Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, July 3, 2010

SEKADAR MENGIKUT ARUS DEMAM FIFA WORLD CUP 2010.

 Hye dan Salam WORLD CUP 2010.



Salam sekali lagi buat semua pembaca blog ini. Di sini Cik Fifiey Lychee Maration ingin mengupas sedikit sebanyak tentang satu wabak mahupun virus yang merebak sekarang ini iaitu satu jenis demam yang tidak begitu bahaya namun mengakibatkan banyak PRO & contranya . Nak tau apa gejala demam tersebut namanya? Oh itu merupakan demam BOLA SEPAK sempena WORLD CUP 2010. Cik Fifiey tak suka bola tapi Cik Fifiey suka mengupas akan isu semasa kalaulah jika berpeluang dan mempunyai banyak waktu untuk Blogging sebab kalau kita tidak ber'mood' ok nanti hasilnya juga tidaklah ok untuk dibaca.


Seluruh dunia tidak kira di pelusuk manapun tahu bahawasanya bersamaan 11/6/2010 bermulanya yang menjadi gelanggang kepada 32 pasukan bola sepak negara yang tersohor beradu tenaga dan nasib sehingga 12/7/2010.Sebagai efek positifnya pasti anda-anda yang tinggal di kota-kota besar bakal gembira kerana kurangnya masalah kesesakan lalulintas dan tahap trafik negara juga terkawal. Selain itu bagi yang suka lepak ataupun window shopping di mall-mall, pasti anda akan berasa sangat bebas kerana pengunjung-pengunjung yang biasanya akan terperap di rumah untuk menunggu aksi para pemain bola dunia bertindak! Dan sudah pasti banyak makanan-makanan ringan yang boleh anda makan sambil menonton bola. Selain itu, yang baiknya lagi, sudah pasti ukhwah diantara para peminat bola sepak ini dapat terjalin, dan kaum keluarga serta sahabat handai boleh sering berkumpul menonton bersama.




Bagi efek negatifnya pula , bagi yang  benar-benar gila bola, mereka lebih suka berkumpul ramai-ramai di warung kopi, mahupun di kelab-kelab bagi mempertaruhkan sama ada pasukan yang mereka minati tersingkir ataupun tidak. Ada juga diantara mereka mempertaruhkan wang semata-mata demi menampakkan kesungguhan bahawa mereka adalah penyokong setia bagi sesuatu pasukan terbabit. Ini boleh menimbulkan suatu pergaduhan besar sekiranya tiak kena cara. Mungkin bagi yang benar-benar fanatik, mereka amat marah akan sesuatu kekalahan dan sekaligus "hutang" yang mereka pertaruhkan tersebut tidak terlangsai. Begitu juga apa yang kita dengar, seringkali terjadi perbalahan besar tidak kira secara langsung di stadium mahupun ada juga di warung-warung kopi(bagi kita di Malaysia terutamanya) yang bersifat tidak professional dan mengambil kekalahan itu sebagai satu ruang bagi memburukkan keadaan pihak lawan. Yang mana mungkin gejala vandalisme boleh berlaku seperti contohnya mereka lempar-melempar, baling-membaling botol,batu,mahupun kertas-kertas ke arah peminat fanatik sesuatu pasukan yang memperoleh mata. Ini suatu gejala persaingan yang tidak sihat. Apa-apa je la, yang penting kita sebagai rakyat Malaysia di bawah naungan negara yang aman, tidak boleh menunjukkan sikap yang sedemikian rupa walaupun kita sebahagian peminat majoriti fanatik bola sepak dunia.







I pakai sepanduk MALAYSIA namun almalangnya Malaysia tak pernah masuk World Cup. Tidak mengapa ini sebagai semangat bagi para pemain bola sepak tanah air untuk melangkau ke bola sepak dunia suatu hari nanti:)






Ini waktu Cik Fifiey Lychee Maration bermain mewakili Pasukan England. Percaya tak ? Sudah pasti tidak kerana I sudah yakin kalian semua di luar sana pasti sudah tau yang I ni KAKI BANGKU. but babe, it's normal la kalau perempuan kaki bangku.betul tak? Hehe, foto ni Cik Fifiey edit. Ala, bagi la I rasa macam betul-betul di tengah padang dan bermain seorang diri lalu berjayalah I menyumbat beribu-ribu gol!!!! Ceh, kalah Christano Ronaldo kan?hehe




Antara nama-nama besar pasukan dunia yang menjadi pilihan ramai "voters" untuk menjuarai  FIFA WORL CUP 2010 kali ini adalah mengikut analisanya Brazil dan juga Sepanyol. Namun pada pertandingan  suku akhir FIFA WORLD CUP 2010 yang berlangsung malam tadi tanggal 2 Julai 2010 Brazil telah terdahulu mengalami ketewasan 1-2 dengan pasukan Belanda. Jaringan tunggal dilakukan oleh Robinho. Menurut sumber daripada bahan berita yang Cik Fifiey baca, pemmain bola sepak yang menerima bayaran yang tertinggi di dunia buat masa ini ialah Lionel Messi dari pasukan Argentina yang dijangka pada awalnya akan menjadi penjaring terbanyak. Selain daripada itu mata juga pasti akan memerhati kelincahan Cristiano Ronaldo, Kaka, Carlos Tevez dan Rooney yang bernasib baik tidak cedera seperti Nani, Ferdinand dan Drogba serta beberapa pemain utama yang lain. Mungkin juga pasukan dan pemain underdog yang lebih menyerlah kali ini terutama pasukan Afrika. Spain juga tiak boleh dikecualikan. 





Dalam WORLD CUP ni ade juga pingat  Kasut Emas tau dan mungkin gelaran tersebut kekal digondol oleh  Cristiano Ronaldo. Beliau merupakan pemain bola sepak termahal yang dibayar kira-kira US$ 130 juta an gaji paling tinggi di dunia dengan kira-kira US$15.5 juta walaupun usia baru menjangkau 25 tahun. Syabas buat beliau. 


Seterusnya, bakal beradu pula antara pasukan German-Argentina, Uruguay-Belanda, serta Paraguay-Spain. Kalau Cik Fififey tak minat bola, so, tak tahu lah di mana baik buruk, lemah kuat pasukan-pasukan terbabit. Kata orang hanya mengikut arus, orang suka kita pun suka la kan nanti kalau tak tahu apa-apa dicakap kuno plak..:)) Tapi mengikut firasat paranormal Cik Fififey Argentina vs Belanda nanti pada perlawanan peringkat akhir FIFA WORLD CUP 2010. But, we just can wait and see ok?


Di Sebalik Tabir Fifa World Cup 2010:


 Logo FIFA WORLD CUP yang menjadi semangat pasukan-pasukan dari seluruh negara beraksi.




 David Beckham yang mungkin digilai seluruh para fanatiknya. Berjaya memberi mata 1 gol walaupun pasukannya tewas dengan German 1-4 baru-baru ini. Untuk pengetahuan semua, beliau merupakan antara pemain bola sepak yang terkaya di dunia yang mempunyai aset kira-kira US$40 juta dan kini baru berusia 35 tahun^_^




Rusia vs Wales





it was real:)




Bulgarian action





With all spirits:))




look funny tapi sungguh luarbiasa:)




Aksi respond aripada para penonton layar lebar akibat kekalahan England:)




 Aksi daripada para fanatik bola sepak dunia.




Untuk kupasan yang lebih jelas, Tontonlah World Cup 2010 sehingga ke penamat dan nilailah sendiri adakah mutu pemain bola dunia lebih baik mahupun di ambang kejatuhan seperti apa yang telah terjadi kepada banyak pasukan besar yang telah tewas yang mana 2 diantara pasukan yang I kagumi iaitu Brazil dan England telah kalah. England tewas oleh German dengan kutipan mata 1-4. Mungkin ini suatu sabotaj, ataupun sekadar nasib tidak menyebelahi mereka ataupun mungkin akibat kecuaian mereka yang tidak menanggapi kelicikan pasukan-pasukan besar yang lain.Jadi apa pasukan pilihan teman-teman? Sama-samalah kita tonton dan lihat!!!








ADAKAH ARGENTINA vs BELANDA BAKAL BERADU NASIB DI PERINGKAT AKHIR FIFA WORLD CUP 2010???





keep it watching babe;)





 which team is this picture above belong to?




the best memorized of FIFA WORLD CUP 2010,


HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails