Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, December 7, 2010

Happy New Year 1432 Hijrah!


Selamat Tahun Baru Islam wahai sekalian teman-teman di luar mahupun di alam maya yang saya sendiri tak nampak ini:) Genaplah dunia ini menempuh 1432 Hijrah berdasarkan Takwim Hijrah atau Takwim Islam berdasarkan kalendar lunar ( berasaskan bulan) dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun. Diperkenalkan semasa pemerintahan  Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab.


Seperti yang kita ketahui, sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Pastinya anda semua tahu bagaimana kemuncak kejayaan dan kebangkitan Islam di saat-saat penghijrahan Nabi Muhammad atas faktor-faktor tertentu bukan? Oleh sebab itu, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai dan suatu kebanggan bagi kita untuk senantiasa mengenang Awal Muharram sebagai detik-detik perjuangan dan permulaan bagi sesuatu permulaan kehidupan yang baru yakni yang lebih baik daripada yang sebelumnya mengikut versi ceritera hidup anda!




Banyak lagi yang harus diperbetulkan, diri ini memang selalu hilaf dari sebarang kesilapan yang disengajakan mahupun tidak. Namun, cahaya yang terang selalu membantu untuk menyuluh sebarang lorong-lorong gelap dilalui supaya tidak melanggar sebarang tembo atapun terjatuh ke lembah yang tidak diingini. Dinding harus juga kuat agar tidak mudah diroboh ataupun tidak mudah diserpih dengan begitu pantas.




P/s: Credit untuk Bro Shahrul Rosdi Ishaq yang telah mengedit foto pulut kuning ini menjadi lebih comel lote dan semakin lazat untuk dimakan:) Betul tak, pulut ni nampak lebih cun kan dari ownernya?? haha:D Ini pulut kuning pembangkit semangat juang. ececece, berjuang apa ? Setiap kehidupan adalah perjuangan, perjuangan untuk menegakkan sesuatu yang bathil kepada hak! Tapi serius, pulut kuning ditambah pula dengan ayam bakar madu memang lazat. Sememangnya ini adalah tradisi kaum melayu zaman-berzaman malah turut dihidangkan dalam suatu acara perkahwinan. Tanggal 10 Muharram nanti, Asyura kan?  Pada tanggal tersebut dan Hari Asyura tersebut, pelbagai sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi. 


Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam

1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.



Doa awal dan akhir tahun







"Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku, hitam putih di hidupku jalani takdirku, tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa, segala apa yang terjadi, engkaulah saksinya. Kau yang Maha Mendengar, Kau yang Maha Melihat, Kau yang Maha Pemaaf, padaMu hati bertobat. Kau yang Maha Pengasih, Kau yang Maha Pemyayang, Kau yang Maha Pelindung, PadaMu semua bergantung. Yang dicinta kan pergi, Yang didamba kan hilang, hidup kan terus berjalan Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang, andai bisa ku kembali hapus semua pedih, andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya,tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata."



Salaam 1432 Hijrah,


31 comments:

Bulan said...

salam Maal Hijrah dear..
Marilah kite berhijrah dari yg buruk kepada yang baik.

makdara TERdiva said...

salam maal hijrah fifiey :)

cikcloudy said...

salam maal hijrah dan salam singgah... suka gambar kat entry tu..

Pendekar Berkuda said...

salam maal hijrah...

...tahun demi tahun...masa belalu lagi...salam kalimah suci dari Pendekar Berkuda....

...mudah-mudahan diri mu di rahmati dan dilindungi selalu...amin...(^_^)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis bulan:
hye dear.. how r u? amin, i hope so, hijrah ke arah kebaikan adalah perlu..

@sis MDT:
salam maal hijrah 1432 kembali buat sis yang baik hati!:D

@cikcloudy:
salam maal hijrah kembalii.. wahh, terima kasihh:)

@pendekar berkuda:
salam maal hijrah!!!

tahun berganti tahun. diri belum terajui hakikat kehidupan, isilah sebelum masa terbuang!

amin, harap doa yang baik mengiringi pendekar berkuda!:D

hiro said...

selamat berjuang menghadapi liku2 hidup tahun baru..hee

Wahidah said...

salam maal hijrah..wah bollywood la..:)

Ms. Dyla Qistina said...

:) dear sis,

Hopefully in this new year, we become a better person.. Love u lots.

Take care.
Dyla Qist.
Warkah Bonda

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

salam maal hijrah dear.....semoga kehadiran tahun baru nie..akan lebih membawa seribu pengertian buat kita semua..amin...

hans said...

selamat tahun baru

P/S : Kisah Dongeng Telefon Awam Dan Telefon Bimbit

Ladfe Amir said...

salam Maal Hijrah buat Fifiey

semoga tahun kali ini terbaik utk anda.
dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. InsyaAllah

Zulfahmi Abidin said...

salam maal hijrah jgk.^_^
aku hijrah jgk.dari smoking ke tak smoking.^_^


Terkini: Selamat Tinggal Sayang | Sory! Bukan Salah Aku | Terlebeh 20 Minit Je

alexa yussida said...

salam maal hijrah fifiey sayang:D

niceee picccs in all entries of urs:)

E.d.Y said...

salam maal hijrah..:)

Mario said...

salam Maal Hijrah sis...

eqbalzack said...

salam maal hijrah...
nice blog & pic u have...hehe

Miz Ellysu Bahari said...

selamat menyambut tahun islam yang baru. Moga kita semua dapat menempuh kehidupan seterusnya~

Skydrugz said...

selamat tahun baru hijriah :D

Ogy said...

salam maal hijrah fifiey...

mama kembali bersiaran....rindu kt fifieyy...

sue. said...

salam maal hijrah sayang...=.)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam hijrah buat semua sekali lagi. terima kasih atas doa dan ucapan anda semua. sy amat menghargainya. semoga ari2 kita mendatang membawa seribu keberkahan dari-Nya!

Pencacai Alim said...

slamat tahun baru..apa azam?

ARC™ said...

pulut tu nampak sgt sedap ^^

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

salam maal hijrah fifiey...

(^^,)

salam kenal...

Hasrol Nizam said...

salam maal hijrah kembali..

sedap tengok pulut kuning tu.terliur jap :D

Pendapat anda?
blog Serol-Nizam

OH ZT said...

tak tahan saya tengok pulut kuning tu :)

Liquid said...

Salam maal hijrah ea =)

Mr Lonely said...

nice blog... have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

alinac lover said...

salam maah hijrah

E.d.Y said...

skrg kat mana fifiey?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam maal hijrah kembali dari saya buat seluruh commentars di sni.

wahh, mmg pulut kuning fevret fifiey laah!!!:D nk jugak? nnti lain event, korg dtg makan tau. hehe.

well, fifiey skrg ada di kelantan, the end of december will be back to jakarta:)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails