Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, December 12, 2010

Fifiey Lychee Maration bukan artis, bukan model. So? Jom bongkar rahsia "NATURAL BEAUTY"


1. Skin care:
Bersihkan diri, cuci muka and always mandi pagi. Dan amalkan petua-petua orang-orang lama.like guna mentimun yang telah dicincang kemudian airnya dipakai untuk mencuci muka. Berhati-hati dalam memilh dan menggunakan skin care ataupun produk-produk yang diyakini kurang kualitinya. Lebih baik lagi sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi dalam proses mencerahkan atau melicinkan, dan juga menegangkan kulit serta raut wajjah! Bab penggunaan kosmetik juga harus berhati-hati. U don't have to put mekap tebal-tebal otherwise kulit u boleh rosak kalau tak kena cara menggunakannya! Don't use it if u don't need.  Nanti kalau lebih-lebih put make up, macam nenek lampir pun ada. And lepas guna kosmetik, cucilah dengan toner/pelembap, mask pun ok. Jangan main gonyoh je tau! Tak pasal-pasal kulit angpa-angpa semua berkedut macam nenek-nenek peot.:D 





Bebas make up, oyeah oyeah. Ich mag das ;)



2. Jerawat:
Memang susah nak jaga muka ni, nak-nak orang yang cerewet, dan banyak masalah kulit. Macam saya sendiri, dulu-dulu memang penuh la dengan jerawat, ups takelah penuh muka, tapi bagi saya sebiji jerawat pun dah kira suck sangat, mencacatkan keadaan. Namun , saya tak cerewet, tak perlulah beli harga ubat mahal-mahal, dan tak perlu buat treatment muka setiap minggu, sebab cara alami lebih bagus dan menjimatkan. Bagi para-para yang rajin jaga kulit tu angpa mesti nak tahu kan bagaimana cara efektif untuk mengelakkan masalah jerawat sampai lubang-lubang, Memang susah nak jadi cantik dan juga bersih, banyak yang perlu kita tahu serta pelajari. Ambik ilmu yang mudah, efektif an jimat kos sudahla. Kalau yang kaya memang lah boleh ke saloon,, atau spa, namun, tidak semua orang "kaya" bukan? Ambiklah petua zaman dahulu. Tuhan cipta alam bukan sahaja untuk dihayati indahnya malah turut menyuruh kita berfikir hakikat sebenar kewujudan alam dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu alam yang perlu kita ketahui. Ok, bagi yang berjerawat, yes itu sangat normal tambah-tambah lagi bagi adik-adik yang akil baligh, jangan sedih jangan risau, jangan khuatir, itu normal, jangan fikir anda tidak boleh merubatinya. Memang pertukaran tahap kehidupan merubah tahap hormon kita lalu bertindak balas dengan pelbagai kejadian tubuh sehingga terkait dengan saluran darah dan memberi efek terhadap kulit kita sendiri. Ada caranya untuk mengubah! Apa lagi, meh sini kutip ilmu ari saya. Anda mempunyai tomato di rumah? Pastinya ada bukan? Tomato bukan sahaja dicampur dalam menu tomyam, malah ia turut berguna kepada raut wajah! Ok, koraang ambik dalam peti tomato yang segar then hiris halus-halus.Macam dadu pun tak apa. Bila ah nak tidur, sapukan ke bahagian seluruh raut anda yang terkena jerawat. Kompem, sering-sering buat, bukan setakat licin, hilang jerawat, malah halus mulus kulitnya! Weh, kunyit yang kuning buat masak pun bolehlah untuk rawatan jaga muka ni. Fuyoo, memang kita tengok, spesies kunyit ni, untuk masak dalam gulai kuning je, rupanya aa fungsi jugak untuk muka!Kunyit koreang ambik je kat dapur, then potong kunyit tu, parutkan sikit dan diperas untuk ambikkan airnya. Kalau kat indon, air ni, macam jaher ah! Pernah rasa tak? Meh sini nak buatkan. Kemudian, korang campurkan dengan air panas dan teguklah sikit-sikit. Memang rasa dia berangin and pedas-pedas sikit, tapi efek dekat perut and kulit sangat mujarab!!! Ada lagi untuk cantik, guna kunyit jugak! korang parut halus-halus, macam bedak sejuk, korang tempekkan ke muka! kompem jadi macam Cek Bedah bedak sejuk kunyit:D tempekkan kat muka yang ada jerawat tau, dan biarkan ia kering, Sebijik sama macam korang pakai masker yang mahal tu tau! haha



Lihat-lihat , pandang-pandang!!!:D jenguk-jenguk, intai-intai!

 

3. Kulit kering dan berminyak???
 Korang, memang kulit kita cepat kering tau kalau sering duduk dalam aircond. Mencii, sebab bila kulit kering, terus nampak macam sisik. Haish-.-" So, untuk mengekalkan kelembapan kulit biar tambah comel lote, dan licin dengan kelembapan tersebut, tak payah guna liquid beratus-ratus harganya. Meh nak kasitahu. Siapa pernah makan epal? Anda pernah? Tentulah, Fifiey apatah lagi, memang hantu epal, dua-dua, hijau and merah Fifiey bantal je. Bukan lychee je Fifiey suka, Apple pun sama. Boleh tak nak tukar naa blog Fifiey Apple Maration? It sounds weird kan? Macam tak best je. Fifiey Lychee Maration lebih best dan enak bunyinya, Eh, maaf, terlalut dan merepek i petang senja. Ups, di hari senja tak berlagu ni.:D Ok, cakap pasal apple, ada satu info yang saya dapat tahu daripada bonda haritu waktu buat Salad Mayonis ( nanti i buat tuto masak-memasak dessert ok), ada lah campur apple sekali, dan terbongkarlah satu rahsia tentang apple. Jeng jeng jeng. Apakah ituu? Ok, apple sebenarnya memang berguna. Apa gunanya. Sorry terbanyak tanya anda. Ambil apple dalam peti, takde apple, pergi beli. uiks pantun pendek tu. Dihiris, dapatkan airnya, perah lah sikit dan gosoklah ke kulit muka ok! Buat macam masker, biar dia kering. Memnag tak lekat macam masker, tapi keringnya itu meresap ke dalam muka. Jangan lupa, last but not least bersihkan muka dengan air sejuk yang bersih. Nanti kan, ada lagi bakteria kalau guna air kotor. So, kulit anda insyaallah akan kembali lembap an licin semula setelah dipraktikkan gaya dan amalan tersebut! Memang, tak tenafi, dinafi, menafi, upss, apa2 yang berkaitan denfan penafian, cuaca sekarang memang panas dan tak mnentu, jadikan kulit kita kering sangat! Jadi, ambillah langkah yang tepat untuk mengelakkan permasalahan tersebut!:D Memang kulit berminyak ataupun oily skin is always happen to all the active teenagers outhere, So for those yang sanagat mencintai kecantikan, prihatinlah dengan keadaan anda yang beraut berminyak!!!! eh eh eh, jap. Daun seledri, u know what was that? alahh, daun seledri the one u put dalam masakan. I love that! Ini adalah ubat paling alami, eh paling ke? tak apalah, ubat alami untuk merawat kulit berminyak!  Meh sini nak ajar cara. Adik-adik, kakak-kakak ambil dan hiris daun seledri, then letakkan dalam air panas about 20 minit, malam nanti, korang ambil airnya dan sapu pada muka! sebelum tu, cuci dengan air bersih dulu tau! Tunggu sampai kering dan basuh balik dengan air bersih!



Hidup ibarat cahaya terang, makin terang, makin gumbira???


4. Hidup riang sejahtera walaupun tension melanda. Masalah memang tak habis!:D So, chill!
Weihh korang-korang semua. Chill la babe and charming!! Korang kalian yang cantik dan handsome, jangan terlalu sembat, sumbat, ketat je muka bila ada masalah. Memang ada masalah jangan tipulah, semua akan moody, dan boleh kelihatan melalui riak wajah anda yang tak nampak comel pun buat macam tu!:D haha. Either korang ada dilema di sekolah, di ipta/ipts, ataupun di rumah sendiri, dengan keluarga, dengan boyfriends, girlfriends, and also dengan kawan-kawan, tetap cool dan jalani hidup apa adanya dengan menjaga raut supaya tak nampak macam nenek-nenek, nanti, kalau marah-marah serta masam-masam, macam cekodok basi je, cepatlah korang kelihatan tua. Seringlah bergurau senda, ni gurau dengan pakwe boleh, tapi kalau dengan kawan-kawan mashaallah, ada yang hangin satu badan tiba-tiba mengalahkan mak lampir berlakon filem. Sentiasa chill dengan semua orang, tak kira pangkat , usia, darjat, status dan juga kedudukan. Yang penting pandai jaga imej, takut pula terskandal dengan "hot papa"  or "hot mama" :D Masalah memang tak sudah weihh, tak apalah, bersuka ria pun berpada-pada! Jadi, hot babes andhot charming di luar sana, jangan resah gelisah, jangan fikir beban, settle kan setiap problems yang ada, supaya badan  tak berhangin, minda terlepas dari kerutu dan jiwa bebas gembira:D Relax kan diri anda di tempat yang anda suka, langsaikan cuti anda dengan berlibur an melakukan kegiatan berfaedah yang ada minati serta tambahlah ilmu pengetahun yang sangat cool untuk dipelajari!




SELAMAT MENCUBA!!!





Lots of love,

25 comments:

kakchik@ella said...

Suka baca rahsia adik fifiey. hehe ..

miszlullaby said...

thanx for sharing darling =)

azaliahjsalleh said...

lawa =)

fathiah said...

wah... tq 4 sharing... heheheh :)

Skydrugz said...

jadi gitu toh... :D

Hairil Rizal said...

Sangat setuju dgn relax-cool-chill.

Sangat membantu sebenarnya dalam usaha mengekalkan wajah yang berseri, segar dan nampak muda.

Wajah berseri, hati pun happy. OK la tu kan?

Sophie Al-yahya said...

ok.nak cuba tomato lah..
patutlah cntik aje kulit fifiey ni ye..

ASaDa RyutaRo said...

wahh.. sudah berkongsi petua penjagaan muka nampaknya. rasa macam nak try, tp nak buat leceh pulak. heeee ;D

yang last je senang. senyum selalu, ceria selalu. ;)

senyum2 kat sini..

syAzAnA said...

wahh. tengs lah lalinkk. sukeee2.

Lady SharpShouter said...

sukanya petua2 tu.tp i sendiri mmg amalkan epal.bkn sebiji je sehari,berbiji biji. hehe

miya said...

hahah. I saw u somewhere before.
when I think bout it, yeahh. I did actually saw u. in my house. to be precise in my lappy.
you are adibah's friend, dont u?

nice post btw. ive never given so much care to my skin. i think i should start by now.if not... T.T

Ogy said...

fifiey mmg dah lawoooo buatpe pun lawoo gak :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak chik:
haha, suka ke?? alahh, biasa je lahh achik:)

@sis ML:
its my pleasure darl!:D

@sis azaliahjsalleh:
tq sis;) u too, mnis bergaya;)

@sis fathiah:
u r so welcome;)

@skydrugz:
yaiyalah, msk yaiya donk;) haha

@mr.hairil rizal:
ok sgt2 teramat sgt. semoga bahagia di samping family tercinta;)

@sis sophie:
mana ada cantekk sgt pun. biasa je laah sis. haha.. btw, selamat mencubaa!!!

@asada:
bro, lol;D leceh? nk cantek kena leceh!!!:D

apapun, chill ok! dh tau dh tagline bro asada mcmtu..haha


@syazana:
hey hey, toce toce.. no problemaa. nnt kita share mende lain lg taw!!

@lady sharp shouter:
lol;D mkin banyak mkin bgus dan efektif! tahniah, kekalka amalan tersebut!

@miya:
lol;D where did u stay?? yes i'm adibah's friend.. well, around tahun 2008 ke jumpa? where? at the camp?

@mama ogy:
mama sygg.. hehe..panai je muji ehh. smpai fifiey tersengeh2.. hahaha

syamin ariffin said...

Ptot la kulit dye mulus bangattt...!!
sukee..=)

Amirrah Zawani said...

wahhh.. nak cuba jugak lah..
sekarang ni i selalu letak tomato..
u cuba letak yogurt.. yogurt pun bagus!! lembut je kulit.. :)

Ain Zulaikha said...

fifiey mmg neutral beauty , kalau tak pakai make up pun mesti cantik.. hehe betul tu kalau pakai make up tak kna cara boleh rosak muka..

miya said...

if i tak silah. she went beraya at ur place. aite?

miya said...

*silap + salah = silah. haih.. sorry. =.="

E.d.Y said...

patutpun nampak cantik je..hehe

AngahSayang2314 said...

wah fifi n3 yg bagus la 1 info bole kongsi2 nie thanks dik hehehe

soffya cik bulan said...

wahhh..
neway, kakak ada kongsikan jugak pasal ni kat blog..tgk side bar k...tips jg kesihatan kulit:)

addictedtoeleven said...

aiii comelnya kamuuu

makdara TERdiva said...

kalau dah cantik..buat apepun cantik.. :D

tp betulla..mekap tebal2 nnti lama2 kulit muka pun rosak..@ paling teruk muka bertukar jadi mak lampir..haha!

alexa yussida said...

awal2 dulu pon i ingt u model or artis sis:)

srikandi cinta said...

hye fifiey.. i miss u so much !!
biler nak mai kuala berang??

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails