Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, January 8, 2011

AND YES, I LOVE A.SAMAD SAID'S POEMS AND PAINTING......

Hye peeps, i'm writing again. Terkejut kenapa Fifiey update 2 kali untuk hari ini? Don't shock ok! As what you know, i love to write something that i love to describe about! No controversial issues included, since this blog was only the normal and abnormal stories ever happened to me, fresh from me, only about myself and the people around me :) For this moment, when i'm facebooking, i explored, the old picture, not really old, but about 5 months ago, on July 2010.


This was about one of the people i admired of. He inspiring everybody i thought.  Everybody knows him. When he talks, he recite poems, everybody can feel it! Honestly, can, even just listen through radios, televisions and read the poems via  papers and academic refferences. He was, Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said. I knew his name is so familiar to all of you, especially for Malaysian who loves arts of words;)


Dari dulu lagi, sering saya tengok beliau di kaca televisyen, dengan rambut dan janggutnya yang agak panjang, Tapi tetap kemas dan menunjukkan bahawasanya beliau seorang tokoh yang disanjung bangsa dan negara! Malahan, puisi-puisinya serta jasanya bukan setakat di dalam negara, namanya telah meniti gah di bibir masyarakat luar yang menyanjungi jasa beliau bukan setakat di zaman millineum ini, namun telah lama menghulur jasa alam dunia seni sastera ini.



 

PELUDAH BAHASA


Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.
Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.
Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.
Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.
Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.
 
- A.SAMAD SAID




Turut memeriahkan acara, since they were invited;) From left: Madam Jennifer (Secretary of Raja Tengku Putri Anis, Raja Fauziah (My mum), Puan Sri Raja Noora ashikin, her husband, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Raja Tengku Putri Anis( My sister) and the last is Dr. Zahari ( PA Of Raja Tengku Putri Anis ) sedang mneyaksikan langsung galeri dan koleksi lukisan yang dipamerkan di ruangan khas ini.
 Superb~






I'm so missing them. Who? Pasangan paling romantis walaupun sudah berrusia. Itulah yang sangat Fifiey respect. They are Dr. Ikke Dewi Sartika dan husband beliau Pak Selamat. I called Ibu Dewi Sartika as Bunda Ikke:) She's my realtives who live in Bandung and she is PengelolaTaman Budaya Jawa Barat, Bandung. Quite active in so many social, arts and cultural activities around Asean. Cool kan apabila setiap aktiviti yang diadiri si isteri, si suami akan senantiasa tidak melepaskan peluang untuk berdamping sama? Sangat memahami, dan pasangan ini tidak kekok sekali untuk bermesra walaupun sudah berusia. Eh eh , bunda masih muda;) Awet bangett, ayu tenan:) 



Ok, beliau ikut serta dalam pameran lukisan ini dan lukisannya ada terpapar dalam foto bersama kakak putri dan bonda di atas. Lukisannya adalah lalang yang dikombinasikan dengan air dan yang uniknya dilekatkan juga mutiara asli;) Ouh, pasti sangat mewah sentuhan lukisan air tangannya! Ouh, sangat rugi saya tidak berpeluang mengikuti sama acar ini oleh kerana berada di Jakarta pada waktu itu!:( Oh, ye, kalau nak tengok the previous foto of Dr. Ikke Dewi Sartika yang ada dalam blog ini, tekan perkataan "CLICK HERE" di bawah!




 One of my favourite painting;) Sangat unik, klasik, dan menyentuh jiwa apabila tengok. Dalaman berkata yang gambar ini gambar seorang gadis desa yang amat menyayangi pekerjaan desanya dan sangat menghayati kehidupannya sebagai gadis desa. Terpaku apaila dapat melihat painting exhibition macam ni secara live, mengenalkan banyak kolek-koleksi lukisan hasil tangan pelukis-pelukis terkenal termasuklah para-para ternama dari Indonesia dan Malaysia yang menghadiri acara PAINTING EXHIBITON SYMPHONY OF INDONESIA that was held in Kuala Lumpur



Semoga entry ini membuat kita lebih mengenang, menghargai, dan menghormati jasa seseorang~ Terima kasih semua yang sudi membaca:) Maaf, entry agak pendek pada kali ini. Oleh kerana mata sudah layu, saya mengundur diri dan mengucapkan selamat malam buat semua:)



Arts of words and paints,

19 comments:

penaberkala said...

nice entri fifie
such a good sharing for people who love poem, specifically sastera
and glad, i'm one of them
dan karya a.samad said amatlah tinggi bahasanya, mendalam maksudnya

patutpun entri kat blog ni byk bahasa yg berseni
no wonder, because ur family and u minat seni
keep it up

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@penaberkala:
tq encik khairul;) mungkin genetic seni dari bonda, genetic mengira n sains2 segala dari ayahanda;) bergabung, diterapkanlah ke dalam ilmu pengetahuan fifiey:) haha...

and yes, i really love poetry..! byk koleksi di rumah..n u too, hopefully success in any carreer u embark on.

aLya said...

ske baca poem by a.samad said. bahasa die tinggi n maksud dia memg mendalam. memg tak ade yg dapat menggantikan karya-karya dia..:)

fifiey ske bace karya dia ea? patotla u can do both in study, calculation ngan sastera..hehe

Mknace said...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

alexa yussida said...

pak samad sgt best kan..i love to hear his voice n his talking with the bahasa baku..sweet:D

keep it up fifiey,u r soo talented:)

hans said...

wah
bertuah la dapat jumpa dia

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

E.d.Y said...

wah..suka a.samad said...

fara said...

wah. mesti best pegi sane kan.
that drawing mmg sgt klasik.
sgt nice to see :)

Hairil Rizal said...

Tak ramai generasi muda skrg yg mampu menyelami sajak dari penulis seperti A.Samad Said...apatah lagi menghasilkan sesuatu seperti itu.

Jadi tahniah kepada Fifiey kerana sepanjang yg sy lihat, Fifiey ada bakat yg boleh digilap lagi :)

Fxysche Nas said...

sgt kagum dgn beliau..
takkn lupe dek zaman punye.
=))

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis alya:
yes, bhasa dia mmg tinggi, pyh kdg2 nk phm, tp cuba hayati jugak...sy suka karya beliau..

@mknace:
terima kasih:)

@sis alexa:
n u too, so smart lah;) ha'ah..suka tgk pak samad ckp bhasa baku...;)

@hans:
i'm not. only my oher family members.. how i wish i can join them too, tp i di indonesia at the moment.

@bro edy?
he's inspiring everybody.

@fara:
yes, the painting mostly sgt2 chantek.. mmg lah, pelukis2 terkenal kn. hahaha

@mr.hairil rizal:
so tq of ur supportive words.always.

@Fxysche Nas:
nama beliau takkan luput dek zaman.. percayalah.

d_LA said...

wahhhh, bertuahnya dpt jmpe dato' A Samad Said

miss_neeya said...

wah..best ny dpt jmp a.samad said

Aisya J said...

wahhh so lucky got to meet him! :D

Sharinginfoz said...

thanks for sharing

ctpayong said...

ya, saya juga suka karya dia.

ANATI SOKI said...

omg!!! a samad said!!! anat since amek course BM. krang nnti kua jadik cikgu BM. mmg banyak karya dia jadi bahan rujukan kitorang.

Encik Tikus said...

kalau boleh nak janggut putih macam dia ! hehe =)

Ms. Dyla Qistina said...

teringat novel salina yang dikarang a.samad said tentang kisah hidup pelacur.

teringat gak jumpe dengan beliau kat klcc tengah jalan2 sambil bawak buku dan pen.

humble person he is, and still eventhough he is a karyawan, character dia sungguh soothing :)

love a samad said's karya too! same as usman awang! :)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails