Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, July 5, 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Hye dan Salam Keagungan Bahasa Dari Fifiey Lychee Maration



Salam 1 Malaysia, 1 Indonesia, dan secara amnya salam 1 nusantara. Kalau nak sebut negara-negara europe pun tak de hal, tapi bahasa yang I guna sekarang adalah bahasa yang dipahami nusantara khususnya.:) Apa berita di Malaysia yang tengah hot sekarang? Gosip artis, negara, atau pun parti politik? sam-samlah kita ambil tahu ya. Di sini Fifiey nak share berita-berita yang tengah hot yang berlaku di Indonesia sekarang. Badai berlalu telah memanaskan keadaan dengan berita tentang video "tidak sopan" antara artis yang Fifiey rasa memang popular di negara-negara asia ni. Mungkin ramai juga peminat dari Malaysia sudah beralih hati terhadap dua pasangan artis ini iaitu LUNA MAYA dan ARIEL PETERPAN. Luna maya yang mengacarakan rancangan Dahsyat di siaran RCTI. Siaran Inddonesia la..so, for the malaysian you can watch it via youtube ok. Well apa topik yang akan Fifiey bincangkan pada kali ini? Sudah pasti pengetahuan sumber idea mahupun kisah yang berlaku kepada Fifiey sendiri. I want people around especially you guys as bloggers know who is MISS FIFIEY:) I'm a normal person but trying to be abnormal.



Berbalik kepada tujuan dan niat asal I membuat entry baru pada petang yang indah ini adalah ingin mengupas sedikit sebanyak isu bahasa yang kita semua guna.  Mungkin benar apa kata orang, memartabatkan bahasa ibunda sangat penting supaya anak cucu yang akan datang tetap dan kekal mengetahui akan sejarah agungnya bahasa ibunda kita. Namun, selaras dengan kemajuan dan kemodenan yang kian terserlah di seluruh pelusuk dunia, maka kepentingan Bahasa Inggeris juga turut dititikberatkan. Begitu juga engan kelebihan-kelebihan bahasa lain. Jika anda berminat untuk belajar bahasa asing, go on. Ini satu kredit bagi anda untuk bukan sahaja memperluaskan pengetahuan bahasa, namun bakat anda lebih terserlah berbanding orang lain yang hanya mahir dengan bahasa ibunda mereka sahaja.




Selaras dengan pengetahuan bahasa anda yang lebih menjurus kepaa bahasa asing, perlu diingatkan juga bahasa ibunda harus tetap di hati supaya anak cucu nanti akan terus kekal dapat menutur Bahasa Melayu dengan baik yang telah diabadikan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman lagi berkurun abad lamanya. Bagaimana bahasa-bahasa yang telah lama diwujudkan tahan dan kekal digunakan sampai sekarang? Satu daripada beribu alasan, adalah kekuatan perjuangan para bangsawan dan juga sasterawan Negara yang mengagungkan Bahasa kita dan turut dipelajari oleh warga asing yang begitu berminat dengan bahasa kita. Mengikut pengalaman Fifiey sendiri yang mana Fifiey adalah  kacukan Malaysia-Indonesia. Jadi apabila pulang ke Indonesia ramai yang begitu tertarik dengan keagungan bahasa kita dan komentar mereka yang dilontarkan kepada Fifiey adalah sangat unik dan mudah untuk dipelajari. Bahasa kita adalah antara bahasa yang paling sopan dan halus untuk dibicarakan. Mereka ada meminta Fifiey mengajarkan bahasa tersebut dan lantas dengan bangganya Fifiey berkongsi ilmu yang ada tanpa segan silunya^_^. Mereka juga mempelajari bahasa Melayu melalui siaran Upin dan Ipin yang kini digilai oleh bukan sahaja kanak-kanak malah golongan para dewasa di Indonesia juga turut menonton siaran terbabit.

  


Untuk berkongsi pengalaman bersama anda semua, waktu libur sekolah kemaren dulu Fifiey yang pada ketika itu telah melawat ke tanah Borneo, Kalimantan, Indonesia dan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah kantor(pejabat) kerajaan BPMPD. Fifiey amat gembira sekali kerana berpeluang untuk beramah mesra dengan orang di sana dan yang paling penting adalah ilmu dan idea yang dapat Fifiey kongsikan bersama mereka. Dari sudut pertuturan Bahasa Inggeris jelas sekali Indonesia tidak begitu menonjol, tidak seperti Malaysia yang begitu mementingkan Bahasa Internasional ini yang mana anak-anak tadika pun sudah mempelajari Bahasa Inggeris dalam subjek-subjek yang lain. Ini suatu peluang yang mana belum tentu negara lain dapat. Jadi ambillah peluang ini sebaik yang mungkin. Ini adalah amat penting apabila anda-anda sekalian mungkin yang suatu ketika nanti dapat menyambung pelajaran mahupun kerja di luar negara dan tidak perlulah mengambil kelas bahasa Inggeris lagi kerana sudaah biasa dipraktikkan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris di sekolah mahupun di rumah.















Dengan ini bukan sahaja kita sebagai Rakyat Malaysia melestarikan bahasa, malah mewar-warkannya walaupun berada jauh di perantauan orang. Macam Fifiey sendiri, Fifiey walaupun lahir di Kelantan, Malaysia namun oleh kerana bonda dan ayahanda sering ditugaskan di luar dari kelantan, maksudnya dalam dan luar negara juga. Jadi kekuatan bahasa yang terserap di dalam diri Fififey adalah banyak. Dari bahasa loghat daerah, hinggalah bahasa-bahasa negara lain yang pernah didiami walaupun bukanlah fasih amat, namun Fifiey berusaha untuk belajar. Begitu juga dengan bahasa internasional yang amat penting bagi memenuhi kriteria ataupun ciri-ciri pelajar mahupun karyawan yang berwawasan adalah amat penting bagi kita untuk melengkapkan diri dengan kebolehan berbicara dalam bahasa Inggeris. Malu bukanlah segalanya, mengejek bukan lah sesuatu yang boleh melemahkan, namun itulah semua risiko-risiko untuk kita terus melangkah maju ke hadapan tanpa berundur dengan mendengar kata-kata negatif orang yang tidak pernah maju dalam usaha untuk meningkatkan prestasi diri. Adakah berbau "budu", "cencaluk", "kerupuk lekor", jika seseorang warganegara Kelantan khususnya cuba berusaha untuk menutur dalam Bahasa Inggeris? Fifiey asli anak kelahiran Kelantan yang berbangga kerana dapat menutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, mungkin kerana persekitaran dan  pengalaman hidup sendiri yang mengajar Fifiey apa yang baik dilakukan dan apa yang merugikan kita apabila kita melakukan. Oleh yang demikian janganlah menghina seseorang yang ingin menncuba malah tuntunlah beliau yang berniat melakukan sesuatu ilmu untuk ke arah masa depan yang lebih cerah bagi mereka.Adakah salah jika kita cuba menutur bahasa Melayu dengan betul jika sekiranya kita berada di sempadan daerah kamu? Oleh yang demikian celiklah mata kalian semua agar melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan sesuatu yang tidak baik.








Namun, yang menjadi kekesalan bagi Fifiey, banyak di antara teman-teman terutamanya di Malaysia sangatlah tidak bersyukur dengan sistem penidikan yang begitu sempurna yang telah disediakan oleh kerajaan dengan melaksanakan pelbagai program bahasa namun apa yang Fifiey lihat hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Mengapa Fifiey nyatakan sedemikian kerana mereka sangatlah tidak mengambil kesempatan atas kesempitan untuk mendalami begitu banyak ilmu. Mereka banyak mempersia-siakan ilmu. Oleh yang demikian pantas sahaja orang melayu kini senangnya diinjak oleh golongan yang lebih besar. Kenapa malu menuturkan bahasa yang boleh kita bicarakan? Contohnya mengapa kita perlu mengejek satu sama lain sekiranya teman kita mahu belajar bahasa asing dan juga menuturkan bahsa melayu kuno dengan betul? Sedangkan andalah yang patut malu dengan diri sendiri kerana bukan sahaja tidak mahir da;am berbahasa malah terlalu kuno dalam pergaulan. Mengapa? Kerana anda hanya tahu mengkritik dan anda tidak mahu langsung untuk mencuba, untuk berubah mahupun apatah lagi menampilkan diri di hadapan umum. Kenapa perlu mengkritik bahasa orang, sedangkan bahasa kita sendiri bagaikan ketam mahu belajar. Bukan Fifiey mengkritik namun sekadar menasihati agar kita terus maju dan tidak alpa untuk terus menuntut ilmu. Ilmu bukan sahaja Ilmu Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan semata-mata, namun di dunia ini terdapat pelbagai bentuk rupa ilmu yang patut dan baik kita pelajari.




Dukungan kepada prinsip 1 Malaysia sama-samalah kita saling berbangga kerana di negara kita juga terdapat pelbagai jenis bahasa yang mungkin boleh anda pelajari. Janganlah kita mengkritik satu sama lain sehingga boleh mengaibkan orang, malah berbaglah ilmu yang ada dan relalah hati untuk belajar sesuatu yang baru supaya anda tidak menjadi orang yang seperti katak di bawah tempurung.






Takkan kena pakai baju adat orang India baru boleh cakap India? TIdak bukan? Sepatutnya kita dengan berbangga kerana mempunyai pelbagai adat dan bahasa.








Takkan kita perlu memakai baju ala-ala China, Siam ataupun "minah salleh" dulu baru boleh cakap  bahasa mereka? Salah  konsep ok..







Pakaian adat kebangsawanan. Oleh yang demikian para puteri dan putera bangsawan di luar sana, bukan sekadar cara pemakaian diambil kira, malah cara bertutur juga harus:) untuk mempelbagaikan bahasa yang ada supaya anda semua dipandang.







Takkan harus berkacamata hitam sok lagaknya seperti "minah Salleh" baru boleh cakap "omputih"? Salah konsep anda itu. Pelbagaikan bahasa adalah yang terbaik di samping mengagungkan dengan tidak melupakan bahasa sendiri.






Takkan harus berpakaian adat melayu baru boleh bertutur bahasa Melayu dengan sopan? Tidak bukan? Kerna bahasa adalah lambang kepada bangsa. Dan saya bangga menjadi bangsa Melayu yang penuh dengan adat dan istiadat yang tidak pernah meninggalkan agama dan resam setempat. 




Dengan merungkaikan beberapa persepsi dan pandangan sudut positif dari Fifiey berharap sesiapa di antara anda yang terasa harap memohon seribu kemaafan kerana bukan niat ingin menyentuh mana-mana Negara  mahupun negeri daerah namun ini hanyalah pendapat khusus dari Fifiey yang mana telah banyak berhijrah dari kecil lagi dan seluruh isinya adalah berbeza. Apa yang menjadi konklusi di sini adalah anak-anak yang masih kecil lagi harus diajar untuk belajar bahasa yang harus mereka gunakan apabila mereka dewasa kelak.  Diharap anda di luar sana dapat memberi komentar dari sudut ilmu terhadap apa yang fifi ulaskan di atas. Sama-samalah kita berkogsi idea untuk menjana pemikiran yang lebih dewasa dan eksklusif di mata dunia. Maaf atas bahasa yang Fifiey guna agak kurang menarik maksudnya ada juga beberapa kesilapan tatabahasa dan ejaan.






Salam Senusantara,












No comments:

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails