Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, September 13, 2010

PELITA LEBARAN


Puisi Raya Ciptaan Fifiey Lychee Maration:

Ubun-ubunnya,
Sudah memutih,
Penuh seisi ruang kepala,
Mujur dilitupi serban dari Mekah,
Tanah suci jauh penuh berkah.

Dia injak nyata,
Walau bongkong tuanya,
Seolah tiada daya,
Berjuta manusia bernyawa,
Termasuk dia,
Tawaf kaabah,
Terletak hajarul aswad,
Batu hitam dikucup selawat,
Tabir tiang kiblat solat.

Kenangan lalu,
Berlebaran di hari sejarah,
Penutup cerita duka senja,
Titisan airmata tiada bermakna,
Permata mutiara yang tak kunjung tiba,
Akibat diri badan merana,
Pelita Lebaran senja yang menjadi cahaya,
Semakin hari malap dan terus malap sahaja.
Menunggu hari , detik dan waktu yang tidak nyata.

Berlemak manis, berdurja kata,
Hitam putih hidup dia,
Bengkak hati terserlah di air muka,
Riak dalam duka,
Megah tiada makna,
Takbir raya luntur jiwa,
Lusuh dalam duri bathin dan naluri,
Seperti susuk mania yang menikam hati,
Pesona tiada lagi,
Lebaran tak bererti,
Menuai padi tak juga emas, tak juga kuning merona.
Meronta-ronta, sakit sendiri terluka.


Ratapan orang tua, yang jahil perilaku waktu mudanya, meratap diri dan nasib di hari tuanya akibat perbuatannya sendiri, itulah sunnatullah.



Salam Lebaran,



P/s:  1.Cerita Lebaran Minal Aidil Walfaidzin edisi FLM akan disampaikan apabila waktu terluang menjelang tiba. Nantikan.
2. Mohon maaf dipinta, atas segala percakapan atau pertuturan juga obrolan kata yang menyinggung sepanjang fifiey menulis di laman blog ini, tiada kaitan antara hidup dan mati. Ini sekadar berkongsi cerita suka duka sosok seorang Fifiey Lychee Maration atau nama sebenar Raja Tengku Putri Farhanis Shafifi.
3. Semoga anda semua ceria dan baik-baik sahaja menyambut lebarang pada tahun ini. Sama-sama kita rayakan kemenangan di bulan yang mulia ini. Insyallah.
4. Anda semua, beramai-ramai dijemput sama ada yang mengenali diri ini mahupun tidak untuk bertandang di kediaman SRI RATU SAADONG VII dan keluarga untuk berhari raya sebelum kami semua pulang ke Indonesia. Rumah Terbuka selama seminggu diadakan di kelantan dari raya pertama hingga raya ketujuh.

4 comments:

iQaChumel said...

fifiey sygs,
nice la..terkesima ketika membaca.
"Ratapan orang tua, yang jahil perilaku waktu mudanya, meratap diri dan nasib di hari tuanya akibat perbuatannya sendiri, itulah sunnatullah."
hem..betul..hidup ni memang ada karma kan. :)

jgn lupa sambung cerita

Nurzy said...

nice fifi..teruskan bakat anda~
jom beraya-raya sampai naik dah berat ni..

kak Nurzy

momo chan love hyunie said...

wah2..pandainye die berpuisi..jarang nak jumpe anak-anak muda minat dalam bidang ni...good job dear..keep up da good work...samat beraya ;)

Hairil Rizal said...

U've got the talent in berpuisi...

Saya dah lama tak menulis puisi... kena start balik lah nie. Boleh minta Fifi tolong check.

:)

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails