Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, July 10, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER...


Salam Pemikiran Islam...


Polisi Buru Ustaz Cabul
Kamis, 11 Maret 2010 | 11:12 WIB





Ilustrasi.
LHOKSUKON, KOMPAS.com — Kepolisian Resor Aceh Utara terus memburu Dallani (38), ustaz cabul asal Desa Geulumpang Umpung Unou, Kecamatan Tanah Jambo Aye, Aceh Utara. Lelaki itu kabur pada Selasa (9/3/2010) sekitar pukul 16.45 WIB setelah divonis 12 tahun penjara di Pengadilan Negeri Lhoksukon, Aceh Utara.
Ke mana pun ia lari akan tertangkap karena banyak masyarakat ikut mengintainya.
Dallani kini berstatus narapidana karena baru saja divonis terbukti secara sah melakukan pencabulan terhadap dua muridnya, Bunga (9) dan Melati (9), bocah asal Kecamatan Tanah Jambo Aye, Aceh Utara, sekitar tanggal 28 Juli 2009 lalu.
Kapolres Aceh Utara AKBP Herman Sikumbang melalui Kasat Reskrim Iptu Samsuddin, Rabu (10/3/2010), menyebutkan, setelah mengetahui kejadian tersebut, polisi langsung memburu Dallani. Bahkan, hingga kini polisi masih terus melakukan pencarian ke sekitar kawasan Lhoksukon dan sekitarnya. "Meski Dallani belum diketemukan, namun pencarian polisi hingga kini masih diintensifkan. Mereka masih berada di lapangan untuk menangkapnya, karena diperkirakan ia masih berada di kawasan Lhoksukon," kata Iptu Samsudddin. "Ke mana pun ia lari akan tertangkap, karena banyak masyarakat ikut mengintainya akibat perbuatan yang dilakukan."
Kejaksaan Negeri (Kajari) Lhoksukon, Aceh Utara, Zairida, SH juga mengungkapkan hal serupa. Menurutnya, Dallani bisa kabur karena kekurangan anggota dan petugas polisi yang mengawal mereka. "Kemarin banyak tahanan yang dibawa ke Pengadilan Negeri Lhoksukon, bahkan jumlah mereka mencapai 30 orang, yang menjalani proses persidangan. Informasi yang saya dengar, Dallani masih berada dalam kawasan Lhoksukon, kita berharap polisi berhasil menangkapnya meski ia sudah menjadi tahanan," kata Kajari Lhoksukon.
Diberitakan sebelumnya, Dallani (38), asal Desa Geulumpang Umpung Unou, Kecamatan Tanah Jambo Aye, yang sehari-hari menjadi ustaz mengajarkan anak-anak mengaji, diamankan polisi setelah dilaporkan kedua orangtua korban melakukan pencabulan terhadap bua bocah sekitar tanggal 28 Juli 2009 di kebunnya. (C37)









Kosmo Online, Tarikh 18 Mei 2010









KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.









Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit. (Kosmo)










16 pelajar dikesan hamil luar nikah


KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.


Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.



Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini.


Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.






Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.


Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.


Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.


Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak, katanya.


Sumber : Bharian.com.my








Ustaz dicekup separuh bogel

Posted on the January 30th, 2010 under Berita, Tempatan by johnjimat


KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan kekasihnya itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan panas dalam sebuah kereta di tempat sunyi.



Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.

Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.

Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.

Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan markas maksiat beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.

Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.

Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.

Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.

Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui ldan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

Sumber : Harian Metro





*sumber dan bahan cerita boleh didapati di laman website dan juga di keratan akhbar






gambar hiasan




Motif dan sebab Fifiey keratan tersebut ditampilkan:




- Supaya anda faham akan konsep sebenar Islam yang mana membawa kebaikan kepada semua tanpa melibatkan dan menghina agama lain. Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama
- Supaya anda semua sedar bagaimana untuk menilai seseorang bukan sahaja dari paras rupa, pemakaian, serta inci labuhnya sesehelai tudung yang dipakai namun, nilailah dari sudut mata hati yang putih lagi suci.
-Jangan mudah terpedaya dengan orang yang sok suci/alim walhal anak bini di rumah kelaparan.
-Jangan mudah menghina penampilan orang lain sedangkan diri sendiri juga tidak betul. Maka dengan itu sama-samalah bermuhasabah diri. 
-Bukan untuk mengutuk satu sama lain, namun tatapan ini untuk kesedaran semua dalam mengekspresikan diri dalam penilain sesorang.
-Sesungguhnya hanya Tuhan yang berhak dan layak untuk menilai, bukan manusia yang hanya pintar bercakap.
-Oleh yang demikian, jagalah keturunanmu, agamamu, pergaulanmu, adat istiadatmu supaya yang tidak berlaku yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. 
-Peganglah konteks yang berilmu dan beramal, yang beradab tidak melepaskan agama.!!!




Salam seruan,

5 comments:

~AmyLiana8886~ said...

islam pada dasar nama je tu..ustaz n ustazah yg xbertauliah..huhu...dont jugde a person by the cover..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

yes kak amy..
Fifiey amat kesal dengan seseorang yang hanya melihat sudut pandangan bg org bertudung sahaja yg baik. Mungkin fifi blum bertudung, namun kita pada suatu saat nanti akan melakukan amal kebajikan buat bekal di akhirat. Sedangkan nanti kita semua inilai oleh Tuhan bukan manusia yg hidup skrg yg nilai...So, janganla slg keji mengkeji..betul tak?

AkuChumel said...

peh adek fifi..haha
nice entry.betul tuh..
aih...tatau la apa nak jadi dengan dunia sekarang.maksiat merata rata.
nak tunggu musibah datang baru nak meronta ronta.tapi kini sibok bersuka ria.pusing..!
ustazah pun da mcm apa je.
betul betul..org sekarang suka pandang sinis klo ada someone yg xsempurna dr segi pakaian,etc..
sexy sikit...da kata jahat..
alim sikit..da tabik spring..
tasuke ah..cm x bertamadun..padahal xnilai dulu hati budi org tu..
huhu..panjang nya.. =.=

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

thnks kak aku chumel for the comment..the most important hati budi dan tindak tanduk serta amal kebajikan..pakkain bleh diubah, namun sifat keji mengkeji ibarat budaya sudh dlm kehidupan:(
sedih liat org yg pndai bertabligh namun cetek akal dlm pemikiran serta perkongsian ilmu..

♥ifa tasya♥ said...

FIFI , IFA ADE AWARD NIE.
TGOK KAT SINI YE
http://ifatasya.blogspot.com/2010/07/award-from-justkina.html

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails