Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, September 30, 2010

APA ORANG KATA!!!

Biarkan mereka berkata-kata, jangan halang....







Orang kata,
Lenggok bicaraku,
Kalah hakim di medan bicara,
Ku guna frosa kata,
Tegas,mudah tapi tak murah.





Orang kata,
Paras rupaku,
Kalah sekalian saintis se-Malaya,
Malahan doktor di rumah sakit jiwa,
Ku cipta suatu membina,
Mengubah dunia sekian ada.





Orang kata,
Akalku ligat berfikir,
Kalah usahawan yang jutawan,
Ku resap ilmu hisab,
Hanya dengan renungan tajam,
Bermain angka,
Bukan bermain saham.





Orang kata,
Jelingan mataku,
Kalah paranormal senusantara,
Apatah lagi dukun negara,
Bukan kerna celak menghitam,
Bayangan di layar kaca,
Tidaklah sinetron tapi berceritera.





Orang kata gerak tanganku,
Berkarya memegang pena,
Kalah sasterawan negara,
Ku wujudkan berbaris kata,
Berseni sejuta bahasa.





Orang kata,
Langkah kakiku,
Lajunya bukan kepalang,
Kalah perantau dunia,
Ku sudah memenuhi itinerari,
Ranjaunya kan ku lanjuti.





Orang kata,
Lidahku lancar berbahasa,
Menyusun tutur kata,
Kalah pembaca berita,
Di telivisi negara.





Orang kata,
Suaraku lemak merdu,
Ku lontar emas penuh syahdu,
Kalam Allah diucap qalbu,
Kalah artis gelek sendu,
Juga qariah zikir tak jemu.





Orang kata,
tegas jalanku,
Kukuh peribadiku,
Kalah ketua polis negara,
Ibarat ibu pertiwi zaman berkala.





Orang kata,
Gaya bahasaku,
Kalah ahli seni teater,
Di layar Perak purba menjelma,
Ku ungkap bunga bahasa,
Terpukau alam semesta





layang kata, nukilan semasa:Rtp Farhanis Shafifi-6 Ramadan 1431 Hijrah lampau.


p/s: Nantikan cerpen TERPERUK SENDU SENJA (PART 2) akan datang tidak lama lagi!




Salam Lebaran,



22 comments:

AngahSayang2314 said...

fifi kalau angah kata macam mana???? kalau angah kata fifi tetap ayuuu hehehe

fathiah said...

nice

wAtashiwa Nemo-cHan said...

hello~~~

done 4low ur blog... hm... keep in touch dik... nnt ada masa ahak akan marathon blog adik nieh...hm~~~

p/s~~ aiyark... bnyk hutang marathon blog org~~~

iQaChumel said...

fifiey fifiey...
suka....
pandai karang .
ayat pun best.. :)

Lelord said...

aahaaa..sis suke

Lia Edwin said...

poem ke tu...?
nice..

Hairil Rizal said...

Medan wacana fifiey
bisa membuka mata dunia
tentang apa yang tersirat
dari yang tersurat

Teruskan langkahmu gagah
walau ada yang mengeluh kesah
kerna disebalik keruhnya air dimuara
jernih mutiara di hulunya

:)

Nurulbadiah Lai said...

syg..
puisi tu..cool
btw nak ckp jugak..
ur face unik sgt taw..
sis suke giler..

tiefazatie said...

wah...nice..kata2 sendiri ka nie??

NAJ HEBAT said...

aik.. banyak puji diri sendiri ni. haha


btw.. bersastera.. pandai ek.

gnesop.com said...

biarkan mereka berbicara jika itu membawa rasa bahagiann :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

terima kasih buat semua atas lontaran pendapat serta luangan waktu untuk berkomentar di ruangan ini:) amat-amat saya hargai. Alhamdulillah. Sebelum itu ingin saya rungkaikan sedikit perkara. Penggunaan kata "aku" adalah luas dalam sesuatu karya. "Aku" bukan sekadar merujuk kepada diri sendiri, bisa juga merujuk kepada "dia", "kamu", "awak", "saudara", "Saudari" yang mana terbentang luas penggunannya buat semua orang. Contohnya, sekiranya kita membaca sesebuah karya novel mahupun cerpen ataupun mungkin lakaran puisi serta syair dan gurindam, kita akan membahasakan diri sebagai "aku" kepada watak dalam karya tersebut. Dan adakah ini bermaksud "aku" itu ditujukan khas buat pengkarya tersebut? Tidak semestinya bukan? Tepuk dada tanya selera, tepuk dada tanya minda, tepuk dada tanya akal:)) terima kasih semua!!! selamat berisitirehat dan beriadah bersama keluarga tercinta ya..

Skydrugz said...

jadi apa tanggapan anda terhadap mereka?

~AmyLiana8886~ said...

hebat............

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@skydrugz:
tergantung mereka memperlakukan sosok meraka sebagai identiti bagaimanakah mereka. lain orang lain tanggapan, lain orang lain ragam, bukan senang hendak berhadapan, dengan lautan manusia yang tak semua di bawah kabut kelam.

@kak amy:
terima kasih kakak amyku sayang.:)

hasrul hassan said...

waaa pandainya berpuisi .. hebat hebat

miszlullaby said...

pndainye fifiey^^
i love it!
every words,every verse!
=)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@encik hasrul hassan and dear sis lullaby:
tq both for the support!!! do keep giving comments on the next poems or entries:)) have a great day ya,

Saiful Bahari said...

blogwalking~

NICK IRFAN said...

sajak buat sndiri ke? wow! menarik....

Shiela Latif said...

fifiey berbakat...cantik!! suker fifieyy ~

tulus sweet said...

well cikgu bahasa. sorry im not good in puisi...

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails