Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, November 27, 2010

BECA BUKAN BECAK. BECA ITU TRADISI. I LOVE YOU FULL!


CORETAN JARI FIFIEY LYCHEE MARATION


Apabila hujan renyai-renyai membasahi bumi, tapi suara katak dan juga sebarang binatang kecil lain tidak pula kedengaran, dengan suara dari kaca televisyen dari ruang tamu dipenuhi dengan ahli keluarga yang lain, dan tamu dari ruang tamu berbeza yang datangnya dari Austria, menetap sudah 2 tahun di bumi Kelantan semata-mata untuk memenuhi impian belajar tentang adat dan budaya, silat salah satu darinya, teringat pula akan beca. Ya, saya seorang peminat dan sangat berminat untuk menaiki beca yang kian tidak dihargai fungsinya di zaman moden kini!


Beca. Hakikat dan nyata tentang beca bakal saya rungkaikan.....



Mencari nafkah untuk keluarga di kampung, bagaimanalah mereka mampu untuk menampung hidup sekiranya penghasilan sehari-hari tidak menentu

Apabila kita bicara tentang beca, ramai juga yang mencebih, katanya "tak cool la pakai cantik-cantik naik beca". Tapi apa salah beca. Ye, memang cool kan pakai mewah, naik kereta mewah, tapi tradisi tetap perlu dijaga. Kenapa beca makin dilupakan. Bagaimana di saat kejatuhan ekonomi negara, bagaimana kita di saat ranap segala harta benda junam, semua malapetaka di atas bumi, tak ada gunanya fungsi kemewahan lagi. Andai sahaja itu berlaku sekarang, bolehkah anda menjadi sosok seorang paranormal yang boleh mengubah takdir?  Dan pada masa itukah baru anda tahu untuk menghargai sesuatu yang dulunya anda hina. Ah, mungkin pada masa itu, anak gabenor yang kau puja juga kalah sama takdir dan salah pada wang ringgit semata-mata. Gila, masa itu baru kita menghargai semua yang kita hina selama ini bukan?


Beca oh beca, aku tidak pernah merendahkan kau, malah aku guna kau untuk keperluanku, walaupun sekali sekala. Aku menikmati semangat pejuang beca yang sanggup mengayuh berjam-jam. Mungkin itu penghasilan mereka untuk membiayai kehidupan sehari-hari yang sekarang ini semakin moden di arus pembangunan duniawi seiringan dengan semua hasil bumi, laut, udara semakin meningkat kosnya.


Sedih meruntum jiwa, dengar cerita duka seorang pengayuh beca. sanggup meminta-minta agar kita menggunakan khidmatnya, sekadar bayaran Rp 5 000 pun jadi. Padahal dihitung-hitung wang Malaysia, apalah sangat. Rm 2 pun tak sampai. namun, perlu diingat, di Indonesia bukan sahatu saja beca yang ada, saingannya banyak. jadi mahu tak mahu, harga yang rendah mereka tawarkan. Ada yang benar-benar ikhlas, dan ada juga yang mengambil kesempatan. Jadi harus bijak memilih yang mana yang benar-benar boleh kita tolong. 

Hidup memang begitu, yang susah makin susah, yang kaya makin kaya. Kalau diri tidak melaksanakan sesuatu, memanglah boleh jadi begitu Harus ada DUIT untuk segala-galanya, iaitu doa, usaha, ikhtiar dan juga tawakal. Banyak orang mengharap, berdoa, tadah tangan, sujud di atas sejadah namun tidak memperlakukan apa-apa untuk berubah bukan berubah ke arah kejahatan, namun, ubahlah hidup ke arah kesempurnaan agar kehidupan hakiki terjamin. Sedih memang ada yang sanggup berpanas, mencari teduh di waktu hujan, bersusah mencari orang-orang yang mahukan perkhidmatan mereka, menunggu berjam-jam, mengayuh tanpa sempadan! Itulah tanggungjawab biar terlaksana baiknya. Barulah segala kerja diterima di sisi-Nya. Walaupun diterima tak seberapa, mana tahu rezeki tetap ada di mana-mana, asal kaki dan tangan tetap berjalan.



Jaga imej agar senantiasa kelihatan sopan dan tetap menarik adalah perlu walaupun sekedar bertunggangkan beca setia!:D


Tak salah kan kalau kita kadangkala menggunakan perkhidmatan beca? Bukan sekadar menolong orang yang tidak berkemampuan, malah, kita juga dapat merasa bagaimana tanggungjawab akan seorang pemandu beca yang gigih untuk meraih rezeki sehari-hari demi menyara hidup. Mereka tidak hina. Itu pekerjaan halal. Mengapa perlu jengkel dan malu untuk menggunakan khidmat beca? Padahal enak lho naik beca dengan udara yang begitu alami, segar banget, enak deh pokoknyaa seru dan asik!!!  Pengajaran banyak kita perolehi juga dengan bersandarkan cerita hidup atau diari hidup seorang pengayuh beca. Diharap warga Malaysia lebih ramai menghargai seseorang bukan berdasarkan darjat ataupun pangkat, malah pujilah mereka berdasarkan kemuliaan dan ketulusan dalam bekerja walaupun hanya seorang pengayuh beca.


Ya, memang saya suka naik beca. Kenapa? Tak percaya? I'm not egotic and not choosy, so i'll take any best opportunities coming in front of me:) and i really love TRISHAW. The one and only Malaysia Blogger who use the name of "beca" is BECA HITAM BLOG . Let's check it out! U can see the header of Trishaw there.

P/s: Ya Allah Ya Tuhanku, perbanyakkanlah hambamu di dunia ini yang berhati mulia, tidaklah berhati batu, yang suka menolong dan membantu, tidaklah yang egois dan menolong dengan ungkitan tiada jemu, yang menyayang sesama sendiri, bukan menghina yang tiada berderajat, yang suka merendah, tiadalah memijak, yang baik  jadikannya makin penyabar, tiadalah yang bongkak yang tidak menyabar untuk senang, yang tulus menghulur, bukan kerana serakah mendapat nama, yang senang dengan harta, biarlah dermawan hendaknya, yang kaya dengan pekerti, ajarlah yang lain supaya berbudi bahasa, bukanlah beradab tiada budaya, yang cantik rupawan menghargai kuniaan, tidaklah merugikan diri dengan cacian dan hinaan.

Amin Ya Rabbalalamin.





My favourite song from The Late of Mbah Surip! Semoga rohnya dicucuri rahmat.




Salam Penghargaan Beca,

12 comments:

sui nawi said...

Lovely words fifiey

Pinky Pixie said...

mmg x salah pun dear. bntu mmbantu amlan mulia. hehe. lgpon dyorg cari rezeki halal. skurang2nye mereka ade gak usaha dari merempt n hnya meminta duit.

Lelord said...

hehehhe akak penanh naikbeca kat elaka...sj nak cuba tp cam kesian... kat melaka kan mmg ade org bawak pelancing nek beca, tp sumer org tua

Hairil Rizal said...

Saya masa sekolah tadika mmg naik beca ke sekolah. Sangat seronok!

Pernah gak naik beca di Melaka dan Penang. Seronok sbb pakcik pakcik tu peramah peramah belaka.

Respect them so much dari org yg hidup senang dgn hasil dadah atau rasuah!

:)

alexa yussida said...

u r sooo kind my dear

hans said...

naik beca best
tapi waktu sekolah2 dlu gua selalu kena duduk belakang
segan giler
hahahaha

P/S : Alhamdulillah! 1st Time Traffic Blog Nih Banyak Macam Nih!

P/S : Followers Blog Tu Banyak! Komen Beratus - Ratus! Tapi Apa Yang Hebatnya Blog Tu?

Muhamad Zaki Zafir said...

sudah lama tak naik beca.kesian juga pada pengayuhnya,sudah tua.tapi walaupun sudah tua, masih gigih memerah kudrat demi sesuap nasi.

teringat iklan hari raya beberapa tahun yang lepas, perihal seorang tua pengayuh beca menunggu anaknya pulang beraya yang tak kunjung tiba.kesian. :(

oh boleh lihat iklannya di sini

p/s: thanks for dropping by at my blog. :)

Pencacai Alim said...

hakhakhakhak..mau gelak jeh..

miszlullaby said...

betul tu fifiey...ML pun suke dengan beca.Coz kalau dekat KL,mmg xkan dapat jumpa KL.ML paling seronok tgk beca tym dekat Melaka,coz cantik sangat beca dorang.=)

Linda Musa said...

nice entry...masa tadika dulu saya pegi sekolah naik beca...everyday pakcik beca datang ambil dan jemput.best!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis sui nawi:
tq sis:) hope u like it.

@pinky pixie:
u r so rite.. kdgkala kita leka dengan dunia sekitar yang memerlukan pertoongan kita yang mungkin kita fikir tak seberapa namun berharga bagi kehidupan mereka!thanks for dropping comment here sis.

@sis lelord:
memang melaka ada, namun apa kita boleh nmpak beca dekat tempat lain? sdh ssh sekarang kn? plg2 tempat kawasan pelancongan! mengahargai adalah salah satu sumber untuk kita rasa dihargai:D

@mr.hairil rizal:
great experiences then!! melancong+naik beca..

respecting is a MUST to be respected back!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis alexa yussida:
dear sis, we have to be so. kalau buat jahat, karma jahat akan menimpa:)

@hans:
duduk belakang? kenapa segan??? perlu bangga kerana tak semua org boleh naik beca:D

@mr.zaki:
hye, thanks for dropping long comment here:) appreciate it. well, memang kesian. the way untuk kita menolong mereka adalah dengan cara menggunakan perkhidmatan mereka dan menghargai jasa mereka.!

@mr.pencacai alim:
Ada sesuatu yang lucu?

@sis ML:
omg. we have the same hobi then, bolehlah kita naik beca keliling bandar soon:) once u come back to malaysia , tell me ya:) hihi

@sis linda musa:
tq sis for spending time here. hihi..good experinces then with beca and pak cik beca. i wish i can go to school by trishaw like u, but i can't:(

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails