Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, August 31, 2010

Melodi Memorabilia Merdeka


Aku anak merdeka!!!

Kecut perutku,
Hampir terbelah jantung ragu,
Mendengar bunyi seolah bom meledak,
Walhal itu sekadar mercun buatan Siam,
Bukan ledakan kejam di Palestin kusam,
Tetap di malam itu ada yang egois,
Mengaibkan khazanah negara,
Memang, ia sekadar jalur berwarna,
Namun, tak seharusnya kalian mempersendakan,
Apatah lagi bermain muno,
Mudah kau kini bersorak riang,
"MERDEKA" sana sini,
Sambil meraikan pesta ala-ala "PARTI MERDEKA MAKSIAT"
Jerit kau kalah kambing di kandang mengembek,
Anak merdeka tanpa tahu jerih payah,
Kerana urbanisasi melanda punah,
Kau ada segalanya buat kini,
Tak lagi kau kenal siapa pendeta, siapa pendekar, siapa penjajah!


Saat aku enak dibuai bayu malam,
Menghadap cahaya bintang berkelipan,
Dan bulan seolah menyanyi riang,
Seakan tahu 53 tahun lampau melodi berkumandang,
Di radio berlagu tak curang,
Di televisi yang masih tiada warna berkelip-kelipan,
Begitu heboh bukan sekadar se-Malaya,
Namun, seantero dunia.
Menunggu berita para pendekar Malaya,
Membawa khabar dari jauh berjuang,
Pertaruhan nyawa siang dan malam,
Makan tidak semewah sekarang,
Apatah lagi kau persoalkan tentang privasi diri,
Membuatku menangis mengesak suram,
Walau aku bukan anak zaman 1950-an,
Layar lebar mengajarku untuk merasakan,
Walau secubit pahit penjajahan kejam,
Supaya aku tidak terus dibuai nafsu takbur,
Kemewahan duniawi yang seolah merasuk muda-mudi.


Aku juga tidak faham,
Berjuang kenapa perlu takut?
Tak perlu tunduk kepada penjajah,
Jangan sesekali rebah mengalah,
Kenapa waktu penjajah mengatur bicara kau terus berkata ia?
Kau ambil pena,
Lantas laju kau menandatangani nama,
Terus, kau tunduk kepala hormat setia,
Mengapa tiba waktu puak-puak kita menjunjung kata,
Bertikam lidah jadinya?
Tanpa ada pancawarna kasihan,
Lantas, kau disadarkan oleh rakyat,
Yang ingin memartabatkan kau,
Menjadikan duniamu tunjang dek akal kita,
Bukan akal-akalan penjajah yang inginkan kehancuran.
Jepunkah dia, Britishkah dia, Belandakah dia, aku persetankan!
Apa kuhirau!!!

 Emasnya masa, mahalnya ia,
Kerana tak sesekali menunggu kita,
Andaikan saja aku hidup di zaman mereka,
Pasti ku gegerkan cerita masa lampauku,
Derita duka bangsa dijajah,
Supaya generasi era globalisasi,
Tidak hidung tinggi dengan kebebasan burung melayang,
Malah terus perjuangkan demi memartabatkan,
Maruah para pejuang bangsa yang semakin dilupakan,
Sadarlah, aku tak meminta atau memaksa,
Untuk kau terus menatap muka buku sejarah,
Berbangga dengan tugu perjuangan dibina dari batu marmar,
Kau ambil, rangkullah perjuangan mereka,
Sebagai tanduk kepada perjuangan hidupmu kelak,
Di saat mungkin suatu ketika nanti,
Sekiranya tanahmu kembali bergelimpangan kekecohan,
Ambillah ini sebagai iktibar,
Petiklah ini sebagai semangat juangmu,
Supaya tidak terus layu,
Kau bukan bunga,
Kau harimau perkasa,
Terus maju tanpa menunggu detik masa!


Aku, anak dua alam,
Bukan ku maksudkan alam ghaib dan alam manusia,
Namun, akulah anak jati MALAYSIA dan INDONESIA!!!
Ilham anak tanpa secalit debu penjajah,
Memoir tayangan "1957 HATI MALAYA"


RTP FARHANIS SHAFIFI-31 OGOS 2010



Memoir Filem di Layar Lebar "1957 Hati Malaya"


Beliau gah dengan ciptaan jalur gemilang yang menyunting semangat para pejuang bangsa apabila melihat ia terus kukuh berkibar, walau jauh di ruang angkasa!


SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-53!!!




Lots Of Love,




8 comments:

Puteri Dyla Qistina said...

suka :)

"supaya generasi kita,
x hidung tinggi dengan kebebasan.."

Salam kemerdekaan dari Warkah Bonda untuk FIfiey :)

iQaChumel said...

fifiey...
nice sangat.. :)
selamat hari kemerdekaan.
bangga kan jadi rakyat melaysia

shark said...

cayalah fifi..
pasni leh wat lagu plak ek

AngahSayang2314 said...

salam fifi

selamat hari merdeka gak...
merdeka..merdeka..merdeka..

NUNU EERA said...

salam merdeka..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@puteri dyla qistina:
terima kasih atas ziarah anda ke laman fifiey buat sekalian kalinya:)

suka? wahh, terima kasih sekali lagi, nanti puisi baru baca lagi:)
yes, sebab i saw people nowadays, makin hidung tinggi dan bongkak, kalau bukan orang zaman dahulu yang memerdekakan negara, mungin kita merdeka dan harap2 setelah merdeka ini, tidak ada lagi sampai negara kita "terjual" buat penjajah. Mana tahu, peristiwa berulang kembali. Jadi harus ambil iktibar bukan?

Salam kemerdekaan juga buat warkah bonda:)

@iqa chumel: yes syg:) terima kasih:) selamat ulangtahun kemerdekaan Malaysia:)
Yes, i really proud to be half of Malaysian:)

@shark: buleh buleh, kito buat lagu kelate yang baru ko macam mano? hehe.

@angah syg:
salam buat angah yang sudi ziarah fifiey:) alhamdulillah negara sudah merdeka. kita? merdeka...merdeka....merdeka!

nunu eera: salam merdeka juga eera:) terima kasih ziarah fifiey:)

sweetie2010.blogspot said...

wah Patriotiknyer...
i'm proud to be malaysian

Selamat hari Merdeka ke 53. semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.

herizal alwi said...

Lovely words

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails