Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, January 2, 2011

2011, amanat dan wasiat!


 Sejuk perut bonda mengandungkan abby yang dah makin besar!;)  dah nak menginjak usia 9 tahun kan? adik abby oh adik abby! Ok, ini adik bongsu saya yang sangat comel, humoris, quite cool, nakal, baik hati, suka aiskrim, suka buli kakak tapi tetap saya sayang dia!!!



 Tahun 2011 telah menjelma setelah 2010 telah menutup tirainya tanggal 31 Disember 2010 kemaren. Banyak yang telah kita jalani di sepanjang titian kehidupan 2010 ini, liku-liku mencabar, menyedihkan, menggembirakan, mengharukan bercampur baur sangat sampaikan bila terimbau lembali ada yang tersenyum sorang-sorang, ramai-ramai, menangis pun ada dan yang penting menakutkan pun turut wujud tau. Pengalaman-pengalaman yang berlaku dan wujud dalam hidup inilah sedikit-sebanyak mengajar kita erti DUIT adalah segala-galanya. Jangan salah faham terlebih awal tanpa saya melanjutkan kata. D untuk doa, U untuk usaha, I untuk ikhtiar serta T untuk tawakal. Makna yang membawa anda kepada perjuangan dunia yang hakiki tanpa menghiraukan herdikan dan cacian tipis mahupun tebal terhadap anda ataupun sesiapa sahaja yang mencemburui kejayaan dan hasil titik peluh anda selama ini. Manusia seperti lumrah kediupan azali, diciptakan dengan beribu ragam rasa, seperti bahan capuran dalam masakan kerana kita bukan makhluk asing yang menjadi kajian orang barat. Binatang sahaja punya perasaan apatah lagi kita manusia bernyawa, berakal, bernaluri, bernafsu dan banyak yang bermula dari "ber" yang bermotifkan sifat dan perasaan. Benci, dengki, gembira, kasih,cemburu, itu semua yang dimiliki manusia. Nauzubillah, janganlah sampai ada di antara kita yang menjurus ke arah sudut-sudut negatif!




 

2010 telah mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih berprestasi, berdisiplin, berwibawa serta berdedikasi dalam segenap hal yang diperlakukan. Bermakna potensi awal ini harus saya kekalkan sehingga ke tahun yang berikutnya juga supaya lebih nyaman alam keadaan dan posisi zon selamat untuk dibawa kepada arus kejayaan. Kesenangan tidak selama-lamanya berpihak kepada kita, jadi, belajar untuk mendalami corak hidup pelbagai puak yang wujud adalah lebih bermakna dalam meniti arus perkembangan minda supaya tidak hanyut dek arus transformasi kecanggihan dunia yang tak terbtas yang akhirnya membawa kepada arus negatif yang berleluasa di dalam diri remaja terutamanya.
Keluarga adalah segala-galanya bagi saya! jadi apapun yang diperkatakan, bagaimana saya menjalani kehiupan bersama mereka, maka saya yang lebih tahu akan kedudukan sebenar, bagaimana semagat juang mereka taruhkan, dan sifat juang itulah yang mereka turunkan kepada sayauntuk terus berilmu, bermotivasi serta terus menimba walau apapun yang diperkatakan asalkan nawaitu yang betul dan keizinan yang ikhlas dapat kita perolehi dari yang sepantasnya. Cuak bukan segala-galanya, ngeri bukan taruhan lagi, fitnah makin berleluasa tidak kira darjat, pangkat dan juga agama. Betul kata mat salleh, "don't judge a book by its cover". Dunia sekarang penuh tipu daya, yang penting kita panai menilainya. Kata bonda, musuh dirangkul, dipeluk erat serta teman disalamin, kerana apabila kita bertindak sedemikian yang jahat pun bermalu muka untk melakukan sesuatu kejahatan apabila kita bertindak baik terhadap mereka. Begitu juga dengan binatang. Cuba sahaja anda pergi mendekati seekor anjing besar, sudah tentu menyalak terhadap anda, lalu anda lari. Namun, jika anda senyum, makin ia menyalak, makin lebarkanlah senyuman anda terhadapnya, barulah sejuk hatinya dan tidak lagi berniat untuk menerkan anda. Mungkin luluh jiwanya. Mahu cuba? Lakukanlah eksperimen itu;)


Kejayaan tudak akan pernah dapat diharungi dan dikecapi tanpa adanya didikan dan semangat yang diutuskan oleh orang tua sendiri. mana bisa kita angkit sendirinya tanpa gagah dengan ajaran yang diturunkan orang tua terhadap kita an saya begitu berbangga dilahirkan di dalam keluarga yang pada pendapat saya cukupmemaknakan kehidupan saya dengan kisah hidup yang boleh dijadikan sebuah ceritera buat anak cucu nanti! Tanpa didikan bonda, ayahanda yang telah mengajar saya erti kehidupan dari kecil lagi, telah mematangkan fikiran dan memberi ruang sejenak kepada saya untuk memahami dan difahami antara satu sama lain. Semangat yang mereka cetuskan telah membangkitkan saya untuk terus maju dalam menimba ilmu dan juga menimba pengetahuan yang luas jangkauannya bagi seorang remaja seperti saya untuk terus mengkajidan menuntut bukan sekadar bereksperimentasi alam khayalan untuk terus dalam meniti arus kemajuan, kemodenan dalam berilmu pengetahuan! Semangat dan orongan sangat penting supaya apa yang kita lakukan terasa dihargai dan disenangi oleh keluarga tersayang dan itu menjadi penyunting bagi mengelakkan diri daripada depresi serta rendah diri. Motivasi dalam hidup telah mematangkan fikiran, jiwa dan sentimen pergaulan sekeliling!



Berkaitan tentang kesihatan, alhamdulillah, tahun 2010 tahun paling menyihatkan bagi saya. Sungguh tidak sangka,  saya jarang sekali demam, malah rasanya belum pernah demma teruk pada tahun 2010 lepas. Mungkin kerana pengaturan makanan saya terjaga rapi. Terima kasih buat semua yang pernah merawat saya dari kecil hingga dewasa sekarang. Tak kiralah di mana anda berada, jasa anda tetap saya kenang sehinggakan sekarang saya memiliki sedikit ruang untuk menapak dan terus maju meluaskan tapak tersebut menjadi sebidang tanah yang gah suatu hari nanti. Insyallah, doakan. Mana tahu. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Saya terpegun mendengar kata-kata pujangga itu. Tuah ayam nampak di kaki? Bagaimana itu? Ada di antara anda yang boleh berkongsi pendapat dengan saya mengenai hal ini?



Ok, tentang cinta? Cinta cintun dengan keluarga, sahabat handai. No puppy love in this family. Start dari sulong hingga bongsu single. 


Paling sulong dalam keluarga, Putra Eedy Mega, 27 tahun dah masuk tahun 2011 ni. Pernah couple dulu waktu zaman sekolah, tapi start kerja, dah matang sikit, dah boleh bezakan yang mana awek dan yang mana bakal bini. Sekarang single dan masih mencari calon bini:D Abang yang sangat cool dan kalau kumpul, selalu poww dia makan besar dan hang out sama-sama dengan siblings yang lain. Kerjaya sebagai manager Megadiwarna Intertrade telah memberi beliau banyak peluang untuk terus berkecimpung alam usaha niaga!



 Siapa tak kenal, dewi wanita zaman moden, stylo lagi bergaya, layak dengan kerjaya disandang, fashion designer, ahli perniagaan, Ratu Kebudayaan Jawa Barat, sukarelawan dan banyak lago professi yang bakal disandang. So salute. Dalam usia 25 tahun, beliau telah banyak berbakti bukan sahaja terhadap keluarga malah terhadap orang luar yang memerlukan, bukan setakat di dalam negara, malah di luar negara juga! Cakap pasal beliau, nanti lah saya ulaskan lanjut jika waktu mengizinkan. Kakak sulong yang boleh dijadikan idola.


Bonda and ayahanda je yang mantabb bercintan-cintun;)  tapi they are not not allowed us to involved in puppy love. Tapi seperti biasa, anak-anak lelakinya pastilah curi-curi cintan cintun masa sekolah dulu, oleh kerana mereka mempunyai rupa paras yang agak-agak boleh tahan lah juga, serta agak-agak glamour, banyaklah peminat-peminat, rahsia tak rahsia pun ada, Hasih. zaman remaja puppy love until melayang-melayang on the air lah. Surat cinta  Haish, macamlah tak tahu, saya pernah jadi mangsa anak-anak monyet gatal mengutus surat dekat abang. Almaklum, risiko menjadi adik kepada abang glamour. Masa tu sekolah rendah. Saya umur 8 tahun, dia dah kira senior , 12 tahun sama dengan darjah 6 masa tu. Tapi dah besar munkin dah matang, ah tak main dah cintan cintun, masing-masing sibuk nak cari calon bini, bukan calon awek,. Daripada berawek dan gelek anak dara orang situ sini, lebih baik single terbang bebas. Itu kata mereka. Abang-abang yang lebih tua .Rasa ingin disayangi da dikasihi tu pasti dah wujud, kan dah akil baligh dan mempunyai kerjaya masing-masing. Nak tengok hero-hero remaja??? Ini dia hero kedua bagi pasangan Raja Sazali dan Raja Fauziah!




 



Eh eh eh, ni lengan dengan kaki dia je. Muka dia? jeng jeng jeng.











Agak-agak boleh jadi hero remaja terunggul tak? Komen anda? Apapun, untuk abang sorang ini, saya doakan semoga berjaya dalam bidang serta uasaha niaga yang beliau sedang jalankan sekarang! Bravooo. Semua abang-abang dan kakak dah jadi bos-bos besar syarikat masing-masing. Saya bila lagi ye? Masih muda. Baru nak melangkah masuk 18 tahun. Kalau pepatah tu mengatakan yang umur saya ni masih muda seusia jagung. Namun, bagi saya pengajaran, pengalaman serta pengetahuan yang dapat meningkatkan ilmu seseorang, bukanlah tergantung dari faktor usia. Impian saya dalam tahun terdekat ini, nak melancong sekurang-kurangnya 27 buah negara seluruh dunia sebelum berkahwin. Kenapa? kerana dengan menjelajahlah kita dapat menimba sebanyak ilmu dari sudut kehidupan, tatacara, tatakarma, agama dan juga adat istiadat serta corak masyarakat pelbagai kaum.




Eh eh, tidak ketinggalan, ini adik  yang usianya baru menjangkau 15 tahun. had been in jakarta Internatinal Schhol starting last year in middle school. Brilliant like me. lol;D kalau pergi mana-mana, everybody thinks that we are twins. Oh no'.'??? Dia lebih tinggi. Kitorang sangat rapat, rahsia kau rahsia aku, rahsia aku rahsia aku, duit kau duit aku, duit aku duit aku laah! haha, takdelah. Kita tak kedekut, ada apa mesti share, selalu belanja makan. She's a cool sister, rajin then me and quite lembut tapi still garang kalau ada yang buat dia marah! Takuttttttttt! haha Zaman kecik-kecik dulu kitorang sesama suka pakai baju kurung dan baju gaun. Tak suka pakai seluar tauu, susah nak masuk toilet. Alasan^__^ Setiap kali pakai, mesti sama, kadang-kadang kaler je lain. Lucu Tu yang sampai sekarang kadang-kadang masih suka pakai baju sama:D and yes, waktu sekolah rendah sekolah sesama tau, memang pasangan adik beradik terglamour lah waktu tu sebab bijak dan berkeyakinan atas stage. cewaahhh, bukan jadi penyanyi tau, kitorg selalu join koko punya aktiviti, wakil sekolah untuk story telling, choir and so on laah:D Haritu, as what i told u, msa balik malaysia, i ke besut, then jumpa my ex sir. So funny. He said kami dah besar panjang. Semua cikgu masih ingat dan masih berbangga atas kejayaan yang kami kekalkan sampai sekarang. Alhamdulillah. eh, itu cerita lama lah! 2011 apa ceritanya? Tak berlaku lagi, macamna nak cerita ni? haha:D





p/s: Hairan fifiey tak sertakan foto sekali? Sila bertenang. Ini baru kemunculan pertama 2011. Fifiey ada surprise untuk kalian readers and followers semua. Jeng jeng jeng. Akan diupdate lagi....
 
 

Lots of love,

20 comments:

syafiQakarim said...

fifiey..
grrrr..mcm nak tumbuk perut
abby laju laju.haha.comel.! ;D
oh..semua buat bisnes?cool.
abg kedua ala ala shakespeare masa
muda.tergugat tgk.haha ;p ampun.
suka makna DUIT tu.betul betul ;)
fifiey pun dah semakin dewasa kan.?
apa apa pun,family first.ingat tu.
happy new year babe.

miszlullaby said...

comel-comel family members fifiey =).
Semoga tahun baru fifiey bertambah bermakna dari tahun sebelumnye=)

ASaDa RyutaRo said...

semoga fifiey lebih berjaya menempuh perjalanan hidup dengan cemerlang macam kakak n abang2 fifiey.

happy new year 2011.. semoga tahun baru membawa lebih banyak kebaikan ;)

Syariniey Amran said...

soooo comel la korang ni
wahhh
27 buah negara
banyak tuh
nak ikot!
hehehe

aah
kak sya pon ore qlate la fifiey
hehe
insyALLAH kalau balik bleh jumpe ^_^

kakchik@ella said...

adik fifiey study kat JIS ye? yg dkt dgn Hampston Park Aprtment tu?

syAzAnA said...

wahh. ada can tak syaz nak ngorat abg2 fifiey. hehe. xdelahh. gurauu ajee. papepun. what a great life u have! syaz nak tahu lebih lagi sal kakak fifiey yang menjadi idola fifiey uh. hehe. anywayy, all the best in 2011 dear.

love,
syazzzzz

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis iqa:
tumbuk perutt? hha, pecahlahh kuar makanan bersembur nnt..klu fifiey slalu cubit pp dia smpai merah2..haha
yep, semua doing business.. fifiey je bisnes bakso..haha, kidding kiddos.
yes, DUIT is everything either the real duit pun sma.. dunia millenium kn?haha, yep, always family firstt syg.. happy new year too!

@sis ML:
chumell? tq tq,,, genetic kot.. haha.....amin, hoping so, n hope the same goes to u! happy new year moscow doctor:D

@mr.asada:
amin.. terima kasih.. semua orang punya impian untuk berjaya. alhamulillah, mengecapinya sedikit demi sedikit.

happy new year 2011 buat encik asada jugak...yep, semoga lebih banyak jasa dan bakti dicurahkan!!!

@sis sya:
kakak pun chumell.. klu jln sekali mesti org ingat hadek beradek ngn kitorg.. haha
nak ikut? boleh boleh, jadi nanny untuk fifiey, abby and arisha.. dh kenal arisha kn tru fb?? haha...

qlate is soo cool la orgnya. friendlyyy sgt bila dh kenal keyyypooo kn? haha..hope dpt jumpa sis sya nnt!

@kak chik:
yes, itulah JIS.. my ex school too:D haha... yep, seberang je dgn apartment tu! how did u knew it? penah stay d situu kn??

@sis syaz:
hye dear sis syazzzz:) haha
okei dokie..ngoratlah, sy tak marah.. haha..owh about my sis?

well, she's cool.. nnt fifiey cerita banyak lagi details satu2 tentang setiap orang okei? hehe...

E.d.Y said...

happy new year..

wah..ada surprise la..hehe

aLya said...

fifiey, nnt kene ade satu entri khas tajuk sape itu fifiey..ngan gambar2 skali..hehe
ske tengok relation in ur family..
btw, hepy new year babe.. may ALLAH bless u n ur journey :)

penaberkala said...

happy new year fifiey
tak sempat pun nk pergi tgk wali band hari tuh, almaklumlah hujan lebat ni negeri kita,haha

DUIT is everything, without DUIT we cannot get anything
same goes to money dalam ertikata yg sebenar
apepun, smoga yaun baru yg mendatang ni memberi sribu makna, dan moga lebih baik hendaknya

uish, satu family tu single
masih ada can ke? hak3

AngahSayang2314 said...

apa pun salamat tahun baru buat fifiy ....

zuhanismohamed said...

wow..i love to read this entry..
mcm2 cerita ada pasal ur siblings..hee

ANATI SOKI said...

hehehe..aloloololo/// abby!! comel!!!

JIJI YU said...

siyes blog ni mmg unik..tak pernah jumpe blog tarok lagu zapin..

alexa yussida said...

comelll n gebusss:D

all the best fifiey n the rest:)

Hairil Rizal said...

Dari apa yg Fifiey kupas dalam penulisan tu, saya rasa Fifiey telah berjaya mengharung 2010 dgn jayanya.

Dapat melihat mana yg tegak dan mana yang tumbang lantas merancang strategi masa hadapan.

Syabas! :)

ChiLaBaey's Spot said...

Wah dah lama saya tak terjah blog awak... Selamat tahun baru sis... :)

CIK TOM said...

semua adik beradik fifiey hebat la...rupa hensem n cantik plk tue..

dun worry..insyaAllah fifiey pun akan berjaya seperti diorg..interested gak nak tahu kisah akak fifiey tue..cerita la pd entry2 akan dtg ye yunk...

Ogy said...

adik beradik fifiey ni smeuanya ganteng2.....eh betul ke perkataan ganteng tu?

selamat tahun baru fifiey....semoga lebih ceria dan success ya tahun ni.. :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@bro edy:
surpriseeee.. jeng jeng jengg, haha..

@sis alya:
tq for the pray sis..
aduhaii, kita bukan sesiapa punn nk describe2 segala.. hahaha;D

@encik khairul:
haha;) tq for the pray..happy new year too. may the same goes to u!
can cin cunn:p hehe...

@angah syg:
tq tq tq;D happy new year angah:*

@sis zuhanis:
ouhh ya? biasa2 je la kakak sygg:D
keep in touchhh eh.

@sis anoti:
haha, chumell tp notty sikit;)

@jijiyu:
sy suka lagu zapin, lagu yg punya senikata yg lucu2.. ;)tq ziarah fifiey.

@sis alexa:
gebu laah sgtt. haha;D happy new yearr ya.

@mr.hairil rizal:
alhamdulillah, i can get trough well troughout the year. harap tahun ni akan menjadi lebih ok dr before.. semoga boleh ikut jejak langkah, parents, brothers and sister;) terima kasih ats kata2 semangat.

@chilabeyy:
thanks broo:) happy new year!

@cik tom:
ouhh so tq buat cik tom ats doanya;) terharuu:')

@mama ogy:
ganteng is for man only.. kalo perempuan cakep+cantek..;)

happy new year.. amin ats doanyaa!

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails