalau boleh tak ada siapa boleh tahu, sengeh sorang-sorang lebih syok tau. Jangan anggap pelik-pelik. Awak semua, Fifiey masih waras tau, boleh berfikiran dengan cerdas, boleh lagi nak bergelar best student macam di sekolah, kita menangis dan sengeh tu ada sebab.



Dan sebabnya adalah......Sambungan cerita di bawah, baca sampai habis tau. memang syok punya cerita Fifiey kali ini:) Selamat terhibur.



Kali ini Fifiey bercerita seakan fifiey kenal  awak-awak semua sebagai family members Fifiey, barulah tak malu-malu kucing nak bercerita macam-macam. Dan rahsia yang tak berapa nak rahsianya adalah Fifiey suka tengok filem hindustan tau.  Dari kecik lagi tau. Suka lagu-lagunya, suka hero heroinnya, suka tengok keadaan dan suasana India tu sendiri dan suka belajar bahasanya. Tapi different to Tamil right? Memang banyak koleksi kat rumah. Gambar kat atas ni pun, Fifiey pakai tema ala-ala hindustan. Serius, bajet cam heroin hndustan. Agak-agak ada can tak jadi heroin  filem hindustan versi Malaysia? Ala, rilex la, kita kan 1 Malaysia, jadi tak salah kan? And what i love mengenai hindustan ni, bukan sahaja feel and soul para artisnya melakonkan watak serta it looks like real. memang ramai orang kata, Hindustan films have the cliche ending, which kalau hero tak mati after selamatkan heroin to any inccidents, mereka kawen and this was the part of happy ending. Kalau tak pn, the heroin yang mati dan the hero will be too upset. Or the another ending will be like both hero and heroin mengharungi cabaran dan liku-liku serta musuh sampai akhir hayat bersama and so on. Whatever u say, but still, i love it.


And the another familiar actions done by pelakon-pelakon hindustan adalah, main gelek-gelek badan atas bukit, rumpat segala, dan juga pasir pantai. Mulalah si hero datang dan tangkap pompuan tu, then main nyorok-nyorok belakang pokok sambil nyanyi, siap lari-lari tebar selendag chantek lip lap lip lap warna warni diorang. Kalau part hero tunjuk aksi, terjun bangunan, racing kereta sampai terbakar, terjun laut semata-mata nak tunjuk cinta, berenang ke tengah laut nak selamatkan awek, lepastu kalau ada kejadian kebakaran, mulalah, habis berselerak disepak, ditendang segala macam-maca benda kat lalulintas, tak kira orang berniaga, tak kira nenek tua ataok taua bejalan, akibat lari terlalu laju, rushing nak tolong awek supaya selamat. Panjat bangunan tinggi-tinggi tu tak payah cerita dah, itu normal sebab ada lagi yang abnormal. Nak tahu apa? Ni dia, ada jugak hero, kena bidas and hentam dengan berdas-das letupan, ataupun peluru dari pistol tercanggih pun, tak putus2 urat ajal dia. Tu lah namanya hero, berkali-kali hidup walaupun ditembak. kalau mati sekalipun, timbullah watak baru yang sama muka, then si heroin pun, bercintan cintun, jatuh cinta dengan watak baru(padahal pelakon sama je) cuma tukar watak,  Ada jugak yang bergaduh, bertumbuk, berhentam tak mati-mati, tak patah-patah tulang sendi, gara-gara berebut awek. Haa, Part2 18 sx Fifiey takmo cerita, belum cukup usia(",)



You see, you see, Fifiey dah pernah bagitahu kan, yang Fifiey dari kecik lagi suka sangat pakai baju kurung, even duduk di rumah pun baju kurung ataupun gown lawa-lawa and for the reasons u can see tru my last post;) lol;D Eh eh eh, kecik-kecik dah mengandam, melawa segala. It's not melawa ok, it's the matter of wearing something that we love and comfort with:) Material yang lembut serta sejuk membuatkan Fifiey makin dan lebih selesa. Eh, ini bukan halnya tau. Sambung kepaa story asal, ok, foto ini diambil kira-kira 13 tahun lepas, waktu Fifiey berusia 5 tahun . Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah nak masuk 18 kan? Apa kaitan picture ni dengan post tentang Hindustani filem? Meh nak cerita lebih lanjut. 



Awak-awak semua dengar ye. 1998 adalah tahun di mana saya mula-mula jatuh cinta. My first love for hindustani films. Iaitu filem Kuch Kuch Hota Hai. Mesti awak semua pun dah muak tengok filem tu, tapi not for me, 13 tahun berikutnya pun, i mean until now pun, i Fifiey masih ada cd filem tu tau, and always watching it tru dvd. Memang syok layan lagu-lagu sedih, romantik, serta rancak. Boleh siap ikut liriknya. Power tak? Tak min um power root pun boleh power bahasa hindustan sebab banyak tengok filemnya. Tengok gambar kat atas tu, ha, masa tu seingat Fifiey masa tengok filem Kuch Kuch Hota Hai tu lah, siap berjoget-joget lagi, pastu mulalah, ada yang mintak nak foto, kalah artis. So bergayalah kita dengan muka suci tau, innocent sangat, takde lagi pose-pose macam sekarang, paling-paing senyum macam sofia jane je. Itu apa yang orang kata lah, muka Ffiey masa kecik macam Sofia Jane. Ye ke? Masa tu, fifiey tak kenal pun Sofia Jane siapa, pastu, dah besar-besar ni baru tengok filem dia yang lama-lama yang duk tayang kat tv, then i see, ouh, tak sama langsung. How's the people said that? Tang mana lah kan. Tu masa kecik-kecik dulu lah, kalau dah besar ni, lain lagi parasnya berubah. Mengikut peredaran waktu. 



Setelah melalut kembali kepada cerita asal, waktu tengok Kuch Kuch Hota Hai tu, memang minat sangat dengan Shah Rukh Khan(SRK), memang lakonan dia betul-betul menjiwai, even until now, paras rupanya sama je, awet muda kan beliau? Masih nampak kekal macam dulu-dulu. Kecik-kecik pun Fifiey dah pandai menjiwai sesuatu movie tau. Fifiey rasa geram sangat kat Rani Mukherjee dalam cerita tu, pehal lah dia amik boyfriend Kajol, padahal dia pun tahu Kajol nak kan SRK, sampaikan Kajol larikan diri dari mereka biarkan mereka hidup bahagia bersama. Eh tolong amik tisu, nak lap air mata mula meleleh kat pipi, melalui penceritaan pun boleh timbul rasa tau. Fifiey suka sangat waktu Kajol lagak macam tomboy, lucu kan? pastu dengan lagak Rani yang memang watak  perempuan India habes, yang pegang sebagai Tina Malhotra anak kepada lecturer kolej diorang. Memang suka tengok kelembutan Tina dalam filem ni. Tup tup beberapa tahun berlalu. Dah ada anak pun Rahul Khanna(SRK) dan juga Tina Malhitra(Rani Mukherjee). Namanya pun Anjali, diambil bersempena Anjali kawan diorang. Pas Tina mati, dia tinggalkan surat, berpucuk-pucuk sampai umur anak dia, Anjali 8 tahun baru boleh baca. Anjali menyiasat sendiri keberaaan Anjali buah hati bapaknya tinggal dan mereka dipersatukan oleh ANJALI anak Rahul Khanna dan Tina Malhotra. Wuhuhuhu, happy ending lah, walaupu Tina Malhotra mati, yang penting, first love dapat balik pasangan dia. And how sad kan, Tina dalam cerita tu, dimatikan watak macam tu je. 



Dah besar sikit, timbul pulak lah filem baru yang hits, iaitu Maan paa tahun 1999. Maan pun  antara filem Hindi yang sedih jugak tau. Terharu tengok Manisha Koirala yang comel manis ayu yang jatuh cinta dengan Amiir Khan yang manis jugak rupanya, tapi MK sempat jadi gadis buta. Suka tengok part beliau lakonkan waktu main kan piano dengan budak-budak sambil nyanyi lagu  Khushian Aur Gham. Memang confirm kawak semua kalau tengok pun, mesti menangess punya. ah besar sikit lagi, jatuh cinta lah pulak lagi, dengan yang lain pulak. Memang tak setia sungguh diriku. Relax la, tak setia dengan hobi, bukan dengan manusia. lol;D 



Ok, Tahun 200 wujudlah pulak filem romantic remaja sedunia, dah bukan tahap orang tua lagi, tapi bebudak pun  minat, mana tak nye, makin banyak awek india cun, hero india macho yang berlakon dalam filem Mohabbatein. Pergh, serius beb, masa tuh walaupun Fifiey masih bergelar anak-anak di bawah usia, namun, terlopong ternganga jugak tengok filem tu, dengan part2 sedih, romantik, sampailah part2 yang membuatkan kita bengang. Sekali lagi tehraru tengok SRK berlakon. Peneman sungguh dia dari Fifiey kecik sampai besar beliau wujud dalam kehidupan Fifiey. Para remaja mesti suka lah, sangat sejiwa dengan kehidupan nyata korang semua kan, tentang cinta tak direstui, true love, tentang kehidupan sebagai pelajar, tentang hidup sebagai anak yang terlalu patuh, serta banyak lagi yang ditonjolkan dalam filem ni.  Mengaku cair dengan gaya SRK main violin kat awek dia iaitu Aishwariya Rai, lagu jiwang-jiwang menyayat hati Fifiey dengar. Sodih pun ado cinta tak kesampaian. Eh, betul kajian, wanita mudah tersentuh kan? Bukan disentuh tau, tersentuh akibat tengok pilem sodih ni hah :p




Review filem lain pulak, ahha, satu lagi yang menambat hati Fifiey, lakonan Hritik Roshan dan Amisha Patel iaitu Kaho Naa Pyar Hai. memang mantabb sangat lakonan mereka. Tambah-tambah part mereka lost at the beach. Dari benci jadi cinta. Dari marah jadi sayang. Dari kutuk-kutuk jadi pasangan. Sebelum mengulas lanjut filem favourite Fifiey ni, meh nak ucapkan ucapan istimewa kat awak-awak semua, "Kaho Naa Pyar Hai". Tahu tak apa maksudnya? Tak Tahu? Maksudnya, "Katakan, kau cinta padaku". Ehehehe cewahh, so, ucapkanlah balik jawapan anda kepada Fifiey:) Kata-kata anda yang ikhlas amat saya hargai. Jum review balik tentang filem ni, bermula dari watak Hritik Roshan ataupun berwatak sebagai Rohit hanya seorang insan yang biasa-biasa sahaja tak kaya, tak mewah, namun dia fall in love dengan seorang awek iaitu Amisha Patel yang berwatak sebagai Sonia Saxena, anak orang berada, kaya, serta berkedudukan. Berbagai cara ayah Sonia untuk memutuskan hubungan Sonia dengan Rohit apabila tahu anaknya itu memang serius bercinta dengan Rohit. Disuruh orang-orangnya yang jahat lagi hantu blaaon, untuk bunuh rohit, serius berebar tengok the way of rohit dibunuh! Sungguh mengerikan dan menyayat hati Sonia tahu bahawasanya Rohit dibunuh oleh orang-orang ayahnya, oleh yang demikian dia membawa diri ke tempat sepupunya berada, Amerika kalau tak silap. Haaa, kan dah cakap style filem Hindi sudah, akhirnya dia jumpa dengan orang yang sama muka cam rohit, dia ingatkan itu memang Rohit, namun, at last dia tahu, itu hanya pelanduk dua serupa. Macam2 taktik dan cara Raj Chopra(yang sama muka Rohit) untuk tawan hati Sonia, at last biasalah perempuan, sekeras mana pun, pasti cair. apatah lagi, Raj seorang yang sangat responsible, ada rupa, respect keputusan  dia, and so on yang baik2 lah Dah namanya filem , mana ada buruknya kalau watak diberi tuh yang baik-baik. Keualilah yang antagonis. Betul tak? Angguk jangan tak angguk. Kalau tak angguk tipu. Kalau tipu berdosa, kalau berdosa Tuhan murka.



Lepas satu satu satu, dua dua dua, tiga tiga tiga, and so o filem yang keluar , muncul, timbul, yang best-best mesti Fifiey tengok. Anataranya secara umum yang lain adalah filem Kabhi Kushe Kabhi Gham, Mujhse Dosti Karoge, Kal Hoo Naa Ho, Dhoom, Veer, 3 idiots dan banyak lagi yang tak tersebut. Yang disebut itu antara filem-filem yang betul-betul diamati oleh Fifiey. Tahun 2011 belom tengok lagi filem Hindi yang terbaru. Any suggestion from u outside, filem apa lagi yang best?





P/s: Awak-awak semua jangan tertipu tau, bukan hero heroin yang berlakon pun yang nyanyi dalam filem tu, mereka hanya miming mulut sahaja. Ehehe, tapi nampak macam real kan? Fifiey tahu pun masa usia belasan tahun sudah bahawasanya bukan mereka yang nyanyi;)

P/s/s: Maaf, kalau Filem Tamil, saya tak berminat.





"And yes, rahsia terbesar saya, memang hati saya berbunga-bunga bila tengok filem hindustan"
-Rtp Farhanis Shafifi-




Lots of love,

42 comments:

Shina Jelita said...

haha.. saya tak kisah tamil ke hindustan ke....
asal lagu best je saya layan..hehe

Faaein Himura said...

waalaikumussalam..

oho.. sungguh mendalam cinta fifiey ni.. hehehe.. suka jugak tgk cite2 yg fifiey snaraikan.. tapi skang bila dah besar ni.. dah tak minat plak nak layan hindustan.. lebih jatuh cinta dgn drama korea aje.. hehehe.. =]

ASaDa RyutaRo said...

ingat lagi masa kat asrama sekolah menengah dulu, setiap sabtu, budak2 laki pun kumpul ramai2 tengok hindustan. malaysia dilanda demam hindustan! hahaha..

last cerita best, mohabbatein n khabi khushe kabhi gham. lepas tu lama tak tengok.

muncul ohm shanti ohm baru start minat semula. latest, paling best : 3 idiots. utk 2011 belum keluar lagi movie hindustan..


*menjawab soalan d awal entry :
saya sihat. belum makan lagi.. tadi jalan2 kat blog. hehe =P

E.d.Y said...

wah..header baru

suka tgk 3 idiots..sngt best

syAzAnA said...

hik3. minat hindustan keh? syaz pun boleh lah tahan melayan nya. hehe. but, lagi best bila ada SRK. konpem melekat depan tv. hehe.

^^

ummiarissa said...

semua cerita2 tu dah tengok..memang best..tapi tu masa saya zaman anak dara, sekarang ni tak berapa sedap cerita hindustan kat tv beralih tengok cerita Indo(dipengaruhi dek anak-anak)...tapi tak sempat nak tengok tv sangat dah..sibuk..tumpang je ngan anak-anak..

Mata Hati said...

masa remaja dulu suka layan hindustan sambil berangan ganti tempat hero dlm citer tu.
bila dah tua-tua ni malas ah nak layan sbb cerita skrg dah tak menarik mcm dulu.

hati berbunga sesuai utk fifie ;)

Solihin Zubir said...

hehe.. layan hindustan gak eh..
dlu sy pernah gadoh ngan mak sebab berebut channel..
mak nak tgok hindustan.. sy nk tgok bola.. haha..

aLya said...

k.alya baru je lepas ngadap my name is khan..hehe
baru lepas wat drama air mata sorang2 lam bilik jap.ngeee
boring dihujung minggu. tibe2 rase cam nak tengok kaho naa pyar hai plak lepas bace entri fifiey nie.hehe

TunTeja said...

saye pun sangatttt suke tgk hindustan!! tp skang ni susah nak cari cte y best.huhuhu

APi said...

cam kene lak ngan tag line saya kan..
a hero never die!
mendalam maksudnye tuh..
hee..



anyway your new header so nice..^^

pilotHans said...

adui..layan hindustani rupenye adik ku ni....tepuk dahi..hahaha..sorry xbrape minat hindustan...haahha....

berbunga2 rupenye..hihi

alexa yussida said...

hahahha terbaikkklah karangan fifiey dari malu2 kucing nak ckp..tuh diaaaa..panjang berjela jela..kekek nasib la tabah utk mmbaca nih:p cpt blnja abc!!!hehe

suka juga layan hindustan bila dgn family:)

Gieyana said...

hy Fifiey,

kamoo sangat comel..:D

suka juga layan filem hindustan but skrg mcm dh lama x tgk since my dotter conquer kartun channel..:D

ARC™ said...

i only love hindustan movies if it has not more than 3 songs throughout the movie and not solely based on romance. :)

ANATI SOKI said...

hehehe.. hindstan mmg layan

JIJI YU said...

muahaha..layan dustan ghupenye..

shazika said...

eh eh..ingatkan ana rafali td :)

aleen aiden said...

hadek fifie!!!ahkak rase mcm nak terjun sungai gombak nak abeskan cerita kamoo nih.buat en3 nih dr pukul brape sampai pukul brape dek?meh nak cipika cipiki cket,sbb geram.hu3

btw,mak ahkak sker sgt tengok cerita mann,wlopon xde golek2 sgt.keh3

Gadis.. said...

heee... teringat masa zaman sekolah rendah sanggup ponteng sekolah agama semata-mata nak tgk cerita Kuch kuch ho tahe tu... hee (ejaan tu salah kot) heee.. apa-apa pun blog awak best.. :)

Robot | Sakti said...

comel jugak time kecik eh.
macam omputeh.
hehehe

.sweet-ants. said...

wahhh x sgka mnt hindustan jgk
i suka jgk tgk tp lately kurang la n tbaru 3 idiots. best gile

Uchi kay-f @hmad said...

fifiey pjgnye awk mengarang...apepun salam kenal singgah2 lah sllu blog saya tue..

*awk ni urg jakarta ke?

biskut said...

patut lar lagu latar pon hindi gak...

ah,terbuai-buai lak duk lama.haha

Hanisah Safian said...

thumbs up dear! :)

AmirFX said...

Baru jer lepas habis tgk cita 3 Idiots lakonan Aamir Khan... Best jugak layan cita hindustan ptg2 sambil layan teh o dengan biskut marrie...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

eh eh eh, abg, kakak, adik semua, jangan guling2 mcm cerita hindustan pulak kalau dh tahu rahsia terbesar fifiey ni, diam2 sudah:) ok, ok, bagi yg berminat, info fifiey cerita apa lagi best!:D

everybody loves 3 idiots, and so with me esp part yg kakak kareena kapoor nak beranak tuh, lucu giler. then bapak dia boleh je sempoi, dr benci, musuh ketat dgn amir khan and the gang, jd suka pulak. hindustan punya penangan(",)

cik fiza said...

wah berhindustan yer disini :)
salam singgah sebentar disini..
nice pics..
kamu sgt cantik :)

{ finieViolet} said...

salam fifiey..

firstly, thanks singgah belog sy dan bg komen..thanks!

dulu masa zaman2 hindustan meletop2 mmg rajin tgk citer hindi..kuch2 hota hai tu tgk byk kali pun x bosan..

btw..fifiey sgt comel dan lawa!

gadisBunga said...

salam, nampaknya fifiey betul2 menjiwai filem2 hindustan ni. hihi~

FH said...

comelnye awak :)

miszlullaby said...

fifiey..fifiey.Ml ingatkan apelah tadi.Kekeke..ML suke gak layan citer industan. plus dekat sini kawan2 ML ade bawak cd mohabbatein. Boleh kate bile boring je,dorg pasang citer tu. kekeke..Ml pun terfollow sekali.

FATIN SYAFIQA said...

Comelnya!! :D

mie said...

gue suka lagu dr filem mann tu..
ehheee

zacky ~786~ said...

wahhhhhhh..~ tak larat den ketawa.. ahahaha... anda mmg kuat bercerita ekk ..!! tak sangka.. hebat2...

yerp mmg btol laa.. sume cter hindustan yg anda review tu mempengaruhi pembesaran den.. dr sekolah rendah smpai menengah .. p skrg dh tak lyn hindustan.. ekeke.. tak rock la wa ckp lu.. :PP ... emm haa.. thn lepas lyn cter 3 idiot.. tuu.. sangtap seyh cter tu..setelah sekian lama tak tengok hindustan.. akhirnya nk meleleh gak air mata den.. hahaa... mmg superb kisah persahabatan depa kn...!!

ap pn have a nice weekend laa.. ;)

hestyrezyuda said...

hi fifi..
^_^
thanks drop by my blog..
happy yeah sis...

areripe said...

haha, hindustani....
3 jam satu cerita.

luvYOU said...

dilla suke gile cte kuc2 hota hai !! smpai skrg pun msih tak jemu tayang. serius! :D

fifiey honey :)

taknak try consume herbalife ke?
since u saw my food intake schedule...:)
jomlah join me losing weight :)
i can confirm u that u can have ur dreams towards the better health :)
bukan jeh u boleh kurus, u boleh reduce every problems inside ur body tau..:)

Un Phat Lee said...

dulu gua suke tengok hindustan.tapi sekarang korea.hehe

AngahSayang2314 said...

wah layan gak yer adik angah sorang nie hehehe...

tapi baru angah perasan header baru la..... hehehee..

p/s: rindu ngan fifiey lama tak kesini

Pendamba Mawar said...

PM kembar SRK.hahahaa

mint jugak hisdustan ni..tapi sekarng ni tengok hindustan da over seksi sangt

Saiazuan said...

hindi! they have pure love! :D

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails