Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, September 18, 2010

2ND SYAWAL 2010 BY FIFIEY LYCHEE MARATION


Sambungan cerita dari part yang pertama iaitu 2 Syawal pula. Saya pasti walaupun sudah menginjak ke hari kedua syawal, namun, lagu raya, filem raya, baju raya, serta biskut dan makanan raya masih tidak luak dan juga jeluak untuk dilihat, dipakai dan dimakan. Pasang je radio tak kiralah radio hot fm ke, era ke, fifiey ke, ups, takde ye fifiey itu tambahan saya sahaja, anda pasti dapat dengar lagu-lagu raya yang sangat syok untuk didengar. Muka menghadap tv pun pasti dapat dengar lagu-lagu serta takbir raya yang mengusik jiwa. Mood raya akan bertambah, sambil tu kita dapat lihat suasana malam raya dengan budak-budak kecil menjerit-jerit main mercun, berlari-lari ke hulu ke hilir serta para ibu pula sibuk memasak di dapur untuk menjamu menu buat besok hari. Almaklum, masih dalam mood rayalah katakan ye. Pasti ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sama ada di pantai timur, pantai barat, selatan dan juga utara. Raya kedua masih bertapak di rumah kerana memang niat dari awal mahu menjamu makan sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang. 

Awal pagi lagi bangun walaupun tidur agak lewat pada malam raya kedua tersebut akibat tolong apa-apa yang patut buat kerja dapur, almaklum perempuan kan, so nak tak nak kena buat jugak la. Ragu-ragu??? Hey, setakat potong , campak bahan dalam dalam kualli tu saya boleh buat la. LOL;DD lebih pun boleh tapi kena expert diri dulu kalau tak akibatnya makanan tersebut tak dimakan orang la dan itu sesuatu pembaziran pula namanya. Sambil-sambil buat kerja dapur, seperti biasa malam-malam memang riuh lah di rumah dengan suara-suara mercun seiringan dengan suara manusia menyanyi, menjerit dan juga macam-macam "men" la..haha. Kalian di luar pasti punya cerita menarik juga. Nanti kalau punya waktu terluang, pasti saya berkunjung ke ruangan anda dan membaca setiap cerita menarik dari anda.

Raya kedua saya serba hijau ok! Memang suka warna natural ini. Nampak sangat mesra alam. Di sebelah tu, yang warna merah merona itu, itulah Putera Eedy Mega, jejaka hot dari keluarga Mr. Raja Sazali:D Hot nya tu tak tahulah berapa degree  celcius, harus tanya pendapatnya pula.


Foto kenangan keluarga pada hari raya kedua. Tak suka gambar ini sebab my second bro was not in the right costume. lol:DD and abby, she's not smiling at all..arghh..


Abby and me. Suka bergaya di tiang kesayangan ini.

Antara menu yang dihidangkan pada hari kedua, roti jala, ketupat, rendang, nasi minyak serta lauk pauk, puding caramel, dan bayak lagi lah kuih muihnya:)) sangat menyelerakan!

Antara tamu-tamu vvip yang hadir pada hari kedua. :DD

The sweet couple forever! May God bless u with happiness!

Bergaya dengan motor yang saya fikir sangat antik!!!

Teliti mendengar kisah penceritaan oleh tetamu yang hadir, Saya juga tak pasti apa topik yang dibualkan:D


Aksi abby makan, ini candid dan real dia punya aksi.. amacam??? ada gaya tak??


Orang lain sibuk di luar layan tetamu, dia masih tercongok depan tv semata-mata tengok cartoon, haish, siap salin baju lain lagi tau, panas katanya pakai baju yang sama dari pagi. 

Dari kiri: Arisha, abby dan saya. Berat juga si budak abby ni, apatah lagi 24 jam mesti ada je makanan yang disumbat dalam mulut, macam mana lah berat tak naik. Tapi she's maintain cute:D


Boleh cam antara senyum paksa dengan senyum original dari abby, dan inilah senyum paksa namanya. Katanya dia malas berfoto, mahu sambung tengok cartoon. haha.


Raja Tengku Putri Anis turut meluangkan masa untuk berfoto bersama.

Si Fifiey Lychee yang tak lekang dari senyum. Cerita pasal nama dan gelaran Fifiey Lychee, pasti anda-anda sekalian mahu tahu sejarahnya, tapi masih belum saya ceritakan, mungkin suatu hari nanti saya ambil peluang untuk menerangkan sejarah di sebalik nama tersebut. ok??

RTP Farra Arisha yang semakin tinggi dari walhal saya bergelar kakak kepada beliau. Haish, tak boleh jadi ni.haha.

Semuanya menghijau di bumi. Sesuatu yang tak dirancang, kebetulan semata-mata!

Sambil memnonton, makan sambil itulah juga kami berfoto!!! hey hey hooray:DD

Last but not least, again, kami mahu bergaya dengan gaya natural dan sangat alami, hijau membawa tuah di bumi. :D

Kalau bab letih? tak payah cerita lah, sebab tamu berkunjung tiba dari pagi sampai ke malam dan malamnya lagi gerak gempur di dapur, jadi bayangkan bagaimana jadinya kami pada hari kelapan setelah selesai semua acara open house ini? ahh, pastinya tidur berbunyi, sangat dan teramat lena sampaikan ayam berkokok dengar ibarat gurindam dari Siti Nurhaliza yang lagi mengasyikkan suasana tidur. haha. Anyway, sampai di sini sahaja cerita Hari Kedua jamuan rumah terbuka kami. Nantikan sambungan cerita jamuan rumah terbuka di hari ketiga pula:D Sampai ertemu lagi di lain watu dan ketika. Jum rehat minda dan otak sebelum menjalankan kerja? hehe. Have a great day too all of u ya.!

Salam Lebaran,


5 comments:

naz said...

muka semua lebih kurang kalau salah culik macam mana? hahaha selamat hari raya ke 2 pula :)

Fakhrur Razi berkata said...

huhu like sister like little sister @@"
huhu sedapnya rendang ketupat roti jala =.="

hamzah ian said...

seyes adik ko cun.. bile da besar bgtau.. hahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@naz:
haiyya, itu akan menjadi masalah besar, tp alhamdulillah, takde lg kes kes culik menculik terjadi kat kitorg..haha..lgpun, msing2 punya bodyguard sendiri..wakakakkakakka;DD okeh naz, selamat hari raya kedua(entry je raya kedua, tapi dh lebih sbenarnya.) haha.

@fakhrur razi:
uiks, like sisters, like little sisters..u r exactly rite..lol;DD jum la makan raya, tunggu nnt raya haji plak ye..nnt fifiey undang rakan2 blogger!!:)

@hamzah:
haha...dh besoo nnt ,mestila ada yg cop..haishh, skrg pun dh ada calonn tau:p wkwkkwkw..hahahhaha

penaberkala said...

cute la abby nih, nk buat adik ipar pun xde adik,kah3

btw, seronok je nampak one family braya.meriah sakan
terliur tgk menu tuh,haha

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails