Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!

Wednesday, August 26, 2015

EAT HERE: JOHNNY ROCKETS @ PAVILION, KUALA LUMPUR


Assalamualaikum and Hi!

Anda penggemar American Dining, dan BURGER khususnya? Nah pastinya anda akan menyukai apa yang saya paparkan kali ini! It's bcuz i'm not so obsessed with burgers, makanya entry ini terkeluar LAMBAT dari date terjah jalan-jalan cari makan saya yang sebenar! 

I've gained my weight. From 50kg to 59kg dan haritu turun sedikit 55kg now dah tak timbang dah, so last timbang my weight is 55kg, but i can feel that my perut makin membuncit disebabkan kerenah saya yang yang agak meruncing pelik laparnya tak kira di mana-mana dan bila-bila masa. Kakpi tahan nafsu makan Kakpi, please please.... Kang belum kawin lagi orang cakap kita ni mak orang. HAHAHA. Guaaaa marah nanti!

Sangkin laparnya, saya cuba cari tahu lokasi terbaik untuk saya terjah menternak lemak, daging, sayur, nasi, karbohidrat, vitamin, juices, etc. demi kelangsungan hidup! Ceh overrr la Kakpi ni! Seterusnya dan seterusnya punya makan kita pikir kemudian. Pelihara saka pun tak lapooo camni. Tepuk dahiiiiii! Dang Dang..

Nahh kali ini menu santapan kegemaran anda sudah di depan mata. Sebuah restoran yang asalnya daripada US kini sudah ada di Malaysia iaitu JOHNNY ROCKET. Sudah lama ada cuma saya saja yang baru menjejakkan kaki ke sini. Now, you guys tak perlu jauh-jauh ke US lagi untuk menikmati sosok gaya yang very AMERICANA....Menikmati hamburger nya, sandwiches nya, fries nya, shakes nya, dan lain-lain lagi dengan suasana decoration, pelayan & seragamnya serta alunan muzik gaya negara Amerika zaman 50-an yang tak boleh saya nyatakan kesemuanya di sini kerana anda harus menikmatinya sendiri!


Credits To: Facebook Page - Johnny Rockets Malaysia 

Maaf terpaksa copy foto from Facebook, halalkan eh kita cilok foto sebab haritu jenjalan weekend, dah masuk tengahari Kakpi dah tak tahan, lapar menusuk kalbu, cepat-cepat masuk tak amik foto deco-deco, susun atur dalam restauran, pemandangan, etc. secara baik. 

Anyway, I like the concept of colours combination Black-White-Red! First time masuk penuh orang jadi tak focus sangat on the deco and colour theme for this Restaurant! Memang classic vintage sangat. Gaya betul saya menapak masuk ke sini, betul-betul terasa duduk dalam restoran di sebuah negara gah, iaitu Amerika pada zaman 50-an gituuu! 

Haritu ke sini on weekend, memang full house... Hihi, penuh orang, foreigners especially ye lah kan Bukit Bintang tak sah kalau tak ada pelancong dari luar! Nasib baik la jumpa tempat untuk kami berempat duduk, ye lah kan pwincesss kakpi nak santap kena ada meja beradab la. Hahaha.


Credit To: Facebook Page - Johnny Rockets Malaysia 

Haaa susana ramainya dalam dan luar Restaurant sampai payah nak cari ruang kosong sama macam dalam foto di atas. Dah dapat gambaran jelas? So you guys kalau datang in groups gitu, Insyallah selamat dan berjaya dapat seat, jangan risau, pekerjanya very lah friendly. Mata mereka meliar cari tempat kosong untuk you guys! Tapi kalau datang weekends, jangan nangis tau kalau penuh, tapi ronda-ronda shopping la dulu nanti pasti tunggu sejam dapat seat untuk uolls! :)


Credit To: Kakpi. 

Sambil-sambil orang duk order, i duk terdetik dalam hati, kenapa termenung tu banggggg, ingatkan i eh... Muahahahhaha. Kena cekik kat orang sebelah kalau tahu kita monolog sedemikian. Tapi tak hensem, k tak jadi monolog lagutu! Mata melilau cari foto abang hensem, tapi tak nampak, kita rabunn tak pakai spek dan berzaman.


Credit To: Kakpi. 

Ok tengah imagine kita pulak yang dalam foto tu. Makkk aiiii hot nya! Wakakakakaka... 


Credit To: Kakpi. 

Unik juga foto-foto di dinding oren, dengan lampu oren, dengan lantai black and white, kerusi meja merah! Kita kalau ke mana-mana kita suka tengok-tengok deco-deco manalah tahu dapat ilham buat dapur rumah sendiri nanti macam-macam konsep dah ada dalam kepala tinggal nak D.I.Y saje...Masa ni tak ramai lagi tapi bila kita masuk, kita diibaratkan pelaris, meja-meja dan kerusi-kerusi yang kosong di atas, dipenuhi dengan lautan manusia. Ehh overnya statement KAU NYAHHHH... hahaha.


Credit To: Kakpi. 

Johnny Rocket merupakan sebuah restoran yang sesuai untuk sajian 3 waktu, BREAKFAST, LUNCH dan juga DINNER. Tapi kalau nak datang minum-minum coke, milkshake, juices je pun oke... Takkan orang nak halau, ye dakkkk??? Bila-bila waktu santai, bawalah keluarga anda, sahabat atau pasangan anda untuk berkunjung dan menikmati sajian di sini, mana tahu the burgers here will be your next OBSESSION, kan? Hari-hari makan sedap, rabakkk laaaa wallet :p

And punyala terkezutt sonok-sonok kami duk bercakap diorang the waiter and waitress berdansa molek depan mata. Rupanya di sini, para pekerja kena berdansa every 50 minutes untuk menghiburkan tetamu. Comelsss juga. Tak sempat rakam video sebab macam terkejut tetiba je semua duk berjoget. Hihi betulla yang orang-orang duk berceghitaa ada tarian di sini oleh pekerja-pekerja nya...


Ni dah serabai sebab dah lapar ye? Siannyaaaa kat diri sendiri -,- Jom-jom silakan makan dengan rakusnya sebab dah lapar kan, stoppppp amik gambar!!! 
Rocket Single (Beef) (RM 22.90)
Orange Juice (RM 8.90 each)


Credit To: Kakpi.
Bacon Cheddar Double (Beef) (RM 31.90)

This one i cuba juga sikit, highly recommended. Para penggemar dan penggila burger sila order yang ini ok, BACON CHEDDAR DOUBLE!

"Para penggemar dan penggila burger sila order yang ini ok, BACON CHEDDAR DOUBLE!"

Bagusnya American Cuisine ni, bukan sahaja muda-mudi macam iolls suka (walaupun iolls tak berapa gemar tapi iolls tetap muda-mudi macam mereka-mereka di luar sana), haa  yang dewasa dan kanak-kanak pun suka. Almaklum fast food macam burgers, fries, etc yang sudah berkembang pesat dalam kehidupan anak-anak zaman moden, mak pak tak sempat masak di rumah, bibik kabur lari dari rumah, jadi mangsanya anak, mak, pak kena hadap fast food ataupun apa-apa menu yang boleh didapatkan di restoran, tak leh nak masak sebab balik kerja dah lewat -,-


Credit To: Kakpi.
Turkey Ham Cream Spaghetti (RM 22.90)


Credit To: Kakpi. 
Chilli Cheese Sausage (RM 23.90)

Looks yummy but in reality i really don't like it! Yang saya tahu, saya tak tahu apa yang saya rasa di lidah, tapi pedasnya memang terasa. Saya tak tahu jika anda yang merasakannya, bagaimana pula pendapat anda tentang menu ini!


They are serving smiles everyday, alah tak jelas lah smiles nya..... hahahha. snap terketaqqqq ketaqqqq. I love this A&W Root Beer Float! Boleh je beli eskrem vanilla, beli root beer, buat sendiri kat rumah sambil hadap tv! :)
A&W Root Beer Float (RM 9.50)

So total untuk kami berempat makan di sini ialah RM 140++ inc GST. Untuk students yang sangat obsess dengan burger sebulan sekali bolehla makan nanti buncit perut kopakk duit dalam wallet kalau hari-hari makan burger mahal-mahal, Kalau untuk pekerja gaji ribu riban, bawaklah anak bini merasa ye paling tidak mereka akan terhibur dengan para pekerja di sini berjoget ala JOHNNY ROCKET.


For your information, katanya di Facebook Page mereka, restaurant ni tidak ada Sijil Halal oleh JAKIM disebabkan adanya bar dengan penyediaan alkohol. @#$%^&*())))))(*&^%$#@#$%^&*() Jadi apa kita makan ni??? HALAL KE TIDAK??? Jangan nak sakit sangat, chillekkkkkk lah jangan melatah, jangan risau semua makanannya halal, oleh kerana bahan mentah untuk diorang pung pang pung pang masak itu ini di dapur, meat and puoltry for examples, haaa itu semua dibekalkan oleh supplier Malaysia yang ada Sijil Halal dari JAKIM. Sebelum kita nak berteriak melalak apa semua, nak menuduh restoran ini tak halal, cafe itu haram, yakkkkboktammmm cek lah molek-molek dalam peti ais uolls, sosej, nuggets, ayam segera, daging burger, susu, gelatin buat kek, kerepek, krupuk, kripik, nahhhh semua itu dibuat di kilang-kilang, yang ada SIJIL HALAL dari JAKIM. Tapi sahih ke HALAL nya? HALAL now is about MONEY! Permainan dunia. Hidup ni jangan was-was. Tawakkaltu Ala-Allah. I am putting my trust in Allah and depending HIM.




JOHNNY ROCKET bukan hanya ada di Pavilion, tetapi sudah membuka jaringan cawangan lainnya seperti yang tertera di bawah.

The Curve Outlet:
Lot G52, The Street, The Curve, Mutiara Damansara, PJ
Reservations: 03-7732 8366 / 03-7732 9366

Avenue K Outlet:
Lot G-8A, Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang (opposite KLCC), Kuala Lumpur
Reservations: 03-2181 5466

KLIA2 Outlet:
Lot S2-3-L03A, Departure Level, Public Concourse, Kuala Lumpur International Airport 2.
Tel: 03-8787 8250

Sunway Pyramid Outlet:
Lot OB.F(MS), Blue Cube Building, Oasis Boulevard, First Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall.
Tel: 03-5611 8252

Pavilion Outlet:
Lot C3.03.00, Level 3, Pavilion Kuala Lumpur
Tel: 03-2110 3963

IOI City Mall, Putrajaya outlet:
Lot GE-16, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502, Putrajaya, Sepang.
Tel: 03-8938 9108

Parkson Maju Junction Mall outlet:
GF-03, GF-04 & GF-05. Tel: Tel: 03 2602 2433.


My Rating:
Food: 4/5 
Place: 5/5
Service: 5/5



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

Monday, August 10, 2015

EAT HERE: TAJINE RESTAURANT, MENARA BINTANG GOLDHILL, KUALA LUMPUR

Assalamualaikum and Hi.

Kali ini perisian blog agak santai, kerana saya akan membawa anda ke suatu tempat yang boleh anda tuju kalau nak makan-makan, minum-minum santai dengan keluarga, sahabat handai, ataupun teman sekerja. 

Saya ni jenis yang agak blur kalau ditanya mahu makan apa kerana saya jenis orangnya tak mengatur, makan sahaja apa yang ada di depan mata, kecuali betul-betul teringin baru saya akan cari akal macamna nak masak sendiri menu yang dihajati itu ataupun cuba cari di kedai mana menu tersebut ada. GOOGLE kan ada. Segala informasi hanya di hujung jari, mudah dan pantas.

Juga blur bila ditanya mahu makan di mana, mahu menuju ke mana, sebabnya lokasi-lokasi yang saya betul-betul biasa pun saya agak tak terbiasa, almaklum anak rumahan yang agak kekok bila berada di jalanan. Pergi dan balik jalan yang sama setiap hari tak pandang kiri kanan, inilah jadinya. Orang cakap, kalau dah ke sesuatu tempat tu 2-3 kali pun jangan duk heran kalau dia masih terpinga-pinga dan duk ulang tanya dah sampai belum, dah sampai belum, tak pernah-pernah ingat jalan. Saya lah orangnya! Ada orang cakap, budak ni kalau kena culik meroyan la jadinya, tak tahu lokasi kat mana. Payah juga. 

Kali ini, sebab seorang bhaijan menyambut ulangtahun nya maka kami merancang keluar dinner bersama-sama. Hahaha. Sebab tu lah, kena cari port yang betul-betul bagus for a celebration setahun sekali macamni, but am so sorry for not having cake this time sebab masa agak suntuk, dah memalam, kena meluncur laju ke KL, takutnya jalan jem. Planning nya pulak last minute, gini la jadinya, it's ok lah without cake pun dinner tetap jalan......

Here we go! TAJINE RESTAURANT, at Menara Goldhill, Jalan Tun Razak. For your information, it's one of the Middle East Restaurant in Kuala Lumpur which served the middle eastern food and focusing on authentic Moroccan dishes.

Pergh, sampai je lokasi tu, terpegun gila, cantik nya lah interior dia hoiii, dalamnya macam masuk Istana kuno je. Terbayang-bayang kalau buat majlis berinai atau majlis akad untuk pengantin di sini, lawa kot. Siap boleh dancing-dancing ala Pak and Mak Arab sini.


Eh termacam-macam posing pulak, hahaha almaklum takutnya bila mata wanita tengok hasil dalam camera pasti ada je  yang salah posing, atau pose terover, ada terlebih terkurang gitu, sekurangnya ada backup photos yang menjadi, ye dakkk? Takkanla asik duk suruh orang ulang amik gambar kita, kita pun ada perasaan, iaitu perasaan kesian. Hahahahaha. OOTD kami tak gempak dan menghelip macam Che Ta, kami main rembat jaa pakai baju mana ada dalam almari, gituuuu. Ni muka kami dah nak balik tidoq. Wakakakakak. Lepas makan kenyang sampai dekat pintu keta dah nak masuk kawasan rumah, baru perasan eh gambar kami sorang takda la, jadi kami pun paksa la orang tu suruh amik gambar kami sorang duk tersengih malam-malam gelap. Kalau pagi, pagi-pagi buta, kalau malam gelap la kan? Ke buta jugak?


I tak sempat fotokan semua menunya, sebabnya tengah betul-betul focus on dengan apa yang nak order. Bab-bab makanan pak Arab ni takdelah pulak i reti, so i asik duk ulang tanya la, apakah ini, apakah itu, yang inikah sedap ataupun yang itukah sedap. So, senang cita i pass to my partner and dia tolong pilihkan for me, dia tahu apa yang saya boleh telan, dan apa yang tidak. Hahaha. Awal-awal lagi dia warning supaya i pilih nasi, jadinya takdelah i cari nasi pulak bila balik! Sangat excited because it's a new place for me untuk cuba Arabic/Moroccan cuisine macamni.


Pekerjanya saya kurang pasti bangla or arab or what, i don't know. Dia mungkin faham, cuma kurang faham and kurang clear dengan apa yang kami bagitahu. So kalau nak order sini, kena sebiji-sebiji cakap dan tunjuk gambar kat dia, Insyallah dia faham. Saya kalau ke mana-mana restaurant, sevogue, seclass, seberapa bintang pun restaurant itu, kalau bab order, memang i am very particular. So i cakap kat my partner, suruh dia ulang balik apa kita order tanda dia paham, tapi my partner said, it's oke la, dah settle order kan, dia faham lah tu.......sekali amik ko, makanan dia sendiri tak sampai-sampai, weolls punya sampai k :p Tu la lain kali pesanan MAM BESO kena dengar. Hahahaha, gelak jahat seketul.




Arabic Tea. Kalau datang sini tetap minum juices, soft drinks, tak syok la kan, kena tema arab la, comels je tengok minum tea dalam gelas kecik camni, pot nya pun cute! Nak lagi nak lagi!


Fabulous pizza! I noticed a few other pizzas in list, like margueritta, seafood, pepperoni pizza, etc, tapi terorder yang ni, not bad! Suka betul i dengan roti pak arab, lembut.... mudah nak kunyah and telan...cheese nya pun tak terkalahkan pizza hut, boleh tarik panjang juga, hahahaha. Nama pizza ni Chicken Shawarma Pizza. Atas bulat-bulat hitam tu buah zaiton (olive) yang dah masak, kalau masih putik colour hijau yellow2...


Haa yang ni roti gebunya... Arabic Bread.Yang ni memang highly recommended la. Pakistani punya roti pun tak segebu roti Pak Arab ni. Aku kalau merasa masakan Pakistan dah mahir dah, siap boleh komen si pakistani masak best ke tak, dan i sendiri pun dah boleh masak a few Pakistani dishes! Hahaha, cepat gilerr belaja! Anyway roti ni dimakan bersama Kofta kat bawah ni haaa...


This is Lamb Kofta! Kofta ni i ingat macam mana tau, rupanya bila makan, ianya macam meatball, dengan sauce spaghetti versi cair. Hahaha. Amboi gelak sakan. Jakun jap sebab hanya mereka berdua yang biasa makanan Arab camni. Pakistani food memang ruji makanan bulanan mahupun harian je untuk diorang! Kami jugaklah harian makan sambal dengan ulam.


Chicken and Lamb Kebab With Rice. Garlic sauce nya dah cukup yummy for me tapi mereka berdua kata ada yang lagi best. Oke. I tak pandai untuk mendefinikasan best bagi masakan middle east macamni. Kalau nak tanya pendapat menu makanan siam ok la, i bab makanan siam memang power bagi kritikan mahupun pujian, sebab fevret! 

Ada satu lagi menu kita tak tunjuk sebab yang dia punya kena take note order sekali lagi since abang yang amik order tadi tu tertinggal dia punya! Itu sup pak arab katanya saya, Sup Kambing Pak Arab, hihi i tak tahu namanya apa, maaf. Tak sempat foto sebab kalut nak makan sebab orang lain punya hidangan dah nak habis, yang dia baru sampai. Ok baru dapat tahu namanya apa. It's Tajine Lamb With Prune, Pure Moroccan!


Lupa nak cakap, best sangat kot Barbican ni! Nak lagi, rasa macam ketagih pulak minum, next time kalau nak singgah lepak-lepak minum sini, confirm i order the same barbican to drink. Slobelly you! (Strawberry)


Ini di ruangan atas, di dalam dan di luar! Kami memilih di luar untuk menikmati fresh air gitu! Patutla ramai lepak sini instead of mamak, haha, harga minum tak mahal sangat, and it's such a cosy place with lovely interior! I think it's a perfect place to hang out on malming (malam minggu). Makin malam, makin ramai, macam-macam ragam manusia boleh tengok! Hahaha

Di sini ruangan atas di luar ni lah muda-mudi lepak minum-minum soft drinks, bershisha, merokok, etc. Dengan angin-angin sempoi, bunyi2 kenderaan anak kota, lebih santai dan rileks mungkin!

Bagi pasangan laki bini atau mereka yang berkeluarga, apa-apa celebration, birthday party, anniversary, sesuai sangatlah hampa semua datang sini, di samping tempatnya yang super duper cool, cantik deco nya, dan makanannya pun takdelah mahal sangat. Yang penting bukan sahaja disajikan dengan menu ala Arabic/Moroccan ni, anda turut disajikan dengan nyanyian dari live band, untung-untung kalau nyanyi lagu arab, dapat tengok orang arab yang ada situ turut berjoget! :D Itu hanya di ruangan bawah la, memang selalu full ruangan bawah ni, ramai yang buat reservations awal-awal. Tapi kalau nak makan dengan selesa, ruangan atas pun ok. Selain berhawa dingin, kerusi pun empuk, deco nya pun lawa, selesalah pokoknya untuk makan dan santai-santai tanpa diganggu!


Our handsome Lala Ji! Single ni, sape berkenan, baik cepat-cepat gi minang! :p Before that, PM saya dulu, bukan untuk sumbangan macam PM kita tu, haha, untuk ujibakat calon kakak ipar. Ehem bio MAM BESO yang tapis k!

Ok dah habis semua makan, dah bayar, dah boleh balik tidur dengan lena. Selamat Ulangtahun bhaijan yang ke sekian-sekian, Umur kena rahsia nanti semua tanya rahsia apa awet muda jadi hensem sangat ni! hahaha. Oh ye sebelum balik, saya nak tanya anda, apa bezanya, french fries dengan chips? Ada bezanya tau hidangan di setiap hotel, restaurant dan juga kedai.

Tajine Restaurant ini terdapat 2 cawangan di Kuala Lumpur. Satu betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur di Bukit Bintang sana dan satu lagi di sinilah, terletak di Jalan Tun Razak, banggunan Bintang Goldhill yang bersebelahan dengan Beverly Wilshire Medical Center dan berdekatan dengan Prince Court Hospital.


Sumber Foto Di Bawah adalah Dari Facebook Page Tajine Restaurant:

A few engagement ceremony photos at Tajine Restaurant few years back!


Very inspiring kan? Anyone yang berhajat nak sambut birthday kat sini, sangat dialu-alukan! You all boleh hias cecantik macam sis di atas ni hias, very the vogueee! Ada lilin, bunga, balloons, and see, kek bantal dan pot ala Aladdin tu? Hihi, get ready to make any wish dan 3 hajat anda dimakbulkan... Kawan anda pasti hargai apa yang anda lakukan!!! Let's partyyyyy!!!


Photos from: Instagify.com & Facebook Page Tajine Restaurant.
Overall, it's a nice place to chill out with your family and friends. Lepak-lepak malam minggu untuk si bujang sambil tonton bola, bershisha dan minum-minum, sangat sesuai la. Bagi yang berkeluarga pun sesuai ke sini sebabnya kalau anak tak suka makan nasi, ada pizza, ada roti, ada mushroom soup, and kuih muih tradisi Arab yang boleh dimakan. Yang penting keselesaan menjadi keutamaan, bukan?


Live band at Tajine Restaurant


Anda juga mahu ke Tajine Restaurant? Nah ini peta khusus buat anda! 
Menara Bintang Goldhill
239 Jalan Tun Razak
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact: +60321413581 / +60321101191
Email: tajine.restaurant@yahoo.com

My Rating:
Food: 2.5/5 (except for arabic bread i gave 5)
Place: 5/5
Service: 2/5

"Once again, we wish you Happy Belated Birthday Lala Ji! Semoga panjang umur, murah rezeki, cemerlang dunia akhirat dan cepat kawin dan berbahagialah sampai ke anak cucu. Eh???"


Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

Thursday, April 30, 2015

JAJAN.

Assalamualaikum and Hi.

It's a quick writing. Sebab ini tergesa-gesa nak buat photoshoot for HFJ new dress pulak. Production lambat siap, so lambat jugakla siapkan photoshoot. Stress iolls dibuatnya. Tapi tak apalah, ini semua ujian, nak senang, tak senang.

Siapa tak suka jajan kan, tak kisahlah budak-budak ke, dewasa ke, nenek-nenek ke, semua suka jajan dengan cara masing-masing, makanan kegemaran masing-masing! Kalau budak-budak memang takleh la nampak 3 perkara berikut. Eh 4???

1. Aiskrim yang manis-manis
2. Biskut/snack yang manis-manis
3. Coklat yang manis, masam
4. Mainan. (Robot, control car, control helicoter, bear, toys, mainan masak-masak etc. Ni boleh consider as jajan ke? Tak kan????)

Haaa semua benda ni bebudak suka, dan mulalah para ibu yang agak liat nak beli akan membuli anak dengan mengisahkan pelbagai kisah seram berkenaan dengan 3 jenis jajan seperti yang dinyatakan di atas. Kisah seram berupa, 

"Takleh makan aiskrim ni, nanti rongak gigi, semut suka dengan aiskrim, nak semut banyak-banyak hurung pada gigi, adik tak geli ke." 

Kalau ikut akal logik, semut hurung dalam gigi? Boleh ke? Tak pernah terjadi kejadian macamtu. Tapi disebabkan mak kita yang cakap, seratus peratus percaya la kita dibuatnya... Nama pun budak-budak, pantang diugut, terus percaya. Aku lah tu spesies macam tu. Lurus bendul sangat masa bebudak dulu.

"Makanlah biskut memanis, makan, biskut tu kilang tu letak racun, tu sebab mama tak kasi makan, racun tu boleh buat kita mati. Makan terus mati."

Habistu nak kena makan biskut kering cap hup seng cicah air teh panas je ke? Wakakakaka. Ataupun biskut pak ali (known as kuih bangkti). I called it biskut Pak Ali sebab dulu abah cakap masa pergi Johor, ada sorang bapak angkat dia nama Pak Ali selalu la dijamunya biskut Pak Ali eh silap biskut bangkit ni, kebetulan kakak and abang aku memang hantu biskut ni sampai sekarang. Ok aku paham kenapa mak-mak larang anak dia makan snacks terutamanya yang berwarna-warna melekat di tangan tu. Memang tak dinafikanla kan, pewarna tak elok untuk kesihatan. Tapi dah nama pun budak-budak, more colourful, more cheerful. Tambah-tambah yang melekat-lekat oren di tangan tu, apa dah nama snack nya? adoiii lupa pulak! Tapi yang pasti sampai sekarang aku pun suka snack. Makin besar ni makin suka snack. Haaa dah ingat cekedis oren tu namanya super ring! Hihik.. Suka! Suka sangat.

"Haaa anak oh anak, kenapa la cekelat jugak yang kau nak. Gigi dah takde, nak kunyah pakai gusi ye? Ke nak kemam ceklat. Gara-gara cekelat tu la gigi kau dah kena amik kat tikus waktu kau tidur. Nak tikus amik lagi gigi tu, nak???"

Haaa ni pun satu, mak-mak pun kot ye la kan, nak kurangkan anak makan cekelat baginya kisah seram tikus pulak dah. Haha. Asal berkenaan dengan gigi je tikus, asal berkenaan dengan rongak je tikus, tahula selalu tikus mencuri cheese daripada kucing, tapi bab gigi ni, dah sampai masa kot makkk gigi si anak tu nak tercabut. Gigi susu lah katakan.

Aku percaya kalau zaman aku dulu memang bebudak sebaya aku naif gila kot, apa yang mak pak bagitahu semua kita percaya, paling tidak, kita melanggar peraturan dengan tetap membelinya secara menyorok. Nakk dijadikan kebetulan pulak apa yang diugut mak betul-betul berlaku, contohnya pada petang tu kita beli aiskrim, malamnya gigi tetiba rasa nak tercabut and betul-betul tercabut, hati mula berdebar-debar kiranya macam tak berkat la kan, kita tipu mak, kata kita tak makan dah eskrem semua tu, walhal kita makan sorok-sorok, kan dah kena camni. Dah besar ni sekali pikir, lucu pulak. Padahal, itu semua takdir jugaklah kan, gigi susu kita memang dah sampai waktu dah nak ganti dengan gigi kekal. 

Namun tidak untuk anak zaman moden, Sepatah mak pak bagitahu 10 patah diorang menjawab. Biasala anak-anak banyak minum susu formula, sel-sel otak mereka telah berhubung dengan aktif dan baik. Mak pak pun hebat juga, masa nak buat anak mungkin termakan supplement apa-apa ke kan, yang membuatkan si anak lahir cerdas menjawab. Muihihihi. Sekarangni, aku duk pikir, kalaula sikap anak zaman ini camni, macamna dengan sikap zaman anak aku esok-esok? Mati kepalang ajal la nak bergaduh ngan anak-anak tiap-tiap hari kalau tak dengar kata, kita cakap jangan makan benda tu berbahaya takutnya dia tipu kita, pergi curi-curi makan, ataupun takkan kita nak biarkan mereka terus makan makanan yang tidak menyihatkan..... Hhahaha. Atau mungkin para ibu kena guna taktik yang sama, menyeramkan kisah jajan ini tanpa menggunakan konsep tak logik dek akal, sebab depa budak-budak dah pandai pikir dah, takleh tipu-tipu dah......Sebab nak larang-larang pun diorang akan tetap buat jugak, dah nama pun budak, berbuih belon-belon dalam mulut duk bagitahu pun, tetap jugakkkkk buat, tetap jugak mengamuk nak... Bagi aku, lebih baik memberitahu fakta. Contohnya kalau makan ini, akibat nya akan jadi sekian, sekian, kerana sekian sekian. Tak perlu tipu! Fakta sekurangnya akan membantu anak anda untuk berfikir dengan lebih cerdik dan waras sampai ke besar!


Fevret aku. Waktu duk Jakarta dulu. Slai O'lai, recheese, ahhhh fevret. Kenangan manis, masam, pahit hempedu pun ada, sebab setiap kali beli ni berkotak-kotak macam nak niaga, siap orang tanya, "mauu dijual ya bu". Hello am i looking like ibu-ibu? Hurmmm sometimes maybe. Dengan sinisnya aku jawab, "Ga, ini cuman buat dibagi-bagi aanak-anakk dirumah". Haaa tengok siap anak aku cakap. Padan muka kena tipu. Muda jelita perawan camni dia kata ibu-ibu. Tskkk Tskkkkk -,-


Koko Krunch memang dari kecik ahh minat. Apa-apa yang berasaskan chocolate aku memang suka. Tak kisahlah cadbury ke, biskut coklat murah ke mahal ke, cookies berasaskan coklat ke, kek coklat ke, aiskrim coklat ke, memang suka sangat-sangat. Even roti kapit milo pun suka. Sebab berasaskan coklat kan. Ni antara fevret jajan la kalau ke supermarket. Koko Krunch peneman setia dari kecik. Dari zaman penuh duit dalam poket sampai takde duit dalam poket pun akan bilang syiling untuk beli Koko Krunch ni. Thank you Koko Krunch. Wahh dah boleh jadi model untuk iklan Koko Krunch rasanya ni, kalau kumpul kotak Koko Krunch dari dulu sampai kini. Tak terbilang dek jari la....Tetiba terpikir kenapa namanya KOKO KRUNCH instead of Coco Crunch? Koko Krunch ni asalnya dari mana eh? Tetiba nak buat research. 


Ala spoil la gambar ni, almaklum dalam cinema memang gelap so bila aku bukak camera yang ada flash, jadi terover terang pulak dah sampai tak nampak popcorn dalam bekas tu. Haaaa alkisahnya popcorn ni, even tak gi tengok wayang pun, sanggup beratur beli popcorn sebab suka. Popcorn ni macam kuaci bunga matahari. HANTU sangat kot. Kenapa hantu? Sebab bila makan macam kena jadi tamak, sekali genggam sumbat dalam mulut, mana boleh makan sikit-sikit, tak terasa. Ada dua jenis popcorn yg i suka. Satu yang macam salty cheese, satu lagi yang sweet2 sangat. Tak gi tengok wayang takpe, asal pergi mall, beratur beli popcorn. -,- 


Original OAT CHOCO. Dulu aku tak tahu benda apa la oat choco. Best ke tak. Sebab biasa tengok orang makan oat ngan susu. Macamna rasa snack ni? Memang terbaik. My current favourite snack. Ini aku try masa kakak perkenalkan. Dia beli kasi kat kitorang try. I rasa di Malaysia banyak kot jual. Uolls kena cuba jugak tau.. It's not only good for your healthy, tapi ia juga mengenyangkan dan SEDAP!


YANG YANG ICECREAM. Aku kalau beli aiskrim camni, pasti kena borong. 1 kotak terus, takde main batang-batang dah, nanti berebut. Kenapa? Sebab tak cukup sikit-sikit letak dalam peti, nanti anak-anak tikus i curi 1 pagi, 1 tengahari, 1 malam. hahahaha. Not only jagung, kacang, durian, semua ada. I most like kacang actually. Murah tau. Around RM 16/box-20 batang aiskrim. Jimat, murah dan SEDAP! Kenapa sedap, sebab contohnya, macam aiskrim jagung di atas, ada jagung betul-betul tau di dalam ramuan aiskrim, not only perisa, bu it's real, sweetcorn inside, di celah-celah aiskrim tersebut. Eh betul ke my descritption ni, hahahaa, boleh bayangkan tak apa yang i bagitahu ni? :p

Gambar-gambar di atas ikhlas dari i tau, jenuh i amik gambar satu persatu untuk paparan di blog. Miahahahahahaha. Ni senarai antara jajan-jajan aku mesti beli kalau tak semua, 1 antara mereka pun jadilah. Bahan kunyah-kunyah ni kena ada, sebab sambil buat kerja, sambil kunyah, itu PENTING! Kunyah tu sumber idea, sumber inspirasi, sambil kunyah sambil berangan.


Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails