Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, September 23, 2010

7TH SYAWAL 2010 BY FIFIEY LYCHEE MARATION- PART 1- CERPEN TERPURUK RINDU SENJA

CERPEN- TERPURUK SENDU SENJA (PART 1)

*gambar hiasan semata-mata-FLM di hari raya ketujuh


*Cerita yang disampaikan hanyalah rekaan dan ilusinasi semata-mata, tidak ada kaitan antara yang hidup dan yang mati.

Watak Utama:

Sarah hanan- Sarah
Fairuz hussin- Fairuz
Lela Zalikha- Ika
Mak Zanariah- Mak Yah





  Angin satu badan, tak tahulah apa yang jadi, dimuatkanlah  kisah canang satu kampung pula, mestilah naik darah, seriau bulu roma setiap mata memandang Si Fairuz, jejaka paling kacak di kawasan Kampung Semerbau, malah kalah jejaka di kampung berhampiran yang lain. Emaknya, rambut memutih, ditutup dengan "tarbus" kelabu, yang suka menjaja cerita anaknya  yang memegang jawatan sebagai Pegawai di salah sebuah bank beragensi swasta di bandaraya Kuala Lumpur membuatkan anaknya itu semakin kusut dengan kisah peribadinya dicanang situ sini. Kadangkala marah juga beliau terhadap ibunya yang ibarat mulut tempayan, tetapi bila difikir-fikirkan kembali akan jasa ibunya selama ini, tidaklah dia tega akan berbuat sedemikian, apatah lagi meninggikan suara, dosa hukumnya dan beliau tahu yang mana dosa yang mana pahala. Mahu tak mahu, dia tetap bersabar dan cuba menasihati ibunya secara perlahan-lahan agar kondisinya difahami oleh ibunya yang sememangnya suka bercerita tak kena cara itu.

  Hidupnya yang susah mengajar anak muda itu untuk terus berusaha gigih, dibisik pula dengan debu-debu kejayaan yang pernah dicipta oleh senior-senior beliau yang hanya "anak kampung" tetapi boleh berubah menjadi jutawan segera, alhamdulillah, senang mendengarnya dan merekalah yang menjadi role model kepada Fairuz untuk menggapai kejayaan yang sama, ditambah pula, memang dari zaman sekolah lagi Fairuz glamour dengan kecemerlangan akademik dan keunggulan peribadinya yang diangkat sebagai tokoh pelajar di zaman persekolahannya musim lalu. Itu semua kenangan lama dan di situlah nama seorang Lela Zalekha, gadis kampung tersebut mula muncul dalam hatinya walaupun mereka benar-benar telah mengenali sejak berdekad lamanya, maklumlah kedua-duanya anak jati kampung tersebut, mana tak kenal, kalau bukan, Lela anak Mak Senah yang sememangnya tak asing lagi dengan kerepek pisangnya yang dijual di warung-warung dikampung tersebut.

  Memang, dulu mereka pernah, menjadi sepasang kekasih, namun tidak kini. Masing-masing terluka dengan sifat endah tak endah dan kesibukan sendiri, dan hubungan serta jurang di antara mereka semakin besar, tiada lagi ayat-ayat cinta yang dituturkan, apatah lagi bertemu muka, tak seperti dulu, di mana ada Lela, di situ ada Fairuz. Sekelip mata, segenap ruang hati dan fikiran berubah tanpa sadar. Dalam bermadu kasih, mereka tempuhi banyak rintangan dan cabaran, almaklum, kedua-duanya sama padan, cantik dan tampan, masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri. Banyak yang menggilai mereka, namun, ditakdirkan mereka sempat jatuh cinta antara satu sama lain. Kalau dulu di waktu zaman kanak-kanak lagi, orang tua mereka ingin menjodohkan antara Fairuz dan Lela, sehingga kini jugalan Mak Yah ingin bermenantukan lela kerana berkenan sungguh beliau terhadap gadis yang sopan-santun dan berbudi bahasa itu. Bukan itu sahaja, malah, Lela pandai ambil hati orang tua dan selalu menjaga makan minum Mak Yah sepanjang keberadaan Fairuz di Kuala Lumpur. Lela, kecil molek orangnya, manis bertudung, kuning langsat warna kulitnya, dan agak kemelayuan sifat peribadinya, yang tidak berkarier dan hanyalah seorang pencuci pinggan mangkuk di sebuah warung, tak jauh dari hujung kampung, di kawasan bendang padi yang hijau menyejukkan pandangan setiap mata pengunjung kampung tersebut. Di situ jualah memori antara Lela dan Fairuz bermadu kasih termateri janji ikatan kasih suci buat selama-lamanya, di bawah pohon kelapa, dan masih ada tercatat nama Lela dan Fairuz di pohon tersebut. Imbauan kenangan lalu yang hanya mengguris hati yang sememangnya sudah robek terluka dek kepalsuan cinta yang tiada makna.

  Fairuz berubah sekembalinya dia daripada pusat pengajian tinggi pada tahun 2006 kemarin. Anak muda yang berkelulusan dalam bidang ekonomi itu, telah berubah hati, dalam segenap tika, beliau boleh mengatakan bahawasanya cinta sejatinya adalah terhadap Sarah hanan, seorang gadis beragama kristian, berpewatakan hidung tinggi, kaya harta namun tidak kaya budi, yang kononnya ingin mendalami Islam secara total dan Fairuz lah yang banyak mendidiknya tentang keindahan Islam, namun, apakah di sebalik semua ini? Cinta terhadap Lela dimusnahkan begitu sahaja, setelah berdekad mereka mengenali hati budi masing, masing dan bukan itu sahaja, pelbagai gerak-geri, cara, serta tutur kata cinta yang dilafazkan terhadap lela, malah sempat memateri janji akan ikatan kasih yang tanpa penghujung, nyawa dipertaruhkan boleh berubah dalam sesaat dan berpaling tadah cinta terhadap Sarah Hanan yang memanfaatkan kata-kata Islam untuk menjerat Fairuz? Adakah Fairuz sudah buta dengan kemewahan dan kecanggihan perilaku manusia durjana yang mahu menghapuskan segenap manusia ang bertakwa? Astaghfirulahalazim.

"Abang janji, nanti kalau abang dah habis master, abang akan bawa Lela balik ke Kuala Lumpur sebagai isteri abang yang sah, tapi buat sementara ni, Lela jaga mak abang baik-baik tau, sayang dan anggap dia macam mak Lela sendiri ye. Abang sayangkan lela." Memori pohon kelapa yang membuatkan Lela terimbau kembali dan sering membangkitkannya dari mimpi-mimpi sambil mengusap pipi yang sudah basah dek air mata mencurah-curah. Memang, beliau sehingga kini patuh akan janji yang mana, sentiasa taat ,menjaga Mak Yah seperti yang dijanji dengan begitu prihati walaupun sifat dan sikap serta hati Fairuz berubah total terhadapnya. Dia sedar diri, dia bukanlah siapa-siapa, seorang gadis desa yang kais pagi makan oagi, kais petang makan petang, tidak berkelulusan, sekolah menengah pun sampai form three sahaja, tidak pandai bergaya, setakat bertudung dan berbaju kurung kedah ke sana ke sini, langsung tak tahu fashion apatah lagi nak pakai beg Gucci, Prada, apa ke jadah jenama pun dia tak tahu. Namun, hatinya yang tulus lah, Tuhan sentiasa memberkati jalan hidupnya, dia sentiasa dilimpahkan rezeki, walaupu tak mewah, namun, bersyukur adalah sifat yang paling mulia buat dia.

"Lela, fairuz ada telefon kamu? Ada tak dia tanya khabar Mak Yah?" Dalam nada sedikit kesal Mak Yah terpaksa lotar bicara kerana sebak rindu di dalam dakda mengusik jiwa dan tidur Mak Yah selama ini.

"Ada Mak Yah, Abang Fairuz ada kirim wang, dan sampaikan salam rindu buat Mak Yah, dia sibuk di pejabat, tapi biarkanlah dia, nanti dia pulang lah tu". Tergamam dengan kata-kata bohongnya itu, Lela, memalingkan muka ke arah luar pintu, agar usapan air di atas keterpaksaan dia berbohong Mak Yah itu tidak dicam oleh Mak Yah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan seksanya hidup dalam pembohongan, kerana ini bukan kali pertama dia berbohong kepada Mak Yah tentang status Fairuz, namun ini adalah sekian kalinya semata-mata untuk menutup semua perilaku "seorang anak durhaka" yang langsung tidak menanyakan khabar berita apatah lagi mengambil berat tentang kebajikan seorang ibu yang semakin hari semakin membongkok tu.

  Semenjak lamaran kerjanya di sebuah bank di Kuala Lumpur diterima dan sekarang Fairuz berjawatan tinggi, beliau tidak pernah lagi menginjak ke kampung halaman, malah langsung tidak menelefon Mak Yah mahupun Lela. Senyap sunyi tanpa berita. Risau juga dibuatnya takut apa-apa terjadi kepada Fairuz, namun, setelah Lela diberitahu temannya yang turut bekerja di Kuala Lumpur yang mana dia ada menemui Fairuz dengan seorang perempuan seksi di sebuah pusat membeli belah malah Fairuz pura-pura tidak mengenali teman sekampungnya itu malah dibiarkannya berlalu pergi tanpa mengungkap sepatah kata. Hidung tinggi, sombong dan bongkak dia sekarang dengan berjazz hitam berjalan megah dengan perempuan kaya seksi memakai kasut tumit tinggi dan berkulit putih, berdarah campuran barangkali. Terkedu Lela mendengarnya seketika untuk menerima kenyataan tersebut, di benak fikirannya, siapakan perempuan tersebut dan mengapakah Fairuz langsung tidak mengirimkan sepatah kata untuk menanyakan khabar orang-orang tersayang di kampung? Adakah Fairuz telah berubah? Legar fikirannya telah dikusuti dengan pelbagai soalan yang kadangkala dia sendiri berasa cuak untuk menerima kata-kata pahit sepahit hempedu yang terpaksa dia telan, namun tetap bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku terhadap Fairuz. Lelalah kini yang memikul segala beban. Ke mana seorang anak yang sudah berjaya di saat seorang ibu memerlukan cebisan kasih, serta menumpang kesenangan? Mengejar duniawi semata-mata, sehinggakan buta kerana cinta palsu yang tak bernyawa. Lela tak menyalahkan sesiapa, tak salah Mak Yah mendidik anaknya itu, cuma mungkin dulunya Mak Yah sering menceritakan tentang keburukan anak orang lain sehinggakan kini anaknya sendiri yang memperlakukan beliau sedemikian ibarat tercucuk di batang hidung sendiri. Apapun, Lela, tetap menjaga dan merawat Mak Yah dengan senang hati tanpa ada mengungkit sedikit pun tentang apa yang telah diperbuat oleh Fairuz. Baginya, itu semua suratan takdir yang telah ditentukan di dalam sinopsis simpanan Tuhan buat makhluk-makhluk Nya.

Kalau dulu, waktu-waktu malam, sekiranya Fairuz tidak sempat menelefon Lela, beliau akan menghantar sekurang-kurangnya sekeping mesej yang amat memberi makna. yang begitu mendalam, namun tidak lagi kini. Malamnya suram, sunyi dan sepi tanpa ada sentuhan ayat dari seorang kekasih yang amat mendambakan cintanya. Bayu malam menyenyakkan mereka berdua tidur di pondok usang tanpa kemudahan asas yang cukup. Memang Lela sering Mak Yah tidur di pondok tersebut setelah suami dan anaknya itu pergi meninggalkannya. Kebetulan, memang Mak senah begitu baik dengan mak Yah, jadi diizinkan anaknya itu untuk menemani mak Yah tidur di pondok tersebut. Alhamdulillah, hubungan mereka sangat baik, seperti saudara kandung sudah. Beliau tidak terusik hati sedikitpun dengan keputusan Fairuz untuk tidak melangsungkan pertunangan dengan Lela, walhal berita itu telah dicanang satu kampung, kerana beliau tahu, takdir dan tetapan Tuhan adalah yang terbaik buat umat Nya. Jadi setiap jalan cerita haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan REDHA. Gara-gara keputusan Fairuz untuk tidak mengikat tali pertunangan dengan Lelalah yang menjadi punca di atas penyakit jantung Mak Yah yang semakin hari semakin kronik kondisinya. Tidak boleh lagi beliau turun ke sawah atau berkebun di halaman rumah, yang bisa dilakukan hanyalah terlantar dan sentiasa setia menunggu kepulangan anak untuk menjenguknya.  Berharap seperti pungguk rindukan bulan, kasihan Mak Yah!



*gambar hiasan semata-mata



"Fairuz, u nak pergi mana? kenapa tak tunggu i je? Jom, temankan i shopping di Pavilion ye? Sementara tu, kita boleh lunch terus, bolehlah ye sayang???" Manja, pendek lidah cara sarah bicara, boleh membuatkan setia lelaki terpesona dengan tutur katanya yang ala-ala barat itu. Fairuz mengangguk tanda setuku namun sepatah kata tidak dikeluarkannya, agak aneh buat Sarah kerana ini pertama kalinya Fairuz tidak bercakap namun hanya mengangguk tanda setuju. Dalam benak fikirnya mungkin Fairuz sedang mengalami masalah di Pejabatnya, lalu dibiarkan sahaja Fairuz menenangkan diri tanpa menanyakan apa-aa soalan, takut-takut Fairuz menengkingnya. Memang sifat Fairuz suka menengking sesiapa sahaja yang membuatkan fikirannya kusut. Namun, sifat manja sarah Hanan sahajalah yang dapat mencairkan hatinya yang sedang berang. Ubat guna-guna apakah yang digunakan sarah tidaklah tahu, tetapi sememangnya Sarah popular dengan sifat menggodanya itu. Fairuz seorang daripada mangsa untuk dia menguras segala harta yang ada, almaklum, kata Fairuz dia anak tokoh korporat terkemuka, tidak pula dia mengaku asal usulnya yang hanyalah dari desa, anak pengusaha sawah yang sanggup berhijarah ke kota metropolitan semata-mata ingin menuntut ilmu sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi untuk membantu mengubah nasib hidup keluarganya. Tak ada satu orang pun yang tahu akan status sebenar Fairuz, maklum sahaja, hidup di bandar, masing-masing membawa kehidupan , orang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan tetap miskin, itulah dunia sekarang. 

  Jurang antara kehidupan di kampung dan di bandar adalah amat jauh perbezaan di mana, sekiranya kita tidak pandai untuk survive hidup di sana, maka "mati tanpa nyawa" lah kita, dan sekiranya kita pandai menggarap semua peluang yang ada tanpa perasaan malu namun berlandaskan syarak, berjayalah kita dunia akhirat, dan sekiranya kita melakukan apa sahaja yang dikeji semata-mata untuk keuntungan peribadi, maka ketidak abadian serta kemewahan diterima akan dilenyap tak kira masa. Dalam kes Fairuz yang pelbagai hukum alam yang telah dia jeratkan dirinya sendiri.  Doa ibu sentiasa mengiringi beliau namun, buat setakat ini, belum ada perubahan terhadap dirinya untuk kembali ke jalan asal, malah beliau bertambah senang dengan status dan keadaan beliau sekarang ini, yang sekmakin hari semakin bergelimpangan dosa akibat kemewahan dunia yang bertali arus. Tidak beliau fikir sama sekali akan kebahagiaan ataupun syurga dunia adalah kebahagiaan keluarga serta titisan airmata kebahagian seorang ibu? Kemewahan dunia, gedung sebesar manapun, kereta semewah manapun, rumah, seberapa tingkat pun tidak dapat dibandingkan dengan nilai dan kasih yang dicurahkan seorang ibu. Tetapi kenapa fairuz sanggup lupakan semua itu semata-mata untuk kepuasan kemewahan yang tidak boleh dibawa ke kuburnya sendiri pun? Sanggup dan begitu tega menganiaya zahir dan bathin seorang ibu yang telah mendidik dan memberi dorongan untuk beliau terus berjaya dalam hidup. kadang kala terfikir juga, mungkin inilah faktor, orang desa tidak begitu menyokong anaknya untuk menyambung pelajaran tinggi-tinggi, mungkin takut akan kasih anak tersebut lenyap setelah dapat meraut segala kekayaan di bandar serta akan lupa daratan dan bertukar menjadi anak durhaka. Kisah ini tidak lari dari sinopsis Malin Kundang dan Si Tenggang yang kedua-duanya disumpah menjadi batu akibat durhaka terhadap ibunya.


Senja melabuh tirai, usang hidup yang sudah tiada makna buat Fairuz, dia dapat merasakan kekosongan dan merindukan akan belaian seorang ibu, namun keegoannya untuk tidak pernah kalah apatah lagi tunduk untuk menyerah tidak akan dilakukan, matlamatnya untuk menjadi jutawan supaya hidupnya tidak dipandang hina di kampung bertukar untuk menjadi seorang jutawan liar yang makan akan harta orang lain, sebab itulah, rezeki yang dia dapat adalah suatu daripada sumber yang tidak berkat, dan hukumnya haram!

"Mak, kalau dah Fairuz cakap Fairuz dah tak nak dengan si budak kampung terhegeh-hegeh tak sedar diri tu dah la, kan fairuz dah takde hati kat dia, so, ikut suka Fairuz la nak kawin dengan siapa pun. Ni kan kehidupan Fairuz, kalau mak nak sangat budak tu, mak je lah yang kawin dengan dia, jangan sesekali kaitkan Fairuz dengan dia. Fairuz dulu dengan Fairuz kini lain mak. jangan samakan itu. Ini Fairuz yang sudah meniti kemewahan lah mak, apa lahi nak hidup di kampung yang ibaratnya hidup segan mati tak mahu, dah lah semua kampungan, tak sedar diri, bukan usaha nak maju, malah duk hidup di tepi sawah. Zaman dah maju lah mak, cuba bukak mata sikut. Tak kira apa pun, Fairuz dah selesai belajar, Fairuz nak cari kerja di bandar, buat apa belajar tinggi-tinggi, habiskan duit mak kalau Fairuz tak dapat ubah hidup kita. mak, toong fairuz mak, izinkan Fairuz ke bandar. Fairuz janji, nanti Fairuz dah jadi orang berjaya, Fairuz cari bini untuk jaga mak dan bawa mak untuk hidup di bandar dan please, jangan paksa Fairuz untuk bertunang dengan si Lela tu. Hati Fairuz dah tawar dengan budak kampung tu"!!!

Itulah kata-kata terahir dari seorang anak desa terhadap ibunya yang miskin sengsara, miskin harta tidak mengapa, tetapi miskin budi akan dialpa oleh Tuhan dan masyarakat sekeliling. Terkaku pilu mendengar kata-kata anaknya itu sehinggakan tangan yang tergenggam rapi  mahu saja melekat ke pipi yang tak lagi suci dengan kata-kata sopan malah ditaburkan dengan seribu lontaran keji. Terfikir sejenak adakah salah cara beliau mendidik ataupun memang karma alam yang menghukumnya sebegini rupa atas sifat kerdilnya yang sebelum ini sememangnya turut suka membicarakan tentang keburukan perilaku anak orang???  Hanya doa dan taubat yang dapat memulihkan keadaan, semoga pintu hati anaknya itu terbuka untuk kembali insaf ke jalan yang benar, bukan salah memilih jalan yang hanya membawa ke lembah kehinaan. dalam hati ada cinta, cinta pelbagai rupa yang tak kenal sesiapa namun cinta boleh membawa kepada kebencian maksima serta cinta boleh bertukar menjadi suatu yang dikasihi sepanjang hayat.


*Gambar hiasan semata-mata

"Sayang, u temankan i ke night club malam ni ye, i nak jumpa kawan-kawan i, u temankan tau, dan i ada special present for u tonite."


Bingung sendiri dalam memikirkan pesta bentuk apakah yang akan dihadiri Sarah dan dirinya malam ini. Baru sahaja dikhabari Sarah sebentar tadi. Terfikir juga kenapa dia boleh terpikat dengan gadis yang boleh dikatakan gorgoeus itu, adakah kerana dia sering melimpahkan harta kekayaannya terhadap sarah sehinggakan sarah benar-benar mahu jadi isterinya? Isteri? wujudkah wanita materialistik pada hari ini untuk mempersuamikan suami yang hakikatnya seorang anak desa? Tambahan pula seorang wanita punya rupa, seksi, sudah serba kaya yang hidup di kota metropolitan, sudah pasti tidak dapat menerima kenyataan yang calon suaminya itu adalah seorang anak petani. Mana hidupnya nanti kalau balik rumah mak mentua yang akan tidur di dalam kamar yang tidak berhawa dingin, panas, ada nyamuk lagi, mahu ke toilet saja, harus keluar rumah, ah, maklum sahaja, memang gaya orang bandar tidak terbiasa dengan keadaan sedemikian.

"Sayang u dengar i tak? Sayang!!!!" Lamunan Fairuz terlayang seketika dek jeritan Sarah yang begitu menggamit telinga yang mendengarnya. mau Fairuz dibuatnya, gaya keanak-anakan Sarah, habis semua orang di Food court di mall itu melihat mereka.

"ye, ye i dengar. nanti malam kita keluar, jam 8 malam, i catch u up ya. Di apartment u, get ready before that time, u tau kan i paling benci menunggu." Tegas Fairuz terhadap Sarah yang sememangnya dia fasih benar dengan sikap Sarah yang sangat suka melengah-lengahkan waktu, walhal dia mengambil masa yang lama untuk berdandan, memang begitulah rupa Sarah, cantik dan pandai bergaya dan pasti ada sahaja mata-mata liar yang suka menjeling ghairah terhadapnya. namun, itu semua tidak menggugat Fairuz kerana Fairuz tahu, suatu hari nanti, dia akan berjaya menarik Sarah untuk convert ke Agama Islam, namun, mungkin mengambil masa yang agak lama kerana cara hidup Sarah yang kebaratan itu. walhal, hakikat terang lagi bersuluh, Fairuz sendiri telah terjebak di lembah kehinaan, bagaimana beliau mahu membawa Sarah ke arus keislaman? Hukum syarak saja dilanggarnya, inikan pula mahu mengajar seseorang yang beragama lain? Biarlah beliau, biar Tuhan sahaja yang menilai baik buruk niatnya itu.

Sebenarnya, di sebalik sudut hati yang kotor itu, terdetik suatu niat yang suci tulus, Fairuz sebenarnya memang mencintai Sarah, namun, dengan cara yang salah. Beliau ingin menarik sarah ke arus keindahan Agama Islam, namun akhirnya, dia sendiri terjerat dengan godaan arus yang boleh melemahkan iman dan takwa beliau terhadap Yang Esa. Mulai dari itu, beliau makin hari makin takbur dengan kemewahan dan keegoan diri, sehingga sejenak beliau lupa akan jati diri dan asal usul serta hilang kewarasan dalam berfikir yang mana baik yang mana buruk. Sarah dan Fairuz, masing-msing mengenali semenjak mereka berada di sebuah institut pengajian tinggi di ibu kota, hati mereka tercantum apabila Sarah yang sememangnya popular dan seringkali mendapat perhatian di kalangan siswa-siswi serta lecturer pun kenal akan sifat menggodanya itu. Mana tak mahu, nak dapatkan markah tinggi, mulalah lecturer pun jadi mangsa serta korban "sex maniac" nya. Mereka semua terhanyut dek kecantikan fizikal dan tidak pula meneliti kecantikan dalaman serta perilakunya. Ini sudah dalam pengetahuan Fairuz sebenarnya, namun tetap Fairuz memilih gadis yang telah dinodai dengan harapan Sarah masih boleh diubahkan. Namun, itu semua ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, sesuatu yang tidak pasti dan masih samar akan keberhasilan untuk berlaku kecuali himah dan keajaiban dari mata Tuhan sendiri. Doakan biar hati rahmat terbuka buat mereka kerana jalan menuju cahaya lebih mudah berbanding jalan menuju kegelapan.

Selekoh ruang gelap gelap itu dilepasi selamat  walaupun memecut laju. Tambah pula, motor-motor jalanan yang turut tidak segan untuk memecut padahal itu hanyalah motor biasa, salah cara, maut datang menerpa. Kereta BMW mewah hadiah dari bos Fairuz itu memang enak dipandu, harganya juga enak didengar, tidak kurang dari sejuta ringgit. Kerja haram apakah lagi yang diberi tugasan kepada Fairuz , tidak tahulah. Dalam menuju ke Apartment mewah di Kemansah Height, panorama indah dengan sinaran buolan dan bintang yang sering berdampingan, alangkah indah kebersamaan menyelubungi diri, apatah lagi sekiranya sedang memandu seorang diri, pasti ada sesuatu yang menggamit perasaan. Kenangan lama terimbau, sering mengusik diri, namun, tak pula dia melawan untuk berpihak kepada yang benar, namun, itulah jalan pilihannya. Baik buruk mana pun sarah, beliau akan tetap menyayanginya sampai kapan pun! Itu janjinya kepada diri sendiri setelah beliau bertindak untuk keluar meninggalkan ibu dan kampung halaman tercointa yang makin hari makin kabur akan sejarah silamnya.

"Sarah, i sudah di bawah ni, u cepat ye siap." Ucap Fairuz dengan nada paling lembut dan romantis pada malam itu.

"Yyes Darl, i will. I'll come to u secepat mungkin! thanks darl". Goda Sarah lagi.

Sambil BMW dipecut laju, Sarah sibuk bercerita itu ini di samping berlawanan dengan gelak tawa Fairuz yang tak henti-henti sambil lagu di radio rancak irama Melly Goeslow, jalan malam-malam pun jam, di lautan manusia bercekerama, sesuatu yang lucu mungkin dibicarakan oleh mereka, sedang ibunda di kampung sana, berteriak tangis merindui sang anak yang masih alpa terhadap tanggungjawabnya terhadap seorang ibu. banjiran kemewahan melenyapkan segala-galanya. Pantas sahaja, tuhan melenyapkan segala kemewahan yang wujud di zaman Nabi Nuh atas doa Nabi Nuh sendiri yang menginginkannya kerana sedih melihat umatnya yang semakin takbur dengan bergelimpangan harta kekayaan yang membutakan mata hati dan naluri kemanusiaan.

Suara mereka terhenti seketika, angin sekilau pandangan menyeru sekalian alam, tingkap kereta yang terbuka, menyelak setiap helai rambut Sarah dan setelah itu deruan angin senja, dan jalan yang penuh sunyi, bukit bukau di pinggiran, menyaksikan apa yang dibuat oleh mereka di dalam kereta tersebut dengan penuh misteri dan tanda tanya....


*gambar sekadar hiasan


Melodi berlagu curang, tak sepantasnya Lela yang menanggung akibat, mana janji yang terpateri riang suatu ketika dulu yang menjadi saksi sawah serta rimbunan alam??? Terpuruk sendu rindu senja berulang...




- TERPURUK SENDU SENJA akan bersambung ke PART 2. Nantikan-



*gambar hiasan semata-mata-which one me? yang tengah tu la.:DD




*TIPS:


Pemilihan bahan kebaya. Untuk acara rasmi lebih baik gunakan bahan kebaya yang berkesan formal, misalnya kain yang agak mengkilat dan berkesan “mewah”, seperti silk atau organdi. Sedangkan untuk acar non-formal (setengah rasmi) dapat menggunakan bahan katun dengan hiasan sederhana, dan hindari bahan yang terlalu banyak kilau (glitter  atau payet). Walawehh, tapi lebih banyak glitter lebih korang suka kan??? Tapi bagi yang malu-malu dan tak berani show off, korang kena tingkatkan keyakinan diri untuk pakai semua tu  ok barulah bergaya namanya.

Pemilihan warna kebaya. Sebaiknya disesuaikan dengan waktu. Untuk acara malam hari gunakan warna yang berkesan rasmi, misalnya warna gelap. Sebaliknya untuk acara siang hari boleh guna warna terang. tapi based on ur skin tone too:)) klu macam saya, saya lebih suka kaler terang and gelap that means i tak boleh pakai kaler2 pudar, nnt dalam gambar nampak cam mayat hidup..serius weihhh. Tak percaya?? cuba lah tengok foto2 sebelum ni, compare, i pakai kaler merah dengan kaler biru muda, yang mana lebih menyerlahh???

Pilih kebaya bersiluet yang paling serasi dengan bentuk tubuh dan menyamarkan kekurangan tubuh. Misalnya jika tubuh bagian atas terlihat “penuh”, hindari aplikasi payet atau aksi lain yang terkonsentrasi di bahagian atas.  Tubuh ada yang perfect dan ada yang tak. Dan sekiranya body  tak sehebat model hot, jadi ambillah ini sebagai pengajaran.
Perhatikan detail kebaya, hindari aplikasi payet atau aksi lainnya yang malah menonjolkan kekurangan tubuh. Misalnya pemilik tubuh pendek atau gemuk, pilih aplikasi yang cenderung vertikal atau  memanjang sehingga terkesan menambah panjang tubuh.
Hindari model kerung leher melebar jika anda ingin menyamarkan bahu lebar yang warna cerah.
Lapisi kebaya transparan dengan dalaman yang warnanya sesuai. Modelnya bisa berupa “voering” yang dijahit pada kebaya, atau kamisol (kembern) yang lepasan (kamisol lebih bagus jatuhnya). kalau dulu saya sering tengok orang-orang ke event, nampak seksi dengan kebaya, walhal itu hanyalah pakaian di dalam yang memang dibuat khas sama dengan warna kulit. haishh, rupanya pelapik tubuh yang sama kaler dengan kaler tubuh itu:))
Untuk pakaian dalam, dapat memakai  (korset) yang sekaligus boleh menahan kain panjang, setelah kainnya diikat dulu. Atau memakai bustier, iaitu sejenis kemben bertulang, yang dapat dibuat satu set baik bahan maupun warna dengan rok atau kain bawahannya. sekaligus boleh nampakkan kita lebih kurus dan boleh bangga dengan bentuk tubuh kita dengan pakainya korset ini.
Perhatikan model dan bahan kebaya secara keseluruhan. Sesuaikan model, bahan dan detail kebaya dengan jenis acara yang hendak dikunjungi. Kebaya bernuansa mewah dan terkesan “berat ” serta berdetail rumit, lebih pas untuk acara pesta. Sedang kebaya yang lebih simple dan minimalis sesuai untuk acara semi formal atau kasual.
Untuk kebaya yang kaya detail sebaiknya tidak menambahkan selendang agar tidak berlebihan.
Perhatikan keserasian kebaya dan aksesori. Pakailah aksesori minimalis untuk kebaya yang sudah “ramai”, dan pilih anting saja untuk menonjolkan kebaya yang dipakai.
Dalam pemakaian aksesori, kalau sudah pakai bros besar sebaiknya tidak memakai kalung.
Padukan kebaya dengan clutch atau tas tangan mungil yang serasi dengan penampilan secara keseluruhan.


Salam Lebaran,

31 comments:

AngahSayang2314 said...

best gak angah baca kisah nie.. layan tueee hehehe dah macam anak lupa daratan la... betul tak??

wah siap bagi tips2 lagi hehehe

~AmyLiana8886~ said...

comeynyer dik..

Shiela Latif said...

fiffiey nie cantiklah...sweet sangat suker sangat sis tengok...lagi2 bila ambik gambar ngan adik fiffiey tue comel sangat dua dua :)

PinQib said...

lawa laa rr uu//
hee citer pun bes..penulis novel eh

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@angah:
haha, memang betul..nnt kan smbungannya di part 2 ye nnt:) layanzzz...;DD

tips wadalah wajib di laman blog fifiey..haha

@kak amy:
tengkiyuu kak...hehe

@sis shiela:
haha, u mean with abby?? yes, she's cute and a litlle chubby;)) lol:D tq sis for the praise and visiting:) i'll appreciate that.

@pinqib:
hye dear..thnks for visiting..well, i'm not a novelist, tp sy seorang gadis usia 17 tahun yg suka akan bidang penulisan walaupun sy belajar di aliran sains tulen:) haha...

PinQib said...

my god, br 17?
gile gojes, siyes. u shud be a novelis

mR.sYaH said...

best!!

:D

Nurzy said...

fifi berbakat la~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@pinqib:
terima kasih yep..insyallah, klu itu yg tertakdir buat sy, i'll just grab it:)) tq yaa for the support.

@mr.Syah:
tengkiyuuuuu....

@sis nurzy:
hye sis.salam..wahh wahhh, tengkiyuu ekk!

tiefazatie said...

cantik la pic u dear..hihihi

shark said...

fifi ni mmg happening lor..
x sia2 follow kamu:)

Sara Mysara said...

best citer tue.....
n lawa orgnyr...

melawat ke blog sy. =)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sis tiefazatie:
terima kasih kakak sygg...ats lawatan dan komentar.

@shark:
haha, ada2 je..happening apo nyo..takdok gapo2 ehh...haha;DD terima kasih la sudii poloo..

@sara mysara:
tq dear..n nice visiting and dropping comments from u!!!;D thanks againnn...:*

hafidzyoungscientist said...

can become a great novelist one day. go sis fifiey go! !

Encik Tikus said...

ade bakat lah ;DD

F.I.C.K.R.Y said...

Wahhh~!
Sarah sebagai watak penggoda...
I loike that hehehe...
(;

elmo blurb said...

salam ziarah juga ;)

sebelas said...

amboi..gambar dh mcm saloma dah :P


http://nomborsebelas.blogspot.com/

c i [k] j e L i t aツ said...

hi. fifi . best!!
sy dah baca dah ... ^^

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@hafidz:
thanks hafiz:)) n u too, hoping that u be the great scientist soon!!! and once u succedd come to see me ya..lol;D

@encik tikus:
kenapa nma begituu? sungguh unik.btw, thanks ya for keep reading it and spending ur time!!

@fickry:
haiiyya, knp suka?? hate hate laa..tak baik goda2 nii auu, dia watak antagonis dalam cerita nii, jd wataknya hidup klo org mkin benci, bukan mkin suka:p wkwkkwkw.

@elmo blurp:
tq visiting me:)) i'll visit u back:)

@sebelas:
haha, salomaa ye?? rugi takde p.ramlee nye:) tlg crikan model untuk jd pramlee ye;D haha.

@cik jelita:
sungguh berterima kasih kerana luangkan basa untuk menatap cerita sy yg tak seberapa:) tunggukan part2:))

thezarasisters said...

best dear cerita ini...
sudah memollow...

bole listkan blog kita dkt
blog list you.thanks (:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

thezarasister:
thanks yaaa, sudi follow and baca my storyy:)
well, nnt fifiey get in touch with ur site then:)) ok, i put ur blog in my bloglist k..tq dear.

Mamek said...

omg.. saluteeyyyy!!!!!!

Mamek said...

terima kasih atas sokongan yang diberikan wahai cik comey fifiey. teruskan membace belog saye. akan saye bace cerpen2 cik adik ini bila bosan.. keke

Tomato Gurl's Life said...

best cerita fifiey ni..
ade bakat penulis..
bila pulak part 2??
neway, cantik la u dear..
so sweet...suka ur style :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

n3 best tapi bersambung la pulak macam astro

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@mamek:
omg, tg so much., i will visit ur blog again:D that's what we call followers rite? hehe

@tomato girl:
haha, salam kenal ye. btw, i will post it as soon as possible since ianya sudh disiapkan, namun belom tiba waktu nk post it to blog:)) tunggu ye. haha. keep it waiting and guessing what will happen next! about the fashion, i'm just a simple girl laah! haha;DD

@brutal solo:
nice name;D haha. anyway, hrus bersambung, biar surprise:D nntikan smbungannya ye. well, ni bukan laman astro, namun laman cik fifiey lychee maration. hahahhaha.

@

Guy's said...

fifiey novelis to be true..
:) love ur writing..

maisyara Pot! Pot! said...

jap lagi balik dari kampung, sambung baca dekat perenggan 3. heheh. xD

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@guy's: tengkiyuu lots yaa;) keep waiting for the next part!

@Maisyara pot pot:
haha, okeh okeh, sila smbung nnt ada masa luang:)

Marya Hana . said...

hai tenx cz visit blog i.. :)

aha, nak bagitahu, u punye baju kebaya hitam tu, sebijik macam i punye taw!

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails