Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednessday: Si Ulat Buku


"Si Ulat Buku"

Diedit oleh: Rtp Solfie Salsabilla
Komen beliau: Kak Pi macam ulat buku macam dalam cerita kartun Thornberry

Sunday, December 25, 2011

It's All About Sticky!


Assalamualaikum and Hi People.


Long time not hear anything from me? Missing me like crazy? Haha, ohgilaperasan! Oh, it's such a hectic week for me! Seriously so weak but so far i got too lots exciting stories to tell you! It was exam week, it was vacation week, it was rest week but overall i got no rest but mess!  How can?! Jiwa sedang bercelaru! Ahh, entry tak mahu emosi, ceria lebih bagus, bukan?


Ok, what about you? Anything to share? 


As usual, when i come to write something, post about something on blog, i must think what story i'm gonnna write about and today i chose to talk about STICKY! Sticky bukan melekit-lekit tu, it's kind of sweet! The new sweet for me to try! What kind of sweet? You never heard this? Look at these pictures below!!! Dekat Pavvi pun ada banyak jual tau! Kalau you all suka jenjalan cari makan, cari gula-gula macam budak rongak yang sangat gilakan sweets, you all pasti tahu bahawasanya STICKY ni sangat comel cara buatnya dan tidak merugikan kerana ia masam-masam manis seperti mana bila you all senyum tak ikhlas masam-masam manis terwujud! Tak percaya, cubalah!


Di Australia ada, Singapore ada, Hong Kong ada, Jakarta ada, and many more places ada tidak ketinggalan Malaysia juga ada! Dapatkan segera STICKY with variable flavours, orange, mango, mandarin, lime, cherry, blueberry, and many more lah!!!:)


Budak comel sorang ni boleh nyanyi macam-macam lagu dah sekarangni! Kalah artis! Hahaha. Tapi tapi tapi menyedihkan satu demi satu gigi susunya dah cabut..haha...Ompong deh nasib baik ketutup dek jari!!!:)) Haa, makan chocki chocki lagi, makan, biar makin comel!


 And she's got this from Wen! Tq Wen! And now we know, how's STICKY's taste!


And also the barbie kid's handbag! oh so sweet! nanti pakai dengan gown barbie ye Abby!!!!


It's STICKY'S WEBSITE ! or you can find more at their page on FACEBOOK. Selamat merasa gula-gula manis teman-teman!:) Tidak ketinggalan Merry Christmas to all my friends outhere! Selamat natalan ya! Jangan nakalan pula. Take care and enjoyed yourself wherever you are! Happy always and don't forget to those who less fortunate!



Thursday, December 15, 2011

Telur Penyu. (Entry Hilangkan Stress)


Assalamualaikum and Hi People.


As what you know, eggs are so familiar with us! We take half-boiled-eggs for breakfast, we can make 'telur masak pedas' for lunch or dinner, and also telur mata kerbau for nasi goreng kampung yang hangat pedas namun meletup mantabb! hiks. Best. Oh, I imagined the best nasi goreng pattaya which used telur yang dibungkus nasi di dalamnya. The menu that i always ordered  whenever i'm going out with family or friends for dinner! Yummy. For almost dishes like these we used telur ayam!


Ada telur ayam, telur itik, telur puyuh, dan juga telur penyu yang boleh dimakan. But, most of the people, just know and have eaten telur ayam, since ayam merupakan binatang peliharaan yang glamour, i thought. (Banyak lah kau glamour sangat kan?) Hehe. Ye, ayam bertelur, take noted! Bukan beranak tapi bertelur! Teringat belajar Subject Science Standard 4 dulu-dulu. Bab2 bertelur, beranak ni quite interesting jugak, tambah-tambah masuk bab reproduction kalau dah masuk high school! Hamboi, sukewww lewww tewww. (Ewww jangkitan wwwwwww?) NO WAY! Boys will love to learn it! I don't know why girls waktu tu malu-malu kucing, but boys beribu kilometer dapat tangkap bab ni dalam masa sehari saja, without teachers blabbbing lots. Imagination beyond expectation! Eh maaf, lari topik!


Telur penyu! Fifiey first time try walaupun dulu-dulu abah dah pernah bawak balik benda ni! Mahal kemain tau! Mencecah RM 2.50 sebijik. Hambek kau! Ini ada dalam 30 biji kot. I don't count it. What i really shocked, ada di setengah tempat ia boleh mencecah harga RM 5.00 sebiji. Mak aihhhh. Mahal kan? Nak buat macam mana, susah nak dapat, kan. Dan yang paling ironi nya, sekali kau cuba, ketagih nak lagi dan lagi! Kulit dia tak keras macam telur ayam tau, kulit dia macam kain keras yang dikoyak sedikit dan anda boleh tuang langsung isinya. Jangan lupa rebus dulu macam kau buat telur rebus separuh masak tu lah! 



Telur kuning dia lebih menonjol. Tu yang Fifiey dah rebus, satu telah dituangkan ke dalam bekas, satu lagi belum dikupas. I can't really say dikupas, sebab dia macam kain, dikoyak bahasanya yang lebih sesuai kot. Hehe. Get ready to hentam this! Nak cuba? Dapatkan segera, sesungguhnya anda akan berasa sangat kuat setelah makan benda ini, walaupun kepala kau akan rasa macam pening-pening itik. Eh, pening macam itik ke? Kenapa itik yang jadi mangsa? Kesian-,- Yang penting ada yang kata dan sangat yakin, makan benda ni dapat kekuatan batin! Amekhekaukuatlahsangatkan?! Tak percaya? Cubalah. Sesungguhnya kekuatan adalah hak milik setiap insan...



Aku pelik dengan telur penyu nih. Kenapa lah bentuknya bukan belat betul, ataupun oval ke, kenapa perlu ada kesan penyet di atas. Penyet? Apa-apa bahasa yang sesuai sila gantikan. Semenjak tinggal luar dari malaysia dan dah tak belajar BAHASA MALAYSIA secara khusus macam di high school dulu, penggunaan bahasa asing lebih diterapkan sehingga bahasa-bahasa yang sesuai digunakan pun dah ter'confuse'. Tension! Padahal bahasa jiwa bangsa tau! Lagipun bila aku belek buku-buku and cek adik-adik punya paper exams bila aku hang out dengan teman-teman di Malaysia, dah banyak tatabahasa berubah. Bahasa baru pun banyak dah wujud dalam kamus dewan.



Koyak, tuang, makan! Macam iklan oreo tu pulak, putar, jilat, celup! Hehe. Buat iklan jap, mana tahu dapat jadi model iklan, kayo nan engkau, royalti banyak tuh! Kehkeh. Berangan, iklan telur penyu!



Taruh kicap sikit, untuk penambah rasa. Nak taruh blackpaper sekali pun ok jugak! Just nice. Buat telur masak separuh macamni, teringat pulak kat abah! He just love it! He's so busy now. Working and preparing for the new project paper! Oh lupa nak cakap, telur kuning telur penyu ni lain sikit tau, ia agak bergaram dan berpasir apabila dimakan dan juga tidak selembut telur kuning telur ayam. Telur putihnya pula, rasanya agak liat-lembik kot compared to telur putih telur ayam! Haha, maaf, tak pandai nak describe how it tasted la, nak rasa, cubalah sendiri!



Morning-lazy-dull face..lol:DD Nikmati telur penyu dulu ahhh! Susah lho mau dapatkan ini...(Agak-agak ada peluang tak, nak jadi model telur penyu?) hekhek....Cakap pasal penyu, teringin nak bela penyu yang kecik tu. Aku lupa aku tengok filem apa entah yang dia pelihara penyu kecik! Awesome. Sumpah comel! Ada yang nak kasi present penyu on my birthday pun ok jugak! Aku nak try bela binatang sekarang, supaya karma baik aku dengan binatang terpelihara sebab aku dah banyak bunuh nyamuk tiap-tiap malam, mana tahu one day nyamuk tu, kelahiran semula nya jadi manusia, dia datang balas dendam kat aku. Haha. Khayalan tingkat tinggi!:P


Masa aku buat entry ni, beria sangat aku google tentang kebaikan, kelebihan serta fungsi telur penyu ini untuk kesihatan ke, tubuh badan ke, dan seangkatan dengannya yang memberi impak baik lah kan, malah frustration yang aku dapat! Frust wehhhhhhh! Why why why, why telur penyu didn't bring any goodness at all??? Malah hanya mitos dan keyakinan yang kuat daripada pengamal dan pemakan telur penyu sahaja yang mengatakan telur penyu untuk kuat batin! Kuat batin untuk aku yang muda remaja ni buat apa! HUH! 


You know what,  telur penyu adalah sumber protein yang paling kurang khasiatnya berbanding telur lain, seperti telur ayam. Lebih malang lagi, telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya. Telur penyu mengandungi bahan toksik yang mencemari laut dan hidupan akuatik.


"Telur penyu adalah sumber protein yang paling kurang khasiatnya berbanding telur lain, seperti telur ayam. Lebih malang lagi, telur penyu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi iaitu antara 10 dan 15 kali lebih tinggi daripada telur ayam. Begitu juga kandungan garamnya. Telur penyu mengandungi bahan toksik yang mencemari laut dan hidupan akuatik."



Namun, alasan ini tidak cukup untuk menewaskan kepercayaan tradisi bahawa telur penyu boleh menguatkan tenaga batin, satu daripada 1,001 sebab mengapa telur penyu menjadi rebutan sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan banyak wang mendapatkannya.


"ARTIKEL PENUH"


TENSION AKU BACA. 3 biji makan telur penyu. Kalau rata-rata telur ayam yang ada di Asia ni nilai kolestrolnya adalah 200mg sebiji dan sebiji telur penyu nilai kolestrolnya pula 10 atau 15 lebih tinggi dari telur ayam maknanya 200mg+15mg= 215mg X 3= 645mg! Alah, sekali sekala, chills sajalah , kan? Makan apa-apa pun ada kolestrolnya juga! (pesen nak menyedapkan hati) haha.

Monday, December 12, 2011

Status Ikan Masin.


Assalamualaikum and Hye People.


Tengok tajuk sudah dapat rasa kebebalan dan keanehan kan? Nah, amik kau! gedebab besau nya foto yang disediakan oleh si Fifiey Lychee kali ini. Bukan apa, nak suruh muda-mudi kenal, ikan masin, menu harian zaman berkala. Dulu hari-hari nenek, atok kau makan benda ni dengan ulam dan budu tetiba harini kau dilahirkan di bandar kau dah tak kenal ye ghupe si ikan masin yang berstatus dara, bujang, teruna, janda, eh wujudkah binatang berstatus begini? Alam dan kehidupan, pastilah ada, kalau tak macam mana kucing boleh 'terberanak', kan?






OK, sekarang taknak masuk biological reproduction segala macam tu, sekarang nak cerita tentang ikan masin saja. IKAN MASIN! Ikan masin ni aku dapat dari Sarawak tau! Best namanya Ikan terubuk. Ada yang panggil ikan terbok lah, ikan terbuk, tidak mengapalah, as long as bunyinya hampir sama diterima pakai lah jua. Yang pasti rasanya sama:) Orang kata ikan terubuk ini mahal, aku pun tak sure sebab bukan aku yang beli! Nak info lanjut jum sama-sama guna google! Click HERE for more info on media!


Kali ini entry pendek je, sebab Fifiey pun takde nak cakap banyak tentang ikan ni. My last wish, semoga dapat makan ikan terubuk ni lagi! It's one of my favourite. Makan bersama nasi panas dan lada, memang best! Meletup bibir kau, tapi mantab sangat! Tak percaya? Cobalah. Kerana ku yakin kau sedap, maka ku hentam, kau sampai berpinggan-pinggan! 



Selamat tengahari people!
Aktiviti anda untuk hari ini apa?

Ada berita menarik yang ingin dikongsi?

Pendapat anda tentang ikan terubuk masin sarawak ni? Siapa dah pernah cuba, sila bagi komen:)


Tengah addict main game The Sims Social :( How to avoid this huh?



Friday, December 9, 2011

Hubungan Alam Dengan Manusia.










"Manusia diperintahkan untuk memerankan fungsi kekhalifahannya iaitu kepedulian, pelestarian dan pemeliharaan"


Ramai yang kata, biar alam sahaja menghukum, jangan kita. Bagaimana caranya?



Ramai yang kata, hubungan kita dengan Tuhan ibarat hubungan kita dengan alam. Bagaimana jalannya?



Ramai yang kata, alam dengan kita begitu dekat. Bagaimana  buktinya?



"Kita nampak bulan. Tapi sebenarnya bulan tu jauh sangat. Kita tak nampak Allah. Tapi sebenarnya Allah tu dekat sangat.
"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaf 50:16]

Monday, December 5, 2011

How The Students and Teachers Nowadays Role Their Actions?








Kita pernah melalui zaman pra-sekolah, kindergarten, sekolah rendah/sd, high school/sekolah menengah/ smp/sma, dan sebagainya, bukan? Zaman-zaman yang kalian pastinya masih menangis teresak-esak tak nak mandi pagi kerana kesejukan untuk ke sekolah, zaman di mana kalian masih berlumba-lumba ke arah kecemerlangan, ada juga yang gemar tidur di bilik darjah, usik teman-teman sekelas sampai ada ibu bapa yang report mak kalian yang kalian nakal, zaman kena rotan, libas dengan parents sebab degil taknak mengaji, solat, zaman di mana kalian main bola sepak, bola jaring bersama reman-teman pada waktu petangnya! 


I really missed this moment. Proud of myself, sebab aku tak dilahirkan untuk menjadi begitu degil pada zaman kanak-kanak! Aku budak normal yang agak ulat buku dan tidak begitu bergaul dengan anak-anak kecil lainnya. Waktuku, masaku banyak diluangkan di rumah. Hanya holiday panjang di luar apabila tiba musim cuti sekolah! Dek demikian, sahabatku boleh dibilang dengan jari. Aku pendiam dulunya. Tapi tidak sekarang. Sekarang satu patah kalian keluarkan kata, sepuluh yang ku jampuk:) Itupun kalau berkenaan dengan topik di hati! 


Aku punya banyak pengalaman. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Zaman sekolah sumpah yang paling aku rindukan. Waktu dulu-dulu memang jemu untuk ke sekolah, lebih suka menghadap buku di rumah. Lebih tenang mungkin. Tapi tak mengapalah, orang ke sekolah, kita sekolah, bukan? Untungnya cikgu-cikgu pandai pancing supaya kita rapat dengan mereka. Satu faktor yang aku suka dengan sekolah apabila seseorang guru treat anak murid, pancing dengan cara jadikan mereka sebagai sahabat karib!






Play, read, feel, teach and learn! Kalau kita bisa bermain akal, otak, dan anggota-anggota badan yang lainnya, mengapa tidak dengan anak-anak usia remaja dan kanak-kanak biasa? Mereka mahukan susana belajar sambil bermain. You know kids can learn more and feel more trough practising, playing around and learn from surrounding! Tapi perlu diingat, main-main jugak, jangan biarkan sampai students boleh pijak kepala guru. That means, main berbatas, like we are playing sahibba while learning and collecting the new vocabs! We can use the new words in an essay and also while chit chat! Kalau kalah, janganlah sampai cakap bodoh ke, atau sebarang bahasa kasar like you used to use to your besties! Kurang sopan kan?


Pengalaman aku? Macam-macam ada. Budak-budak nakal kan, menyakat sampaui menangis. Termasuklah cikgu yang disakatnya. Sampai menangis cikgu tu taknak mengajar, merajuk untuk hari tu. Semua tu pengalaman. Aku kalau budak-budak lain sedang main lompat tali ke, peluk tiang ke, berebut kerusi dalam kelas ke, aku tak join. Sebab apa? Sebab aku mudah pening dan tak boleh bising-bising. Haha, tapi aku ok je tengok diorang main. Budak-budak kan. Seolah-olah aku matang awal. Sangat tidak best, tidak begitu menikmati alam kanak-kanak. Ye, that's why lah aku banyak involved indoor games and curriculum activities kalau di sekolah!


Cikgu. Cikgu adalah guru, dan guru adalah orang penting dalam hidup sebab zaman sekarang zaman pendidikan yang sangat maju! Dah ramai juga terlahir bakat-bakat muda yang dilatih oleh seorang guru untuk menjadi seorang pemimpin hebat. Memang! Memang sifat asal, keyakinan dan juga pengetahuanlah yang boleh menaikkan identiti kita untuk menjadi SESEORANG. Tapi guru adalah jalan terpilih untuk mengajar. Dalam Agama juga kita perlu berguru inikan pula pendidikan di sekolah! 


Zaman sekarang lucu. Pengaruh dari televisyen dan alam sekeliling lebih kuat dari pengaruh ajaran guru. Pantas sahaja artis hollywood Madonna juga tidak membenarkan anaknya terdedah dengan pengaruih televisyen. Mungkin keadaan semasa yang mengagungkan IT dan mendesak kita untuk menggunakan IT sebagai sumber ilmu menjadikan kanak-kanak jugak terlebih pandai untuk menyalahgunakannya. Apa fungsi seorang guru di sini sekiranya anak-anak tadika juga sudah pandai berutus surat cinta, membawa telefon bimbit ke sekolah dan ada juga yang dah pandai bermadu kasih masuknya mereka di alam menengah rendah bahkan di zaman senior di sekolah rendah yang bahawasanya mereka berfikir mereka telah dewasa dan berhak untuk berkelakuan sedemikian? Pelajar punya 2 rumah. Di sekolah dan juga rumahku syurgaku. 






Kadangkala aku sangat bersetuju, guru dan ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus, kerana pengaruh minda anak-anak telah tertanam dengan pengaruh IT yang dipelajarinya sendiri. Anak-anak sekarang terlebih pintar!



Video.



Cerita kalian macam mana? Tak kiralah, zaman sekolah rendah ke, menengah ke, ada yang terpahat di ingatan? Yang lucu ke, sedih ke, atau mungkin tergelak sorang-sorang?



Cikgu kalian yang paling kalian ingat dan sebab apa? 



Kongsilah cerita!



P/s: Takziah untuk family apek, Goal keeper tersohor masa kini atas kehilangan adiknya yang telah meninggal dunia tengahari tadi akibat demam berpanjangan dan jangkitan paru-paru. Al-Fatihah untuk arwah! Berita lanjut DI SINI.


Friday, December 2, 2011

Happy Belated 9th Birthday, Rtp Solfie Salsabilla a.k.a Abby!


Only photos, can i? Here are the family party photos on Abby's birthday party!





























"Happy Birthday Abby! Like what i told you, don't be naughty and be such nice girl to your parents, sisters and brothers, friends and all the people around you, otherwise all nice things come towards you! Insha-Allah.

Study smart and be pretty like a barbie princess always!


I LOVE YOU"


Happy Birthday my sweetheart! I LOVE YOU:') You are growing older sayang....How's Abby's sad because there are three people can't join this family party because of a few valid reasons. They are abah, afiq and kak lia....But still can hear Abby's voice tru phone:)



Tuesday, November 29, 2011

Nyi Mas Belimbing


Assalamualaikum and hi people.


Sekarang mode nya lagi hujan-hujan, sekejap berhenti, sekejap sambung lagi hujannya, dan kebanyakan hari redup dan suam-suam sejuk. Enakan begini daripada hujan yang terlalu lebat dan banyak anasir-anasir buruk seperti masalah kesihatan seandainya hujan berlarutan! Demam, selsema, batuk, gatal-gatal serta lain-lain penyakit lagi. Betul tak?


Itu sangat normal, bukan sekadar di Malaysia, namun di negeri-negeri jirannya juga mengalami hal yang sama. Lihat di paparan berita di kaca televisyen ramai juga korban banjir terutama di kawasan pantai timur. Ngeri lagi korban banjir di Bangkok!


Orang kampung ambo lagu mano? Bereh blako?


Sekarang kita masuk kepada rangkap utama penulisan. Tentang belimbing dan mitosnya. Hari ini saya paparkan cerita dari Jawa Barat, sekitar Bandung termasuk Cirebon, Tasik Melaya, dan banyak lagi area sekitar yang dipanggil Jawa Barat. Tajuk ceritanya adalah Nyi Mas Belimbing. Lucu kan? Tapi dengar dulu ceritanya bagaimana!



Petik dari foto twitter saya....Bersungguh betul saya makan belimbing. Raut saya macam nak telan jurukamera kat depan saja, beneran kan? Tak sangka muka jadinya sejelek itu. hiks...


Ceritanya begini.........


Suatu pagi di pertapaan Ujung Kulon Banten. Sinar matahari yang cerah di sela dedaunan tidak mampu menyaput mendung di wajah Nyi Mas Belimbing. Sudah seminggu ini Nyi mas terlihat murung. Hal ini membuat Resi Rarata sang ayah bingung. Akhirnya karena penasaran, Resi Rarata pun bertanya:


"Nyi mas, apa yang mengganggu pikiranmu? Kenapa akhir-akhir ini kamu tampak murung. Apakah ayah bisa membantu?"


Nyi mas belimbing hanya mendesah dan menundukkan kepalanya. Tapi setelah sekian lama terdiam, akhirnya Nyi Mas menjawab: 


"Ayah, apakah ayah percaya pada mimpi?"


"Ah ternyata mimpi yang mengganggu pikiranmu." kata sang resi, 
 "Tentu saja, kadang-kadang mimpi juga bisa merupakan pertanda. Apakah mimpimu nak?"


"Aku bermimpi bertemu dengan seorang pemuda tampan dan kami jatuh cinta.  
Dia bernama Sunan Gunung Jati dan berasal dari Cirebon," kata Nyi mas, 
"Ayah, bolehkah aku pergi menemuinya? Mungkin dia adalah jodoh yang dipilihkan Tuhan untukku?"


Sang resi berpikir sebelum akhirnya berkata:


"Nyi mas, ayah mengerti perasaanmu. Tapi, tidak baik seorang putri pergi menemui laki-laki," kata Resi, "Sabarlah dan berdoalah! Jika dia memang jodohmu, kalian pasti akan dipertemukan." 


Rupanya jawaban Resi Rarata tidak sesuai dengan harapan Nyi mas Belimbing. Dia merasa kecewa, karena sang ayah tidak meluluskan keinginannya. Tapi Nyi mas tidak berani membantah kata-kata ayah yang sangat dicintainya itu. Maka dia pun berusaha melupakan impiannya.


Namun semakin berusaha melupakan, semakin kuat pula keinginannya untuk pergi menemui Sunan Gunung Jati di Cirebon.


Hingga suatu pagi, Nyi mas Belimbing nekat pergi dari pertapaan, meninggalkan sang resi yang masih tertidur lelap. 


Sementara itu, kepergian Nyi mas belimbing juga membuat resah Ki Pandan Alam yang sudah lama menaruh hati pada Nyi mas. Dia tidak rela gadis pujaannya menjadi milik orang lain. Maka tanpa berpikir panjang Ki Pandan Alam pun memutuskan untuk menyusul Nyi Mas Belimbing ke Cirebon.


Setelah menempuh setengah perjalanan, akhirnya Ki pandan bisa menyusul Nyi mas Belimbing. Ki pandan mencoba membujuk Nyi Mas Belimbing untuk mengurungkan niatnya yang tentu saja ditolak oleh Nyi Mas Belimbing. Ki Pandan Alam yang marah mulai menggunakan kekerasan untuk memaksa Nyi Mas Belimbing, namun Nyi Mas tetap menolak. Maka pertempuran pun tak terelakkan. Ki Pandan Alam kalah. 


Ki Pandan Alam yang malu dan marah atas kekalahannya, mengadu kepada ayahnya, Sang Hyang Tenggulung.


"Ayah, kau harus menolongku untuk membalas kekalahanku ini," pintanya.



"Jangan khawatir, ayah punya jalan keluar untuk meyelesaikan masalahmu," kata sang Hyang.


"Bagaimana caranya ayah?" tanya Ki Pandan Alam.


"Begini. Ayah akan membuatmu tampak seperti Sunan Gunung Jati, sehingga Nyi Mas Belimbing akan mengira bahwa engkau adalah pemuda yang dicarinya," kata Sang Hyang. 


Dengan satu kali jentikkan, Ki Pandan Alam pun berubah wujud menjadi Sunan Gunung Jati. Segera Ki pandan alam menyusul Nyi Mas Belimbing yang sudah hampir sampai di Cirebon. Tanpa curiga Nyi Mas Belimbing yang memang sangat ingin bertemu dengan Sunan Gunung Jati, menerima kehadiran Ki Pandan Alam, dan bersedia untuk dinikahinya. Mereka pun tinggal di cirebon untuk beberapa waktu lamanya.


Namun ternyata penyamarannya kemudian terbongkar, maka Ki Pandan Alam pun dihukum untuk menebus kesalahannya. Tinggalah Nyi Mas Belimbing yang kecewa dan sedih karena merasa telah tertipu. Dia malu untuk kembali ke pertapaan, juga takut karena telah melanggar perintah ayahnya. Akhirnya karena rasa malu itu Nyi Mas Belimbing pun mengakhiri hidupnya. 


Anehnya, setelah beberapa bulan kemudian, dari kuburannya terdengar suara tangis bayi. Hal itu tentu saja membuat masyarakat yang tinggal di sekitar situ ketakutan. Beberapa dari mereka kemudian melaporkan kejadian itu kepada Sunan Gunung Jati yang segera memerintahkan untuk membongkar kuburan Nyi Mas Belimbing.


Benar saja, ternyata di dalam kuburan itu ada seorang bayi laki-laki mungil. Sunan Gunung Jati menamainya Cikal dan mengangkatnya menjadi putranya.


Konon, setelah besar, Cikal ini sering mengembara dan pernah bertemu dengan Nabi Khaidir. Karena sangat cerdas, maka nabi Khaidir mengangkatnya menjadi murid. Dia ikut mengembara bersama Nabi Khaidir dan tidak pernah kembali ke Cirebon.


Sekian.


P/s: Aku dah gian baca buku cerita sebelum tidur! Macam budak-budak kecil. Remaja lain baca novel, aku tak! Tebal sangat novel. Buku belajar pun tak habis khatam, inikan pulak novel. Siapa nak tolong tolong bacakan supaya lena aku dibuai mimpi seperti mitos terbabit?

P/s/s: Cakap pasal belimbing, mood sekarang meracau mencari belimbing madu nak cicah dengan gula+kicap+lada cili! Pernah makan macamtu? Tak pernah makan, nanti aku ajar macam mana nak buatkan! Itu tradisional punya cara. Pencicah dalam botol kat kedai tu payah nak dapat, jadi homemade lagi mudah memandangkan aku pun jarang keluar!

P/s/s/s: Belimbing, satu daripada buah-buahan untuk diet tau! Tak percaya, cubalah sendiri amalkan makan belimbing!


{ Sumber foto:Google }

Monday, November 28, 2011

1433 Hijrah!




Hijrah. Ramai yang sebut, sana hijrah sini hijrah! Tanpa tahu erti. Muda-mudi apatah lagi. Nasyid seperti biasa lah, berkumandang terus di corong radio, pagi petang siang malam, 1 Muharram kan? Pastilah! Adik kecil, pandai saja menyanyi. Rangkapnya begini,


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Tapi si Abby aneh. Dia tersasul. Bingit jadinya suasana riuh menggelakkannya. Begini pula rangkapnya, saya ambil versi pendeknya saja ya!


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Mahligai.


Perasan yang mana terubah? Kota Mahligai apa Abby? Hiks. Ada saja.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Bagi aku? 


" Cukuplah ubah semua buruk jadi benda baik. Terutamanya sikap. Kerana sikap bisa mengubah apapun keadaan dan juga situasi menjadi lebih ke arah kesempurnaan duniawi dan ukhrawi! "


Saturday, November 26, 2011

Ngerinya Bila Jambatan Roboh, Ramai Maut! Mahakam Bridge In Memory.


Suro-an (sambutan Tahun Baru Islam) mereka disambut dengan berita menyedihkan! Laporan terkini banyak disiarkan di laman-laman newspaper online dan juga television! Foto ini saya ambil dari sahabat di Kutai Kartanegara! Untung saja, teman-teman, sahabat handai serta saudara yang berada di sana semuanya selamat dari bencana ini! Al-Fatihah buat yang meninggal dalam kecelakaan yang tidak terduga ini!



JAKARTA (KRjogja.com) - Jembatan Mahakam di bagian Kota Tenggarong, Kutai Kertanegara, ambruk sekitar pukul 16.00 WIT. Dalam insiden ini diperkirakan 25 mobil dan 20-an motor yang melintas di atasnya ikut tercebur ke dalam Sungai Mahakam. Bahkan, menurut keterangan warga di lokasi kejadian, masih banyak korban yang terperangkap di dalam sungai bersama mobil yang ditumpanginya.

“Masih ada yang terjebak di dalam, rata-rata mereka terjebak dalam mobil,” kata Mikdad kepada wartawan, Sabtu (26/11).  Salah seorang warga Tenggarong, Mikdad menyatakan beberapa orang yang tercebur ke dalam sungai Mahakam berhasil menyelamatkan diri. Namun sebagian besar belum diketahui nasibnya.

Informasi dari Wikipedia menyebutkan bahwa Jembatan Mahakam adalah sebuah jembatan yang dibangun di atas alur Sungai Mahakam yang menghubungkan kawasan Samarinda kota dengan wilayah kecamatan Samarinda Seberang. *sambungan.


Berita Penuh: KLIK DI SINI



Aku benci dengan kualiti foto yang kurang jelas. Maklum sahaja, zaman DSLR baru saja muncul ketika itu. Ya, ini pakai handphone biasa saja. Fotonya lumayan bisa lihat saja, namun kenangannya tetap terpahat! Seakan berada di London Bridge saja....Kenangan:') Makan di Bawah Jembatan itu suatu yang menggamit memori! Mahu bakso tenggarong plishhh:') Nak tengok aku makan-makan di bawah jembatan, lihat DI SINI! Itu entry lama yang bisa dibaca berulang kali! Menarik bila kenangan diceritakan di laman blog...



Mitos Sungai Mahakam



Mitosnya kuceritakan versi aku ya! Sesampainya aku di sana, begitu tenang sekali, setenang-tenangnya/ Tidak tahu mengapa! Mungkin cuacanya yang begitu asyik dengan suasana yang tidak terlalu kampung, dan tidak terlalu kota, yang membuatku sangat merasa nyaman! Ditambah pula ada sungai, ada pepohon, ada saudara yang sangat baik:')



Sempat ku diceritakan oleh nenek di Tenggarong, Kutai Kartanegara bahawasanya siapa sahaja yang menginjak tanah Kutai dan meminum air Sungai Mahakam akan kembali lagi di tanah tersebut dan bisa juga bermastautin di sana.


Ya, pastinya agak excited to know more, maksudnya bagaimana, bermastautin sampai akhir hayat ataupun sekadar jalan-jalan lagi ke Kutai. Jawapannya, bisa kedua-duanya. Ahh, kalau mahu bermastautin ya tak mungkin lah, pastinya Malaysia menjadi tanah air tercinta bukan? Lantas ku berfikir takkanlah dapat kerja di sini kot, atau mungkin kahwin dengan orang sini akibat dari aku minum air sumber dari sungai tersebut? Ngerinya lagi nenek bilang ini benar-benar terjadi. Ahh, ada-ada saja si nenek serta acil-acilku di sana....Acil itu maksudnya aunty!


Akal waras terus kembali, hehe, mungkin suatu saat nanti, seperti yang diidamkan, aku pasti ke sana lagi, menjenguk nenek serta saudara-saudara lainnya lagi, mumpung sambil berehat nyaman di sana.


Ku berfikir dengan waras ada apa dengan air Sungai Mahakam sampai-sampainya mitos tersebut terwujud? Syirik juga percaya akan mitos, tapi Tuhan Maha Mengetahui akan apa yang berlaku dan bakal berlaku!




"Nanti aku ceritakan banyak lagi kisah menarik yang pastinya membuat kalian terharu, sedih, gembira dan berbaur rasa! Sungguh suatu pengalaman yang tak terluputkan sepanjang keberadaan di sini walaupun masanya singkat sahaja, namun tetap panjang berada di ingatan!"




Golden Gate Kutai Kartanegara in Memory





Friday, November 25, 2011

Kanak-kanak Dan Kebersihan Mereka.


Assalamualaikum and hi people.


Seperti yang kita tahu, kanak-kanak juga perlu dijaga dalam sudut kebersihan supaya hidup yang sihat dapat dikekalkan dalam usia muda! How to give advice to kids pertinent to the case of hygiene, healthy and live in happy life without any diseases! Personal hygiene is the first step to lead you for a comfortable healthy lifestyle.


Masa usia muda ni lah, peluang untuk ajar kanak-kanak untuk sentiasa disiplin dalam penjagaan kebersihan. Dengan hanya nasihat dan kata-kata, probably, mereka akan dengar dan tahu cara kita mendidik mereka untuk kebaikan mereka sendiri. Mereka sebenarnya tahu akan kebaikan jaga kebersihan ini, tapi untuk mengamalkannya agak payah seandainya tidak terbiasa dengan disiplin kebersihan dari kecil.Makanya, tanam sikap pembersih di dalam diri kanak-kanak adalah suatu hal yang sangat penting.



Abby, Go and take a shower now! Abby dipaksa mandi! Susah sangat nak pergi mandi si budak kecik sorang ni, kan tak pasal-pasal kena marah dengan mama.


Sebenarnya banyak cara untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya mereka ikut nasihat kita dalam pendidikan kebersihan ini! Hanya menggunakan ilmu psikologi kanak-kanak anda bakal berjaya memasukkan anak-anak anda ke dalam cara terbaik anda! No matter how horrid the way is, we MUST try it. Joking! Mahu tahu bagaimana caranya?



Panggilan / Seruan menyejukkan hati.

Situasi 1: " Sayang, pergi mandi nak, bau dah tu balik sekolah jangan terus main PS, mandi, ganti baju nanti turun makan, mama masak special hari ni tau."

Situasi 2: " Budak ni sorang tak mandi lagi, tu lah, ikut sangat perangai buruk bapak kau tu, balik sekolah, main, main, main, baju kotor bersepah merata-rata, kenapa tak bawak turun bawah letak dalam machine terus? Kau ingat aku ni bibik ke, macam babu je duk kat rumah. Ni kenapa belum mandi nih? Nak suruh aku mengamuk sakan ke? "


Pilih, yang mana lebih menyejukkan rasa serta fikir? Pastilah situasi yang pertama bukan? Motifnya, hanya untuk menasihat anaknya untuk berdisiplin. Pulang sekolah, berehat sebentar, ambil masa untuk mandi, ganti baju, makan dan terus belajar dan petangnya beriadah. Namun, bila si ibu sudah meleret panjangnya membebel sehinggakan mengungkit yang bukan-bukan, telinga si anak juga panas, dan hatinya memberontak. Biasalah, jiwa muda!


Memanglah, sifat natural dan naluri ibu yang mengambil berat itu ada di dalam diri setiap para ibu, namun, sedarkah kita, bagaimana sifat kita mempengaruhi tindakan sama ada berkesan ataupun tidak untuk membuatkan seorang anak itu sentiasa hormat dan dengar nasihat seorang ibu? Caranya sangat mudah. Saling menjaga hati. Kalau dah si ibu bercakap elok-elok dan anak masih tidak mendengar nasihat, cara yang agak tegas mungkin berkesan.


Memang tidak dapat dinafikan, anak-anak metropolitan yang hidup dalam air emas sekarang ini sangat dan terlalulah tidak mampan hanya dengan kata-kata nasihat. Oleh itu, ibu bapa sendiri have to be role model. Tunjukkan contoh di samping menasihati anak-anak supaya mereka tahu apa yang patut dan tak patut dibuat! Lama-lama mereka tahu yang mana baik dan yang mana buruk!  Ingat, panggilan menyejukkan hati dapat mempengaruhi naluri anak untuk turut bertoleransi dengan permintaan ibu serta bapa!


Teknik Berlumba/ Membilang 1, 2, 3!



Teknik ini sangat berkesan untuk anak-anak kecil seusia 12 tahun ke bawah! Kita kan tahu, anak-anak biasanya bersemangat juang. Jadi, kita gunakan pengaruh juang dan pujukan ini dalam pertandingan! Contohnya dalam situasi di bawah:



Situasi: " Papa bilang sampai sepuluh, abang dengan adik pergi mandi biar wangi-wangi, nanti kita tengok movie sama-sama. Siapa mandi paling bersih, paling wangi, dapat duduk sebelah papa dan papa bagi coklat yang sangat best. Papa beli tadi. "



Pengaruh membilang nombor ini sangat efektif tau dalam membangkitkan anak-anak kecil untuk melakukan sesuatu tanpa dipaksa-paksa acapkali. Dengan sendiri diorang akan timbul niat nak berlumba untuk menarik perhatian orang yang lebih dewasa. Secara tak langsung, mereka akan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan supaya disayangi orang yang lebih dewasa yang menjaga mereka! 


Cara ini boleh digunakan supaya mereka cepat-cepat membasuh buah sebelum makan, gosok gigi, mandi, serta melakukan aktiviti-aktiviti membersihkan diri untuk mengelakkan dari jangkita kuman! Payah kan? Kena guna teknik bagai dengan kanak-kanak ni, almaklum, mereka belum dapat menerima penuh tentang apa itu KEBERSIHAN dan efeknya terhadap tubuh badan.



Pendidikan Di Sekolah

Kalau di sekolah, macam zaman-zaman kita dulu, banyak aktiviti berlandaskan pendidikan kesihatan ini diamerka dan diajarkan di sekolah! Malah, subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pun turut mengajar ke arah motif yang sama!


Kita bersenam, kita bersukan, kita belajar cara dan perdaban, kita belajar tentang kepentingan kesihatan, dan macam-macam lagi. Hari kesihatan pun ada tau di sekolah. Budaya sihat banyak diterapkan juga. Dulu-dulu ingat lagi, pasti ada doktor untuk cek darah, cek gigi, peraduan kesihatan segala macam, itu suatu cara yang sangat berkesan tau supaya anak-anak anda terbiasa dengan pendidikan yang sebegini! Then, they will not feel awkward when we as  as their parents talk bout health!


Dengan nasihat para doktor yang kasi ceramah untuk anak-anak supaya menggosok gigi dengan betul, siap dengan demostrasi bagai, anak-anak akan lebih teliti dalam permasalahan mereka sendiri. Kadangkala ugutan kecil pun dapat menakutkan anak-anak. Contohnya:


Situasi: "Anak-anak, doktor nasihatkan supaya anak-anak semua gosok gigi betul-betul tau, atas bawah, dalam, dan setiap bahagian dalam gigi lah, jangan lupa lidah juga perlu digosok! Supaya ulat tak ada dalam gigi"


See, ulat di sini boleh membuatkan anak-anak takut dan akan menggosok gogo tepat pada masanya dengan cara yang betul!:)




Tidak dinafikan, anak-anak  kecil sangat payah dan sering mengendahkan nasihat. Nak kena parents menjerit berulang kali baru dengar. Jarang sangat anak-anak kecil yang betul-betul disiplin dan Contohnya manner di meja makan.



" Sayang, pergi wash your hand dulu nak, sebelum makan. Nanti kuman tau tak basuh tangan."


" Mama, adik dah basuh tangan tadi (dalam hati: Hehe, tipu mama lah, malas nak jalan pergi singki cuci tangan. Mana nya kuma, tak pernah nampak pun, kecuali lah kuman tu gigit macam dalam kartun raksasa tu)"



" Adik, sejak bila dah pandai belajar menipu ni? Dah dah, sebelum mama ambil rotan, pergi basuh tangan dulu, kalau tak tak boleh makan! "

" Ok, mama. Janganlah marah, adik bukan tak nak basuh tangan, lain kali suruh singki tu jalan dekat adik. Adik malas lah nak bangun. "



Akibat minum susu banyak lah ni, makin cerdik je jawapan anak-anak kecil sekarang, kan? Comel! We tend to think, we are so lucky sometimes, have money to buy soap, shower, why not we use? Ada setengah orang tak berpeluang pun nak beli Dettol lah, LUX lah, Lifebuoy, dan banyak lagi jenama-jenama lainnya yang wujud di pasaran kita pada hari ini! Jadi pergunakanlah, bukan untuk orang lain, namun untuk kebaikan diri sendiri.




Fifi, sebelum makan ketupat tu, cuci tangan dengan DETTOL ye, sayang! hehe. Nasihat untuk diri sendiri.


HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails