Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, August 26, 2010

RAYA DALAM KENANGAN CONTEST BY : POET DUSUN BAYU




JOM SEMUA PAKAT JOIN CONTEST RAYA DALAM KENANGAN ANJURAN POET DUSUN BAYU. UNTUK MAKLUMAN LANJUT, SILA KE RUANGAN INI : Contest Kenangan Raya


Foto Lebaran Aidilfitiri 1430 hijriah bersamaan Tahun 2008:) 
Dari kiri : Fifiey (saya), Bro Hussin, Abby dan Arisha.

Terdapat pelbagai foto di galeria foto saya, namun , antara banyak-bayak foto tersebut, saya telah memilih foto ini untuk dimuatkan dalam ruangan contest pada kali ini. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan penganjur contest ini iaitu admin of poet dusun blog iaitu Encik Azwandy Muhammad (Maaf atas kesilapan mengeja nama) seperti yang telah dinyatakan di banner tersebut. Beralih kepada sejarah foto ini, saya sentiasa mengenangkannya kerana pada waktu ini yang merupakan saat kami semua meningkat usia remaja dan bagi si bongsu juga beliau telah mengenali akan saat-saat ke alam kanak-kanak yang sentiasa meriah adanya setelah tamat 30 hari berpuasa. Kami semua berbuasana berwarna hijau pucuk pisang. saya tahu, itu satu warna yang agak "berkilau" dan menyucuk mata memandang, namun tidak mengapalah ia tetap nampak menawan:) hehe. Pada waktu ini, si bongsulah yang mengajak kami berempat berfoto dengan semangatnya yang berkebaya baru, dan pada waktu ketika itu, bonda sedang sibuk menyediakan juadah raya, manakala ayahanda pula sedang sibuk memakai samping ala-ala lelaki melayu terakhir. Haha, itu adalah ayat rekaan FLM sahaja, jangan terpengaruh! Itu sahaja yang dapat diceritakan pada kali ini, Berharap lebaran pada kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini seluruh kaum kerabat dapat berkumpul kerana pada tahun 2008 seperti dalam foto yang di atas, kakak kami, tidak pulang beraya kerana mempunyai urusan di luar kota, dan pada waktu itu beliau berada di Aceh. Begitu juga dengan anda semua di luar sana ya, selamat menjalani ibadah puasa dan juga selamat berhari raya kelak dengan gembira dan penuh rasa syukurnya.




Teman-teman yang saya tag adalah seperti tertera berikut:
1. Puteri Hati
2. myZul
3. mr.shark
4.sis merah jambu
5. mr. fickry


Cara menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:
Anda hendaklah *membuat satu entri yang bertajuk Raya dalam Kenangan *masukkan satu gambar semasa hari raya tersebut. Anda juga hendaklah *menceritakan secara ringkas kenapa hari raya tersebut yang paling anda kenangkan.

ANTARA SYARAT-SYARAT YANG WAJIB UNTUK DIPENUHI:
Tema: Raya dalam Kenangan


Syarat-syarat Peraduan Raya dalam Kenangan.
1. Mestilah warganegara Malaysia. (done)
2. Membuat satu entri yang bertajuk Raya dalam Kenangan. (done)
3. Masukkan satu gambar sahaja yg berkaitan dengan hari raya yg anda kenang. (done)
4. Ceritakan secara ringkas; menarik sebab hari raya tersebut sentiasa anda kenang. (done)
5. Gambar hendaklah asli, bukan diciplak daripada internet. (done)
6. Anda boleh meng"edit" gambar yg anda mahu masukkan dalam entri tersebut. (done)
7. Dalam gambar tersebut tidak kisah sama ada gambar anda seorang atau gambar beramai-ramai. (done)
8. Masukkan poster Peraduan Raya dalam Kenangan ; "link" kan peraduan ini dalam entri anda. (done)
9. Seperti peraduan yang lain, anda juga hendaklah menjadi follower blog Poet Dusun Bayu. (done)
10. Untuk memastikan Poet Dusun Bayu mengetahui anda menyertai peraduan ini, sila tinggalkan komen ; link entri Raya dalam Kenangan yang anda buat di entri ini. (will do soon)
11. Anda juga perlu tag 5 orang rakan blogger anda utk menyertai peraduan ini. (done)
12. Sekiranya ada perubahan, Poet Dusun Bayu akan maklumkan kepada anda. (ok)



Tarikh Tutup Penyertaan:
4 September 2010 bersamaan 25 Ramadan 1431H
Keputusan pemenang peraduan ini akan diumumkan pada:
6 September 2010 bersamaan 27 Ramadan 1431H



                            Lots Of Love,

10 comments:

AngahSayang2314 said...

wah macam best jer.. nanti angah cuba cari gambar dulu ye lepas tue angah try joint hehehe

Azwandy Bin Muhamad said...

salam...

Thanks ye join cntest saya... Oldschool je gambar tu..hehe... nice... Thanks ye...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak angah: salam sis:) yeh, i think its a best n unique contest to be joined by everonee:) jom join jugak..:D then fifiey nk tgk how will be urs:)

@mr.azwandy: salam kembali

its a great pleasure:) mmg oldschool..haha..n i'm look like in old style fashion:) foto tu diedit jd old sepia photo:) u r welcome again:)

Pencacai Alim said...

tgh mncari gmbar candid hari raya..mcm mau join jgak..hikhik

shark said...

thanx fifi sudi tag..
cm best jer rasa ada org tag:)
pic mahal tu
kita tgk saper yg mnang:)

Dark Half said...

tgk gambar tu cam tgk gmba tahun 50-an. best la efek oldskool tu

ASaDa RyutaRo said...

hoho.. nampak macam best je contest ni. tapi tak ada gambar kenangan raya yang best dalam simpanan ni. adeh..

apa-apa pun.. gud luck! =)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@pencacai alim: sila sila turut join sama:)

@shark:mana ada mahal pun..the old one! haha..join la jgk.

@dark half: since i nampak muka kitorg pun tak moden sgt, jd i terus buatkan efek oldskool tu! haha..ternyata ramai suka.dan ia keliatan sgt lucu.ala2 gambar waktu ennek2 zaman dhulu berchinta:D

@asada: maybe next time u can join it..thnks for wishing me luck..haha.

Aidi-Safuan said...

ala, tak tag aidi-safuan pon... :(

.s.o.f.i.a. said...

cantik gambar tu!!!! teringat zaman raya dulu2.......

good luck!!!!

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails