Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Sunday, July 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY BONDA :')



Bonda,
Hari itu berlalu dengan sepantas kilatan,
Hari itu aku masih bayi,
Aku masih bergelar balita,
Asyik alpa dengan sukanya ria,
Asyiknya bercanda menahan tawa,
Yang waktu itu aku,
Masih cetek pengetahuan,
Amat mendambakan ilmu sejati,
Kasih sayang yang suci,
Perhatian yang utuh,
Darimu, bondaku.


Bonda,
Kini aku sudah tumbuh dewasa,
Dari hari ini menginjak ke hari esok,
Tumbuhnya aku dengan sempurna,
Seutuh didikanmu, amanatmu, pesananmu,
Yang ku pegang untuk dijadikan,
Panduan tanda arah sebuah kehidupan,
Mencapai gemilangnya disusul nyata,
Berkat tadah tanganmu,
Yang ikhlas tulusnya mendoakanku.


 Bonda,
Aku di antara nak-anakmu yang mempunyai serba keinginan,
Aku mahu menjadi,
Seorang yang dibangga,
Seorang yang berjasa,
Seorang yang memenuhi sifat-sifat kemuliaan,
Untuk memenuhi amalan kehidupan sejagat,
Aku mahu terus bangkit,
Mengelola duniaku yang pantang mundur,
Selaras dengan keinginanmu.

Bonda,
Kau seorang wanita hebat,
Yang patut aku banggkan,
Usiamu di kala muda jua sudah mencapai semuanya,
ukhrawi duniawi semua dituntut,
Demi menjaga amanat leluhur,
Yang semakin hari semakin membisik nyata,
Tentang Amanat dan wasiat,
Yang perlu diaturkan,
Ketahuilah,
Aku amat bangga itu.

Bonda,
Sadarkah dirimu,
Kini menginjak lagi usiamu setahun,
44 Tahun melangkah sudah,
Namun keringat tuamu,
Masih lagi gagah,
 Doaku mengirimu,
Khusyuk tanganku mendah dan membisikkan ,
Kalimat terindah supaya,
Bonda sentiasa di bawah payung kerahmatan Illahi,
Mengucup dahi kami sebgai tanda kecintaan selama-lamanya,
Utuh bersama kitas ekeluarga,
Dengan amanat digalas bersama,
Dikendong membawa kejayaan di sini dan di alam sana.
Sujud syukur dengan lipat ganda kurniaan,
Dengan ehsan Yang Maha Esa,
Kurniaan yang tiada tandingan.


Bonda,
Kukucup dahimu,
Ku cium pipimu,
Ku peluk erat hangatnya tubuhmu, 
Tanda kasihku buatmu,
Utuh tiada tandinganmu,
Bonda,
Dengan secalit dosa kepadamu bonda,
Aku dengan sepenuh hati ingin memohon beribu kemaafan,
Tiada kata-kata lain,
Melainkan ungkapan kasih dan sayang,
Terhadapmu, 
Iringilah hidupku dengan keberkatan serta keikhlasan doamu,
Sesungguhnya,
Syurga itu di bawah tapak kakimu.



CATATAN TENTANG BONDA:
~RAJA FAUZIAH BT SYED YAACOB ABDULLAH
~DILAHIRKAN PADA TANGGAL 20 JULAI 1966
~SEORANG USAHAWAN BERJAYA
~ISTERI KEPADA RAJA SAZALI RAJA HASSAN
~IBU KEPADA 6 ORANG ANAK IAITU RAJA TENGKU PUTRI ANIS , PUTRA EEDY MEGA, TENGKU PUTRA MOHD HUSSIN, RAJA TENGKU PUTRI FARHANIS SHAFIFI (SAYA), RAJA TENGKU PUTRI FARRA ARISHA, RAJA TENGKU PUTRI SOLFIE SALSABILLA

klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA YANG KE-44











SALAM WARKAH BUAT BONDA,


16 comments:

sweetsal said...

selamat hari lahir untuk ibu mu, semoga panjang umur dan murah rezeki..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@sweetsal:terima kasih...amiin atas doanya:)

AkuChumel said...

fififififififi....haha..
Happy Birthday Bonda.haha
semoga panjang umo dan awet muda :P
kirim salam dekat bonda ya..
sentiasa doakan beliau

Khairunnisa' said...

Selamat hari lahir buat ibu mu yang tercinta. Sesungguhnya, beliau amat berbangga mempunyai anak-anak seperti kalian =)

Cantik, bijak, anak yang soleh & solehah (insha'Allah). Jagalah ibu dan ayah mu dengan penuh kasih sayang selagi mereka masih hidup di dunia ini...

sweetie2010.blogspot said...

Salam Fifiey, Apa khabar?

Walaupun Kak Sweetie bukan ibu Fifiey, tetapi poem itu begitu puitis dan menyentuh hati. Terasa begitu kasih dan sayangnya kamu pada ibu dan bertuah mendapat anak yang baik seperti kamu.

Moga Fifiey terus begitu menghormati ibubapa dan terus sentiasa berusaha menghiburkan hati mereka. Moga menjadi anak yg solehah. Happy belated birthday buat Bonda Fifiey ya.

thenocturnalzulkhairi said...

kalau aku ibu ko,
mmg menitik air mate aku nih :)

iwan fals! pilihan yg sangat tepat! :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@iqa:iaqaqaqaqa..thnks thanks a lotss iqa comel...nnt i sampaikan..yg aritu pun dah smpaikan..skalii lg la kena smpaikan..haha:D amiin ats doanya.terima kasih doakan..

@kak nisa:kak nisa..thanks for the wishing..insyaallah..terima kasih nasihat dan doanya:)akan fifiey smpaikan kpd bonda..

@kak sweetie:wassalam kak..alhamdulillah kabar baek:)

alhamdulillah ats kurnian bonda yang begitu baik buat fifiey dan semua anak2nya..well, anggaplah fifiey saudara kakak agar iakatan silaturahmi semakain dekat:)
insyaallah atas nasihatnya terima kasih juga ats ucapannya:) doakan kami semua selamat di bawah lindungan-Nya...

@zulkhairi:fifiey sediih dgr lagu iwan falls:') terima kasih sudi baca puisi dari fifiey...

AngahSayang2314 said...

fifif sampaikan salam & ucapan pada bonda fifi yer..

selamat hari lahir & semoga panjang umur dan dimurahkan rezekiiiii aminnn

K2r~90 said...

ibu adalah insan yang terindah buat anak , slmt hari jdi buat ibu mu

♥ifa tasya♥ said...

ifa letak link di post ifa yang baru .
leyh tgok kat sini
http://ifatasya.blogspot.com/2010/07/all-award-dan-contest-dari.html

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@kak angah:terima kasih yang tak terhingga ats ucapan dan doa..itu sgt fifiey hargai..nnt fifiey smpaikan slm beserta ucapnnya tu buat bonda:))

@K2r:terima kasih ats ucapan:) benar, ibu adalah insan yang sangat berharga...:')

@ifa:nnt fifiey tgk;)

cik cahaya said...

happy buffday for u mom... lambat wish.. hihihi... mUdah2an Panjang umur dan murah rezeki.. & & Happy selalu.. :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@cik cahaya:thanks a lots kak...;)nnt fifiey smpaikan..

miZz_nizZ said...

moge dpjgkn umo n dmrhkn rzki..hee=)

mummy alesya said...

salam hari lahir utk bonda

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

@mizz nizz & mummyaleesya:thanks yaa..:) doanya sgt dihargai^_^

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails