Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, November 4, 2010

PART 2- TERPURUK SENDU SENJA

SAMBUNGAN PART 1....

PART 2- TERPURUK SENDU SENJA


*Cerita yang disampaikan hanyalah rekaan dan ilusinasi FIFIEY LYCHEE MARATION semata-mata, tidak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati. Ini kisah berunsurkan 18sx. Bagi anak berusia bawah umur, sila jangan baca. Hak Cipta Terpelihara.

Watak Utama:
Sarah Hanan - Sarah
Fairuz Hussin- Fairuz
Lela Zalikha- Lela/Ika
Mak Zanariah- Mak Yah

Watak Tambahan:
Zack BrahmYusoff- Brham
Maria Jenn- Maria


*Gambar hiasan semata-mata. Cik Fifiey Lychee yang manis bergaya dengan busana hitam campuran benang berwarna emas. Diagayakan dengan subang tebuk-tebuk yang agak unik, dan ditambah pula dengan arena rambut yang disasak tak cukup tinggi ala-ala Manohara Odelia Pinot. lol;DD dan rantai hitam putih yang pada pendapat saya tak begitu sesuai digayakan dengan busana tersebut, (baru perasan tak sesuai)


Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your ugly
I want your disease
I want your everything
As long as it’s free
I want your love
Love-love-love
I want your love

I want your drama
The touch of your hand
I want you leather studded kiss in the scene
And I want your love
Love-love-love
I want your love
Love-love-love
I want your love

You know that I want you
And you know that I need you
I want a bad,your bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
All your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

I want your horror
I want your design
‘Cause you’re a criminal
As long as your mine
I want your love
Love-love-love
I want your love

I want your psycho
Your vertical stick
Want you in my room
When your baby is sick
I want your love
Love-love-love
I want your love
Love-love-love
I want your love

You know that I want you
And you know that I need you
I want a bad,your bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
All your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
http://www.elyricsworld.com/bad_romance_lyrics_lady_gaga.html
Caught in a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance

Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Move that bitch crazy
Walk walk fashion baby
Work it
Imma Freak bitch baby

I want your love
And I want your revenge
I want your love
I don’t wanna be friends

(The Same But In French)

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

I want your loving
And I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your loving
and all your love is revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oooh!
Oh-oh-oooh-oh-oh!
Caught in a bad romance

Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-Roma-ma-ah!
Ga-ga-ooh-la-la!
Want your bad romance


  Muzik Lady Gaga yang bukan sahaja menyerang muda-mudi tanah air, malah turut menyerang segenap ruang di club yang terletak di pusat kota, dekat sahaja dengan Jalan Tar, tempat berkumpulnya para manusia pelbagai ragam kehidupan tersebut, lautan manusia yang alpa dengan dunia bagaikan dirasuk tangan, kaki, gelek badan semuanya bergoyang tanpa diatur-atur, sudah pandai mereka  mengikut rentak dan nada yang tidak henti-henti tanpa diajar sedikitpun. Trend terkinilah katakan.Yang muda cara yang muda, yang tua dengan skills istimewa yang tersendiri dan tidak hiraukan hiraki, diketepikan yang penting, enjoy semata-mata, dapat merasai nikmatnya syurga dunia, kata mereka.  Ditambah pula dengan cahaya berkelip-kelip, lampu dari bola-bola warna warni di lelangit di setiap penjuru ruang menambahkan ghairah mereka untuk terus bergoyang tanpa menghiraukan sesiapa. Tak ingat dunia lagi, bagi yang sudah berisiteri, persetankan sudah keberadaan dan status mereka yang masih bergelar suami kepada isteri dan ayah kepada anak-anak dan bergelek dengan perempuan lain tanpa segan dan silu. Yang penting, kepuasan dan nikmatnya sentuhan mental dan fizikal serta belaian daripada "betina" kaki kelab malam ataupun GRO  ini dapat dikecapi oleh mereka. Lelaki dan perempuan, sama sahaja, atau lepih pantas mungkin dipanggil "jantan" dan "betina" dek sifat dan sikap mereka tidak kenal lagi adab dan tatakarma dalam perbuatan atau batas-batas perlakuan yang tepat. Benar, hidup bercampur gaul, pelbagai kaum, agama, bangsa serta budaya, semua orang punya hak individual yang mana hak setiap kaum harus terjaga, dan ada pula yang memberi komentar "biarkanlah saja, apa yang mahu saya lakukan, kubur kan tempah yang masing-masing". Walhal, hakikatnya kita bersandarkann sunnah pencipta, bersandarkan tiang agama. Dalam konsep ini, semua agama telah mengajarkan umatnya untuk melakukan kebaikan, tidaklah agama itu, agama yang perusak, malah semuanya mengajarkan kebaikan sama ada di dunia kini mahupun seterusnya mengikut kepercayaan masing-masing. Cuma kita sebagai penganut agama islam, atau dipanggil mukmin dan mukminin yang sejati harus emngikut as-sunnah seperti yang telah dinyatakan di dalam buku panduan iaitu kitab suci Al-Quran dan sentiasalah mengikut garis panduannya berlandaskan hukum-hakam seperti kalam telah tetapkan. 

  BMW 1 Series Comvertible warna kelabu dengan tidak terburu-buru menyeberangi selekoh yang selalu meragut mangsa kemalangan itu...BMW milik Fairuz Hussin, diparkir rapi bersebelahan dengan kereta mewah jaguar berwarna merah kalau tak salah, tak hairan lagi, Kuala Lumpur, memang penuh dengan kereta-kereta mewah, apatah lagi di tempat elit seperti yang mereka kunjungi itu, pastinya banjiran warga elit akan menyerbunya, kelab malam juga ada yang kelas ekonomi dan ada yang kelas elit. Realiti dunia yang kadangkala menjengah kita dengan pelbagai sejuta rasa kejutan, pantas sahaja, ramai anak-anak desa yang apabila ke bandar sahaja, ibarat kera mendapat bunga, katak di bawah tempurung, mudah sangat terbawa arus sungai dan hayut dek kemoden serta kecanggihan berevolusi dekad demi dekad tampaknya. 


  Minuman soda arak gamaknya, katanya seakan anggur, masam rasanya cuma sifatnya yang berasid dan bakal membuat setiap si mangsa yang minum itu akan ditimpa kemabukan dan bau mulut juga terasa. Haram bagi Islam, namun, tanpa segan silu, tegakan ke tenggorokan Fairuz dan Sarah yang begitu giur meneguknya seolah tiada lagi minuman halal. Islam pada status sahaja, sekadar, mengisi ruang "agama" atas kad pengenalan dan juga dalam apa jua borang yang diperlukan untuk diisi. Normal bagi pengunjung kelab malam itu untuk pulang ke rumah dengan keadaan mabuk, dan ada juga mangsa kemalangan akibat mabuk kerana aram durjana tersebut, namun mengapa ada yang masih seakan ketagih dengan kemasaman arak itu. Ada yang sanggup meragut, mempertaruhkan wang berjuta juta demi sebotol kecil arak. Arak juga ada yang mewah dan ada yang murahnya, tergantung kepada harga. Mahal ia, maka enaklah rasa, sampai tak ingat dunia teguknya, padahal beberapa liter sahaja isinya. Kalau yang murah, pasti mutunya biasa-biasa saja, buat yang kurang berkemampuan tapi berlagak kaya katakan. 

  Dalam mabuk mereka melayan muzik pekik telinga tak diendahkan lagi, asalkan puas hati untuk menikmati malam  dengan pebagai aliran muzik dan tarian yang sangat "ganas".  Terangguk-angguk kepala, bukan tanda setuju tapi itu petanda mereka sungguh asyik mengahayati rentak muzik tersebut. Apatah lagi ada yang melompat, bergelek dan juga menari, bersesuaian dengan judgemental music, rock and roll and  yang begitu mendesak mereka untuk melakuakan hal-hal tersebut. Pelbagai karenah yang dilakukan, mabuk dalam dunia mereka sendiri, Sarah dan Fairuz dibuai cinta dusta tak bertepi. Adakah itu suatu nikmat? Tanpa sadar mereka tersesat jalan dalam pilihan yang tidak juga dipaksa, tidak juga direla, namun itulah fitrah dan nafsu mereka, apabila nafsu bertindak lebih pantas daripada benak fikiran dan akal waras mulai bergelojak kalah dengan perasaan.

  "Darl, let's join me to dance!" We have to make our day well here darl, that's your promise and for the consequent, i'll give you the best surprise  you'll ever had in your life and that's my promise, i'll hold it tightly." Dengan senyum yang agak menggoda beliau lunturkan jiwa lusuh Fairuz yang semakin hangat dibara cinta yang hanya mempersenda dirinya yang dulunya seorang yang tahu hukum hakam. Hidup di kota mengubahkan sifat dan sikap serta tindak-tanduknya. Mudah sekali termakan dan terhasut kebijaksanaan godaan iblis nyata dan mnusia yang bertopengkan iblis. Wallahualam. 

  "I'll do everything for you, only for you, as long as you'll lock my heart just only for you, dear, even i left my hometown, my mom, my ika because of you dear, its all because of you! Because now i only have you! dalam mabuk beliau mengungkap itu, tanpa sadar keluar kata-kata yang menjengkelkan itu, tidak perasan dia tembelangnya sudah pecah dek akibat segelas arak membuatkannya dia bicara dalam kemabukan tanpa ada apa-apa lagi yang disorok, semuanya sudah terbongkar dan Sarah terkebil-kebil melihatnya, seolah orang bodoh pula, tidak tahu apa-apa dan memang berat untuk menerima kenyataan tersebut. Lain yang diharap, lain pula yang berlaku. Resah juga Sarah dan tertanya-tanya kembali, siapakah sebenarnya Fairuz ini? Pantas sahaja identiti diri yang begitu misteri, mahu sahaja Sarah menanyakannya soalan dengan lebih lanjut, namun, situasi yang sering menghalang itu daripada soalan dilemparkan bertubi-tubi. Tahu sahajal sifat berang Fairuz, namun hanya Sarah yang dapat mengawal sifatnya itu. Ingat lagi Sarah pada waktu ketika dibalingnya gelas fresh orange sewaktu mereka keluar makan tengahari bersama, hatinya menggelegak kepanasan hati akibat Sarah mendapat panggilan daripda bekas teman lelakinya. Bertengkar mereka di situ. Namun, Sarahlah yang memujuk dan merayunya kembali dan seperti biasa Fairuz jatuh sekali lagi dengan godaan Sarah. Sarah memang mahir dalam bab goda-menggoda ini.

  Dengan mood yang agak kesal, dan dalam kemurungan yang melanda diri secara tiba-tiba, laungan kata di dalam gema muzik seiring dengan kata-kata Fairuz dalam mengungkap kelanjutan kata. Terbuka lagi rahsia yang disimpannya selama dia bertapak di kota raya Kuala Lumpur ini. Majikan dan staff-staff serta kenalan rapatnya di Kuala Lumpur ini sekalipun tidak tahu akan hal peribadi dan jati dirinya sebagai anak desa yang tiada apa-apa, yang mengaku dia anak usahawan dan tokoh korporat yang jutawan. Sejak di IPTA lagi dia tidak pernah berbunyi mulut apabila disoal tentang asal usul dan keturunannya, malu detik hatinya mahu mengaku tinggal di pondok usang tanpa sekumit alat canggih yang ada di pondoknya itu, dan dilahirkan dari rahim seorang ibu yang tidak punya harta apa-apa hanya tanah dan pondok usang itu.  Ayahnya juga sudah meninggal dunia. Teganya dia menelantarkan seorang ibu yang sanggup bergadai tanah dan harta pusaka yang lain untuk membesarkan dan menghantarnya menuntut ilmu, malah wang yang dibelanjakannya banyak ke arah lain dan dihamburkan di sana sini, seakan anak orang kaya yang sedang berjoli menghabiskan harta semata-mata. Untung sahaja, dia memang asli bijak, pointer yang digarapnya di universiti boleh tahan juga nilainya, lulus dengan begitu cemerlang, keluar dengan status graduan yang berjaya dan kini, penuaiannya dalam meniti ilmu telah membuahkan hasil, tapi tidak juga menggarap kebahagiaan abadi seperti yang dijanjikan buat ibunya kira-kira 5 tahun yang lalu.


"Who's Ika? Mom? I have to find out what's actually happened around and who's Fairuz actually!" Sarah bermonolog gundah gulana, kelu seribu bahasa.


  Pagi sudah tiba waktunya, kurang lebih jam 4.30, hampir Subuh juga, BMW dipandu oleh sarah memandangkan kondisi Fairuz yang masih dalam mabuk berat. Dipandunya begitu laju, melebihi had laju, boleh mendatangkan maut. Begitulah keadaannya kalau sudah tension melanda diri. Fairuz dari tadi hanya terlelap dalam perjalanan menuju pulang ke rumah, Sarah pula asyik memikirkan kejadian yang terjadi tadi. Boleh tak keruan dibuatnya. Apabila fikiran serabut menguasai diri dan perasaan yang gundah terlebih-lebih bakal timbullah khayalan dan konsentrasi terhadap sesuatu kerja mulai merudum dan akhirnya....


"duuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!". Bunyinya kecoh suasana, ramai yang menjadi saksi kemalangan antara BMW dan juga Proton Saga, model kereta buatan tempatan. Kaca-kaca terburai halus, darah mengalir jernih, kusamnya suasana Subuh itu.

*Gambar hiasan semata-mata. FLM Bersama kakanda Puteri Anis dan juga adinda Puteri Arisha:)

  
  Selamat tiba menginjak nyata tanah air, Malaysia. Pesawat MAS memang tidak pernah kalah layanan dan perkhidmatannya. Memang selesa. Begitu juga dengan pramugara pramugarinya yang begitu tak jemu mata memandang, sungguh manis tak tergambarkan, apatah lagi senyum memang tak pernah lekang dari bibir. Melayan pelanggan untuk menarik hati dan minat terhadap syarikat penerbangan tersebut dengan begitu ramah mesra adalah tanggungjawab mereka. Satu keutamaan untuk memantapkan perkhidmatan mereka biar menjadi pilihan utama bukan sahaja pengguna tempatan, malahan biar menjadi pilihan pelancong luar memilih penerbangan MAS memandangkan persaingan begitu ketat di dalam syarikat penerbangan tambah murah yang ada di Malaysia ini. Jam menunjukkan hampir 5 petang waktu Malaysia, suasana tak lagi dingin kerana ini bukan Eropah yang mempunyai 4 musim, Malaysia negara yang beriklim panas dan hujan sesekali menerpa. Pada hari itu, suasana seakan menyambut riang para tetamu sekaligus pelancong dari luar negara dan juga anak-anak jati Malaysia sendiri. Cuaca begitu redup di luar, nak kata hujan tidak juga, tapi enaklah rasanya buat bermusafir.


  
  Balai ketibaan luar negara, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) begitu ramai dengan kancah manusia dan ragamnya masing-masing. Dengan suasana hiba menusuk diri yang tidak tertahan lagi, namun tetap Zack Brahm Yusoff mengendong juga bayi comel itu, putih sungguh. Qistina Berry Allen namanyaTidak ada lagi bunyi nama Melayu, memang begitu cara hidup mereka termasuk seluruh kaum keluarga Zack Brahm Yusoff. Sempat tertitis air matanya, mencurah-curah ke pipi, lalu perlahan diusap dan dipeluk erat bayi tersebut. Sayu hanya perasaan yang dapat melukis gambaran hati nurani, seorang nasib anak bayi itu. Anak berdarah kacukan German, Melayu dan Indonesia itu, memang begitu parasnya. Acuan dari ibu, bapa dan juga nenek serta datuknya. Sewaktu turun dari tetangga pesawat tadi pun beberapa kali beliau dicubit pipi, tanda geram dengan pipi gebu merah yang dimiliki oleh anak kecil itu. Ditanya pula siapakah ibunya, kenapa tidak ada berdampingan dengan Zack Yusoff? Kebetulan memang ada yang mencuit Zack dari belakang, Pramugara kacak yang merupakan teman sekuliahnya waktu di UITM Shah Alam waktu beliau berjuang demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang Law. Ayahnya sempat berleter panjang dan tidak setuju dengan jurusan pilihannya itu, namun, dia tetap meneruskan niat kerana itulah niatnya untuk menjadi seorang Peguam terkenal yang boleh menyelesaikan pelbagai jenis kasus sekaligus dapat mencegah segala kezaliman dalam tuduhan atau fitnah secara pro dan di court bar beliau akan berjuang demi menegakkan kata. Namun, fikirnya dan prinsipnya teguh dengan kata-kata masyhur para pujangga berkala, menuntutlah ilmu sampai ke negeri China, menuntutlah ilmu sampai ke liang lahad.  Anak Dato' Yusoff Brahm Ismail serta pasangannya Datin Julia Merry itu  kini bergelar seorang mahasiswa di University Of Sydney, Australia Menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan dan bakal mendapat ijazah PHD. Dua tahun lagi tamatlah pengajiaannya dan bakal menampuk tapak di Syarikat Mega Berhad, milik Dato' Yusoff Brahm Ismail, sebuah syarikat senibina yang dalam senarai antara yang terhebat wujud di Malaysia yang menempatkan jurutera-jurutera muda hebat. Banyak sudah yang berpuas hati dengan hasil kerja kreatif, menarik, kemas dan hasilnya memang gah membina banyak mercu tanda bangunan pencakar langit. Itulah harapan Dato' Yusoff terhadap anak lelaki tunggalnya itu, dapat menjalankan amanat dan menggantikan status dan tempat beliau memulakan tapak di syarikat tersebut yang memakan sejuta memori yang tak akan terpadam dek masa dan keadaan bagaimanapun. Memang Zack Brahm adalah satu-satunya yang paling layak bagi jawatan tertinggi itu di atas keunggulan peribadi, tarikan magnet personaliti yang mantap serta kebijaksanaan akal warasnya dalam memberi cetusan idea yang bernas serta dapat menyelesaikan solusi berat dengan bertindak menggunakan akal waras. Itulah kelebihannya ditambah pula dengan paras rupa yang begitu kacak dan bersih dilihat! Memang impian setiap gadis untuk memiliki ciri-ciri jejaka sedemikian rupa.




  Niat utama Zack Brahmn untuk pulang ke tanah air adalah demi menunaikan hajat yang telah lama terpendam, bertemu dengan adiknya yang telah lama dibuang status sebagai keluarga Dato' Yusoff Brahm dan Datin Julia Merry. Kenangan lama diungkap kembali, masih terpahat di lubuk hati dan kotak fikiran mulai terbayang akan hal tersebut. ingat lagi di saat Sarah hanan, satu-satunya adik kandung Zack Brahm Yusoff dan anak perempuan tunggal pasangan Dato Yussof Brahm dan Datin Julia Merry dihalau keluar dari bungalow mewah yang tersergam indah itu, kawasan perumahan elit di bandaraya Kuala Lumpur! Meronta-ronta anak itu meminta pertolongan teman dan juga kaum keluarganya yang terdekat, namun tiada jalan penyelesaian dan sampai suatu masa hidup beliau musnah di dalam jeritan batin yang meronta-ronta. Anak gadis dibiarkan bebas, padah jadinya.Bukan salah sesiapa, tidak usahlah bertunding jari saling memberontak. Fikir-fikirakan bagaimana dan apakah solusi bagi permasalahan, ini tidak, geger suasana rumah, bingit sampaikan mahu permusuhan di dalam kekeluargaan. Beliau hamil luar nikah! iIulah padahnya beliau dihalau kerana bagi Dato' Yusoff Brahm itu suatu perkara yang tidak boleh diterima dek akal dan bakal menjatuhkan maruah keluarga sekiranya Sarah Hanan terus berkeliaran keluar masuk bungalow gah tersebut dengan keadaan perut yang semakin membuncit! Anak haram yang bakal lahir itu tidak akan diterima masuk di dalam keluarga Dato' Yusoff Brahm termasuklah ibunya Sarah Hanan. Entah hasil hubungan Sarah dengan siapakah itu, almaklum sahaja, bukan seorang sahaja yang pernah melakukan hubungan sulit dengan Sarah, berpuluh-puluh jantan sial mungkin telah menodainya, dan sampai suatu saat beliau benar-benar teronta-ronta di pertengahan jalan, tiada seorangpun yang boleh ditumpang walhal ketika menginginkannya sejuta bunga bahasa yang diungkapkan mereka! Sarah memang salah total, salah dalam pergaulan, terlalu sosial gamaknya, salah dalam pertuturan, salah dalam tindak-tanduk, salah dalam tataetika, dan sekarang hukum alam sedang memeberi kesan kepada setiap keburukan yang dilakukannya di dunia ini. Beliau sendiri yang menyeksa diri dan mendorong ke arah yang tidak menentu. Beliau disorong dengan pelbagai kesalahan duniawi namun tidak pernah mengambil peluang untuk memohon keampunan sementara pintu taubat masih terbuka. Belum insaf lagi beliau!


  "Sarah, sanggup kau lemparkan arang ke muka daddy ya, apa yang daddy telah ajarkan kepada engkau selama ini? Tidak cukupkah didikan, amalan serta kasih sayang yang daddy dan mummy curahkan sehingga kau berani berbuat perkara-perkara keji di belakang kami? Dulu, teman-teman kami telah membicarakan keburukan tentang kau yang sering mereka ketemu berkepit dengan jantan itu, jantan ini, nah sekarang apa hasil kau dapat daripada perbuatan kau bersama jantan-jantan durjana itu? kau tahu, kau telah memalukan aku !!! Rosak perniagaanku kerana engkau! Dasar anak tak kenang budi! ku haramkan anak haram yang kau kandungkan itu beserta kau injak lagi rumah aku ini, nyah kau keluar, kerana ini tempat orang-orang suci, bukan tempat orang yang hina seperti engkau!, kau bukan keturunan kami!!!"kata-kata terakhir Dato' Yusoff Brahm yang masih terngiang-ngiang ngilu di cuping Zack Brahm, sampai ia berubah menjadi benar-benar bertukar warna kemerah-merahan tanda begitu sakit hati dengan ayahnya yang sanggup memulaukan dan menghina anak sendiri . Beliau yang masih tercungap-cungap mahu masuk ke perkarangan rumahnya, tiba-tiba terbayangkan zaman kanak-kanak beliau bersama Sarah hanan. Akrab sungguh mereka berdua, kakak adik yang selalu bermain di halaman rumahnya. Banyak sungguh kenangan rumah ini bersama Sarah Hanan, namun, itu semua musnah dibanjiri ombak badai kehidupan yang begitu menyakitkan untuk ditelan. Indah nian dipandang dari sudut halaman Taman bunga itu, makin bersih dari dahulu. Sarah yang dulunya sering memetik bunga lalu diletakkan bunga tersebut di tepi telinga, manis sekali dia dan bunga orkid akan menjadi bunga pilihannya. Sempat juga Mummy memarahi Sarah kerana terlalu banyak bunga yang dipetiknya untuk turut dipakaikan kepada patung barbie nya, sehinnga rosak pohon bunga tersebut dibuatnya.  kabetulan, bunga orkid itu memang bunga kesayangan Datin Julia Merry. Namun, kefahaman  Datin Julia Merry daklam meneliti dan mendidik anak perempuan,nya begitulah wataknya, sering suka berdandan. Memang pantas sejak kecil lagi, Sarah telah digilai ramai, apatah lagi keayuannya dan kemanjaannya terserlah apabila meningkat dewasa. Itulah daya tarikan Sarah sifatnya yang menggoda, lirikan matanya yang manja, rupa paras dan lenggok tubuhnya ibarat seperti model termasyhur. Acuan daripada Dato' Johari Brahm Yusoff yang asli berasal dari German dan memeluk Islam kemudian menikah Datin Julia Merry yang berketurunan Indonesia-Malaysia. Ditirunya seperti Filem Barbie yang ditontonnya. Dan pohon bunganya yang makin mengindahkan halaman. Pandai pula Qistina Berry Ellem menghadihakan sekuntum senyuman buat bibik yang bergegas keluar apabila sahaja bell dibunyikan. Terkejut, terpaku pembantu rumah, mak cik maimon gelarnya, seketika melihat sosok seorang yang begitu dia kenali rapat, anak majikannya yang memang baik hati. Sosok seorang tokoh masyarakat menggantikan Dato' Yusoff suatu hari nanti. Diapndangnya berkali-kali takutnya salah orang kerana hairan dengan perubahan Zack Brahm yang kini telah menggendoing bayi. 



  "Aih, takkan lah Tuan Zack kahwin dengan orang putih kot, tapi adakah mungkin itu anaknya? Memang mirip kacukan. Ah, tapi tak mungkin, tak mungkin, aku tahu benar sifat dan sikap Zack, tak mungkin beliau pilih kalau bukan menantu pilihan Dato' Yusoff, Maria. Takkan lah Tuan Zack berani melawan, tak pasal-pasal nasib beliau bakalan jadi sama dengan Si Sarah tu. Kesian betul anak-anak Dato' Yusoff, hidup mewah namun tekanan perasaan akibat desakan di bawah prinsip dan tekannnya bapanya."Detik hati Mak Cik Maimon yang memang benar-benar kasihan dengan nasib anak-anak Dato' Yusoff dalam arah ingin membuka pintu pagar ke anak majikannya itu. Mewah namun tidak mengecapi apa sebenarnya maksud dan kenikmatan kebahagiaan. Terkejut dengan kepulangan Tuan Zack Brahm. Ia lah, tidak ada khabar dari Datin Julia Merry ataupun Tuan Zack Brahm sendiri yang beliau mahu pulang. Itu yang agak mengejutkan Mak Cik Maimon. Apapun itu, dia tetap gembira dengan kepulangan Tuan Zack Brahm kerana semenjak Sarahh Hanan diusir keluar, beliau juga telah membawa hatinya yang lara dengan Maria yang sememangnya telah bersifat curang dengannya, namun tetap daddy nya ingin menjodohkannya dengan Maria. Zack Brahm memang seorang yang positif dalam mengambil sesuatu hal secara bijaksana. Oleh yang demikian, beliau memang berlandaskan hukum, yang mana, sekiranya kita seorang yang baik dan berlaku adil, pasti Tuhan akan membalas dengan kebaikan dan keadilan juga. Jodoh, ajal, maut serta takdir semuanya jalan cerita dan rahsia Tuhan yang tidak boleh kita ungkapkan. Apapun, beliau sentiasa menjurus kepada hal-hal kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Memang mulia hatinya.


  "Mummy, where's daddy? Qistina and me had came back. Oh my God, how i missed this home". Sambil memeluk erat-erat, dicium pipi ibunya rapat-rapat, rindu benar beliau sama Datin Julia Merry, yang masih awet muda walaupun sudah menjangkau usia angka 50-an, sentiasa mendapat rawatan lulur di Saloon Merine, tempat para-para Datin kaya berkumpul untuk mendapatkan facial treatment and massage lah katakan. Pantas sahaja hasilnya bagus, harga sekali rawatan juga boleh tahan lumayan. Ada duit semuanya jadi, yang berkedut saja, boleh tegangkan kembali semua keddutan di raut wajah, yang gendut boleh berubah menjadi kurus. Teknologi serba canggih sekarang, tidak ada apa yang perlu dihairankan. Namun, apa yang menyedihkan hati Datin Julia Merry adalah teman-teman dekatnya sering menyindir akan pepecahan yang berlaku di dalam keluarga beliau itu. Ada yang sanggup meninggalkan beliau dan tidak mahu berteman dengan beliau gara-gara hal yang berlaku terhadap Sarah Hanan. memang sudah kecoh hal terbabit. Impaknya terhadap syarikat Dato' Yusoff juga. Hampir bankrup dibuatnya. Apa tidaknya, orang ramai mulai tidak menaruh kepercayaan terhadap beliau kerana bagi mereka, seseorang tokoh itu harus menjaga kualiti dan keunggulan diri serta keluarganya juga harus mencontohkan sesuatu yang bisa membanggakan masyarakat bukan ibarat membaling tahi menghina nusa dan bangsa melalui sifat dan sikap yang sangat kontra dengan agama yang dianuti iaitu ISLAM. Hati mana tak naik berang, itu sebabnya, beliau menghalau sraah Hanan yang sudah melampaui batas liarnya, bukan tidak didik namun, mungkin ada kekurangan dalam permerhatian anak-anak. Mungkin, masing-masing sibuk dengan harta, urusan duni semata-mata sehingga si anak tidak dapat mengungkap atau meluah setiap permasalahan yang melanda di dalam hidup. Ke mana lagi arah tuju seseorang anak kalau bukan terhadap ibu bapa? Ke mana harus dapat menagih kasih sayang kalau bukan terhadap keluarganya? Ke mana lagi harus mengadu nasib, meluah isi hati, kalau bukan terhadap orang-orang disayanginya? Sarah Hanan, seorang wanita yang bersifat keras, walaupun manja dalam godaan. Kerasnya itulah yang membuahkan  impak negatif terhadap aura dalaman dalam dirinya yang sehingga memusnahkan dirinya sendiri yang asalnya memang beliau baik hati. Tekanan perasaan mungkin.


"Zack!!! Kamu sampai bila nak? Mummy rindu kamu. Kenapa kamu buat Mummy macamni? Langsung tak tinggal khabar. Mak risaukan kamu di sana, nak. Kamu sihat? Namun, siapa budak ni? Astaghfirullah Zack, kamu kahwin tak bagitahu mak? Naik berang pula daddy kau nanti, Zack, apa yang kau buat ini? Satu-satu masalah wujud dalam rumah ni, naik gila mummy jadinya." Serentak guruh di langit, petir sabung menyabung, Datin Julia Merry mengangkat bicara. Tiba-tiba sahaja awan berarak kelabu, mahu hujan barangkali. Tapi tadi siang, baik-baik sahaja cuacanya. Zack hanya yang tercegat kaku sambil memeluk erat, Qistina tanpa menjawab sepatahpun soalan yang ditanya oleh mummynya. Otaknya sudah capek untuk memikirkan segala masalah yang mencelarukan fikirannya. Adakah perlu beliau menjelaskan semuanya hari itu juga? mungkin cara itu sahaja bisa mendamaikan hatinya yang sudah lama tidak ada erti kemerdekaan. sentiasa dipenjara rasa bersalah yang kian merudum jiwa. Namun, badannya sahaja masih lemah, antibodinya tidak kuat, jauh destinasinya tadi tambah lagi dikendongnya QIstina terus, berlagak seperti seorang bapa mithali sebentar. Ditambah pula dengan keadaannya yang masih terbayang takut akan tindakan daddy nya yang boleh sahaja mengambil tindakan negatif terhadap dirinya. Bukan kerana takut akan kehilangan harta dan pangkat, namun takut akan nasib Qistina sekiranya mereka masih ego untuk menerima Qistina. Beliau kaku untuk mengagak apakah tindakan daddy nya nanti bakal positif atau negatif.


  Zack bertatap mata buat kali pertamanya dengan daddy nya apabila turun makan malam di ruang makan dan malam itu dipenuhi dengan pelbagai cerita, pelajaran dan kehidupannya di Australia. tidak bercerita banyak,  tidak pula diungkap cerita Qistina. Daddy nya masih belum melihat keberadaan Qistina di rumahnya itu. Setelah Dato' Yusoff pulang Maghrib tadi, Qistina sudah tidur, ditidurkan oleh Mak Cik Maimom. Baik sungguh anak itu, tidak ada peer sama sekali. Pantas sahaja Zack begitu betah untuk menjaga anak yang comel itu.





*Gambar hiasan semata-mata. Kecantikan luaran tidak akan pernah lengkap sekiranya dalaman yang dihasilkan adalah berunsur aura negatif, makanya haruslah kita seimbangkan unsur-unsur aura positif ke dalam setiap ruang dan sudut dalaman cocok dengan sudut luaran:)


  Angin melambai sepi, Lela Zalikha berdiam diri, mengenang, sentiasa mengenang nasib yang melanda diri. Di petak sawah dia berada kini, tidak jauh dari pondok Mak Yah. Sambil memerhati burung berwarna-warni, burung apakah itu, pandai pula mengucap salam, membuatkan Lela tersenyum rapi, hilang pula segala moody sebentar tadi. Manusia memang begitu, cepat sekali melupakan dan terkenangkan. Berkelumut dalam masalah bukan sesekali jalan untuk kecap kenikmati hidup, namun, solusi hebat sekiranya kita tidak lari dari masalah dan tempuhi segalanya dengan liku cabaran yang dapat mengekalkan jiwa hebat selain tawakal terhadap kenyataan itu. Lela memang gadis lembut. Gadis kampung yang sesuai untuk dijadikan isteri, sudah pandai memasak, baik hati pula dan pintar pula. Namun, nasibnya sahaja yang tidak menoleh terhadapnya, padahal dia memang layak untuk menyambung pelajaran ke universiti. Keadaan dan masalah ekonomi melanda, membantutkan niat murninya untuk menuntut ilmu. Ah, kini dia tetap juga boleh mengajar anak-anak kampung yang memerlukan bantuan dalam pelajaran, tidak kira pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah. "Cikgu" tidak ada certificate pun tidak apalah, sekurang-kurangnya dapat juga dia menunaikan hajat untuk menjadi seorang yang menyebarkan ilmu, seorang guru dan seorang ustazah. Pengetahuan agamanya memang luar biasa. Layaknya beliau untuk menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir sebenarnya. Dicurahklan segala ilmu di dada tanpa bosan dan jemu, walaupun diri serba kekurangan namun niat yang paling penting. Niat murni akan dibalas dengan balasan murni jua.

"Lela, apa yang kau renungkan tu, senyum seorang diri pulak, fikirkan Fairuz ye?" Mak Yah masih berharap, Fairuz dan Lela berjodohan satu sama lain.

"Tak ada apa-apalah Mak Yah, Lela tengok burung tu hah, lucu pula dia pandai bagi salam, suara sebiji macam manusia tau. Mak Yah, panas kan cuaca hari ini? Nanti balik rumah, Lela boleh buat teh manis dan gorengkan pisang. Pisang kan bertandan-tandan di belakang rumah tu, sayang pula kalau tak ambil inisiatif untuk buat makanan. Membazir kalau buruk begitu je. Nanti petang kita boleh santai sambil minum-minum petang, nanti Lela ajak mak datang sekali, boleh kan Mak Yah?" Lela lembut bicara, emmang sosok seorang gadis Melayu, pelbagai adat dan sopan santun sekali. Ideal para lelaki untuk memilih calon isteri yang serupa dengan sikap Lela atau digelar juga sebagai ika dalam kaum keluarganya.

"Bagus juga tu Lela, Mak Yah dah lama nak borak-borak kosong dengan mak kau. Rindu pula dengan celotehnya." Jawab Mak Yah dengan seyuman yang manis walaupun sudah tua. Macam tak kenal pula, Mak Yah memang glamour, diminati ramai di zaman mudanya dulu. Kenangan lama yang kadangkala membuatkan fikiran kita melayang sambil ketawa berdekah-dekah. sungguh lucu dengan cara ayahnya si Fairuz itu memikat hati Mak Yah. Tiap malam, pasti diganggunya Mak Yah, baling batu ke tingkap lantas bicaralah mereka berhadapan muka di melalui jendela itu, direnungnya bulan dan bintang seiringan adanya. Nasib baik sahaja tidak tertangkap dengan orang tua mereka. Lucu lagi, apabila ada sahaja posmen-posmen yang diwakili anak-anak kampung nakal untuk menghantar surat yang dikirimkan dari Arwah Pak Leman kepada Mak Yah, hanya dengan mengupah mereka sekitar 2 sen sahaja. Tiada makna sudah sekarang, nilai 2 sen itu, tiada apa-apanya. Cara orang-orang lama memang begitu.

Lamunan Mak Yah terhenti apabila disampuk dan dicuit bahunya oleh Lela yang tiba-tiba membuatkan Mak Yah menyebut "Oh ye, katak puru bawah kerusi, aku nak makan nasi,haish. Lela, kamu ni!" Latah Mak Yah sungguh lucu membuatkan pecah perut Lela ketawa, seiring berjalan mereka pulang. Sepanjang jalan pelbagai gelak senda canda mereka bualkan. Teruja, kalah ibu dan anak bahagia mereka bersama. Sehati sejiwa sudah.


"Mak Yah teringatkan pakwe lama ye? Ala, siapa Mak Yah selain Pak Leman tu yang minatkan Mak Yah? Mak Yah ceritalah, lela teringin nak tahu. Mak tak bagitahu pun Lela, sejarah lampau mak Yah. dia dan kampung ini walaupun Mak Yah dan mak kawan baik. Mak Yah kan cantik, nanti kita kita makan nasi sambil tengok katak puru bawah kerusi ye." Gelak Lela mentertawakan latah Mak Yah. Merah padam muka Mak Yah ditanya  sejarah silamnya dan diejek  tentang latahnya begitu, namun tak terkesan di hati pun, memang mereka saling bergurau, barulah hidup suasana. Diselangi dengan bunyi kerbau di padang terbentang luas itu, biasanya petang-petang anak-anak kampung akan mula bermai bola sepak di lapangan ini. Hijau suasana, main bola pun selesa, bersih. Biasakan mereka akan bergotong-royong untuk membersihkan padang tersebut pada setiap hujung bulan. Pantas sahaja, kampung itu menang anugerah kampung paling bersih dari seluruh JKKK di sekitar daerah Kota Melaka itu. Di samping amalan hidup yang sentiasa bersatu padu dan saling mengharapkan satu sama lain, penduduk kampung ini saling cakna akan tanggungjawab masing-masing sehingga terserlah keunikannya tersendiri. Hidup ibarat aur dan tebing menjadi prinsip keutuhan di dalam keharmonian hiduo di kampung.


"Eh Lela ni, pelik sungguh, takkan Mak Yah nak masuk bakul angkat sendiri kot?" dekahnya hinggap sampai ke telinga orang-orang kampung yang turut berjalan kaki. Tak Tahulah mereka menuju ke arah mana.


  Suara anak-anak kecil riang berlari pulang dari sekolah rendah berhampiran, tidak sabar untuk pulang ke rumah dan untuk makan gamaknya membuatkan  Lela tertoleh ke arah mereka. Ralik sekali mengatur langkah pulang. Menghadap ke hadapan di rumahnya ada orang.... Orang asing, tidak pernah nampak kelibatnya sebelum ini. Kacak. Ramai juga dara-dara kampung yang mengintai keberadaannya. Biasalah darah muda, sentiasa senang untuk melihat sesuatu yang kacak, cantik rupa, enak dilihat, tak jemu dipandang. Namun, masih tertanya-tanya siapakah gerangan itu.




*Gambar hiasan semata-mata. Ukuran kecerdikan seseorang bukan seperti mengukur panjangnya tali dan panjangnya rambut, namun ukurlah kepintaran melalui kepanjangan akal dalam berfikir dan membuat sebarang hipotesis berdasarkan kejadian alam.



  Adakah ini suratan bagi Fairuz dan Sarah? Bagaimana kelanjutan cinta mereka? Kini takdir telah menyelamatkan mereka daripada nasib buruk melanda iaitu maut jalanraya yang seharusnya mereka meninggal di tempat kejadian itu juga namun suatu keajaiban Tuhan telah membantu menyelamatkan mereka. Harus mereka syukuri dan membuka mata tentang kekuasaan Tuhan Yang Maha Agong. Mereka kini dalam proses untuk pulih daripada cedera yang begitu teruk di bahagian kepala dan tulang rusuk. Fairuz pula patah sendi tangannya manakala Sarah, kepalanya terhantuk begitu kuat dek kerana terhantuk di stereng kereta yang begitu keras dan kemudiannya terhantuk lagi ke bahagian cermin gelap kereta. Untung sahaja tidak koma ataupun hilang daya ingatan secara total ataupun dipanggill juga sebagai amnesia.  Kalau tidak, pasti mereka sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Ego mereka tidak sudah-sudah, padahal pelbagai cara dan kejadian Tuhan telah utuskan untuk menyedarkan mereka. Namun, pintu taubat sentiasa terbuka buat umatnya termasuklah yang sudah berbuat seberapa murka pun terhadap-Nya. Begitu penyayang Tuhan kepada kita semua, begitu pemurah Tuhan melangsaikan kata maaf buat umat-Nya yang ingkar durja. Tidak usah ceritalah tentang kereta, seperti yang semua andaikan, memang, bahagian dan depan keretanya begitu kemek teruk, malah memang sudah buruk rupaya untuk dilihat, tidak ada lagi rupa mewahnya.


"Anakku, anakku, kembalilah pada ibu!" Ucapnya beberapa kali dengan mata terpejam rapi. Mengesot-ngesot badannya yang memang gaya tidurnya yang agak seperti cacing kepanasan pada malam itu. Mimpi buruk barangkali. Sarah menyebut perkataan "anakku" beberapa kali. Tanda apakah itu? Mimpi apakah yang dialaminya dan di amnakah anaknya kini? Wallahualam, beliau sendiri tidak tahu keadaan dan keberadaan bayi mungil yang dilahirkannya bulan 8 kemaren.  Waktu itu kali terakhir beliau menemukan abangnya, telah beliau amanatkan abangnya itu untuk menjaga Qistina. Anak haram itu, tidak mampu dijaganya sendiri dek usianya masih muda dan masih belum juga tamat belajar di IPTA. Belum lagi menggenggam segulung Ijazah. Sifatnya yang suka mensia-siakan waktu dan usialah yang menyebabkan beliau masih di tahun yang sama. Pointer juga tidak naik-naik membuatkan dia terpaksa menggoda lecturer untuk mendapat pointer yang boleh dibanggakan semua. Semua orang tahu anak emas pensyarah Biokimia itu, tak usah sebutlah namanya, takut mengaibkan pula. Perjanjian tak bersyarat tergantung begitu shaja. Kaku mendengar cerita adiknya, Zack Brahm lantas mengambil bayi yang masih berlumuran darah itu. Dibawanya pulang ke rumah Maria, dan semenjak itulah Maria pun mulai mencurigai tindak-tanduk Zack Brahm kerana tuduhnya beliau telah curang dan selingkuh di belakangnya dengan betina lain. Sial katanya Zack itu. Padahal, belum diterangkan lagi, pintu rumah dibentak kasar, bunyinya sampai ke pengetahuan jiran sebelah. Sampai sekarang walaupun bapa dan ibu masing-masing ingin menjodohkan mereka, namun hati dan pintu cinta mereka telah tutup kemas-kemas. walau hakikat bagaimana yang diungkapkan pun, Maria Jenn telah putus harapan dengan Zack Brahm padahal masing-masing tidak bersalah, cuma keadaan memaksa mereka untuk bertindak sedemikian rupa. Kejam rasanya kalau mereka tidak mengetahui akan kebenaran itu walhal pada mulanya memang mereka saling mencintai!



Tentang Sarah Hanan, beliau remaja liar yang sangat senang akan dunia luar, bergelumang dengan dosa itu perkara biasa bagi beliau, bebas mahu ke mana-mana seperti burung terbang, tidak mahu dikongkong apatah lagi bagaikan diikat lebar sayapnya, walhal, sayapnya begitu panjang untuk terbang jauh ke sudut angkasa. Katanya untuk mencari kebahagiaan hidup. Cinta bukan sahaja dideskripsi dalam lafaz dan aksi syahdu semata-mata, namun menofestasi cinta terbentang luas di dunia nyata dan alam halusinasi para penceritera drama, filem mahupun seni teater, terpengaruh manusia dengannya CINTA untuk mengecapi suatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mabuk cintakah dia? Butakah dia yang mencintainya itu adalah lelaki-lelaki yang buaya darat, buaya tembaga semua! Memang, sarah hanya persetankan itu semua, yang penting beliau puas untuk memainkan perasaan lelaki, namun akhirnya dirinya sendiri yang musnah. Tidak ada lagi jalan cerah buat beliau melainkan beliau sendiri mengambil inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik dan membaik. Filosopi hebat manapun tidak beliau hiraukan asalkan niat yang terdetik di hatinya terwujud nyata. 


"Jangan layang angan terlalu tinggi, gantung harapan di puncak tak menyembah bumi, kerna mendesak untuk daki, hati kau yang rugi. Layang bisa jatuh, tinggi bisa runtuh, hati bisa luntur. Mengapa perbuatkan diri kau sendiri seksa, padahal kau tidak bermakna untuk menuntut ia."


Detik hitam itu, antagonis memang suka bermain cerita kejam dalam episod duka. Berlaku sepantas kilat. Angin sumatera barat sahaja belum bertiup namun, angin kali ini memang nyata luar biasa kencangnya, di saat sarah Hanan dipersendakan status kewanitaannya. Maruah perempuannya telah dicabar hebat, punah begitu sahaja. Tak ada lagi mahkota hidup yang perlu dibanggai, semulus mana kulitnya pun, dia telah dinodai, bukan paksaan, namun relanya sendiri. Bodohnya dia menjadi perempuan sebegitu rupa tindak tidak berakal seolah cacat anggota waras yang tidak boleh disangkal walau hebat bagaimanapun cara jalanan dan percakapannya, walau segah manapun nama dan pangkat yang dikendong gelarnya. Di usia belasan tahun telah begitu dewasa perlakuan Sarah bukan dewasa kematangan, tapi dewasa dalam erti kata makin bodoh dalam bertindak kedewasaan. Remaja masa kini, itulah jadinya, lalai sesaat waktu terleka, rundum langsung prestasi dan kualiti serta mutu diri. Kecenderungan terhadap pengaruh sekeliling amat menebal untuk beliau ikuti. Tapi perlu ingat, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Fikir-fikirkan sejenak. Maruah tercalar bukan sahaja maruah diri malah maruah keluarga turut diabaikan. Sarah melahirkan anak luar nikah di usianya baru menginjak usia 19 tahun. Siapakah bapa kepada bayi itu? Bukan seorang jantan yang ditidurnya. Punah anak itu. Dibawa jantan ke hulu ke hilir, sudah dilarang oleh mummy serta daddy nya, namun tetap sahaja anak keras kepala itu mengamalkan tabiat keluar malam, minum serta sifat seakan bohsia. Tiada jalan untuk berubah. Namun, tidak pula bagi Zack Brahm Yusoff . Lain benar sikap dua beradik padahal bersaudara kandung, sama bapak dan emak. Memang, Dato' Yusoff tidak pernah memasang niat untuk memperduakan isterinya, Datin Julia Merry kerana itulah satu-satu wanita pujaannya sejak dari dulu lagi. Padahal banyak teman-teamnnya yang kaki perempuan, suka akan wanita muda, namun, Dato' Yusoff memang berhati baik dan tulus terhadap perhubungan walaupun anaknya, Sarah Hanan langsung tidak mencontohi sifatnya. Mungkin ada silapnya beliau dalam mendidik anak-anak. Nasi telah menjadi bubur, yang penting sekarang, jangan biarkan bubur tersebut basi. Begitulah situasi yang harus Sarah Hanan lalui. Perkara yang lepas harus ditinggalkan, dilipat dalam kamus memori rapat-rapat, yang penting, jangan biarkan memori itu lekat berkarat di dalam fikiran sehinggasejarah itu membuatkan dia berasa begitu hina sehingg amalu untuk merubah, difikarnya, jalan buatnya terus dan terus menggelap di celah-celah lorong terbabit. Dia ingin sekali untuk berubah, jauh di sudut hati memang ingin. Mengucap istighfar dia perlahan untuk melupakan detik kotor itu. Kini baru dia sedar. Kini keadaan telah mendesak beliau untuk insaf! Terbuka sudah di sudut dan ruang hatiny auntuk mengikut jalan yang benar. Tapi masih ada perasaan kerdil yang membuak-buak di atas kesilapaanya yang lalu, bukan dosa kecil, besar dosanya. Anak kecil itu harus segera dicari! Tidak boleh bertangguh lagi.


"Aku rindukan anak aku, Ya Allah, dosa aku selama ini telah menghukumku . Dosaku banyak yang Allah, tak terhitung. Padahal kau sentiasa memberikan aku limpahan rahmat dan kurniaan, namun tidak kusyukuri., malah ku terus gandakan dosa sehingga kau murka. Sentiasa ku abaikan segala perintahmu Ya Allah, aku insan yang hina, jijik, tak pantas rasanya diri ini untuk menadah tangan yang sudah tak suci, namun di jauh sudut hatiku, aku ingin dan sangat ingin mencapai ketengan abadi yang hakiki mengikut jalanmu ya Allah. Jalan gelap yang menjerumuskan aku ke lembah kehinaan itu telah menghancur segenap ruang zahir dan bathinku. Ya Allah, tolong aku." Resah gelisah tidak keruan hatinya untuk segera mencari anak yang telah dia rindui, baru dia rindui. Terketap bibirnya, matanya berkaca-kaca, tangisan syahdu jatuh ke pipi gebu. Dilapnya perlahan. Sebak mencengkam dada. Mengapa secebit rindu itu baru terasa kini? Walhal naluri seorang ibu seharusnya wujud di saat anak-anak itu keluar dari rahimnya lagi! Untung sahaja, perutnya tidak sebegitu membesar sewaktu mengandungkan zuriat pertamanya, jadi bisa lah dia melindung semua perlakuannya. Namun, ia sudah heboh di kalangan teman-teman rapatnya. Mereka juga tidak dapat menolong dia waktu dia benar-benar memerlukan pertolongan di saat dia diusir dari rumah dahulu. Ingat lagi dia, diwaktu berjalan keseorangan di jalan yang gelap itu, memang kawasan itu adalah kawasan oenagih dadah, dia hampir terjerat dalam serbuan polis. Untung sahaja dia tidak ditangkap kerana berjaya meloloskan diri dengan cara menyorok di dalam kotak berwarna coklat, besar. Badannya juga kecil, mudahlah untuk mengimbangi dirinya di dalam kotak tersebut. Sesegera itu dia menelefon abangnya, Zack Brahm Yusoff untuk memberi khabar yang keadaan ya sekarang sedang getir. dia mahu melahirkan, mungkin dalam beberapa puluh minit lagi!  perutnya sakit, bayi sedang menendang-nendang. Dia merasakan itu. Sakitnya bukan sakit bahagia seperti ibu hamil yang lain, sakitnya adalah sakit duka akibat kedurhakaannya terhadap Tuhan, berzina itu dosa besar. bayi itu, masih terbayang di benak fikiran kusutnya itu, sempat dipegangnya erat, namun, batinnya menolak anak itu, keji baginya menyentuh anak haram, walhal tidak dia sadar, anak itu tidak bersalah, yang salah adalah dia, dia. Anak itulah suci, tanpa secalit dosa dia dipersia-sia kan ibu yang begitu mementingkan duniawi. 




  Tanpa menoleh sedikitpun, bayi itu telah dibawa pergi cepat-cepat oleh abangnya. Dato'' Yusoff dan Datin Julia tidak mengetahui akan hal ini. Zack juga buntu. memandu dengan keadaan mengendong bayi yang masih lagi penuh darah. Kalau sahaja ada polis di hadapan, pasti dituduhnya macam-macam. jalan selamat adalah mengikuti laluan yang agak sunyi dan jauh dari pandangan orang. Untung, hari juga sudah lewat malam. Kereta dipandu memecut laju ke arah sebuah kampung. Kampung yang penuh dengan petak-petak sawah yang menghijau keemasan juga. Memnag sesuai benar dengan tanahnya untuk bertani. Pantas sahaja banyak petani di kampung ini, termasuk juga petani moden. Dunia sekarang sudah maju, teknologi semakin canggih, kerja petani sahaja boleh dibanggakan hasilnya berbanding dengan orang awal yang makan gaji. Hasilnya lumayan kalau kita rajin dan usaha terus ke arah kemajuan. Kerajaan juga telah membantu dalam banyak sudut hal. 


  "Mak Yah kena tolong saya, Mak Yah tolong bawa masuk bayi ini ke dalam rumah, nanti saya jelaskan", jelas Zack dengan nada cemas dan laju sekali percakapannya. Mak Yah dengan begitu gelabah, terus menjempunya masuk dan menggendong bayi itu dengan berhati-hati. masih ada darah walaupun banyak sudah yang terlekat di T-shirt merah berjenama POLO milik Zack itu. Lemah, tercungap-cungap dia berlari-lari anak ke dalam rumah, seperti baru menyudahkan sesuatu pekerjaan yang haram sahaja. namun itulah hakikatnya,untuk menyelamatkan adiknya, beliau sanggup bertarung nyawa di malam kejadian itu. Mana tidaknya, kalau terjadi apa-apa pada dia, memandu sambil menggendong bayi yang masih pejal. Boleh menyebabkan maut jalanraya sekiranya sesaat terleka. Itu adalah melanggar peraturan jalanraya apatah lagi beliau dalam kedaan serba kalut, takut, gundah dan serba tak kena di dalam hatinya. Jauh di sudut hati, jiwa kian mengerti akan susah-payah adiknya yang dari sehari mendapat akibat daripada perbuatannya sendiri. Karma sentiasa menghampiri di atas setiap perbuatan kita. Yang baik dari Tuhan, yang buruk dari perbuatan kita sendiri.


"Ya Allah, anak bayi ini. Anak siapa Tuan Zack? Cantik, tapi....." Kata-kata Mak Yah terhenti. Difikirnya mungkin itu anak yang dikahirkan Sarah namun mereka belum berkahwin. fikirnya memang gaya anak-anak orang kaya, tanpa nikah pun mereka boleh berbuat apa-apa sahaja yang mereka mahu, biasalah, wang penuh poket, perempuan mana tidak mahukan itu? Di benak fikirannya juga, tidak mungkin Zack bertindak sebegitu rupa kerana dia tahu benar akan sikap dan sifat zack yang tidak akan sewenang-wenangnya mempermainkan wanita. Dia bukan   jenis lelaki yang hidung belang. Mana tidaknya, Mak Yah telah menjadi pengasuh Zack Brahm  dan Sarah Hanan sejak mereka berdua kecil lagil. Fasih benar Mak Yah dengan sifat dua beradik itu. Perangai manja dan ego sarah memang asli dari dulu lagi sementara sifat baik hati Zack Brahm menyebabkan Mak Yah lebih akrab dengan Zack Brahm berbanding Sarah Hanan. Sarah Hanan sombong orangnya, megah dengan kedudukan, lain benar sifatnya kalau dibandingkan dengan abangnya, Zack.


  Seiring dengan bunyi kodok dan cengkerik di luar sana, dengan berselang hujan rintik-rintik lagi, Zack Brahm mengatur bicara. Halus suaranya, takut-takut bunyinya. Gentar akan situasi yang belum pernah dialaminya. Duduk dia langsung tanpa disuruh, mungkin kebingungan dengan apa yang dia lakukan. sampai berpeluh, menitis air dari dahi dan pipinya. Demi menyelamatkan keselamatan bayi dan adiknya, terpaksa itu semua terjadi. Lela Zalikha tunduk patuh dengan arahan Mak Yah yang meminta pertolongannya untuk  membawa bayi tersebut, dicuci badan bayi mulus itu, pusing juga dia dengan situasi sebegitu dengan fikiran melayang entah ke mana-mana. Tragedi apakah ini? Rupanya Mak Yah yang telah lama berbabdi untuk keluarga Dato' Yusoff Brahm namun tidak pula Fairuzz tahu siapakah majikan ibunya, almaklum, mungkin tidak mengambil berat kerana malu dengan status ibunya yang hanya seorang pembantu. Apakah kebetulan cinta Fairuz dengan sarah Hanan, anak majikan ibunya yang telah melakukan dosa besar, sudah melakukan ziana, ditambah pula dosa mensia-siakan bayi tersebut. 


  Keadaan reda sebentar dari gempar di dalam pondok usang Mak Yah yang bertamukan Zack Brahm pada malam hening itu. Sudah pagi, jam menunjukkan tepat 4.30 pagi. Zack masih khusyuk di atas sejadah, disuruh oleh Mak Yah itu menunaikan solat hajat, supaya ditenteramkan hati, tidak gundah gulana lagi. Pasti setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya, solusi juga berada di tangan kita. Habis doa dan niat ditadahkan, penampakan Lela Zalikha muncul di luar, mungkin beliau lalu di hadapan kamar yang digunakan Zack untuk solat. Jatuh cintakah beliau kepada anak gadiskampung itu? Baru pertama kali dia melihat anak gadis yang seayu itu. Maklum sahaja, menetap di luar negara sudah pastinya matanya tidak lekang dari melihat gadis barat yang berpakaian menjolok mata, sesekali shaja kelihatan pelajar Malaysia di sana yang bertudung litup, dan berpakaian sopan. Dia tertanya-tanya siapakah adan apakah gerangan Lela Zalikha berada di rumah Mak Yah. Perasaannya, waktu pertama kali ke rumah Mak Yah kira-kira 15 tahun dahulu, di saat dia masih anak-anak, tidak ada pula Mak Yah menyebut nama Lela Zalikha apatah lagi raut wajahnya, tidak pula dia nampak. Malah tidak pernah kenal dia sama anak Mak Yah walhal sering diucap berulang kali oleh Mak Yah berkenaan anaknya itu, namun, mungkin Tuhan belum mengizinkan untuk mereka bertemu. Cerita Tuhan tidak ada siapa yang mengetahui, bahkan menuntut ilmu di gua manapun tidak akan bisa melawan takdir Tuhan yang Maha Kuasa atas segala kejadian sesuatu,

Dia terkulai lemah di atas sejadah. Tertidur ia seharian capek mengurus kejadian yang tidak terduga dek akal waras manusia.

Gambar hiasan semata-mata. Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi, hanya untuk bersamanya ku mencintainya, sungguh mencintainya (dipetik daripada lagu CINTA TERLARANG-THE VIRGIN)




  Terpacak matahari, siang sudah waktunya cepat sekali tanpa menunggu kita malam berlabuh pergi. Matanya masih layu, kuyup dengan keresahan hati. Sarah Hanan memang begitu orangnya, jarang sekali boleh kita lihat dia bangun awal pagi dan melakukan sebarang aktivitas padanya haruslah siang hari kerana pagi adalah waktu tidurnya masih. Tapi tidak pada pagi itu. Terlalu awal ia bangun, lantas ke kamar kecil untuk berwudukkan air suci, dan menunaikan Solat Subuh? Apakah ini benar-benar satu keajaiban ataupun kepura-puraan penyesalan buat sementara? Bukan tidak percaya, namun ramai dan terlalu ramai zaman sekarang yang bertopengkan dengan pelbagai rupa dan cerita makhluk dewasa, apabila mendapat susah, sejadah dikucupnya, tasbih dan zikir menjadi hitungan, dan apabila senang, segalanya lupa. Jangan berburuk sangka dulu, kerana kita tidak sakti untuk  meneropong hati orang.


Sarah memang benar-benar berubah. Berubah bagaimana?


  Sifat, tingkah-lakunya, serta gerak geri dan watak perwatakannya banyak yang mencurigakan orang ramai bahawa benarkah ini adalah Sarah Hanan yang dikenali mereka sebagai Mahasiswa di sebuah universiit tempatan an belum lagi bergelar graduan ekonomi, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Tiada daya lagi untuk beliau membiayai kos pembelajaran semenjak dihalau keluar dan dibuang keluarga oleh Dato Yusoff Brahm. Kos sara hidupnya juga dia terpaksa ke kelab-kelab malam untuk menggoa seboleh mungkin jejaka-jejaka kacak dan tajir(kaya) semestinya, ah, dan yang tua juga dikebasnya, yang penting berduit. Pantas sahaja, dia bisa bermewah, tinggal di apartement yang hanaya mampu ditempati oleh oarang-orang kaya, bisa berbelanja setiap hari  di shopping complex, bisa makan semewah adanya, dan bisa segala-galanya menikmati syurga dunia yang tak berkelanjutan adanya. Baginya zaman sekarang, segala-galanya duit. Semenjak itu, Sarah Hanan yang bijak pandai, langsung idak punya minat ke arah untuk belajar, padahal dia baru berusia 19 tahun. Masih mentah.


  Namun, itu dulu, kini Sarah benar-benar lain. Tidak lagi ada jantan-jantan liar yang berkunjung tempat dia tinggal, tiada lagi kelihatan mobil-mobil mewah menjemputnya di rumah pada waktu malam, dan tiada lagi bunyi-bunyi lagu metal rock di dalam kamarnya. Tiada lagi itu semua. Apakah yang membuatkan dia begitu gigih untuk mengubah dirinya? Takan semudah itu dia dapat meninggalkan semua kemewahan yang telah dibiayai kekasih-kekasih gelapnya? Bukan sahaj sistem teknikal yang mempunyai ralat, namun, manusia juga. Cuma, untuk menyelamatkan darpada tersebarnya ralat-ralat tersebut ke seluruh kehiupan kita, haruslah bertindak dengan memeuhi cas-cas positif untuk mengimbangi alam yang sudah panas membakar dengan cas negatif manusia. Bertindak balas dengan itu, usaha ke arah kebaikan adalah peru untuk mendapat karma yang baik dalam kehidupan sehari-harian. Begitulah fikir seorang gadis yang telah rosak hidupnya, namun terus berusaha, membangkitkan diri. Baginya sekarang, tidak guna menangisi dengan air mata berdarah atas apa yang telah terjadi. Semua telah terlewat, zaman terus maju, waktu terus berdetik dari saat, ke minit sehinggalah, berjam, bertahun, berekad dan berabad. Hidup bukan muda selalu, pasti tua datang menjengah dan masihkah kita mahu anak cucu kita melihat dengan penuh jijik. 


Untaian Nota Ringkas
"Andai sahaja anak cucuku mengenaliku dengan kerjayaku tak kalah dengan seorang GRO, pastinya mereka memandangku dengan penuh jijik suatu hari nanti. Pastinya. Angan-anganku musnah pada detik aku menginjak menjadi seorang remaja liar. Pada waktu itu, mummy sangat gembira apabila mendapat khabar yang dia telah mengandungkan anak perempuan, iaitu aku. Aku lahir dan tumbuh dewasa menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Alhamdulillah, rupaku dipuja ramai, ilmuku disanjung orang, malah perwatakanku dipuji semua. Semua berbangga dengan aku, kadang-kadang lahir juga sifat riak di dalam diri. Siapa yang tak suka, kalau hari-hari makan puji. 

Zaman kanak-kanak
Aku menangis, bercucuran, bebola mataku berkaca, setiap kali mengenangkan zaman kanak-kanakku yang begitu bahagia. Terlalu bahagia. Tidak ada secalit dosa mungkin yang aku pertaruhkan pada waktu itu. Aku juga masih suci, bersih. Namun sekarang? Segalanya bermula apabila aku menginjak usia 16 tahun. Aku sedih untuk mengungkap kembali, namun aku harus. Supaya suatu hari sesiapa yang terjumpa akan nota ringkas ini, akan tahu perjalanan sebenar cerita duka lara sepanjang kehidupan aku yang berbekalkan detik-detik terakhir. Terakhir? Ya, terakhir. Aku disahkan positif HIV. Akibat seks rambang yang telah aku kerjakan beberapa tahun kebelakangan ini. Jangkitan daripada lelaki jalang dan tidak tahu menghargai wanita. Salah aku juga, terlampau mengikut hawa nafsu dan memang kerelaan aku sendiri pada waktu itu untuk berabdi kepada lelaki-lelaki hidung belang itu semua. Bukan seorang, malah ramai. 

Zaman Remaja
Aku memang cantik, tinggi, berkulit putih, seorang kacukan yang digilai ramai. Anak kepada jutawan dan hartawan terkenal, ibu bapaku memang berpengaruh di serata tempat. Namun, aku bodoh. Aku mempersia-siakan anugerah Allah ke jalan yang menjerumuskan aku ke jurang kehinaan duniawi dan hakiki. Di waktu belasan tahun, masa depanku, ku tatap jalan yang sangat gelap. Pada mulanya aku fikir untuk memuaskan nafsu sementara sahaja, untuk memenuhi kehidupan zaman remaja sepuas-puasnya dengan kegembiraan dan kesenangan yang luar biasa bersama teman-teman, untuk hidup terlalu up-to-date, mewah dan bergaya seperti orang lain dapat. Mummy serta dady juga tidak pernah memarahi aku untuk berteman dengan sesiapa sahaja, padaku mereka sudah cukup sporting. Aku menyalahgunakan kebaikan mereka untuk memuaskan diriku semata-mata. Aku sudah pandai berbohong kepada mereka. Ku katakan pada mereka, mahu belajar berkumpulan bersama teman-teman sekolah, hakikatnya aku dijemput oleh seorang lelaki yang baru baru kenali di majlis ulangtahun temanku, Bella. Bella memperkenalkan aku kepada Remy, seorang lelak yang sangat kacak, mempunya perwatakan yang sangat cukup untuk membuatkan beribu wanita tergila-gilakan dia. Termasuk aku. 17 tahun pada waktu itu. Aku keluar dengan Remy buat pertama kalinya setelah akhir kami bertemu di majlis ulangtahun itu. Dia melayan aku dengan begitu baik. Memang aku suka dia. Malah rasa suka itu, berputik, berbunga menjadi cinta. Adakah ini puppy love ataukah mungkin dia benar-benar ditakdirkan untuk aku? Aku tidaklah seserius itu, aku tahu masa depanku masih panjang dan telahku pasang niat untuk menyambung belajar di luar negara, biar aku tidak terlahkan oleh abangku, Zack Brahm. Dia hebat. Dan aku juga tidak kurang hebatnya. Berbalik kepada cerita Remy. Dia sah menjadi teman lelaki aku setelah aku mencapai keputusan SPM engan jayanya. Dia pun turut suka. Usianya sudah mencapai 24 tahun, hanya berpenidikan setakat SPM dan kerjanya? Aku pun tidak pernah tahu. Aku tidak kisah itu semua, yang penting buat masa itu, aku suka dia sampai suatu ketika aku terserempak dengan dia dan juga wanita lain, berpelukan erat berjalan seiring di dalam The Mines. Cantik perempuan itu, rambut bergelombang berwarna ultra gold, berkaca mata hitam, mengenakan t-shirt guess yang begitu mewah. Dan Remy, seperti biasalah dia sentiasa berpewatakan sangat berstail. Hakikatnya, kaki pengikis gads-gadis, anak kepada orang berpengaruh.

Kisah aku dan Remy
Aku seakan berdendam dengan dia. Remy lelaki jalang itu yang aku maksudkan. Aku marah, penuh dengan amarah di dalam diri, apatah lagi memandang mukanya, aku seakan mahu mengambil pisau dan menikam dia. Aku seakan tidak  akan memaafkan atas segala perbuatannya terhadapku. Dahulu, waktu ingin Baginya merusakkan anak dara orang itu adalah suatu yang biasa baginya, namun...Dia telah memusnahkan harga seorang gadis, iaitu aku. Pertama kali dalam hidup aku telah musnah dan tergadai harga diri di dalam genggaman tangan si durjana Remy. Pada waktu itu, aku diperangkap. Terkulai aku lemah akibat dibubuh serbuk yang buat aku pening secara tiba-tiba dan pengsan. Kami ke kelab malam pada waktu itu. Aku mulanya menolak, namun, gara-gara dipujuk rayu, aku tiada daya untuk melanjuti kata. Kaku. Benarlah kata orang, perempuan berhati lembut bak sutera, jarang sekali bertemu dengan yang ego rupa, dan prinsip ibarat batu. Tak makan dek puji, itu bukan aku. Aku terlalu naif untuk kuat. Aku tidak tega untuk menipu diri. Memang, air yang tenag jangan disangka tiada buaya. Aku mengaku, aku jujur, aku lemah, aku seorang sangat mudah terpedaya dengan kata-kata. Bodohnya aku. Tetapi mengapa dia tega mempermainkan kehormatan aku sebagai perempuan? Tidak ada naluri belaian kasih tulus ikhlas kah dia? Tidak pernah dia fikir akan seandainya ada lelaki yang cuba memperlakukan hal yang sama dia lakukan terhadap aku, bakal terjadi kepada adik perempuannya? Memang kita sama-sama buta, terlalu ikutkan nafsu. Namun, aku tidak mahu sebegitu, aku diperdaya, namun aku tetap salah kerana terlalu mudah mempercayai janji-janji manis seorang lelaki.


Keterlanjuran.
Kesan daripada detik hitam yang telah menjerumuskan aku ke lembah kehinaan bersama Remy aku terhanyut cinta yang tergantung tidak nyata. Memang, kami sudah putus hubungan. Keesokan harinya juga, aku yang tanpa sehelai benang pun di atas tubuh putih mulus, berteriak seorang diri, meminta pertolongan yang tak pasti apakah yang terjadi terhadapku. Namun, yang aku tahu, masa itu, kehidupanku hancur. Bagaimana kalau orang tuaku tahu akan hal ini semua? Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Itulah kata-kata terakhir aku kepada Remy. Memang aku sudah ternoda. Namun, bicara akhir, lantang dan pedas ayatku, membuatkan dia semakin membuak-buak untuk terus mempersendakan aku. Katanya aku perempuan bodoh. Sudah terbuka belangnya yang sememangnya kaki perempuan, Aku begitu rendah diri, menagis teresak-esak, memohon daripadanya agar dia tidak membuka mulut kepada orang lain atas apa yang berlaku, terutama orang tuaku. Aku tidak mahu mereka menanggung malu atas perbuatanku. Lantaklah tubuhku seperti kau meratap makanan jika kau mahu, itu yang ku katakan padanya. Tegas namun perlahan aku mengusap air mata sebak.

Alam Universiti
Universiti, aku seorang yang hebat. Namun kehebatanku tergendala dan rundum prestasiku ketika berduyun-duyun manusia bernama lelaki menjerumuskan aku ke tempat yang tidak selayaknya aku tempati. Kelab malam, sarang tempat berkumpulnya segala jin an syaitan dunia, dengan musik yang ala-alasi pemilik rambut kribo bertempat, dengan si miang keladi merayap jemari ke arah body dan bibir munggil merah wanita seksi yang bergelar GRO. Hampir setiap malam aku di situ. Melayan musik dan lelaki. Bosan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Aku memang goyah iman. Assingment yang bertimbun di meja belajar ku tidak hiraukan, yang penting aku puas, puas dengan segala aku miliki. Daripada pencapaian yang cemerlang dalam ujian dengan usaha aku yang tak seberapa, kemewahan harta benda, kasih sayang kedua orang tua, sehinggalah aku nikmati belaian daripada lelaki-lelaki kaya. Bagiku, aku sudah tiak bernilai. Alang-alang itu, aku merusakkan diriku sendiri, bukan diperaya lagi, namun, nawaitu aku sendiri. Betapa hatiku lusuh engan iman dan takwa. Aku diberi izin oleh orang tua untuk terbang bebas ke mana-mana, namun, aku persia-siakan ia. Pastinya semua orang kecewa dengan aku. Apatah lagi kedua orang tuaku. Aku tidak sanggup untuk bertatap muka dengan wajah jernih mereka. Aku tahu, mereka dapat menghidu bau perubahanku, gaya tingkah lakuku bukan seperti dulu, namun mereka belum bisa berkata apa-apa. Mungkin tunggu bukti.


Keluargaku haru dan Teman Sekuliahku Berkelakuan "Biru"
Haru haru haru. Hari-hari aku menghadapi haru. Tak di rumah pasti di kuliah, tak di tempat kuliah pasti kecohnya datang dari rumah. Aku naik haru jadinya. Gara-gara cemburu buta mummy terhadap daddy yang kemarinnya sedang rapat dengan seorang usahawan wanita berjaya telah membuatkan mummy berasa sangat dipinggirkan dan gejolak cemburu membuih panas jadinya. Mulalah pertengkarang secara sengaja. Aku panas telinga mendengar semua haki-maki, hinaan yang sangat tidak pantas untuk dilontarkan seorang tokoh seperti daddy. Mungkin gara-gara perempuan, beliau buta hati, buta mata, buta akal, buta fikiran waras, buta gerak minda. Sebenarnya sudah lama aku tahu, daddy memang ada wanita sulit yang telah lama disimpannya di sebuah apartment di Petaling Jaya. Memang kawasan elit, namun tiada satu orang pun yang dapat menghidu perhubungan mereka. Daddy memang bijak. Aku apat tahu pun melalui telefon bimbit daddy yang pada waktu itu berbunyi dan aku curi-curi baca tanpa sengaja. Sumpah tanpa sengaja. Kadang-kadang hatiku terdetik, kejadian yang berlaku ke atas diriku pada hari ini, mungkin balasan dan karma terhadap perbuatan daddy yang sangat tidak bermaruah. Tidak malukah dia dengan gelaran dan hormat kurniaan daripada orang-orang di luar sana? Atau mungkin beliau merasa beliau masih berstatus teruna? Kasihan. Dan mummy pula tidak habis-habis mengugut jika daddy tidak meninggalkan perempuan simpanannya itu, beliau tidak akan segan silu juga untuk mencari jantan-jantan yag boleh dia pelihara ibarat anak ikan. Dunia sudah tunggang terbalik, tidak mua, tidak tua, semuanya jahil. Buat mummy, buat daddy, sekiranya anda antara orang yang membaca surat ini, Sarah minta maaf darihujung rambut, sampai ke hujung kaki, tidak ada niat untuk Sarah menghina, mencaci.


Di tempat kuliah pula? Macam-macam dugaan. Seperti yang aku ceritakan di atas la. Memang lelaki yang dahagakan kasih sayang serta ghairahnya yang luar biasa pasti perlakuannya juga ke arah porno yang keterlaluan sehingga mengganggu mental dan fizikal aku. Aku memang tiak suka belajar. Dulu aku pintar namun sekarang semuanya musnah gara-gara lelaki. MUSNAH, jadi buat apa lagi aku menuntut ilmu segala? Dengan kusut fikiran masalah di rumah lagi, dengan teman-teman yang begitu tidak memahami diri sehinggalah terbentuknya aku yang liar. Semuanya akibat berteman. 

Ceritera aku dan Fairuz Hussin
Aku memang mahu mendekati dia, benar-benar ku teliti raut wajahnya. Bening, tenang sungguh melihatnya. Aku tahu, bersama yang lain, aku tidak pernah setenang jiwa sebegini rupa, pasti ada gunah di sebalik semua ini. Mahu saja ku bawa raga jiwa hanyutku membelai dia, namun, dia bukan yang macam-macam. Sifatnya istimewa, aku memang tergoda. Ah, memang aku begitu. Tidak boleh aku mentapa lama-lama lelaki kacak, pasti nafsuku membuak-buak, tanda suka yang teramat sangat. Tapi benar, dia benar-benar lain, itulah Fairuz Hussin yang aku kenali sebagai seniorku di universiti.  

Ada yang kata, aku terlalu hiperbola memujinya melambung-lambung ibarat belon terbang sehingga ke kayangan, tapi memang benar, ia begitu spesial bagiku. Sehingga dia tahu aku suka dia, dia mendekatiku dengan begitu sopan dan ramah. Kelihatan seperti anak kampungan, namun lain pula dikatanya. Dia bilang, dia anak usahawan kaya, ku tanya siapa bapaknya, mungkin aku kenal, al maklum, sekiranya seangkatan dengan bapakku, pastilah jutawan manapun aku kenal. Namun, dia membisu dan terus membisu tentang peribadinya dan keluarganya. Aku biarkan sahaja, mungkin dia tidak mahu bercerita lanjut tentang hal itu, mungkin kita baru kenal, sebab itulah masih dia simpan ketat-ketat ceritanya. Aku pun tidak berminat untuk tahu, yang pasti aku harus mendapatkannya walau bagaimana cara sekalipun. Inilah Sarah Hanan, watak penggoda itu aku. Aku suka  dan senang dengan gelaran "Ratu Penggoda" yang diberi oleh teman-teman universiti aku. Bangga pastinya, tak semua orang dapat gelaran dan status yang  begitu mahal bagi aku.


Hari-hari yang aku tempuhi bersamanya di kampus, begitu aku nikmati. Sungguh aku kecapi bahagia duniawi. Tidak seperti jantan lain yang hanya menggiurkan tubuhku semata-mata, namun, dia banyak menasihatiku ke arah kebaikan. Namun, prinsipku pada waktu itu, aku amat benci untuk disyarah, lantas ku pujuk rayu, belai kasih yang tak bermadu, dengannya ku tarik perlahan-lahan, untuk menikmati gaya hidupku. Dia runtuh iman, tumabang prinsip jantan maskulinnya, dia ikut aku, kadang-kadang kelihatan dayus, bengap ada juga. Dia menurut perintah aku, apa yang ku mahu dikasinya. Namun, kami belum sempat terlanjur, kerana bagaimana hinanya dia, dia amat sayangkan aku. Katanya, kalau menikmati tubuhku awal, awal, tidak ada maknanya malam pertama. Kasihan dia. Difikirnya aku masih suci. Hah, walaupun dia tahu, aku banyak teman lelaki, dia tidak kisah, yang penting aku miliknya. Dalam masa yang sama, memang aku seorang yang bukan menghargai kebaikan orang lain. Aku mengheret Fairuz ke pusat maksiat, kelab malam adalah sering. Dia senang untuk membuatku kelihatan turut senang walaupun dia tahu, hukumnya dosa. Tapi itu semua emi aku, dia lakukan, dia bantah dan potong segala prinsip hukum agama. Dia suka mabuk juga, sama macam aku. Kami nikmati hidup sepuasnya. Di saat itu, aku digilai ramai. Zaman remajaku memang punah. Kalau didengar orang memang malu, namun apakan dayaku. Nasi telah menjadi bubur. Pernah dulu aku terfikir, mengapa aku diciptakan untuk menjadi sebegini rupa?  mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, mungkin watak dan perwatakan aku mirip dengan ayah ibuku, paling-paling itu memang sifat nenek moyangku, pantas kata orang, baka itu penting. Namun, aku tidak mahu, anak aku menjurus kepada sifat aku yang hina. Aku tidak mahu itu berlaku.

Hubungan aku dengan Fairuz memang bahagia. Tidak seperti aku dengan yang lain. Namun, harus ibawa ke manakah hubungan ini. Aku hiup tak lama, dan dia normal adanya. Tidak adil untuk aku terus mempermainkan dia.!

Cerita Anak Haram, Aku Punah dan Dihalau Dari Rumah serta Tidak Dianggap Keturunan.
Aku punah dalam sekelip mata. Aku juga menghamili anak haram, tak tahu pula siapa bapaknya. Haram perbuatanku, kasihan anak suci yang tak bersalah itu. Pasti dia menanggung malu sekarang. Untung, Tuhan masih menolong aku walaupun aku telah banyak melakukan kemungkaran di dunia yang ditumpang oleh-Nya. Aku sangat bersyukur, sejurus aku melahirkan bayi tersebut dalam keadaan yang begitu mencemaskan, Tuhan masih menghantar orang untuk menyelamatkan aku. Memang, abangku, Zack Brahm lah yang telah menyelamatkan aku dan bayi itu. Namun, pada malam itu, aku hanya menyuruh abangku untuk membawa bayi tersebut bersama, namun tidak usahlah aku. Pada saat itu, aku hanya fikir untuk aku bunuh sahaja diriku sndiri, sekalian musnah sudah hidupku, tidak guna untuk aku terus menjalani hari-hari kusam bermodalkan dosa dan tipu helah manusia durjana. Apa lagi aku telah ihalau daddy. Mana mereka mahu letak muka sekiranya tahu akan hal ini? Sudah cukup mereka malu dengan omongan teman-teman mereka yang mengatakan aku "kaki jantan". sehinggakan mereka sanggup menghalau aku dari rumah dan tidak mahu mengaku lagi aku sebagai keturunan mereka.  Aku terima sahaja, dengan perasaan yang begitu hampa, memang benarlah, aku memang begitu, aku mengaku, semuanya salah aku. Aku hilaf dan terlalu mengikut hawa nafsu orang muda yang sedang berdarah panas. Sehingga detik ini, aku putus hubungan dan kontak dengan abangku menyekatkan kondisi dan peluang aku untuk bertemu dengan anak yang aku lahirkan itu. Aku ingin menjadi seorang ibu, terlalu ingin. Andai sahaja aku bisa memeluk erat dan membelai seorang anak bayi itu sekarang, oh betapa indahnya dunia kelamku ini. Di manakah kau berada sekarang , nak? Ibu rindu padamu. Aku tidak sempat mencium pipi gebu bayi itu, pada malam itu, bayiku masih berlumuran arah dan terus dibawa oleh abang Zack Brahm, tidak tahulah pula aku tujuan mereka ke mana. Hanya tuhan yang tahu apakah perasaanku ketika itu. Sebak.


AKU POSITIF HIV
Aku positif HIV, ya. Jangkita penyakit yang membuatkan aku hidup hanya untuk seketika, dan menderita pelbagai kerosakan anggota badan. Mungkin hidupku hanya beberapa detik lagi tinggal. Memang sial penyakit ini. Aku benci. Mujur, penularan ini tidak berlaku kepada anakku. Aku pasti tidak berlaku pada bayi itu, kerana aku mengalaminya setelah aku melahirkannya. Seandainya penularan berlaku terhadap bayi itu, aku tidak akan memaafkan diri aku sendiri. Tidak akan pernah!!! Sial, dari darah jantan manakah aku bisa tertular penyakit ini? Ah, gara-gara seks rambang, inilah padahnya. Bodoh, aku memang bodoh. Sisa hidupku ini akan ku abdikan buat anakku, insyallah apabila kami bertemu nanti, akan ku peliharanya dengan semangat belaian penuh kasih sayang seorang ibu. Aku yakin, anak itu pasti selamat dan sangat dahagakan belaian ibu kandungnya. Hidupku memang tak lama, aku harus hadapinya nyata. Aku bertaubat nasuha, berazam dengan benar-benar, aku tidak mahu lagi sengsara dengan dunia gelap. Aku mahu rampas semula cahaya kebahagiaan abadi yang pernah tercipta."

Yang sangat mencintai kalian keluargaku,
Sarah Hanan Yusoff Brahm.

Gambar hiasan semata-mata. Kalau kita bicara mengenai bulan dan bintang, mengapakah mereka bercahaya? Apakah yang ada di dalamnya adalah sinar? Tapi mereka bukan memeri bahang seperti sang mentari, namun, mereka memberi keadamaian yang abadi.  Kalau kita bicara tentang seseorang bercahaya, pasti lantas kita tahu, mereka itulah sebenar-benarnya manusia pilihan Tuhan.


  Memendam rasa rindu memang pahit, tetapi pengalaman yang sepahit hempedu itulah yang membuatkan ia larut dan hanyut dalam kasih, sayang dan saling merindui sebagaimana lumrahnya pasangan yang tercipta untuk hidup bersama. Ada yang kekal abadi sehingga ke titik terakhir kehidupan, namun, ada yang gagal membina mahligai teratak bahagia kehidupan, mungkin tiada jodoh di antara mereka ataupun mungkin kesefahaman, toleransi dan bermotivasi adalah penting dalam membina hubungan keluarga yang utuh,  sakinah, mawaddah, dan warohmah adanya. Kalimat terukir pada awal perhubungan pada kebiasaannya manis-manis belaka, janji, bicara, omong kosong tiada makna itu adalah normal. Yang tua sahaja sering kali dipersenda, apatah lagi, anak muda yang masih mentah akan hal dunia, mencuba sehingga terpesong dusta kepada hukum cakerawala.


Sarah Hanan diketahui meninggal dunia. Terkejut seluruh semesta, sampaikan guruh berdentum, hujan dengan lebatnya mengiringi jenazah seorang sosok gadis yang muda yang telah melakukan banyak dosa. Semoga sahaja Tuhan menerima segala amal kebaikannya dalam hidup sepanjang jasad dikandung bada. Doda dan taubat. Siapa kita untuk menghukum orang? cukuplah. Sarah Hanan banyak menderita, walaupun memang salah dia, namun tak perlulah kita mulut tempayan membuka aib orang, nanti kita sendiri tercucuk batang hidung, Ingatlah, kita juga punya anak da bakal punya anak. Jaga peribadimu, jaga isi rumahmu, jaga seluruh kaum kerabatmu, sepantasnya kita tidak layak untuk mencaci hina orang, malah ambillah iktibar dari semua itu. Sarah Hanan mati terus-terusan  arwah dikutuk orang sekeliling terutama dari kalangan teman-teman ibu ayahnya, walaupun pada akhir hayat hidupnya telah banyak dia melakukan amal. Dia mati dalam hina juga, dengan kudis daripada kesan penyakit HIV di seluruh anggota badan. Orang pandang jijik. Kasihan dia.


Ibunya? Berteriak tangis tak guna. Ayahnya? Masih dengan ego sendiri. Namun, pilu terasa bagi Mak Yah dan juga Zack Brahm. Mereka begitu rapat sehingga rahsia sekumat apapun pasti abangnya tahu. Namun, tidak semua. Zack sempat kaget dan terkaku tanpa berkata apa-apa apabila membaca nota terakhir dari adik kesayangannya itu. Terkejut pastinya. Tidak tahu dia, sebebas itu arwah adiknya bersosial. Kalau tidak, sudah pasti diheret adiknya itu untuk kembali bersujud dan juga mengikuti jalan yang benar, bukan gaya hidup bebas seperti orang barat. Malah, mungkin kelakuan Sarah Hanan waktu hidup lebih hebat dari kehidupan dari ufuk barat. Sesalan seribu teriak meraung sekuat letusan gunung berapi apapun, tiada gunanya lagi. Nota itu, tertitis air mata seorang ibu. Ibunya, Datin Julia Merry setahun berkelakuan ibarat orang hilang peoman, kurang waras jadinya, Tekanan perasaan efek meningganya Sarah Hanan yang tercinta an kelakuan suaminya tidak ubah seperti anjing kurap yang tidak mengenang jasa dan tidak menghargai seorang isteri. Padahal, Datin Julia Merry sudah cukup baik orangnya, cantik lagi. Apa lagi yang Dato' Yusoff mahukan? Wanita muda yang hanya materialistik menghamburkan wang nya ke sana sini? Itukah yang mahu dibawa hidup sampai ke tua? Sanggupkah wanita muda yang nampak giur luarnya, namun muntah peribadinya untuk menjaga dan merawat sosok seorang tokoh yang sudah tua? Kaya mungkin memang kaya, semua boleh dijadikan lakonan dunia. Yang baik boleh jadi jahat, yang jahat boleh jai baik, gara-gara duit!


 Faruz Hussin, sangat marah dengan keadaan yang berlaku. Dia fikir semua orang memperbodohkan dia, gara-gara dia baru tahu yang ibunya berabdi diri terhadap Dato' Yusoff Brahm dan keluarga. Malu dan rasa terhina dengan penipuan besar ini. Hakikatnya tiada siapa yang menipu, malah dia sendri. Waktu mahu dikenalkan kepada majikan ibunya, dia tidak mahu, mungkin mahu sorokkan identiti dirinya, ya lah, mana tahu nanti tembelangnya yang sering menipu sebagai anak orang kaya itu, pecah. Dia marah sama ibunya. Memang cinta sejatinya adalah Lela Zalikha, tapi hatinya menolak penafian itu, malah ia menjadi CINTA TERPURUK SENDU SENJA. Dia cemburu, Lela Zalikha tidak lagi menjadi miliknya, malah dia juga telah kehilangan Sarah Hanan. Mirip, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Lela Zalikha berjodoh dengan Zack Brahm Dato' Yusoff akhirnya. Lela Zalikha menerima suntingan Zack dengan begitu gembira, kerana dia juga punya rasa semenjak pertama kali bertatap mata dengan Zack. Perkahwinan mereka direstui kedua-dua belah pihak. Melodi hidup yang berlagu riang mendamaikan ikatan sebuah perkahwinan berlandaskan syariat dan rasa kasih sayang. Niat Mereka mengabadikan nama Sarah Hanan buat anak bakal anak mereka nanti dan dibawa Mak Yah untuk tinggal terus bersama-sama keluarga mereka. Bahagianya orang tua itu kehilangan zuriat sendiri, dihantar pula anak oleh Tuhan, untuk terus menjaga dan merawatnya di hari tua, Alhamdulillah, dia sangat-sangat bersyukr, di hari tuanya, ada juga tempat dan ruang untuk dia mengadu nasib dan juga bertumpangkan kasih dan teduh. Semoga sahaja roh arwah Sarah Hanan, ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman dan semoga sahaja Tuhan menerima dan membuka pintu taubat buatnya serta rohnya dicucuri rahmat buat selama-lamanya.




  Menyesal seribu kepalang, menghina diri tak keruan, jatuh ke tanah, tersembam diri dengan sujud tak bertongkat langit jatuh ke bumi, insafi atas kejahilan dan kebodohan tak berguna untuk disesali. Fairuz Hussin, lemah dalam mengambil sebarang solusi tepat, mungkin terlalu mengikut nafsu. Dia membawa diri yang lara, setelah kecewa dengan ibu dan kekasih hatinya, tanpa di berpikir dua kali, langsung terbang ke Amerika Syarikat untuk terus bermastautin dan mencari pengalaman serta peluang pekerjaan di sana. Apakah cabaran dan liku hidup yang bakal ditempuhi Fairuz setelah dia berada di sana? Apakah dia terus menjadi mangsa kepada wanita-wanita jalang bahkan dengan kehidupan yang lebih terbentang luas ke arah kemajuan dan modenisasi yang terlampau yang mewujudkan antara pro dan kontra ke arah kebaikan? Ataupun mungkin hatinya terubat dan kembali kepada orang tua yang dia maki hina selama ini?






P/s: Buat sekalian pembaca cerpen dari hasil tangan asli FIFIEY LYCHEE MARATION, maaf buat anda semua tertunggu-tunggu dengan episod ceritera sambungan daripada TERPURUK SENDU SENJA. Saya dengan kesempatan ini, merakamkan jutaan terima kasih kapada semua pembaca sekalian.Sebarang kekurangan dari segi tatabahasa, harap dimaafkan. Semoga bertemu lagi dengan anda semua dalam hasil penulisan seterusnya. Salam Hormat, Terima Kasih.






Salam Bahasa,




12 comments:

Jemari Seni said...

Gud job, Keep it up... need more Part 3 pls :-)

MELAH said...

panjang sgt. tak sempat nak baca.

aibaks said...

wa.. makin maju nampak.. hehe

apezs shah said...

wah menariknya dan panjang.. need lagi :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@jemari seni:
tengkiyuu sis for keep reading it.. stay tune until the next part coming ya... btw, kena tengok target juga, klu tak laku takkan disambung dan kena tukar skill penulisan.. kuikuii:DD

@melah:
haha, panjang ye?? tu laah, actually pjg lg, then fifiey potong sbb tak muat space, blog tak boleh pjg2.. hehe..sempat2kan baca ye..hehe

@mr.aibaks:
maju ke?? sikit je laah:D

@encik apezs shah:
need more? wahhh, tengok market di blog dlu, klu laku akan disambung lg:)

Hanida Lavida Moss said...

wow. :)

Sesumpah said...

wooowww
ni boleh buat novel nih!

Fakhrur Razi berkata said...

wahhh
hebat2
mcm baca cerita realiti org je owh o.O

E.d.Y said...

sngt2 berbakat

Nurzy said...

nice fi! semoga bakatmu akan berterusan..isi cerita yg menarik utk menyedarkan anak2 muda sekarang

luv:
kak nurzy

Nurulbadiah Lai said...

syg
well done..
u got talent dear..
love u:)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis hanida:
thank you sis :)

@sesumpah: insyallah. thanks for the comment dear:DD

@fakhrur razi: ouhh ye kee? haha. whatever it is, doakan biar jd novelist tersohor.. hahahahha..realitii?? mungkin imaginasii lebihh laa.. haha

@bro edy:
thanks bro!!

@sis nurzy:
alalallala.. macam tak kenal fifiey plak.. fifiey gituu lhoo.. kuikuii.. tq sis...

@sis nurul:
hye sis.. wohaaa... really? thankss.

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails