Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Wednesday, August 4, 2010

THE INTERNATIONAL ROYAL CULTURE & ARTS SRI RATU SAADONG VII





    “ kutinggalkan darjat, Kutinggalkan saudara,
kutinggalkan harta,kutinggalkan rakyat,
Kutinggalkan negeri,kutinggalkan segalanya,
Merajuk diriku sehelai sepinggang,
Lalu aku pulang mendayung kodek  untuk berlabuh ketempat asalku,
dimana bumi ku berpijak,
disitu langgit ku junjung,
Sesudah itu aku bersumpah tidak akan ku injak lagi,
negeri Cik Siti Wan Kembang sehingga cukup tujuh keturunanku
di masa sejarah berulang kembali ”

-Lafaz Puteri Saadong 420 tahun-



PELANCARAN BUKU "SRI RATU SAADONG VII"




















PEMASYHURAN GELAR DAN ULANGTAHUN KEPUTERIAN SRI RATU SAADONG VII KE -24















KUNJUNGAN KE PUSAT KRAFTANGAN , KOTA BHARU KELANTAN.















MALAM PUISI SAADONG






















Puji syukur ke Hadrat Tuhan seantero alam atas kurniaan dan kejayaan yang telah dikurniakan. Pada tanggal 7-10 Jun kemarin telah diadakan 3 buah acara yang bertempat di PCB RESORT, KOTA BHARU . Pada 7 Jun telah diadakan acara penyambutan Tetamu dari luar negara yang dihadiri oleh pelbagai lapisan iaitu para Raja dan Sultan, Para Bangsawan dari Indonesia serta para pengkaji Sejarah dan pada malam 7 Jun itu juga telah diadakan acara pelancaran buku "SRI RATU SAADONG VII" tulisan oleh Ayob Mamat. Kini buku tesebut telah diedarkan ke seluruh Malaysia. Kejayaan dengan tercapainya hasrat Raja Tengku Putri Anis sendiri untuk merungkai kembali kebenaran akan beberapa perspektif yang mungkin boleh "membetulkan" fakta Sejarah seiring dengan amanat dan wasiat leluhur yang telah dipegang sejak turun-temurun. Pada malam 8 Jun 2010 jam lebih kurang 11 malam genaplah Raja Tengku Putri Anis berusia 24 tahun dan genaplah juga sumpahan Puteri Saadong ke atas Negeri Cik Siti Wan Kembang setelah baginda berhijrah ke Aceh dengan memegang gelaran lain iaitu "Puteri Hijau"  dan meninggalkan zuriat Ratu Dhimas Dam Namkrit iaitu keturunan pertama Puteri Saadong.Pada malam itu juga telah diadakan pemasyhuran Gelar Sri Ratu Saadong Vii  oleh keturunan yang terkait dalam carta salasilah SRI RATU SAADONG VII atas tamatnya sumpahan
berkenaan. Titik ternin acara terbabit telah disusuli dengan pelbagai adat dan istiadat yang diperkenankan. Pada keesokan harinya pula Jemputan oleh Pengarah Pelancongan Negeri Kelantan untuk bersama-sama meraikan para tamu luar negara untuk lebih mengenali adat dan tradisiserta hindan atau juadah yang ada di kelantan. Rombongan telah dibawa ke Pusat Kraftangan bagi melihat sendiri bagaimana pola dan cara hidup masyarakat Kelantan hidup dan bagaimana negeri yang pernah diperintah oleh Raja Perempuan Puteri Saadong 420 dahulu ataupun di negara mereka Puteri Saadong dikenali sebagai Puteri Hijau.Sehubungan dengan itu, prasangka buruk mereka terhadap Negeri Kelantan yang melanda pelbagai krisi dapat dibetulkan. Pada malamnya pula, tanggal 9 Jun 2010, telah diadakan Malam Puisi Saadong yang mana dikumpulkan dan disyairkan sendiri oleh SRI RATU SAADONG VII berdasarkan catatan puisi dari manuskrip peninggalan Puteri Saadong yang terjemah sendiri oleh Raja Tengku Putri Anis. Seniman Tanah Air seperti Roslan Madun yang popular dengan lagu Sungai Pahang dan juga Abdul Hadi Ysof yang terkenal dengan kemegahan sajaknya. Suatu kejayaan besar bagi kami, seluruh kaum kerabat yang terlibat untuk memenuhi acara pada ketiga-tiga malam ini dan kami amt bersyukur kerana acara berlangsung dengan begitu lancar dan jayanya.


Anda yang tinggal di kelantan dan umumnya di Malaysia pasti tahu akan sejauh mana kebenaran kisah Puteri Saadong yang dikatakan terhenti setakat di Gunung Ayam sahaja dan kemudian ghaib tanpa meninggalkan jejak apatah lagi keturunan. Namun, tidakkah kita kaji sejauh mana kebenaran Sejarah yang ada pada hari ini, adakah benar ataupun tidak, manalah tahu, kita tidak hidup di zaman ratusan tahun lampau. Kini telah banyak sejarah palsu dan mungkin ini bakal berterusan sehingga ke lapisan generasi seterusnya jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengkaji dan melangkah sejuta tapak kehadapan untuk memegang pena, untuk membuka lembaran kuno, untuk menyelidiki sendiri tanpa menunding jari terhadap seisapa sahaja yang telah mengkaji. Waktu pengkajian seharusnya dari ulu namun, mengapa sejarah palsu tetap aa? Adakah kerana dengan hamburan wang? Adakah kerana tunduknya anda dengan negara penjajah ketika dahulu? Bukalah mata, bukalah mhati , Bukalah minda. Yang terang akan jadi malar kalau tidak disuluh. Oleh yang demikian kemunculan SRI RATU SAADONG VII bukanlah membawa nama, bukan membawa gelaran, bukan membawa kemegahan keturunan, tapi membawa satu hati, satu jiwa, satu rumpun bahasa, adat dan budaya serta kebenaran akan sejarah pengkisahan tentang PUTERI SAADONG.


Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi SRI RATU SAADONG VII sendiri untuk mengetahui akan persoalan-persoalan mahupun jawapan bagi soalan yang terlintas di fikiran anda.














DAPATKAN SEGERA!!!



Lots Of Love,




9 comments:

Khairunnisa' said...

Fifiey, you look gorgeous with green songket, awww! ♥ You look beautiful, dear.

Nak tanya, barang apakah yang adik-beradik berikan kepada RTPA? :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak nisa syg:tenkiyu tenkiyu^_^...nk tak songket camtuu??i'll design 1 for u..itu pakaian adat♥....

haha..barang pesaka..takdela, it just a joke...some of the sweet present to be given to my sis...haha..nk jugak??tunggu ur birthday ye..muahahhaha:D

Che Armster said...

uiii... patut la senyap.. ada majlis rupanya :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@che amster:wah, ni yg lama punya eventla.cuma bru sempat update.fifiey tak mnyepii pun..sentiasa ada..just a little bit bz with lots of activities around...;)

penaberkala said...

cik fifie asal kelantan ka?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@penaberkala:i was born in kelantan but we'd stayed around..almaklum, byk penghijrahan...:))

sweetie2010.blogspot said...

Salam Fifiey,

Seronok Kak Sweetie lihat gambar-gambar sempena majlis Sri ratu Saadong VII.Gambar sempena PEMASYHURAN GELAR DAN ULANGTAHUN KEPUTERIAN SRI RATU SAADONG VII KE -24 dan Terutama fokus pada gambar Fifiey sekeluarga manisnya...dan bajunya/tiara hebat.

Terlepas sudah lagenda Puteri Saadong 420 tahun yang lalu.Bagaikan kisah Mahsuri membuat sumpahan selama 7 keturunan. Semuanya telah tamat.Keturunan Puteri Saadong kembali mewarisi semula dari nenek moyang mereka. Tahniah dan semoga semuanya baik sentiasa dan selamat.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak sweetie:
thanks for ur time to look for all these:) n for the commenting too..well, amin, syukur alhamdulillah semuanya hajat dan niat telah terlaksana. dan sumpahan tersebut juga telah tamat. semoga dengan kemunculan ini membawa seribu keberkahan bukan sahaja buat rakyat kelantan namun di persada nusantara teruatamanya...amin ya rabb.

Khairunnisa' said...

That one tak pernah lagi Akak tengok di sini, the design that is. Did you make it by yourself? ;O Songket RTP Farra pon comel juga. Okay, actually semuanya comel-comel belaka, RAWR! The guy with yellow songket itu kanda kamu ya, Putra Mohd Hussin? He looks different.

Pssh, Akak pon memula ingatkan barang pusaka :P

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails